Sabtu, 29 Januari 2011

TOYOL SUDAH DATANG





Ada toyol di mana mana ada toyol
toyol kecik toyol besar
toyol tua toyol kepala hitam
toyol bodoh toyol berijazah
muncul di mana sahaja
menyeringai tak kira masa
toyol kampong curi getah beku
toyol Bandar curi motor kereta
toyol dahulu telanjang bulat
curi duit celah bantal
di malam buta toyol sekarang
berkot bertali leher
curi duit berjuta di siang hari
toyol sudah datang...

 
OLEH: SALAM
Teluk Kumbar
3pagi2010 Disember 1 20:30






50 ulasan:

  1. 3.PROTIS SUDAH TERBALIK
    -buat penyokong fanatik

    Dahulu minta rakyat protis
    hari ini sudah jadi terbalik
    rakyat pula cuba memprotis
    membantah berpaling tadah
    kerana janji tidak ditunaikan.

    Dahulu rakyat diarah protis
    bantah kerajaan sedia ada
    tiada keadilan dilaksanakan
    hari ini ada protis terbalik
    pakatan sendiri timbul angkara

    Protis sudah mula terbalik
    siapa sebenar buat pembohong
    rakyat sudah pandai menilai
    jangan cuba diperbodohkan lagi
    untuk pembohong kedua kali.

    Oleh: Suara Bebas,
    Menunggu janji tidak laksana
    2010 sewaktu protis di Pulau Pinang. Cuma renungan sahaja!

    BalasPadam
  2. BADAI MENGHEMBUS BAYU

    masa itu aku lalu
    seperti badai menghembus bayu
    masa yang datang aku kaku
    bagai pohon yang keliru
    ingin ku rebut gengaman padu
    sekilas terdengar jeritan itu
    sampai aku terpaku
    terleka dengan langit biru
    bersuara tapi membisu
    tanpa tahu arah tuju
    ku cari sejenak nafas baru
    tiada muncul jua waktu?


    Ustaz Rahman
    sajak yg agak simbolik utk hantu raya mengulasnya

    BalasPadam
  3. SUJUD

    Selangkah kaki menumpang masuk.
    Masih mentah masih berdarah.
    Sekitar tangan berpantun.
    Mengikut rentak selari puisi.
    Dengan mata yang melihat.
    Rencana yang bergerak.
    Ampun sujud menyembah.
    Moga rahmat dicurah.
    Kemarau yang panjang.
    Tiada hujan air pantai lebat.
    Mulai karam di hujung tasik.
    Sungai deras kering di sedut aur
    Mengaji perlahan
    Menangis tersedu.
    Kepala kapal berjalan terhenti.
    Sudah masa menyembah ilahi
    Ketika itu ia sedang sujud


    Pak Kassim
    pengalaman bertemu seorang musafir ketika solat subuh di surau

    BalasPadam
  4. BUNGA UNTUK PUTERI

    Sekejap kalau ada,apa rasa.?
    Bunga-bunga semalam.
    Ada pun mata yang melihat.
    Mana ada yang hitam.?
    Bunga-bunga semalam.
    Ada pun bunyi yang teriak.
    Mana ada yang lain.?
    Saya datang dengan seraya,
    Menurut kehendak penuh duri
    Kalau tiada hampa lah saya,
    Mawar hitam untuK permaisuri.
    Semalam dia terjaga.
    Saya hendak mawar itu.
    Yang mana.? Yang hitam.
    Biar saya cari.


    Panglima Ketot
    sajak simbolik jiwa2 cerita dulu kala... hehe

    BalasPadam
  5. ARCA

    kerikil tetap tajam
    memberikan lukanya
    masin percik ombak
    memberikan pedihnya.
    bersatu di hatiku.
    mendepani cermin persegi kaku
    sebesar wajah dahulu
    ada isyarat di arca
    diri yang dahulu juga.
    sebahagian usia telah pergi
    terbawakan oleh waktu,
    tiada tertahankan pada arca,
    diri yang dahulu juga
    seharusnya rasa malu ini
    mendahului waktu yang pergi
    sejauh usia telah dipinjamkan.
    itulah diriku.

    Jengking Perak
    sajak simbolik sedikt harap qalam atau hantu raya dpt tangkap

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Penceritaan lama agaknya, kini kembali dalam ingatan, mungkin sewaktu muda-muda dahulu, mungkin ada pengalaman atau cerita yang pernah ditempuhi. Gangguan alam orang muda biasa mencari kebebasan kekadang terasa melewati batas, mingikut rasa kelodakkan hati nurani yang bagai memanggil-manngil dan menyeru agar kita mengikut arah bujukan iblis yang entak kemana arah dan hala tujuan. Bagi orang yang beriman masih sempat tarik nafas, berastagfar dan memperbetulan keadaan semula. Untuk kembali kepada keyakinan ketaqwaan Illahi (TU)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Penceritaannya mungkin berkaian dengan perjalanan kehidupan sesaorang yang rasabanyak bersalah diwaktu muda-muda dahulu, kini kesedarannya mulai menyelenap masuk di dalam hatinya, terasa ingin bertaubat dan kembali kepada kebesaran Illahi, dengan keinsafan itu dia sering menangis dan tersedu, bila mendengar bacaan ayat-ayat suci ilahai. Kini dia sedar dan bertekat unytuk kuat beribadat. Atau sujud. (U)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak menceritakan kehidupan yang telah melewati usia, saban hari merenung cermin yang dilihat muka anda juga, saban tahun berlalu, akhirnya tersedar wajah telah pun banyak berubah, keadaan masih juga di situ, tidak berubah, sesekali terasa malu pada diri dan keadaan, lebih menyedehkan melihat kawan-kawan yang telah pun menuju ke arah kejayaan dalam hidup ini.(TB)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak simbolik yang tetapi ceritanya agak berbelik-belit, Apa yang dapat diandaikan Ini mungkin cerita lama bagai memory dalam ingatan. Barangkali ibu anda meminati sesaorang yang disenangi, tetapi anda pula ingin memelih kehendak hati, akhir kerana
    takut murka atau jauh hati ibu takut durhaka, anda terpaksa juga turun bagai apa yang dikata.kini perlulah dicari. (B)

