Ahad, 23 Januari 2011

WAJAH-WAJAH 1000 MAKNA



kategori student uitm

Wajah duka, wajah sengsara
wajah gundah dan wajah gulana
himpunan wajah-wajah memberi 1000 makna
wajah tak sentiasa seiring isi hati sebenarnya
kerana wajah lara dan wajah berpura-pura
namun ada juga wajah yang sering dilupa
wajah-wajah ini sering  ada dimana-mana
ada kalanya wajah dan hati tak seiring bersama
wajah yang ingin dilihat dan sebaliknya
wajah yang juga menyimpan cerita
ada wajah bisa berkata-kata
kekadang wajah juga bisa menyimpan rahsia


OLEH: GOLOK BUTA
ketika di klas
10pagi
1.10.2009







50 ulasan:

  1. SAMBUNGAN JAWAPAN SEMALAM.

    - Kita sedih apa pun mereka tak
    buat, tidak kira BN atau PKR, wakil tak buat kerja utuk rakyat patut disingkirkan, cakap tak serupa bikin. dengar boleh,
    kelintong saja banyak. lebih teruk lagi lantik keluarga anak bini sendiri, bila ada kerusi. jangan cuba memperbodohkan pengundi buat yg kedua kali.

    - Kalau tuan haji Ghamidi kutuk blog CR en nuri pun tak tahu apa. sebab kami yang duk mengelola, dulu sb, anj, gd, dan kini hantu raya. gp, gpetang, mereka dah lama menghilang, sy juga lama ikut blog ini, cuma luar pagar saja. kini ada
    pluang lompat skali. nak blajar aje tak ada apa-apa kepentingan diri. ikut en nuri kata apa yg dirasakan benar saja. kelintong sesekali boleh juga, buat lawa....

    - sebenar sy lagi tak tahu sama en nuri juga sebuk di luar, sajak dia dan biodata dia kami yg siar, kini kami ambil saja dlam fail, mana yg sesuai kami agak ada
    sambutan dan sesuai dg keadaan terbit, letak gambar untuk menghidupkan cerita dan maksudnya.

    - Sy ingat berapa ramai masuk islam , siapa pengikut THG yg sedang koma pun en nuri tak tahu, dia doakan agar kesejahteraan untuk semua, dia kata tolong
    baca yasin, dia pun baca agaknya hari jumaat lalu.

    - telok kumbar pekan kecil sedang bertukar jadi bandar. Antara bayan lepas ke balik pulau, silap langkah, Pas sini terlepas, Pkr sana terperelau. yg dapat Dap.
    gerakan bn merentah depa tak percaya. hari sukalah depa, yg merana mlayu kita.

    - Sebenarnya gaji kecil besar sama saja bagi en nuri, apa yg penting baginya ada keberkatan. waktu gaji dia rm470 sebulan dia boleh pakai kereta, guru sementara
    berulang alik dg kereta. Mesti guru hari ini pening kepala, Inilah kenyataanya...sebab itu sy suka tolong dia, tak ada gaji pun tak apa..... Ada makan boleh tidur lena.

    BalasPadam
  2. KILANG BAYI

    geram aku geram
    geram bermacam ragam
    macam ayam mengeram
    muka dah naik kusam
    mana kamu belajar
    guru mana mengajar
    sungguh kurang ajar
    datang bawa onar
    jejak siapa kamu ikut
    langkah siapa kamu turut
    jejak si ibu kucing
    jauh sekali
    jejak si ibu anjing
    jauh panggang dari bara
    mengapa kau beranak
    jika anakmu jadi dagangan
    lima belas ribu satu kepala
    pandai kau cari duit
    beranaklah lagi
    setahun dua kali
    jadi kilang bayi

    Muhamad Hairy
    sajak sayembara

    BalasPadam
  3. TOMPOK HITAM

    satu tompok hitam
    jelas sekali terlihat
    cacatkan warna putih kain
    tercemar sudah
    segera kubasuh titik itu
    makin hitam warnanya
    tersilap peluntur
    tercurah warna hitam
    segera kubilas
    agar segera hilang
    kubilas berulang kali
    akhirnya putih kembali
    kujaga sepenuh hati
    agar tiada terpalit lagi
    dan jika terpalit sekalipun
    peluntur sebenar telah kutemu
    pastikan putih kembali
    peluntur allah dan rasul
    pasti putih hatiku…


    Haji mat Don
    sajak simbolik

    BalasPadam
  4. KOLESTROL

    sang kolesterol sedang bergembira
    berlarian ke sana sini
    bertaburan di segenap ruang
    pembuluh darah jadi medan
    bersuka ria berparti sakan
    suka nampaknya sang kolesterol
    si pemilik badan buat tak reti
    hanya tahu mengisi perut
    makan dan terus makan
    semua habis disental
    tolak batu dan kayu
    kalau boleh batu dan kayu
    pun mahu ditelan sama
    jadi lemak jadi kolesterol
    peluh tak juga keluar
    trek jogging dipandang sepi
    padang permainan tak nampak lagi
    yang ada di sisi
    hanya pinggan dan bantal
    jadi teman seharian
    bermaharajalelalah sang kolesterol…


    Sahabudin
    sajak utk sayembara puisi

    BalasPadam
  5. SANG HUJAN

    lebatlah sang hujan.
    basahkan bumi kontang.
    basahkan tubuh panas.
    sejukkan hati paling dalam ini.
    sejukkan beri kedamaian
    paling indah selepas
    engkau pergi nanti.
    matahari menyinar
    terang menyuluh muka,
    membikin aku untuk segera bangkit.
    dari lena yang panjang.
    hari ini matahari datang.
    agaknya ada khabar girang.


