Khamis, 20 Januari 2011

SUARA SENGKETA



kategori sajak politik

Riuh-rendah suara sengketa
tergoyang tiang nusa kencana
laungan suara merempuh istana
gajah sama gajah berjuang
si kancil di kepit pada gelanggang
mergastua resah terpaku
unggas diam terpinga kaku
ternakan kehilangan desa
layu pepohon cinta bangsa
kota mulai memunggah ibarat
luka bangsa belum terbebat
sampai waktu sukar sepakat
bumi makmur hilang berkat
pasti tertukar milik muktamad.
Dalam lupa kita menyanyi:
apabila bunga kembang berseri
sang gajah tua keluar menari
lenggang kanan lenggok kiri
diundang menari seekor lagi.
Siapakah itu suaranya tinggi?


OLEH: SUARA RAKYAT
10 pagi
28.10.2009






50 ulasan:

  1. CERITA KAMBIING EDUCATED DI KAMPUNG KUALA RAJANG.

    - Diserawak ada sekor kambing jantan educated nanti saya cerita
    best juga dia ligan atau kejar anak dara samapi dalam bilik tidur.

    Kambing bapak randuk ini , tak ada nama , tapi satu kampung tahu,
    dia macam cerdik, dia tak mahu berkawan dengan kambing, selalu
    berjalan seorang diri.

    Yang peliknya dia geram dekat manusia, jumpa orang perempuan
    saja dia tak peduli siapa, dia akan kejar keliling kampung, terpekek terlolonglah siapa yang menjadi mangsa. Orang perempuan melanau semua takut dia dia. Ahmad anak pak cik bujang kata, kambing ini dia educted sikit dari kambing lain di kampung ini.

    apakah tidaknya, tidak mahu makan rumput, berkhawan dengan
    manusia, naik rumah orang, makan bekalan nasi pekerja kontrak
    yang di simpan bawah pokok kelapa. kasihan hamba Allah itu kalau
    tak salah orang iban. pagi bawa bekal, ingat nak makan jam tengah
    hari, lihat tenguk semua bekalan sudah terbalik nasi laut habis di
    makan kambing bapak randuk putih kelabu itu.

    Satu hari saya masak nasi jam 10, waktu rehat, kuaters dekat sekolah,
    tengah hari beli laut saja untuk makan. balik ke rumah macamana
    pintu dapur boleh terbuka, periuk nasi tergolek lepas bawah tangga.
    nasi semua berselerak dari atas rumah sampai ke bawah btangga.
    saya puk pelek, ada bulu halus banyak pula, bila angkat periuk nasi bau bapak kambing. Sah ini kerja kambing educated ini......

    kambing ini juga berak dlm tangki semen saya, dahlah dia makan nasi
    dalam periuk saya. bau dia dua tiga depa dah hamis tersumbat lubang hidung....Nak kerja memang tak dapat, tetetapi sekali pernah juga aku lihat dia jalan terhingkut-hingkut. pasti kena baling dengan orang kampung. agaknya.

    Apa yang syoknya patang tenguk perempuan berkeban....dia akan kejar keliling telaga batu depan sekolah kami, Ada juga yang cikgu yang tolong bawa kayu gempar, dia pun lari pergi , siapa tak takut, perempuan mana yang tak menjerit dia bawa keluar senjata sulitnya itu .....


    Setelah beberapa hari ada orang bagi tahu saya, ada kambing jantan tua jatuh tangga dapur rumah saya, tangkai besi periuk nasi saya tersangkut pada tanduknya, mata dan mulut kambing termasuk dalam periuk nasi, dia cuma dapat melihat sebelah mata. sejak dari peristiwa itu, saya tak nampak lagi kambing jantan bapak randuk itu berkeliaran di depan kuaters
    atau sekolah kami. Siapa lepas periuk tersangkut tak tahu, mungkin lepas sendiri agaknya.

    BalasPadam
  2. KATA DIA

    kata dia,biarkan angin sepoi menyisir lalu,
    kerana dia senang sebegitu..
    kata dia,rajuknya lama sekali...
    buat di sana resah menanti...
    kata dia, ingin memanjat pokok hati
    nyata tingginya gayat sekali...
    kata dia,tak mahu berlari lagi
    tapi kenapa harus bersembunyi...
    Kata dia, rajuknya sekadar saja
    cubalah merawatinya...
    kata dia, pokok hati
    tiada penghujung
    tingginya takkan terjangkau..
    Kata dia, lariannya tak kuat dan
    dia harus bersembunyi dari perompak
    kata dia..memang kami jauh sekali.
    dia di bintang dan aku dibumi...

