Rabu, 26 Januari 2011

SENJA PUN JATUH




Senja pun jatuh
uban  memutih
kesedaran melengkar
amat tenat di hati
kitakah itu?

Senja pun jatuh
terlalu sukar menilai
satu kewujudan
dari taqdir illahi..
kitakah itu?


Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda 26/06/1986.





50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 3

    __________________________________

    Kini hampir sepurnama rakan di kampungnya yang bernama Adi cana tidak bersua dengannya. Selalunya ada juga sepurnama dua mereka bersua dan bertanya khabar dan berita. Adi cana mulai terasa mencurigainya. sakitkah? atau pun
    ditimpa musibahkah gerangan dia? Terasa Adi cana ingin menyusuri jejak teratak buruk Ali canon dipinggir hutan rimba belantara itu.

    Hati Adi cana mulai merasa cemas, dia memberanikan diri melewatai hutan rimba menyusuri semak samun, tempat dia selalu mencari rotan dan getah ipoh untuk menyumpit kera lotong dan napoh. Setibanya di teratak Ali canon, alangkah terkejutnya dia. didapati Ali canon sedang tidur dengan lenanya. keadaannya amat berbeza, keadaan terataknya juga berseh dan teratur seperti ada orang yang menjaga dan menghiasinya.

    Adi cana mengawasi keadaan sekeliling, ternyata sangkaan meleset, Ali canon sihat keadaanya juga nampak terjaga, siapa yang mengelola keadaan ini semua. Adakah rakannya itu sudah pun
    berkhawin atau mempunyai pasangan hidup di hutan belantara ini? Sesekali bulu romanya mulai berdiri. pelahan-lahan Adi cana mgeundurkan diri, bila dia terasa
    seperti ada orang yang memerhati keadaannya di situ.

    Sewaktu dia sedang melangkah pergi dia terhidu bau harum mawar kasturi, belum pun jauh dia pergi, dia terserempak dengan saekor kucing putih yang gebu bulunya, kucing itu mengerlingnya dengan mata yang tajam, bulu tengok Adi
    cana mulai mengeremang berdiri, tersa kucing itu bagai tidak ingin kehadiran Adi cana diteratak atau pondok Ali canon itu.

    Langkah Adi cana kian laju, sambil dia menghulur parang panjang melebasi rumbut rampai yang menghalang langkahnya menyusuri jalan pulang ke kampung. waktu itu Adi cana tidak dapat berkata sepatah kata, hatinya ingin segera pulang ke kampungnya, hutan belantara itu dirasainya bagai puaka besar yang sedang memerhati keadaan dirinya.

    Hari itu Adi cana tidak dapat mencari rotan, kerana hatinya dirasok kebimbangan dan kecurigaan, terhadap rakannya
    Ali canon. Entahkan hidup , entahkan mati, tetapi hatinya bertambah bingung pula bila melihat keadaan Ali canon yang
    nampak lebih selesa keadaannya dari yang pernah dilihatnya dahulu.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SEKEPING CERMIN DI RUMAH HIDUP

    seorang isteri
    adalah sekeping cermin
    dalam rumah hidup.
    di hadapannya hadir anak-anak
    dari cinta yang ranum
    mengarcakan pertarungan
    nafas hidup dalam-tangan
    hari yang kasar.
    di hadapannya hadir
    manusia-manusia sasau
    dari rasuk yang setan
    menguji panah-panah berapi
    dalam tangan-tangan hari kasar.
    hari ini, esok dan hari-hari
    yang tiada kelihatan
    jangan dicalarkan
    sekeping cermin rumah hidup ini.


    Ayob Elias
    sajak utk sayembara simbolik sikit baru hbis buat dalam pkul 3pagi

    BalasPadam
  3. KHILAF

    khilafnya aku
    membaca penglihatan sendiri
    melihat biru hijau lautmu
    ingin kusentuhi
    membadai ombakmu.
    terima kasih
    anugerah kedukaan ini
    kususunkan setiap satu
    menjadi karya kita.
    di dalamnya dirimu
    di dalamnya diriku.

    Najwa Tamrun
    sajak baru disiapkan utk sayembara

    BalasPadam
  4. AKU BURUNG DI SANGKAR

    senja menceritakan duka
    gelap malam merampas segala
    mimpi pun tumbuh
    aku menjadi burung
    ingin menolak
    pintu sangkar berbisakan buluh.
    berulang mimpi
    mahu terbang lepas
    melihat biru laut
    bertemu kerikil
    pecahan ombak terasa menyakitkan.


    Puan Zainah
    sajak utk sayembara ada simbolik sedikit

    BalasPadam
  5. LABAH-LABAH

    waktu yang menampung
    tiada tertahankan
    menjadikan aku kerdil
    sekerdil labah-labah.
    bersungguh menganyam
    jaring kesabaran tiada sedar
    tembok yang memisah
    menjarakkan perasaanmu
    waktu yang menampung
    tiada tertahankan
    menjadikan aku ke bawah
    terkatung-katung.
    menjadi dedaun kering
    tiada tertahan songsang angin
    dalam padang lalangmu
    bergerak semahu arahmu).
    saratnya memori mengapung
    dalam waktu saratnya cinta
    melukakan dalam waktu.