    BalasPadam
  10. kenapa adi cana halang plak? bagi je la malik wariya pergi jmpa ali conan

    BalasPadam
  11. cerita ni panjang lagi ke? seram plak dh ni

    BalasPadam
  12. eh! xkn dorg bertiga je? org kmpung x tolong sekali ker?

    BalasPadam
  13. kalau x berjaya la rancangan dorg? apa la jd kat dorg bertiga nnt

    BalasPadam
  14. sajak berkenaan bencana alam ke ni?

    BalasPadam
  15. kenapa Nya en nuri tulis huruf besar?

    BalasPadam
  16. sajak peringatan utk kita semua

    BalasPadam
  17. sajak pasal tsnami dulu ker?

    BalasPadam
  18. sajak tentang Allah murka nampaknya

    BalasPadam
  19. sajak mcm ni la menarik sajak ingat mengingati

    BalasPadam
  20. sajak ketuhanan nampaknya dari en nuri?

    BalasPadam
  21. sajak salam ni toyol apa plak?

    BalasPadam
  22. semua pasal hantu plak? en nuri letak langsuir salam letak toyol

    BalasPadam
  23. toyol dalam sajak salam ni mengambarkan seorang pencuri kan?

    BalasPadam
  24. toyol ni org yg suka menipu ke salam?

    BalasPadam
  25. rasanya sajak salam ni di tujukan kpd org yg menipun duit org dlm MLM

    BalasPadam
  26. sajak toyol ni ingatkan pasal toyol rupanya simbolik

    BalasPadam
  27. nampaknya ahli skrg suka buat sajak simbolik plak skrg

    BalasPadam
  28. nampaknya en nuri byk sajak ketuhanan minggu ni ahli plak semua sajak simbolik

    BalasPadam
  29. sajak toyol plak? seram plak malam2 ni

    BalasPadam
  30. huh! kenapa ada sajak dalam sajak plak?

    BalasPadam
  31. viger silap terbit ke kenapa ada sajak plak dalam sajak en nuri ni?

    BalasPadam
  32. protis terbalik plak? pelik sajak ni

    BalasPadam
  33. eh! BN menang td! tahniah kpd calon BN

    BalasPadam
  34. nampaknya BN menang besar jgk sbb PAS 2000 BN menang 6000 majoriti 4000!!!!!

    BalasPadam
  35. nampaknya lagi byk en nuri berkempen kat sini ada peluang BN nk menang lagi di merlimau

    BalasPadam
  36. rasanya faktor kemenangan BN ada jgk sbb blog en nuri ni

    BalasPadam
  37. x sia-sia kluar pembangkang sbb dorg pun kalah kat tenang

    BalasPadam
  38. sian qulbai monyok je muka dia aku tgk td? hahhaha

    BalasPadam
  39. hbis la qulbai kat tenang dh kalah pengkiut dia plak byk yg berpaling tadah

    BalasPadam
  40. prostis terbalik plak? pening sajak ni

    BalasPadam
  41. sajak saja yg ada suara bebas mana?

    BalasPadam
  42. eh! skrg dh hbis di tenang bila suara bebas dan guest door dtg balik ni?

    BalasPadam
  43. sajak yg agak menarik sajak dalam sajak ni

    BalasPadam
  44. hantu tu thu x dorg buat plan nk tangkap dia?

    BalasPadam
  45. eh! hantu tu siang dia pegi mana?

    BalasPadam
  46. eh! hantu lain xde ke en nuri? xkn hantu langusir saja?

    BalasPadam
  47. sajak protis ni kenapa ada kat sini bukan kat luar? tinta azimat silap terbit ker?

    BalasPadam
  48. sajak dalam sajak plak? aneh btol.. hehhee

    BalasPadam
  49. isu pasal politik xde ke en nuri?

    BalasPadam
  50. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.

    - Maaf lupa Tinta Azimat tugas dia pagi tadi x jawab. aduh!!


    - Nya ganti nama Tuhan atau Allah.

    - sajak dalam sajak ini khas untuk ahli cr yang pernah jadi warga kerja saja. mungkin Geletek pagi akan kembali.

    - Sebenarnya bukan blog Cr sahaja banyak lagi blog yang lebih berani, kami banyak bahan lagi yang belum didedah. cuma tunggu, semacam ular berbisa kena bedal, atau pukul,bergerak saja. pukul....

    - Maaf tiga orang anak muda ini mungkin tidak akan kembali lagi ke blog ini, tetapi sumbangan mereka akan diterima, bila masa sahaja. aku niat jihat (anj) suara bebas dan Guest door.

    - Apa pun kami akan cuba menangkis jika ada serangan atau peluru berpandu, demi menegak kebenaran, kerana kami anak muda yang akan mencorak zaman demi negara 1 Malaysia. bukan memutar belitkan keadaan.

    - Sajak malam ini esok akan terbit, kerana cerita misteri belum
    taip lagi, mata pun dah mengantuk. harap maklum...

    BalasPadam