    Othman Syah
    sajak simbolik sedikit utk qalam

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    KILANG BAYI oleh sdra muhamad hairy membicarakan tentan situasi semasa yang nampak kian tenat melanda masyarakat kita dinihari. Apa yang menyedihkan kilang bayi yang lahir itu dari produk bangsa kita. Nampak sangat di mata masyarakat sekeliling. Bangsa kita gagal mendidik anak dalam zaman globalisasi ini, kelunturan iman menjadikan bangsa kita tunduk dan tersungkur dibawa arus zaman. Bayi dijual bagaikan seekor dagangan haiwan belaan. Langsung tidak takut dosa, menjadikan hal ini begitu berluasa. Bila pegangan agama kurang , mereka akan berani melakukan apa saja yangh curang dan haram.semoga kita mengawasi anak-anak kita. Amin. (TB)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    TOMPOK HITAM oleh Haji Mat Dom. Penceritaannya mengenai tentang keraguan hatinya tentang mendengar tohmah dan fitnah selama ini, terasa diri bagaikan terpalit
    Dosa yang tidak disedarinya. Nmun apabila telah disedari mana batu dan mana kaca. Si penulis segera kembali kepada pegangan ajaran Allah dan rasulnya. Kini dia telah
    dapat famula asas membersihkan jiwa dari sengkangan kekoran yang tidak disengaja. Satu pengakuan yang berani kerana tidak sengaja. Syabas! Amin. (TU)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    KOLESTROL oleh sdra sahabudin Penjaga blog. Ingin membicarakan tentang pengawasan penjagaan kasihatan, tetang pemakanan yang tidak terkawal, menyebabkan penyakit serangan senyap berluasa kini. Kenapa wakil rakyat ramai yang kena sudah 15 kali pelihan raya kecil, Cuma 2 atau 3 bukan kematian. Mereka terdedah dengan jamuan makan setiap hari, begitu juga orang biasa dengan makanan yang mewah dan berkolestrol tinggi disumbatnya ke dalam perut , tanpa mengikut kawalan kasihatan permakanan. Makan banyak punca segala penyakit. Itulah Islam mengalakan kita puasa sunat. Amin. (B)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    SANG HUJAN oleh sdra. Othman Syah Pblog. Kini menceritakan akan satu keceriaan yang mungkin terserlah bila hujan sudah berhenti, setelah turun membasahi bumi kontang selama ini. pastinya sang mentari akan cuba menyinarkan cahaya terangnya. semoga memberi semangat baru dalam usaha bagi pemerentah menyatupadukan rakyat di bumi ini. Setelah sekian lama lalai dan leka dibiarkan berlaku sengketa sesama bngsanya sendiri, hasilnya semua terasa tiada yang untung melaikan terdapat banyak yang telah rugi. Semoga kesedaran ini jadi pengajaran buat anak generasi. Amin. (U)

    BalasPadam
  10. sian en nuri tinggal 600 jer>???? nk mkn apa????

    BalasPadam
  11. 600 pun en nuri boleh hidup ke? kalau aku ada 3000 pun belum tentu cukup

    BalasPadam
  12. sian plak en nuri ni miskin tegar rupanya

    BalasPadam
  13. eh! en nuri kena bayar rumah sampai 2016? lamanya

    BalasPadam
  14. en nuri dah la miskin tuan ghamidi plak fitnah! celaka pnya org tua tu

    BalasPadam
  15. ape pnya banyak wajah sgt ni golok buta?

    BalasPadam
  16. sajak apa la golok buta nmpk mcm menarik tp xphm la...

    BalasPadam
  17. sajak yg agak kretif dari golok buta ni

    BalasPadam
  18. mcm2 wajah ada dalam sajak ni hebat!

    BalasPadam
  19. abang sy punya sajak plak disiarkan kali ni? tahniah la....

    BalasPadam
  20. misteri pun ada sajak golok buta ni

    BalasPadam
  21. seram plak baca sajak golok buta sambil tgk gmbr kat dalam ni

    BalasPadam
  22. wah! semua panggil en nuri bos? en nuri pakai aura apa plak??? kongsi la sikit sbb susah org nk panggil kita bos ni

    BalasPadam
  23. sian isteri en nuri sebatang kera rupanya...

    BalasPadam
  24. isteri en nuri anak tunggal ker?

