Senja pun jatuh
uban memutih
kesedaran melengkar
amat tenat di hati
kitakah itu?
uban memutih
kesedaran melengkar
amat tenat di hati
kitakah itu?
Senja pun jatuh
terlalu sukar menilai
terlalu sukar menilai
satu kewujudan
dari taqdir illahi..
dari taqdir illahi..
kitakah itu?
Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda 26/06/1986.

CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 3
BalasPadam__________________________________
Kini hampir sepurnama rakan di kampungnya yang bernama Adi cana tidak bersua dengannya. Selalunya ada juga sepurnama dua mereka bersua dan bertanya khabar dan berita. Adi cana mulai terasa mencurigainya. sakitkah? atau pun
ditimpa musibahkah gerangan dia? Terasa Adi cana ingin menyusuri jejak teratak buruk Ali canon dipinggir hutan rimba belantara itu.
Hati Adi cana mulai merasa cemas, dia memberanikan diri melewatai hutan rimba menyusuri semak samun, tempat dia selalu mencari rotan dan getah ipoh untuk menyumpit kera lotong dan napoh. Setibanya di teratak Ali canon, alangkah terkejutnya dia. didapati Ali canon sedang tidur dengan lenanya. keadaannya amat berbeza, keadaan terataknya juga berseh dan teratur seperti ada orang yang menjaga dan menghiasinya.
Adi cana mengawasi keadaan sekeliling, ternyata sangkaan meleset, Ali canon sihat keadaanya juga nampak terjaga, siapa yang mengelola keadaan ini semua. Adakah rakannya itu sudah pun
berkhawin atau mempunyai pasangan hidup di hutan belantara ini? Sesekali bulu romanya mulai berdiri. pelahan-lahan Adi cana mgeundurkan diri, bila dia terasa
seperti ada orang yang memerhati keadaannya di situ.
Sewaktu dia sedang melangkah pergi dia terhidu bau harum mawar kasturi, belum pun jauh dia pergi, dia terserempak dengan saekor kucing putih yang gebu bulunya, kucing itu mengerlingnya dengan mata yang tajam, bulu tengok Adi
cana mulai mengeremang berdiri, tersa kucing itu bagai tidak ingin kehadiran Adi cana diteratak atau pondok Ali canon itu.
Langkah Adi cana kian laju, sambil dia menghulur parang panjang melebasi rumbut rampai yang menghalang langkahnya menyusuri jalan pulang ke kampung. waktu itu Adi cana tidak dapat berkata sepatah kata, hatinya ingin segera pulang ke kampungnya, hutan belantara itu dirasainya bagai puaka besar yang sedang memerhati keadaan dirinya.
Hari itu Adi cana tidak dapat mencari rotan, kerana hatinya dirasok kebimbangan dan kecurigaan, terhadap rakannya
Ali canon. Entahkan hidup , entahkan mati, tetapi hatinya bertambah bingung pula bila melihat keadaan Ali canon yang
nampak lebih selesa keadaannya dari yang pernah dilihatnya dahulu.
BERSAMBUNG.
SEKEPING CERMIN DI RUMAH HIDUP
BalasPadamseorang isteri
adalah sekeping cermin
dalam rumah hidup.
di hadapannya hadir anak-anak
dari cinta yang ranum
mengarcakan pertarungan
nafas hidup dalam-tangan
hari yang kasar.
di hadapannya hadir
manusia-manusia sasau
dari rasuk yang setan
menguji panah-panah berapi
dalam tangan-tangan hari kasar.
hari ini, esok dan hari-hari
yang tiada kelihatan
jangan dicalarkan
sekeping cermin rumah hidup ini.
Ayob Elias
sajak utk sayembara simbolik sikit baru hbis buat dalam pkul 3pagi
KHILAF
BalasPadamkhilafnya aku
membaca penglihatan sendiri
melihat biru hijau lautmu
ingin kusentuhi
membadai ombakmu.
terima kasih
anugerah kedukaan ini
kususunkan setiap satu
menjadi karya kita.
di dalamnya dirimu
di dalamnya diriku.
Najwa Tamrun
sajak baru disiapkan utk sayembara
AKU BURUNG DI SANGKAR
BalasPadamsenja menceritakan duka
gelap malam merampas segala
mimpi pun tumbuh
aku menjadi burung
ingin menolak
pintu sangkar berbisakan buluh.
berulang mimpi
mahu terbang lepas
melihat biru laut
bertemu kerikil
pecahan ombak terasa menyakitkan.
Puan Zainah
sajak utk sayembara ada simbolik sedikit
LABAH-LABAH
BalasPadamwaktu yang menampung
tiada tertahankan
menjadikan aku kerdil
sekerdil labah-labah.
bersungguh menganyam
jaring kesabaran tiada sedar
tembok yang memisah
menjarakkan perasaanmu
waktu yang menampung
tiada tertahankan
menjadikan aku ke bawah
terkatung-katung.
menjadi dedaun kering
tiada tertahan songsang angin
dalam padang lalangmu
bergerak semahu arahmu).
saratnya memori mengapung
dalam waktu saratnya cinta
melukakan dalam waktu.