    Susila Wani
    sajak bru disiapkan jgk bersama rakan yg lain utk sayembara

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    SEKEPING CERMIN DI RUMAH HIDUP sajak oleh sdra Ayob Elias pengucapanya menceritakan: tentang tugas seorang isteri itu selain contoh dan guru utama dalam sebuah rumah tangga dan juga bagai cermin kehidupan buat keluarga seharian, tetapi kadangkala ada juga gangguan yang melanda dari dalam dan luar menghasut dan memfitnah kerukunan rumah tangga, Namun apa pun yang berlaku , isteri yang punya keimanan yang ketal, sukar syaitan untuk memperdayanya. Amin (TB)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    KHILAF sajak oleh sdri Najwa Tamrun, Cuba menceritakan akan berlakukan kesilapan dalam kehidupan ini,sebenarnya tidak ada manusia yang tepat baik seratus peratus tidak pernah melakukan kesilapan seharian, namun sadikit sebanyak pasti ada juga melakukannya kesalahan, sama ada disedari atau sebaliknya.namun jika tuhan memberi akal fikiran yang waras dan sihat pastinya segala kesilapan dan kesalahan itu pastiakan kita dapat mengatasinya rasa kelemahan itu. Amin. (TU)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    AKU BURUNG DI SANGKAR oleh Puan Zainah Pb pengucapannya menceritakan
    sesekali terasa kebebasan bagai tiada, mungkin dibebani dengan tugas dan kerja harian rumah yang kian menimbun, bagai tidak cukup tangan dan masa untuk kita mengelolakanya. Terasa pula ingin jadi burung terbang bebas meliwati alam maya dan laut biru bermesra dengan camar atau kerikil , bermain ombak .sebenarnya beburung juga bosan dengan kehidupannya, dengan terbang tanpa tujuan, nampak malas dan longlai di angkasa,amat bosan dan menjemukan, semuanya itu adalah sementara, apa yang baiknya tugasan yang sedia ada, itulah dunia yang telah pun ditetapkan oleh Allah swt. Amin (TU)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    LABAH-LABAH oleh Pb sdri Susila Wani dengan pengucapannya menceritakan akan kewibawaan sang lelabah dibayangkan dalam kehidupan sehariannya. Meluahkan rasa berat dan sengsaranya hidup ini jika kesabaran tiada, perasaan yang kian mahu memberontak untuk bebas seakan bagai ditahan dan disekat oleh tembuk keadaan hidup yang berpengangkan pada adat dan agama. Kini terasa syaratnya memori dan cinta yang mungkin tidak dapat diluahkan. menjadikan kehidupan kian lemas ditelan waktu. Apa-apa pun semua kehidupan ada ketentuannya, Cuma lambat dan cepat sahaja yang akan boleh dan dapat menterjemahkannya. Amin (TU)

    BalasPadam
  10. adi cana? eh! tu nama aku tu? ada jgk rupanya harap2 aku x nasib malang mcm ali conan.. hehe

    BalasPadam
  11. sepurnama? ape bnda tu?

    BalasPadam
  12. adi cana rupanya member ali conan ni?

    BalasPadam
  13. nama dekat2 sama naik keliru aku

    BalasPadam
  14. kalau x salah adi cana pun ada nama ahli

    BalasPadam
  15. dorg ni kwn baik dari kecik ke?

    BalasPadam
  16. wah! rumah dia jadi kemas plak?

    BalasPadam
  17. berani dia pegi sorg nak lawat ali conan

    BalasPadam
  18. kenapa watak sy jd kwn dgn hantu seram plak rsanya.,....

    BalasPadam
  19. lotong bnda apa plak tu?

    BalasPadam
  20. napoh tu apa en nuri?

    BalasPadam
  21. kucing tu siapa? jelmaan agaknya

    BalasPadam
  22. kucing putih?? selalunya jelmaan hantu ni kucing hitam

    BalasPadam
  23. kucing tu langsuir agaknya

    BalasPadam
  24. kucing tu bukan kucing sebarangan tu

    BalasPadam
  25. misteri plak siapa kucing tu?

    BalasPadam
  26. kucing tu org bunian agaknya

    BalasPadam
  27. kenapa kucing tu x bagi adi cana nak melawat?

    BalasPadam
  28. mcm ada yg xkena sajak harap2 ali canon xda apa2...

    BalasPadam
  29. siapa plak yg kemas rumah ali canon ni?

    BalasPadam
  30. ali canon sihat? kenapa adi cana x pegi bertgur sapa...

    BalasPadam
  31. kucing tu penunggu agaknya

    BalasPadam
  32. getah ipoh??? apa tu xpnh dgr pun en nuri...

    BalasPadam
  33. ali canon ni pengamal ilmu hitam ker?

    BalasPadam
  34. rumah dia kemas plak? hantu raya kot yg tolong bersihkan

    BalasPadam
  35. sian adi cana nak melawat ada plak kcuing putih

    BalasPadam
  36. puteri bunian ke kucing putih tu?

    BalasPadam
  37. makin lama makin suspen plak baca cerpen en nuri ni

    BalasPadam
  38. mmg suspen rasa mcm nk baca sampai hbis tertunggu2 sambungan seterusnya

    BalasPadam
  39. apa terjadi kat adi cana dia cerita kat org kmpung ke?

    BalasPadam
  40. kucing tu jelmaan nenek kebayan agaknya

    BalasPadam
  41. dia pegi lagi x kali kedua sbb kali pertama kena halau

    BalasPadam
  42. apa terjadi kat dia nnt? boleh ke adi cana nak melawat lps ni

    BalasPadam
  43. harap2 kali kedua dia pegi melawat xde kucing putih tu

    BalasPadam
  44. kucing putih tu yg misteri

    BalasPadam
  45. siap merenung tajam bukan sebarangan kucing tu

    BalasPadam
  46. kalau dia pegi kat rumah ali conan seram sejuk sah msti hantu la kucing tu

    BalasPadam
  47. bau wangi palk rumah ali canon ni>??? seram2....

    BalasPadam
  48. bau kasturi ni setahu sy hantu je yg pakai

    BalasPadam
  49. kucing putih? kalau kucing hitam hantu ni kucing putih bunian agaknya

    BalasPadam
  50. misteri la cerita kali ni

    BalasPadam