    BalasPadam
  25. EPF dgn KWSP rupanya sama jer ingatkan berbeza

    BalasPadam
  26. coklat jub2 tu coklat apa bnda tu en nuri?

    BalasPadam
  27. byk tips rumah tangga en nuri bagi boleh guna ni

    BalasPadam
  28. ha! btol la aku kata en nuri pnh dok rumah banglo! apa la korg ni

    BalasPadam
  29. rupanya dulu bukan skrg en nuri tinggal rumah banglo

    BalasPadam
  30. mcm mana boleh tergadai rumah mertua en nuri tu?

    BalasPadam
  31. ni msti ada masalah pembahagian harta sbb tu rumah mertua en nuri terpaksa dijual

    BalasPadam
  32. itulah dulu dia jd pak turut saja dia hanya dgr sebelah sy dah zainal dah nasihat dia degil skrg bru dia thu

    BalasPadam
  33. kalau x salah sy skrg Qulbai jd ketua ganti tuan ghamidi pembantu dia kalau tidak sy la... tp sy dah resign qulbai ambik Ustaz Indera Vijaya

    BalasPadam
  34. semoga lps ni ramai lagi yg kluar office puaka tuan ghamidi tu

    BalasPadam
  35. sajak ketuhanan ke en nuri?

    BalasPadam
  36. sajak yg puitis dari en nuri tahniah!

    BalasPadam
  37. sajak nasihat kan? menarik terima kasih en nuri

    BalasPadam
  38. mcm2 pasal en nuri tinta azimat ni thu walaupun dia bru berkeja...

    BalasPadam
  39. eh! ramai bertukar tangan rupanya blog en nuri ni

    BalasPadam
  40. kenapa en nuri sendiri x tonjolkan diri? hanya suruh pembantu saja? misteri btol

    BalasPadam
  41. rupanya blog ni byk pengelola la..

    BalasPadam
  42. kalau tuan ghamidi tgk apa en nuri tulis boleh insaf dia nanti....

    BalasPadam
  43. teruklah tuan ghamidi ni asyik fitnah en nuri padahal en nuri xbuat apa2pun kat dia...

    BalasPadam
  44. 470 pun en nuri boleh beli kereta??? wah! mcm mana en nuri budjet?

    BalasPadam
  45. en nuri ni jimat jgk orgnya kalau sy x cukup duit byk tu

    BalasPadam
  46. semoga tuan ghamidi sedar apa yg dia buat selama ni

    BalasPadam
  47. en nuri pegi mana? oversea jgk ker?

    BalasPadam
  48. rupanya en nuri ni bos sbb dia x mengelola blog hanya diserah kepada pekeja...

    BalasPadam
  49. nampaknya byk jgk pekeja en nuri kalau bagitu

    BalasPadam
  50. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.

    - Tinta Azimat bukan Tinta Bayu, nanya dia korang marah.sy wlau pun baru dah lama ikut blog ini kawan baik Viger,kebetulan viger x ada kawan saya masuk, Hantu Raya em!
    dia boleh mengundi dah... dia pun sebuk sesekali masuk.

    - Sy hairan en nuri walaupun jumlah dlam miskin tegar jumlah bawah RM2500, sebulan, tapi dia pergi juga cari adik yang miskin nak bagi zakat apa ke benda aku pun x tahu.

    - En nuri kata kekal muda solat jangan lupa, hutang solat sama berat seperti nak bayar utang, bila sudah terlalu banyak
    jadi bertempek-tempek untang, malas bayar (qada solat) sama
    juga kita fikir nak bayar utang. banyak fikir cepat tua. sejam
    fikir beribu yunit kelori dalam badan kita rosak habis musnah.

    - Bila mak dan bapa meninggal adik angkat jauh di KL jadi sebatang kara. nasib baik ada suami klau x khawin memang susah. Itu sebab ibu bapa susah hati lihat anak dara depa dah berumur tak khawin lagi. kalau depa mati sapa nak jaga.

    - Coklat jub-jub senang saja pergi kat famasi tanya. dia macam getah dia bubuh gula . macam perisa ada, pahit manis dlln.sy bisa makan tak berapa sedap. macam ubat batuk brangin

    - Macam mana tak tergadai, beli rumah lepas pencen, dapat pampasan sikit beli bayar setengah, dah tua banyak sakit, duit bayar rumah guna perubatan. tak boleh bayar lelong. Ini bahaya beli rumah lewat. macan en nuri juga. sakit sikit bila anak-anak tak kerja belajar lagi. Inilah rugi khawin lewat macam en nuri. Aku pun nak cari gf.... ha ha

    - kami semua dah janji, setakat ini x boleh tunjuk wajah bahaya.
    tak tahu nanti en nuri tukar pula kata boleh kami kena ikut saja,
    okeylah tu. kebanyakan orang suka kan. takut nanti orang meluat.
    kami semua kena kerja satu kepala dua laptop saja. ada di utara,
    perak, kekadang Kl. banyaknya di Pulau Mutiara.

    BalasPadam