Ahad, 16 Januari 2011

SETIAP MANUSIA ADA TUGASNYA





Sebelah tangan ada lima jari
yang pendek panjang, gemok kurus
semuanya ada fongsi dan tugasnya
mengapa kita mesti berdengki
tidak amabil pengajaran dari jarijemari.

Kekadang setandan kelapa pun
mungkin ada sebiji dua yang komeng
begitulah juga lumrah hidup manusia
bukan semuanya yang sempurna
tetapi pasti ada sesuatu kelebihannya.

Baca hikayat raja-raja dahulu kala
tugas si buta untuk menghembus api
tugas si tuli boleh kerja bakar mariam
tugas si kurap boleh kerja tampi padi
tugas si bisu boleh tolong halau ayam
tugas si kodong minta tumbuk padi
bagi sesaorang manusia ada tugasnya
tiada gaji sekadar makan percuma.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan tanpa tarikh;
sajak lagenda en nuri 1982.






50 ulasan:

  1. BAB 7 siri 5 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

    Banyak bezanya orang yang belajar agama dengan orang yang tidak belajar agama, sama jugalah orang solat dengan orang yang tidak solat,sedangkan yang bersolat pun kadangkala cuba juga menipu, ini menunjukan solat mereka belum sempurna kata ustaz sewaktu aku belajar kelas fardu ain dulu.
    Aku pernah bertanya dekat ustaz Yusof (al fatihah aruah) bagaimana hendak solat dengan khususk? Waktu itu masih budak mentah lagi, tapi berani, bila ustaz bagi peluang tanya, aku bangkit tanya.

    Dia jawab dengan senyum saja. Sembahyang dengan nawaitu kita, kalau kita niat hendak tenguk sebuah gambar di dinding tenguklah gambar itu betul-betul, biasanya di sinding rumah kita berbagai macam benda perhiasan lain ada, kita pun terlihat juga, tapi fokos kita, atau tujuan asalkan nak tenguk gamabar yang satu itu, yang lain itu biasalah menganggu.

    Begitu juga dengan ustaz sulaiman, dia kata waktu angkat jaru telunjuk, kita sebut mengucap Assyahaduan… niat dalam hati maananya, kalau tidak Sembahyang pun hanyut. Macam nak pergi kedai, dirumah nak beli barang lain, samapi kedai kelabu mata pergi beli barang lain pula.

    Dua tiga minggu aku peninfikir jawapan dua orang ustaz aku ini, mereka selalu kata pada aku , ada kemampuan, sadjaa wat jada, aku lagi pening masa itu, bahasa arab pun aku tak tahu apa. Rupa kena lama baru kita dapat tangkap apa yang ustaz kita kata.

    Tidak sia-sia belajar kelas agama dahulu, walaupun aku berulang alik dari batu empat ke simpang tiga KK. dengan basikal tua, kerana minat kuat pada agama, aku belajar agama selain dari sekolah, di masjid, dan radia juga jadi bahan aku mengompul ilmu, aku sering buat catatan bila pergi dengar ceramah agama di surau atau masjid.

    Sebenarnya memang banyak menimbun buku catatan aku, selain dari diary aku.yang aku Cuma buka semula sesekali, kita kena bersyukur juga dengan bakat yang Allah berikan, guna sebaik mungkin. selain dari bakat dan tokoh, semangat dan keberanian juga penting, mesti ada,

    Selepas ditokok tabah dengan ilmu persekitaran dan pengalaman yang pernah kita lakukan,dan pengelaman orang yang kita punggut sewaktu bertugas, pada masa yang lalu.kita boleh himpun dan susun untuk jadikan ia sebuah cerita panjang atau pendek . atau pun cerpen, sajak dan apa saja yang kita rasa sesuai jadikan bahan bacaan untuk seharian kita.

    BERSAMBUNG. (B)

    BalasPadam
  2. MATA SEGAR

    Bencinya aku pada situasi,
    yang menghakis diri sedalam ini,
    Semakin kucuba semakin kecewa,
    Terlerai tujuan semakin merempan,
    Ternyata aku gagal atasi diri,
    Cukuplah sudah biarku tenang,
    Cukuplah sudah beriku aman,
    Aku makin lemah dalam jiwa lesu,
    Terlebih bicara buatku layu,
    Biarkan saja masa terus berlalu.
    Mataku tetap segar
    Aku berehat berikan aku peluang
    Semoga aku tenangkan fikiran
    Semoga esok aku bangun segar