    Zulfadly Mazlan
    sajak utk sayembara

    BalasPadam
  3. TAHUN SATU PUNYA ANGKARA

    awal pagi nampak ceria
    sebab sekolah hendak bermula
    beg disandang penuh gembira
    inilah hari sejarah bermula
    masuk ke kelas tenang lagaknya
    bersama rakan bergurau senda
    tiba-tiba senyap seketika
    rupanya tiba guru jelita
    lima minit waktu bermula
    mata meliar ke luar jendela
    tercari-cari ibu dan bapa
    di mana gerangan mereka
    masuk pula ke bab kedua
    kerenah mereka sudah bermula
    masing-masing terus meronta
    kelas jadi gegak gempita
    menangis meraung meronta
    mula merengek minta ibunya
    mula tersedu panggil ayahnya
    ayah ibu mula menjelma
    akhirnya jadi teman semeja
    guru jelita nampak bersahaja
    saban tahun sama sahaja
    lagak mereka sudah diduga
    tahun satu punya angkara…

    Said Isa
    pengelaman hantar anak ke tahun satu

    BalasPadam
  4. TIADA APA

    tubuhnya ada,
    jasadnya ada
    masih berjisim,
    masih bernyawa.
    tapi jiwanya mati,
    hatinya kontang.
    ributan mencabut akar tenangnya,
    dia jadi tiada apa.
    pada dunia aku harus kuat
    pada dunia aku harus hebat
    pada dunia aku harus berkilat
    pada dunia aku harus likat
    dalam dunia aku, aku cebik
    dalam dunia aku, aku cembeng
    dalam dunia aku, aku sakit
    dalam dunia aku, aku racik


    Muaz jabbar
    sajak sayembara

    BalasPadam
  5. KELAK

    kelak nanti
    ketika jasad dah roh berpisah
    mungkin baru khabar bertebar
    sehingga sampai ke hati
    bahawa sampai ke mati
    engkau tetap aku letak di hati
    di mana sewaktu bernyawa lagi
    aku bergerak tari
    semata untuk matahari
    yang angkuh meninggi
    kelak nanti di ketika
    aku tidak ada lagi
    kirimkan sepotong ayat suci
    meneman aku sampai hari akhir
    hari kita bertemu di dataran
    penentu hidup hakiki
    kelak nanti aku tak ada disesali
    walaupun sejak azali
    aku memang bukan
    tertulis menjadi rusuk kiri


    Nur Wazirah
    sajak utk sayembara

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Zulfadly Mazlan juga Pb dengan sajaknya bertajuk KATA DIA . pengucapannya bagai main cak cilut pula, bermain intai dan cuba pula
    bersembunyi. Disebalik pintu gayanya.Penceritaan mungkin sajak jiwa-jiwa, kata dia ganti nama pada si dia gf agaknya. Terasa bagai ada meyimpa rasa, tetapi masih juga mahu berteka teki, alas an yang diberi semacam sengaja untuk melewat cerita cinta. Tidak perlulah banyak sangat bertingkah, atau bermadah , kalau padi katakana padi, tidak perlu ditampi-tampi,jika sudi katakana sudi, tidak pula ternanti-nanti. Jangan nanti lama-lama, jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang anda melepas.Semoga sukses! Amin (TB)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    TAHUN SATU PUNYA ANGKARA sajak daripada Pb sdra Said Isa, keberangkalian Anada baru punya anak sulung dan pertama kali hantar ke sekolah, Ini sudah lumrah bagi anak kecil mengenal alam persekolahan. Rasa gentar dan takut selalu saja jadi Igauan, kekadang rasa nak buang air kecil dan besar, kerana angina sesgugus menbcengkam diri. Namun ayah ibu kena berkorban sikit masa untuk sementara mereka dapat biasa, kalau mereka sudah kenal barulah mereka jatuh cinta pada sekolahnya. Semoga anak anda sukses selalu. Amin (B)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sdra Muaz Jabbar juga Pb dengan sajaknya bertajuk: TIADA APA. Pengucapannya ternyata umpama mempertikaikan akan keganjilan sikap setengah manusia yang kira
    segalanya sudah cukup dan menarik, tetapi akal, hati dan jiwanya hilang dan kosong. Bagai tidak apa-apa, kerana apa yang dilakukan bagai bertentangan dengan perkara
    yang normal dalam kehidupan manusia. Orang yang semacam ini pada pandangan si penulis mungkin ada silapnya atau sadikit pincang untuk dipanggil manusia mormal. Kerana banyak kepincangan dalam perjalanan kehidupannya. Semoga kita semuanya tidak akan jadi begetu. Amin. (U)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    KELAK akan tiba masanya nanti. Begitulah sajak nukilan sdri Nur Wazirah juga Pb Pengucapannya bagai mengingat dan mengenang akan tiba kelak masa yang tidak diundang kita pun dijempunt atau dipanggil kembali menui kepangkuan Ilahi. Si penulis terus berpesan Diketika itu semuanya tidak bererti lagi, cukuplah sekadar Membaca ayat suci sebagai hadiah mengeringi perjalanan menanti hari kebangkitan. Semoga di sana nanti akan dapat bersua semula. Justeru itu, hidup di dunia ini perlulah banyak membuat baik dan menabur jasa, disamping banyak membuat amal ibadat yang diredhai Allah swt. Amin. (TU)

