Ahad, 2 Januari 2011

SEBUAH NEGARA ADIL



untuk wujudkan,
se buah pemerentahan
Baladun taiyibatun warabbul ghapur.

Natijah negaradil,
perlukah kita melakukan
perkara mungkar bukan ketelusan?

lantas perlukah,
kita mengunakan laptop
teknologi memutar belitkan fakta?

perlu ingatlah,
kerana dunia tidak abadi
cuma tempat bermain dan suka saja.

Oleh ; Nurimanja,
Telok Kumbar, 5.Mei 2004.
kampung dilanda pembangunan.





50 ulasan:

  1. BERSAMBUNG. Bab 4/ siri 1 Oleh Nurimanja PK..2002

    BAB 4
    Lain pula dengan keturunan sebelah ayah, aku tahu sangat , sebab aku tinggal di Bagan Serai Perak Darulridzuan. Sejak kecil aku tahu rumah aku luas, aku terpaksa mengatur kaki melangkah lantai papan rumah , ada yang lantainya jarang dan nampak tanah, aku cukup takut dengan lantai yang luas lubangnya kecuali mak letak tikar mengkuan, aku pernah tenguk satu malam ada kulit pisang timbul daripada lubang yang luas di tepi dinding, aku tak tahu siapa yang cuba usek aku. Satu lagi yang aku takut waktu turun tangga , anak tangga itu kayunya bulat dan jarang pula jaraknya ,aku terpaksa guna tangan dan kaki turun satu-satu begitu juga waktu nak naik tangga , seksa aku rasa dan lebeh seksa lagi pernah beberapa kali aku jatuh dan benjul tahi, mak cuma sapu air asah kulit pelam telur campur gambir, dua tiga hari beransur baikdan sembuh semula.

    Semasa aku kecil, aku suka tengok wajah aku di dalam cermin, Almari yang ayah beli cukup antik, bekerawang di sekelingnya. Aku suka lihat mata aku di dalam anak mata aku nampak satu cahaya tegak bewarna kekuningan, yang pelek di sebelah mata saja, aku tak ingat sebelah kiri atau kanan, sebab hari ini warna itu tiada lagi,bertahun lama aku bengung, aku tak cerita dekat siapa pun, aku takut nanti mereka gelar aku anak harimau sebab warna itu sama dengan mata harimau.Dalam hati mungkin cahaya lampu minyak tanah.

    Di rumah aku , setiap hari isnin, ada Pak haji Dolah mengajar mengaji Al Quran dengan berlagu atau teranum, Emak orang pertama jadi pilihan suruhan Pok haji Dolah membacanya selepas Pak haji Dolah membacanya. Suara Mak Kadangkala aku dengar macam orang lelaki, bunynyai dalam dan garau, aku tak berapa suka suara itu, macam dibuat-buat,sedap dan merdukah suara macam itu? Sebenarnya aku tak tahu apa, .suara mersek, garau, suara dalam , di kepala, di dada, di perut, itulah mereka kata bacaan berlagu.Patutlah Pak Haji Dolah kawin dua tiga, termasuk Mak Teh Tijah yang tergila-gilakan Pak haji Dolah, mungkin disebabkan suaranya yang sedap dan merdu itu bila berteranum..

    BERSAMBUNG.

    Ini bukan cerpen cerita biadata salasilah en nurimanja (GD dan QM)

    BalasPadam
  2. SITUASI 4 PAGI

    Bising sungguh bising
    Mengapa membising di sini
    Memecah keheningan pagi
    Menyakitkan gegendang telinga
    Apakah kau tidak mengerti
    Jam sudah empat pagi
    Ini waktu lenaku
    Wahai si hitam tolong faham
    Wahai si tompok tolong mengerti
    Pergilah bercanda di sana
    Pergilah bercengkerama sepuasnya
    Kawal suaramu itu jaga si hitam
    Nanti siang kau tahulah
    Akan ku bunuh kamu
    Pasti kau tak menggatal lagi....