    Kumar Darhma
    sajak utk pertandingan sajak

    BalasPadam
  3. ANDAI HARI ESOK

    semua angan jadi kenyataan
    pasti bahagia terasa
    mengapa mesti esok
    mengapa tidak sekarang
    adakah pasti
    esok kau bisa berjalan
    esok kau bisa berlari
    esok kau masih bernyawa
    adakah pasti
    ada izin dari yang kuasa
    ada tertulis qada’ dan qadar
    usah tunggu lagi
    usah tunggu hari esok
    lakukan sahaja sekarang
    untuk hari esok tawakkal
    janji ruyung sudah dipecahkan
    janji usaha sudah segala
    apa jadi esok tuhan punya kuasa

    Muhamad Tajol
    sajak utk sayembara

    BalasPadam
  4. USAH JADI SIPUT SEDUT

    mengapa kau masih begitu
    macam si siput sedut
    suka menyorok diri
    senyap dalam cengkerang
    cubalah tonjolkan diri
    tunjuk apa kau ada
    pamer apa kau hebat
    kongsi apa kau ahli
    rebut apa kau mahu
    ambil apa kau ingin
    hidangan sudah tersedia
    tunggu kau jamah sahaja
    permaidani sudah terhampar
    tunggu kau jejak sahaja
    jalan sudah terbentang
    tunggu kau menapak sahaja
    peluang sudah ada
    tunggu kau bertindak sahaja
    apa lagi kau tunggu
    ambillah sepuasnya
    nanti disambar orang
    kau pasti sengih sahaja sia-sia…


    Kakua Lomtan
    aku iban takut qalam salah anggap aku ni islam plak?

    BalasPadam
  5. DEMAM

    aduh tak larat
    badan terasa lemah
    kaki terasa kebas
    hidung rasa berair
    demam lagi
    virus apa ini
    moga bukan selsema babi
    moga bukan selsema burung
    moga bukan H1N1
    jangan-jangan denggi
    tadi kujumpa seekor nyamuk
    nyamuk betina
    terdampar atas tilam
    perut nampak kembung
    puas hisap darah
    nampak riang
    nyamuk juga yang salah
    kasihan kau nyamuk
    mungkin ini peringatan
    supaya ingatkan tuhan
    tanda tuhan ingatkan kita
    agar tidak terlupa…


    Nabuak Hamsin
    sajak utk beri kepada qalam

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
    MATA SEGAR oleh sdra Kumar Darhma PB. Pengucapannya nampak semacam dalam situasi atau keadaan yang resah dan gelisah, semangkin dibiarkan semangkin merempan pula rasanya, bagai gagal segala-galanya. Ini merupakan satu penyakit yang menyerang dalam diri secara senyap, bagai mencari sesuatu. Si penulis ingin membuang semua kegelisahan di hatinya. Mengharapkan satu ketenangan, keamanan, bila gagal terasa semacam lemah dan lesu, tetapi kerana tugas dan kehidupan yang perlu dijalankan, perasaan itu berhenti seketika, terasa bagai mendapat peluang untuk untuk tidur dan memulakan bekerja semula. Tetapi bila sunyi dia pasti datang kembali, sebenarnya jiwa anda sedang mencari sesuatu yang abadi. Mungkin lambat dan cepat belum tentu lagi. Hanya tuhan yang mengetahui. Semoga selalu merenung keindahan alam ini. Semoga sukses.

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    ANDAI HARI ESOK oleh sdra Muhamad Tajol PB. Pengucapannya ternya bahawa Setiap pekerjaan bagi si penulis tak usah bertangguh atau bertempuh. Sebaiknya lakukan segera , jangan tunggu lama-lama, sebainya bergerak segera. Kerana kita ini belum pasti hari esok boleh hidup atau pun mati. Semuanya kita sekadar bertawakal.
    Kerana qada dan qadar semuanya ketentuan Ilahi, dengan lain perkataan> Beribadat Itu saolah kamu hendak matiu esok hari dan bekerja itu saolah kamu mahu hidup seratus tahun lagi. Amin. (TU)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    USAH JADI SIPUT SEDUT sajak oleh sdra. Kakua Lomtan berketurunan Iban, tidak kira siapa saja kita sama saja rakyat 1 malaysia en nuri pun pernah berkorban 5 tahun mendidik anak-anak serawak di sana termasuk juga anak orang Iban. Tidak usah kita kira itu semua demi pembangunan untuk negara. Pengucapan siput sedut atau Belitung ini ada bunyi sembolik sadikit. Kita tidak sepatutnya rasa rendah diri, semua
    peluang telah tersedia, carilah ilmu sebanyak mungkin, agar kita semua sama mendapat peluang, mengejar dalam pembangunan negara. Tidak kira dimana sahaja anda berada bangun, bangkit rebutkan peluang yang ada. Semoga sukses. (U)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    DEMAN sajak oleh sdra. Nabuak Hamsin Penceritaannya ternya bagai orang yang sedang deman yang penyakitnya Cuma dalam andainya sahaja. Entah virus apa dari
    burung atau ayam, babi, atau H1N1. Lebih terharu pula lagi melihat nyamuk di atas tilam di tempat baringan dengan perut yang kembung kekenyangan.Lebih cemas dan
    ngeri lagi. Itu menjadikan seorang Ingat pada ketentuan Tuhan rabbul alamin. Amin.(TB)

    BalasPadam
  10. sy pun tertanya jgk mcm mana nk solat dgn khusyuk yer?