    BalasPadam
  10. kambing tu manusia ke? pelik sgt

    BalasPadam
  11. hahaha kambing ni dah gila agaknya..

    BalasPadam
  12. huh! gila ni! aku rasa kambing tu perasan dia manusia kot? hahaahha

    BalasPadam
  13. kenapa dgn kambing ni? pmpuan pun dia kejar? hahahaha

    BalasPadam
  14. kurang ajar jgk kmbing ni! dah mcm manusia plak siap kejar anak dara org

    BalasPadam
  15. kambing ni sawan ke apa ni?

    BalasPadam
  16. randuk dan ligan ni benda apa plak?

    BalasPadam
  17. kambing tu jelmaan agaknya kot?

    BalasPadam
  18. enath2 dia manusia kot? berupa jd kambing

    BalasPadam
  19. kambing ni mg aneh sawan sila babi apa? hahhhahah

    BalasPadam
  20. kambing gila agaknya kot? hahahha

    BalasPadam
  21. klu dpt kt sy? sy sembelih jgk kmbing ni sbb sy bukan boleh nmpk binatang berkelauan pelik mmg sy bunuh

    BalasPadam
  22. saya mula pening jgk semalam en nuri kata kambing en nuri semua displin kenapa sekor ni mcm sawan jer...

    BalasPadam
  23. kambing paling pelik pnh sy jmpa... hahhaa

    BalasPadam
  24. kambing asal dari mana? pelik la... hantu raya agaknya? hahhaha

    BalasPadam
  25. kmbing ni rasanya bukan kambing biasa kalau sy dpt sah sy buat pemujaan ambik no ekor.. hehe

    BalasPadam
  26. kambing mkn nasi plak? mmg dunia skrg dh gila...

    BalasPadam
  27. kmbing mkan nasi? mmg pelik dunia skrg ni

    BalasPadam
  28. semalam nampak mcm normal je 5 ekor kmbing en nuri? yg sekor ni kenapa pelik semacam saja

    BalasPadam
  29. kambing ni bernafsu kat manusia plak? mmg aneh 1 dalam sejuta... hahhaahaha

    BalasPadam
  30. mmg educated kambing ni akhir sekali di dibunuh x? hahhaaha

    BalasPadam
  31. klu sy la en nuri? sah sy tetak kepala dia putus dua x kira la kambing sapa....

    BalasPadam
  32. gila la kambing ni! jahat lagi dari setan! hahahahaha

    BalasPadam
  33. kambing ni patut di bunuh! sbb dia kambing gila.... hahahhaha

    BalasPadam
  34. ni semua salah bapak dan ibu kambing tu la didik anak dia x btol? hahhahahaha

    BalasPadam
  35. dia jatuh tangga tanduk tersepit periuk? mcm mana tu?

