Rabu, 26 Januari 2011

SEKIRANYA AKU MASIH





Sekiranya aku masih bernafas,
ketauhidanku pada yang satu
mengabdikan diri setulis hati
cuma terserah kehadratMu
Ya Allah! Ya Rabby!

Sekiranya aku masih bernyawa,
ketabahan ubat penawar jiwa
demi bagi memantapkan ujian
buat menilai erti sebuah keimanan

Sekiranya aku masih hidup kini,
kesabaran adalah ujian keimanan
betapa pun rasa terhina diri ini
dunia bukanlah nilai harga sebenarnya.


Oleh: Nurimanja,
5 Ramadhan/ 23/Ogos/2009
Surau Furkhan Bandar Baru Perda, Penang.





50 ulasan:

  1. MARAK MENYALA

    seperti api marak menyala
    membakar hangat di dasar
    kelihatan sukar pandangan kasar.
    cuba kupadamkan marak menyala ini
    tetap membara merata
    menjadi hangat di luar diri
    menjadi kasar dilihat pandangan.
    dari kekaca jendela bisu
    kita menatapi purnama bulan
    suramnya sama dari teduhan
    bumbung kenangan
    kita merasai basah gerimis
    gigilnya serupa kita cantumkan
    bisu dan kenangan
    resahnya janggal sekali.


    Pejuang Islam
    11malam
    kelantan

    BalasPadam
  2. AKU LELAKI BERDIRI

    udara api tercantum satu
    kepada senja diri
    aku akan bertitik
    cuma waktu harinya
    aku sendiri belum tentu
    aku lelaki wujud dari dunia diri
    kekadang aku kukuh
    ketika lainnya aku patah
    dalam nafas sendiri
    wahai hari payah,
    aku masih berdiri
    atas kaki sendiri
    masih mencari diri sendiri.
    Kesempurnaan terlukis kaki langit
    warna-warni pelanginya.
    Kesempurnaan tertumpat di dada air
    bergulung sembah ombak Kesempurnaan
    tergenggam dalam zatNya
    hambaMu ini kerdil sekali.


    Ai Kutubudin
    sajak tentang ketuhanan

    BalasPadam
  3. LANTARAN

    seperti bayu yang menderu
    kubisikkan rindu pada kekasih
    hanya sepi yang dingin
    memelukku dalam kelam malam
    biarkan kelam
    seperti malam sepanjang zaman
    andainya engkau rembulan
    menerangilah tika malam
    andainya engkau mentari
    bersinarlah di siang hari
    andainya engkau bintang
    berkerdipanlah menghiasi
    pergilah camar pergi jauh
    kembaralah ke hujung dunia
    cinta itu tiada sempadan
    ku kan menanti walau ke senjahari
    kerna rindu ini tak pernah berhenti


    Penglipur Lara
    Kuala Lumpur
    11malam

    BalasPadam
  4. APA ITU KAWAN?

    satu itu bagus,
    dua itu baik,
    tiga itu sedang sahaja,
    empat itu melampau.
    apa guna banyak teman baik,
    kalau ada pun tak berguna
    kalau ada hanya yang berpinggiran,
    kalau ada hanya yang bergantungan
    kalau ada hanya yang cuba simpati,
    hidup di sini ibarat roda bergolek
    roda tidak digunakan lagi,
    dibuang ke tepi tengah ke hujung.
    kadang dibiar di tepi begitu sahaja
    sampai masa basah sampai masa
    roda itu reput busuk buruk
    insan bergelar manusia begitu,
    sikap sebentar tidak ingin
    hidup ingin besar kadang teman hanya sebagai alas meja
    lapik kaki dipinjam sebentar
    yang akhirnya nanti akan disisihkan tanpa sebab

    Diana Sanubari
    UUM
    2ptg

    BalasPadam
  5. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA : SUSUNAN: NURIMANJA.
    ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 2


    Pada satu malam Ali Canon di antara rasa sedar dan tidak sedar dirinya di datangai seorang perempuan muda yang cantek jelita, berbau harum semerbak, terasa memberi kesegaran pada tubuhnya. Perempuan muda itu telah membantunya menghidupkan api jamungnya dan membantu mengubati sakit demannya. hampir seminggu perempuan itu datang mengubati penyakitnya itu


    Kini Ali Canon sendiri rasa hairan bila dia terasa tubuhnya pulih dan sudah mula diresapi kembali tenaga, yang mana sebelum ini dia sememangnya tidak bermaya, dua tiga hari dia tidak menjamah ubi kayu atau pun keledek rebuh, pisang dan jangung yang diambilnya di kebun. memang seleranya hilang, dirinya rasa bagai dipukau pula, tubuhnya lemah, tenaganya hilang dan tidak bermaya.