    Taib
    sajak yg simbolik agak2 qalam phm x? hehe

    BalasPadam
  3. DUKA SI ANAK AYAM

    Berkokok nyaring si bapa ayam
    Sambil mengepak sayap kedua
    Si anak ayam menikus lari
    Si ibu ayam tempat mengadu
    Nasib si anak ayam
    Ke mana pergi sering diperhati
    Silap tersasar memakan diri
    Jadi habuan si bapa ayam
    Kena taji bertalu-talu
    Bapa ayam pandai memujuk
    Baik budi perangai elok
    Semua benda habis disogok
    Anak ayam pasti terlentok
    Ke lembah hina akhirnya terperosok
    Anak ayam sudah terkepung
    Arah tuju semua dibendung
    Tiada guna terpekik terlolong
    Silap sendiri kenalah tanggung


    Bob Kuli
    percubaan sajak simbolik

    BalasPadam
  4. JANGAN HARAP AKU MAAFKAN

    Bila pun aku...
    Menangis ketawa diam tak bicara
    Mengadu sendu bisu kaku ceria
    Senyum sedih bahagia gembira
    Celaru keliru benci
    Cinta rindu sakit marah pilu
    Aku tahu hanya kamu yang faham aku
    Lalu ini aku bilang bila pun...
    Pencuci muka-ku cair
    Colgate-ku kempis
    Syampu-ku berkurang
    Sabun-ku luak
    Sekali dia bilang maaf
    Aku tak hirau lagi
    Lalu senyum kosong-kosong...

    Sarah
    Kuala Lumpur
    11malam

    BalasPadam
  5. MAK AKU DAN MAK KAU CAKAP

    Mak kau cakap
    Hidup ni satu penipuan
    Perempuan tu mainan
    Cinta tu khayalan
    Impian tu angan-angan

    Mak aku cakap
    Sabar tu separuh dari iman
    Sayang tu kurniaan Tuhan
    Dunia ni hanya persinggahan
    Mati tu satu kepastian
    Yang tu mak aku cakap
    Jadi kau jangan ambil kisah!
    Sebab yang itu semua cakap mak aku
    Aku cuma dengar cakap mak aku
    Kau dengar saja cakap mak kau tu!
    Sebab lantaklah mak kau yang cakap
    Bukan mak aku cakap.


    Seri Suri
    12malam
    perak

    BalasPadam
  6. SITUASI 4 PAGI sajak daripada sdra. Taip ini mungkin cerita kucing yang hendak mengawan diantara Hitam dan Tompok, kebetulan musim hujan dan panas adalah masa kemesraan buat mereka untuk berpadu asmara. Buat mereka ingin bercengkerama.Demimenurunkan zurian bangsa mereka yang tercinta, Biarlah, jika kau bunuh mereka , Pastinya mereka tidak kira siapa. Soalnya melepaskan rasa keperluan bersama. Sebaiknya biarlah mereka ingin merasa cuma setahun sekali agaknya. Amin.

    BalasPadam
  7. Boo Kuli sering menceritakan apa yang dilihat dan dirasakan situasi di tempat kerjanya yang sememangnya begitu agaknya. Tajuk DUKA SI ANAK AYAM. Jelas dan nyata akan gambaran kehidupan manusia yang menjadi anak ayam yang sentiasa dikawal ketat oleh bapa ayam dan ibu ayam. Mereka yang terjebak semenangnya terlalu sukar untuk melepaskan diri, kerana terjebak terpaksalah mereka hidup menjual maruah, Semoga anak cucu kita tidak terperangkap soal mencari wang mudah.sehingga tergadai diri dan maruah. Amin.

    BalasPadam
  8. Sarah dengan sajaknya bertajuk: JANGAN HARAP AKU MAAFKAN. Pengucapnya berbicara tentang kehidupan orang muda dini hari. Kekadang ada yang punya niat yang tertentu memperdaya atau mengena kawan, diam bersama ketawa riang tetapi ada cerita yang kurang menyenangkan. Tinggal pula sebilik memang banyak perkara yang mungkin menyulitkan. Payah untuk dapat kawan yang sesame faham dan salin bantu membantu, Apa yang berlaku, hak kita hak dia , hak dia , hak dia. Inilah yang sering saja berlaku, menjadikan kawan sebilik mengambil keputusan diam membisu malah enggan berbicara di atas keterlajuran kita, Semoga tidak selalu begitu. Amin.

    BalasPadam
  9. MAK AKU DAN MAK KAU CAKAP sajak daripada sdri cikgu Seri Suri. Bila nak khawin? Sering sahaja menceritakan hal kekeluargaannya dan jiran tertangganya. Si penulis ini selalu saja berdebat dengan kawan dan lawannya, ada-ada saja cerita yang tidak kena, Sesekali menjadikan lelaki rasa takut untuk mendengarnya.Apatah lagi untuk mendekati, Cerita mak kau dan mak aku ini, eloklah diterang dengan terperinci. Dan didamaikan dengan hati yang terbuka, semoga segala perselesehan lalu dapat selesaikan dengan segera,agar keadaan kembali sediakala . Semoga yang lalu tidak berulang semula. Amin.