    BalasPadam
  11. nak khusyuk kena fokus ker?

    BalasPadam
  12. susah jgk nak khusyuk dalam solat ni

    BalasPadam
  13. aku pun susah nak solat khusyuk sbb fikiran selalu merewang jauh

    BalasPadam
  14. sy pun klu masalah terlampau byk solat pun x khusyuk...

    BalasPadam
  15. nampaknya kena pasang nawaitu tu penting

    BalasPadam
  16. apa bnda plak mawaitu tu?

    BalasPadam
  17. nmpknya kena masuk islam la lps ni sbb cerita en nuri ni byk cerita pasal solat? nawaitu? sy mana thu apa....

    BalasPadam
  18. sadjaa wat jada bhasa jawa ke ni en nuri?

    BalasPadam
  19. cerita pasal sembahyang ke? xphm la en nuri

    BalasPadam
  20. ayoyo.. susah mau paham la pasal solat ustaz en nuri ajar ni

    BalasPadam
  21. nampak agama islam ni mcm menarik sbb mcm senang tp kalau nak masuk islam? kena buang tatto plak? aduh...

    BalasPadam
  22. sama la kita en nuri sy pun selalu bwk nota bila ada ceramah entahlah rasa seronok plak mencatat...

    BalasPadam
  23. byk kata2 semangat dalam cerita en nuri kali ni

    BalasPadam
  24. smoga anak muda yg baca cerita en nuri kali ni dapat bakar semangat mereka..

    BalasPadam
  25. ustaz en nuri tu pakar motivasi ker?

    BalasPadam
  26. byk kata2 perangsang dia bagi kat en nuri...

    BalasPadam
  27. msti smua anak2 murid dia berjaya byk kata2 semnagat di berikan

    BalasPadam
  28. cerita pasal khusyuk ni susah kalau x btol2 x beri tumpuan

    BalasPadam
  29. jgn kata anak muda skrg kdg2 sy sndiri pun susah nak tumpu dlm solat....

    BalasPadam
  30. mcm mana nak tumpu dalam solat sepenuhnya?

    BalasPadam
  31. sy tumpu dalam solat pun kdg2 susah jgk sbb skrg kerja byk jd bila solat terbayang saja keja yang bertimbun tu

    BalasPadam
  32. KALAU PENDANGAN PERIBADI SY NAK SOLAT DGN KHUSYUK SY KOSONGKAN MINDA DAN FOKUS NAK SOLAT NI SAMPAI HBIS TANPA GANGGUAN

    BalasPadam
  33. apa bnda plak pasal khusyuk solat tu en nuri?

    BalasPadam
  34. kalau solat x khusyuk bole ke en nuri?

    BalasPadam
  35. sy solat susah nk khuysuk la mcm2 gangguan anda... sah atau tidak solat sy itu?

    BalasPadam
  36. huh! menarik jgk tips utk khusyuk solat ustaz en nuri bagi thu...

    BalasPadam
  37. eh! ustaz en nuri ada tips x solat nk khusyuk ni?

    BalasPadam
  38. susah la nk tumpu solat klu tinggal kat flat ni bising sikit tp di kira sah kan en nuri????

    BalasPadam
  39. menarik jgk kata2 yg diberikan oleh ustaz en nuri tu

    BalasPadam
  40. eh! langkau ke? sbb semalam en nuri cerita pasal isteri en nuri skrg pasal skola pondok semula?????

    BalasPadam
  41. en nuri rajin jgk? klu sy dgr ceramah susah nak menulis ni sy lebih suka mendengar...

    BalasPadam
  42. mmg betol apa yg dikatakan ustaz en nuri kena fokus

    BalasPadam
  43. susah nak khusyuk dlm solat sbb skrg msalah byk...

    BalasPadam
  44. khusyuk ni bnda apa plak en nuri?

    BalasPadam
  45. solat tu apa bnda plak?

    BalasPadam
  46. nampaknya solat islam dan bukan islam lain sikit...

    BalasPadam
  47. eh! kalau solat x khusyuk sembyh sah x?

    BalasPadam
  48. alamak! sy sepanjang bersolat ni mmg xpnh khusyuk pun tp dikira sah atau x?

    BalasPadam
  49. nnt en nuri letak plak cara2 nak khusyuk dlm solat

    BalasPadam
  50. byk kata2 yg membangkit semangat diberikan oleh ustaz en nuri tu

    BalasPadam