    Setelah beberapa minggu Ali Canon berasa pelik pula, dia mempunyai kekuatan luar biasa, malah hatinya
    juga mulai rasa senang dan girang berkerja di siang hari dikebunnya. Walaupun sesekali dia rasa curiga,
    tapi dia tidak memperdulikan itu semua. Malah dia bercadang untuk meluaskan tanah hutan itu dijadikan
    kebun tanaman makanan hariannya.

    Apa yang menjadi tanda tanya kepada Ali Canon, kehadiran perempuan muda harum semerbak itu yang sering datang menganggunya di hujung malam, kira-kira jam tiga pagi hingga empat atau lima pagi dia akan pergi.Yang menghairankan Ali canon, bila siang rasa curiga, tetapi bila menjelang malam langsung tidak rasa takut dan curiga pula.

    Malah jika perempuan muda itu tidak menjelma Ali canon bertambah resah gelisah pula, sanggup dia tidak tidur dan bersengkang mata, Saban malam dia tetap menunggu perempuan muda harum semerbak itu, bila dia datang harum baunya akan mengusai sekeliling pondoknya. Ali akan terpukau untuk bersuara dan selalunya menyerah apa yang berlaku kepadanya.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    MARAK MENYALA sajak oleh sdra Pejuang Islam pengucapanya ada sadikit berbau sindiran tajam buat mereka yang mengerti. Pembicaraannya tentang api kemarahan yang membakar agenda yang tersembunyi. terasa bagai api makan sekap padi di kilang padi, ketinggianya selama ini , akan mulaui menurun dan meredap secara senyap lalu menghancurkan diri sendiri. Ternyata keadaan mulai muram seperti mana mentari dulu diserang gerhana. Kini resahnya kian gelisah apa cerita bagai tidak menjadi. Bila kedah dan pulau pinang diberi bantuan puluhan jutaan ribu ringgit, bagi membangunkan negeri. Dimana Azizan dan Guan Eng? Jangan cuba mengaku kemajuan negeri konon usaha mereka sendiri…rakyat yang tahu tembelang akan gelak memanjang .Rakyat yang tidak tahu terus jadi kacang hantu. Semoga mereka tahu, jangan jadi orang bisu. Amin. (TU)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    AKU LELAKI BERDIRI sajak oleh sdra, Ai Kutubudin penceritaannya untuk mecari
    kebesaran Allah yang menjadikan segala alam maya ini bersama insan ciptaanNya. biasalah bagi seorang hamba kekerdilan dan kedhaifan pastinya tidak dapat dinafikan
    kelemahan dan kekurangan lumrah juga bagi kita, kekadang apa yang kita hajat tidak dapat apa yang kita tidak hajat kita perolehi. Setiap kejadian tuhan pasti ada baik dan buruknya dan kita sebagai manusi cuba menacri hikmahnya agar dapat mengambilpengajaranbuat panduan. setiap kejadian adalah ketentuan daripada Allahswt pada hambanya. Amin (U)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    LANTARAN sajak oleh sdra Penglipor Lara dengan sajak sadikit ada jiwa-jiwa rasa hati rangmuda kini. Nampaknya begitu setia bisikan rindu pada kekasihnya , biar pun sepanjang zaman malam tidak berbulan dan bintang penantian rindu kasihnya tidak akan berhenti. Begitulah kasih sejati.. tetapi sayang orang yang dirindu bagai menyepi kilu dan bisu pula untuk berkata. Walau apa pun semoga Penglipur Lara tidak tersilap memilih dan membezakan yang mana satu intan atau pun kaca. Amin. (B)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    APA ITU KAWAN? Sajak sdri Diana Sanubari pengucapanya menyentuh tentang kawan. Biasanya begitu berkawan biar seribu dan berkasih biar satu. Apa-apa pun Ini mungkin sebahagain kehidupan asrama di alam kampus pendidikan pengajian tinggu tanah air. Terlalu susah untuk cari yang satu untuk boleh diharapkan, bila sama susah dan sama senang. Selalunya hak kita hak dia, hak dia hak dia. Ini yang menjadi Kacau, kekadang nma anak orrang kaya barang keperluan harian guna kawan punya. Maaf cakap ini pun bisa berlaku. Hidup cuma hendak meminjam dan cuba
    mengena saja, kawan yang baik ini selalunya jadimangsa. Tetapi yakinlah orang yang sabar tuhan tetap bersama.ada ganjaran di kemudian hari.Amin (TB)