    BalasPadam
  10. monyet kot yg sumbat kulit pisang tu?

    BalasPadam
  11. sapalah agaknya punya angkara sumbat kulit pisang?

    BalasPadam
  12. hantu raya kot yg punya keje....

    BalasPadam
  13. seram plak sapa plak sumbat kulit pisang tgh2 malam?

    BalasPadam
  14. rasanya beruk la punya keja sumbat pisang tu

    BalasPadam
  15. rasanya pak cik atau abang en nuri kot yg letak kulit pisang? mngkin nk mengusik

    BalasPadam
  16. turun tangga pun en nuri takut ka? hehehe

    BalasPadam
  17. kalau tangga batu ok la ni tangga kayu sy pun takut

    BalasPadam
  18. kenapa x pegi klinik? letak ubat mcm tu jer ke?

    BalasPadam
  19. apa bnda gambir tu en nuri?

    BalasPadam
  20. kluit pelam campur gamir letak telur boleh baik???? ajaib!

    BalasPadam
  21. kdg2 petua org dulu2 pun mujarab mengubati penyakit

    BalasPadam
  22. huh! mata en nuri ada cahaya!!!

    BalasPadam
  23. eh! en nuri ada keturunan harimau ker? hehehe

    BalasPadam
  24. entah2 en nuri kembar dgn harimau kot? hehehe

    BalasPadam
  25. mngkin lampu mintak tahah agaknya...

    BalasPadam
  26. msti en nuri berangan nk jd model sbb selalu tgk cermin? mcm sy dulu jgk la

    BalasPadam
  27. ada cahaya datang dari mana plak tu?

    BalasPadam
  28. byk kejadian aneh seram plak bulu roma baca..

    BalasPadam
  29. en nuri x bgthu ayah dgn mak en nuri ke pasal kejadian aneh ni?

    BalasPadam
  30. tangga en nuri tinggi ke?

    BalasPadam
  31. selalunya bdk2 suka panjat tangga en nuri atkut plak dgn tangga? hehe

    BalasPadam
  32. mcm2 kejadian aneh berlaku masa en nuri kecik?

    BalasPadam
  33. yg seram sapa plak letak kulit pisang? entah2 hantu kot?

    BalasPadam
  34. en nuri buang x keesokan hari kulit pisang tu? sbb takut ada org yg kianat nk bomohkan en nuri klu org letak bnda2 pelik ni...

    BalasPadam
  35. mak en nuri suara garau??? dia tercekik ke? heheh sory2...

    BalasPadam
  36. mcm mana dia buat suara garau tu?? pelik

    BalasPadam
  37. suara dalam perut kot dia buat tu?

    BalasPadam
  38. mcm2 cerita ada kat sini seram2 belaka

    BalasPadam
  39. sajak simbolik ke en nuri tulis ni?

    BalasPadam
  40. apa bnda natijah tu en nuri?

    BalasPadam
  41. sajak mcm bunyi politik jer...

    BalasPadam
  42. sajak yg agak menarik...hehe

    BalasPadam
  43. sajak pembangunan ke ni?

    BalasPadam
  44. sajak yg agak snang phm jgk kali ni

    BalasPadam
  45. sajak utk kerajaan ke ni???

    BalasPadam
  46. sajak ok je nnt letak sajak simbolik plak en nuri?

    BalasPadam
  47. sajak yg agak sempoi jgk... hehe

    BalasPadam
  48. esok sajak sapa plak ni?

    BalasPadam
  49. JAWABAN RENGKAS SAJA


    - natijah - tujuan mencari sesuatu kesimpulan dan kejayaan

    - gambir - sejenis makan bersama
    sireh pinang kapur dan gambir

    - saya bersetuju mungkin cahaya lampu pelita minyak tanah. (tapi yg pelek) sebelah sahaja.

    - Kulit pisang mungkin ada orang nak bergurau, abang saya suka waktu
    maghrib masih duduk di tanah

    - Maaf Guest door silap letak sajak
    terpendek tahun 2010 bukan 2009.
    mereka ini selalu ghaplah.

    -Cerita ini rakaman semula dalam ingatan kebanyakkan watak dalam catatn ini semuanya jadi aruah. kita cuma ambil pendoman mana yang baik sahaja.

    Lepas baca sedekah al fatihah. Amin!

    BalasPadam