Susila Wani
sajak bru disiapkan jgk bersama rakan yg lain utk sayembara
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
BalasPadamSEKEPING CERMIN DI RUMAH HIDUP sajak oleh sdra Ayob Elias pengucapanya menceritakan: tentang tugas seorang isteri itu selain contoh dan guru utama dalam sebuah rumah tangga dan juga bagai cermin kehidupan buat keluarga seharian, tetapi kadangkala ada juga gangguan yang melanda dari dalam dan luar menghasut dan memfitnah kerukunan rumah tangga, Namun apa pun yang berlaku , isteri yang punya keimanan yang ketal, sukar syaitan untuk memperdayanya. Amin (TB)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
BalasPadamKHILAF sajak oleh sdri Najwa Tamrun, Cuba menceritakan akan berlakukan kesilapan dalam kehidupan ini,sebenarnya tidak ada manusia yang tepat baik seratus peratus tidak pernah melakukan kesilapan seharian, namun sadikit sebanyak pasti ada juga melakukannya kesalahan, sama ada disedari atau sebaliknya.namun jika tuhan memberi akal fikiran yang waras dan sihat pastinya segala kesilapan dan kesalahan itu pastiakan kita dapat mengatasinya rasa kelemahan itu. Amin. (TU)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
BalasPadamAKU BURUNG DI SANGKAR oleh Puan Zainah Pb pengucapannya menceritakan
sesekali terasa kebebasan bagai tiada, mungkin dibebani dengan tugas dan kerja harian rumah yang kian menimbun, bagai tidak cukup tangan dan masa untuk kita mengelolakanya. Terasa pula ingin jadi burung terbang bebas meliwati alam maya dan laut biru bermesra dengan camar atau kerikil , bermain ombak .sebenarnya beburung juga bosan dengan kehidupannya, dengan terbang tanpa tujuan, nampak malas dan longlai di angkasa,amat bosan dan menjemukan, semuanya itu adalah sementara, apa yang baiknya tugasan yang sedia ada, itulah dunia yang telah pun ditetapkan oleh Allah swt. Amin (TU)
SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
BalasPadamLABAH-LABAH oleh Pb sdri Susila Wani dengan pengucapannya menceritakan akan kewibawaan sang lelabah dibayangkan dalam kehidupan sehariannya. Meluahkan rasa berat dan sengsaranya hidup ini jika kesabaran tiada, perasaan yang kian mahu memberontak untuk bebas seakan bagai ditahan dan disekat oleh tembuk keadaan hidup yang berpengangkan pada adat dan agama. Kini terasa syaratnya memori dan cinta yang mungkin tidak dapat diluahkan. menjadikan kehidupan kian lemas ditelan waktu. Apa-apa pun semua kehidupan ada ketentuannya, Cuma lambat dan cepat sahaja yang akan boleh dan dapat menterjemahkannya. Amin (TU)
adi cana? eh! tu nama aku tu? ada jgk rupanya harap2 aku x nasib malang mcm ali conan.. hehe
BalasPadamsepurnama? ape bnda tu?
BalasPadamadi cana rupanya member ali conan ni?
BalasPadamnama dekat2 sama naik keliru aku
BalasPadamkalau x salah adi cana pun ada nama ahli
BalasPadamdorg ni kwn baik dari kecik ke?
BalasPadamwah! rumah dia jadi kemas plak?
BalasPadamberani dia pegi sorg nak lawat ali conan
BalasPadamkenapa watak sy jd kwn dgn hantu seram plak rsanya.,....
BalasPadamlotong bnda apa plak tu?
BalasPadamnapoh tu apa en nuri?
BalasPadamkucing tu siapa? jelmaan agaknya
BalasPadamkucing putih?? selalunya jelmaan hantu ni kucing hitam
BalasPadamkucing tu langsuir agaknya
BalasPadamkucing tu bukan kucing sebarangan tu
BalasPadammisteri plak siapa kucing tu?
BalasPadamkucing tu org bunian agaknya
BalasPadamkenapa kucing tu x bagi adi cana nak melawat?
BalasPadammcm ada yg xkena sajak harap2 ali canon xda apa2...
BalasPadamsiapa plak yg kemas rumah ali canon ni?
BalasPadamali canon sihat? kenapa adi cana x pegi bertgur sapa...
BalasPadamkucing tu penunggu agaknya
BalasPadamgetah ipoh??? apa tu xpnh dgr pun en nuri...
BalasPadamali canon ni pengamal ilmu hitam ker?
BalasPadamrumah dia kemas plak? hantu raya kot yg tolong bersihkan
BalasPadamsian adi cana nak melawat ada plak kcuing putih
BalasPadamputeri bunian ke kucing putih tu?
BalasPadammakin lama makin suspen plak baca cerpen en nuri ni
BalasPadammmg suspen rasa mcm nk baca sampai hbis tertunggu2 sambungan seterusnya
BalasPadamapa terjadi kat adi cana dia cerita kat org kmpung ke?
BalasPadamkucing tu jelmaan nenek kebayan agaknya
BalasPadamdia pegi lagi x kali kedua sbb kali pertama kena halau
BalasPadamapa terjadi kat dia nnt? boleh ke adi cana nak melawat lps ni
BalasPadamharap2 kali kedua dia pegi melawat xde kucing putih tu
BalasPadamkucing putih tu yg misteri
BalasPadamsiap merenung tajam bukan sebarangan kucing tu
BalasPadamkalau dia pegi kat rumah ali conan seram sejuk sah msti hantu la kucing tu
BalasPadambau wangi palk rumah ali canon ni>??? seram2....
BalasPadambau kasturi ni setahu sy hantu je yg pakai
BalasPadamkucing putih? kalau kucing hitam hantu ni kucing putih bunian agaknya
BalasPadammisteri la cerita kali ni
BalasPadam