    BalasPadam
  36. laki normal pun xpnh kejar pmpuan berkemban ni kambing plak buat keja? hahhahahahha

    BalasPadam
  37. kambing ni rasanya jelmaan hantu raya kot? hahahahhaa

    BalasPadam
  38. en nuri pasang perangkap ke sampai tanduk dia tersangkut tu? hahhahaha

    BalasPadam
  39. kambing ni nama dia kambing educated ke? hahahahaha

    BalasPadam
  40. kambing ni rasanya dia cacat la... haahhahaha

    BalasPadam
  41. agaknya otak dia rosak kot kambing ni.. hahhahahaha

    BalasPadam
  42. kesian perempuan jadi mangsa kpd kambing ni... hahahhaha

    BalasPadam
  43. kambing ni klu x salah sy mcm pnh dgr... rumah sy pun kena dia kejar mak sy msa tu hampir2 jgk ayah dy nk tetak kepala dia tp dia sempat lari... kambing ni mmg pelik! xpnh s jmpa kambing sepelik ni

    BalasPadam
  44. kambing ni kambing jadian agaknya? hahhahaha

    BalasPadam
  45. seumur hidup saya ni kambing paling pelik sy dgr

    BalasPadam
  46. kambing ni sapa tuan dia?

    BalasPadam
  47. semalam en nuri cerita kambing en nuri ok? kenapa skrg dia terlebih gila plak? hahahahha

    BalasPadam
  48. kambing ni mngkin dia perasan yg dia adalah manusia padahal dia tu haiwan? masalah pesonality ni

    BalasPadam
  49. akhir sekali org kmpung pukul ramai2 x kambing ni sampai mati?

    BalasPadam
  50. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.


    - Siapa hendak lebih faham ada masa kena baca ulasan yang ke 50 akhir sekali baru faham kisah biodata ini . kerana cerita ini ada kait mengait pula di antara bab dan siri-sirinya. harap makalum.

    - Abang berkata...(bukti cerita ini benar) petekan ulasan abang.
    kambing ni klu x salah sy mcm pnh dgr... rumah sy pun kena dia kejar mak sy msa tu hampir2 jgk ayah dy nk tetak kepala dia tp dia sempat lari... kambing ni mmg pelik!
    xpnh s jmpa kambing sepelik ni

    - kisah lima ekor kambing saya jaga, sewaktu kecil. itu cerita di negeri perak dulu. ada pun cerita kambing educated ini, cerita kambing di negeri serawak tempat saya bertugas di sebuah kampung di pendalam kuala rajang. Disini saya temui ramai juga budak-budak pintar dan pandai, Saya rasa ada permakanan yang mereka makan,
    sagu lamatak, ikan salai, atau didik keluarga membuat displin agak tinggi, dahulu.
    (tempat seorang pensyarah Abang dilahirkan kini dia bertugas di uitm terangganu)

    -randuk- dia langgar apa saja halangan, atau dia tanduk apa saja menghalang.ligan bahasa daerah utara kejar atau hambat atau peligan asal kata ligan bukan
    nama orang India.

    -Selalu ayat atau perkataan dalam bahasa daerah saya akan letak ATAU dan petak ( .... ) . perkataan tersebut sama erti lebih kurang contoh berambat sama (berlari)
    sila ambil perhatian.

    -Kisah Qiamat ini, petekan dalam kitab suci al quran , yang saya dengar dan baca, juga ceramah dari ustaz-ustaz dahulu dan sekarang, bukan cerita saya reka, sesiapa yang mendengar ayat al quran serta terjemahannya, juga mereka yang telah memeluk Islam setelah berjinak dengan blog ini, bukan kerana saya, tuhan yang memberi hidayat kepada mereka. saya pun tak tahu apa.

    - Buat ustaz Razali dan Haji Masdan saya sedia menerima siapa saja, bagi saya tiada musuh yang perlu dicipta dalam kehidupan di dunia pada ini, kerana semuanya rasanya tidak abadi. Sebenarnya sajak yang saya tulis berkat pengajaran ustaz-ustaz yang pernah
    mengajar saya dulu, saya tak tahu ada diantara mereka ada wali allah. sebab itu ada juga
    keberakatannya. Amin. saya sebenarnya tidak tahu apa-apa, sekadar menulis saja. Amin.

    -Minta maaf sajak pilihan yang tersiar itu kepunyaan Suara Rakyat bukan Suara Bebas, sebenarnya ramai geng suara dalam belog ini, saya pun tak dapat ini berapa orang, boleh perkenal diri, ramai juga yang menyepi kini.

    - Harap maaf dan maklum jika ada soalan yang terlepas pandang. sekian kita menulis sesama kita, tak ada beza membeza, Apa yang baik buat tauladan, yang buruk ada baiknya dibuangkan saja. Amin !

    - Buat tuan haji ghamidi yang koma,
    elohlah para sahabat yang ada simpati tolong baca yasim untuk memudahkan keadaan. Amin

    BalasPadam