    BalasPadam
  10. ada perempuan yg tolong ali conan ni?

    BalasPadam
  11. seram plak ada pmpuan dtg tgh2 malam

    BalasPadam
  12. pmpuan tu sapa plak?

    BalasPadam
  13. berani ali canon ni aku seram oh

    BalasPadam
  14. pmpuan mana plak ni? suspe plak...

    BalasPadam
  15. pmpuan tu pontianak ker?

    BalasPadam
  16. pmpuan tu org bunian agaknya

    BalasPadam
  17. roh org mati dibunuh agaknya pmpuan tu

    BalasPadam
  18. meremang bulu roma dgr pmpuan tu dtg malam2....

    BalasPadam
  19. pmpuan tu menjelma malam je ke?

    BalasPadam
  20. apa plak nama pmpuan tu en nuri/

    BalasPadam
  21. perempuan tu sapa? kenapa dia dtg bau harum?

    BalasPadam
  22. seram plak baca cerpen en nuri kali ni

    BalasPadam
  23. ni baru la btol2 misteri! ni yg best ni sambung lagi en nuri

    BalasPadam
  24. kenapa ada pmpuan tu ali canon ni cergas plak?

    BalasPadam
  25. pelik dia trus jd kuat bila pmpuan tu dtg

    BalasPadam
  26. langsuir agaknya pmpuan tu

    BalasPadam
  27. mngkin pmpuan tu hantu kot....

    BalasPadam
  28. mmg x boleh tidur la nampaknya baca cerpen en nuri ni

    BalasPadam
  29. kenapa pmpuan tu tolong dia?? sapa pmpuan misteri tu?

    BalasPadam
  30. tgh2 malam sah hantu la yg dtg pondok dia tu

    BalasPadam
  31. pmpuan tu org gila agaknya? hehe

    BalasPadam
  32. pmpuan tu bagi ubat kuat ke kat ali cnaon ni?

    BalasPadam
  33. pmpuan ni bomoh agaknya dia jampi supaya ali canon jd cergas

    BalasPadam
  34. perempuan tu tua ke? atau sebaya dgn dia?

    BalasPadam
  35. pmpuan tu dtg dari mana? pelik

    BalasPadam
  36. tgh2 hutan mana ada org melainkan hantu la kot

    BalasPadam
  37. kenapa pmpuan tu boleh dtg ali canon panggil ker?

    BalasPadam
  38. cerita benar ke en nuri? seram sy baca dh ni

    BalasPadam
  39. misteri la pmpuan tu dtg dari tgh2 hutan plak?

    BalasPadam
  40. pmpuan tu org kmpung situ jgk ke makhluk halus?

    BalasPadam
  41. makhluk asing agaknya pmpuan tu

    BalasPadam
  42. pmpuan tu bagi apa kat dia bila pmpuan tu dtg dia dihat

    BalasPadam
  43. pmpuan tu x bercakap ke en nuri?

    BalasPadam
  44. ali ni kena pukau agaknya dgn pmpuan tu

    BalasPadam
  45. jin ke atau pari2 pmpuan tu?

    BalasPadam
  46. yang aku thu pmpuan tu bukan manusia....

    BalasPadam
  47. pmpuan tu bangsa apa en nuri? mlyu ker?

    BalasPadam
  48. apa agaknya ubat pmpuan tu bagi sampai cergas je ali conan

    BalasPadam
  49. tiba2 rasa seram plak en nuri harap2 apa yg en nuri cerita ni x terjadi di alam nyata kepada saya.... seram2...

    BalasPadam
  50. ni sambungan kisah sani buta ke en nuri?

    BalasPadam