Sabtu, 29 Januari 2011

SATU PERINGATAN





Tidakah kalian tahu
bukti kejadian alam ini
menunjukkan ada kebesaranNya,
buat kalian yang ingin mengetahui.

Lihatlah langit dan bumi
yang tiada sebatang tiang ini
dihiasi dengan bintang-bintang
gunung ganang yang tersergam kukuh
sebagai pasak paku bumi kejadian alam

Bersama bukit bukau menghijau
dihiasani dengan tumbuhan melata
disirami dengan air hujan dari langit
semua sebagai rezeki sebuah kehidupan.

Ingatlah kejadian ini semua
sebagai satu pertanda kebesaranNya
bagi kalian yang ingin mencari
dan kembali pada jalan kebenaran
perlulah meredhai akan segala kehendakNya.

 
 Oleh: Nurimanja,
catan sajak lagenda
tanggal 13hb September, 2009.








50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA.
    Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 6


    SEBELUM MATAHARI menampakan dirinya mereka telah melihat ada saekor kucing putih melompat keluar dari teratak Ali canon, seketika kemudia mereka pun meninggalkan temapt itu dalam keadaan yang penuh terharu dan mencurigai. Malik wijaya tidak pergi melihat keadaan Ali canon, kerana Adi cana menghalanginya.

    Aku telah dapat jawapan, katanya, "Patutlah Ali canon tidur mati di siang hari, rupanya malam dia berjaga, tetapi siapa pula perempuan yang masuk ke dalam terataknya, apa yang mereka bicarakan? Anih!" kata Adi cana amat membinbangkan hatinya,
    Apa pun yang terjadi Adi cana mengarahkan kita balik dahulu untuk mencari akal bagi menangkap perempuan itu.

    Sewaktu dikampung mereka telah dapat nasihat dari datuk Irafanul haq, mengatakan jika perempuan itu ada jelmaan langsuir, carilah untuk memaku di pangkal tenguknya, Agar dia tidak dapat bertukar menjadi dirinya menjadi haiwan dan
    makhluk lain di siang hari. akhirnya mereka bertiga bersiap sedia untuk pergi sekali lagi ke teratak Ali canon.

    Setelah barang kelengkap disediakan, seperti tali, paku lima inci, tahi besi, bawang putih dan sebagainya. Mereka berdua
    memulakan langkah, kali ini mereka bercadang untuk menemui Ali canon dan cuba bersemuka dengannya. kerana inilah peluang yang boleh membantunya dari pukauan langsiur itu, sehingga menjadikan Ali canon tidak sedarkan diri, bagai di
    pukau mengikut arahan.

    Setiabnya mereka di rumah Ali canon pagi itu, mereka telah memagarkannya dengan meletakan tahi besi di sekeliling teratak Ali canon, Malik wijaya mengantung tangkai bawah putih di sekeling dinding pintu dan tingkap, kemudian Adi cana menghidupkan bara membakar keminyat habsi dicampurnya berberapa biji cabai kering.

    seketika mereka ternampak saekor kucing putih melompat keluar dari teratak Ali canon, mengiua lari ke dalam hutan. bulu roma mereka berdiri, dengan jampi serapah oleh Irafanul haq mengawasi kiri dan kanan, diikuti oleh Malik Wijaya
    bersama parang ladingnya yang terhunus untuk menanti sasaran yang mungkin terjadi.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SALAM PEMBUKAAN

    salam permulaan pembuka bicara
    salam pertama aku utuskan
    salam pengenalan harap di sambut
    agar berirama kita semua
    salam selamanya janganlah rapuh
    berdusta kita usah di mamah usia
    salam kita janganlah berduka
    jika tersalah perbaikilah bersama


    Tuna Tatiati
    Sajak ringkas dari saya.. hehe

    BalasPadam
  3. SEMUT DAN PEPATUNG

    Aku terlihat di dinding putih itu
    ada seekor semut gelisah
    mencari jalan pulang
    setelah terpisah induknya
    resah nampaknya dia kerana
    asyik mengulangi jalan yang sama.
    tapi di cahaya mentol pula
    ada seekor pepatung sesat
    mungkin menumpang
    kehangatan seketika apabila
    siang menyembunyikan rupanya
    tabah menantikan supaya dapat
    bebas terbang lagi.
    tapi esoknya adakah wujud lagi aku
    antara semut atau pepatung itu ?

    Zainal Arifin
    Percubaan sajak simbolik harap hantu raya dapat menangkapnya

    BalasPadam
  4. SIAPA-SIAPA PUN

    siapa-siapa pun
    mahu bikin puisi bikin sajak
    mahu bikin apa-apa.
    cuma taruhkan kata indah-indah
    biar sukar biar tiada faham
    itukan puisi sajakku.
    siapa-siapa pun
    mahu jadi seniman jadi sasterawan
    mahu jadi datuk juga.
    cuma hadap mesin ketuk
    cuma beli komputer kalau mampu
    jangan lupa simpan janggut
    juga sedikit rambut panjang
    kalau boleh rajin hantar karya
    tiada keluar tong sampah ada.
    siapa pun mahu jadi siapa-siapa
    hingga tiada tahu dirinya itu siapa


    Raju Linggam
    kali ni saya dapat juga buat sajak tanpa bantuan rakan

    BalasPadam
  5. SENDIRI BERDIRI DALAM TEMPANG

    sendirian berdiri dalam kaki hari
    yang kian tempang
    deru angin membara panas
    kikis satu demi satu kenangan silam
    memucat dalam senja
    kata-kata adalah diri kita
    semakin sedikit terucapkan
    semakin keliru akhirnya,
    kita sendirian berjalan
    dalam deru angin semakin tewas
    patah satu demi satu takdir diri
    jangan hitung kembali
    setiap pilihan kita seperti angin
    patah dalam tangan hari
    yang menakutkan seluruh mimpi
    tanpa dusta saat mata berkaca.
    tanpa bohong melewati saat dahulu
    saat hati bergurisan tanpa dusta
    tanpa bohong terlukis
    dalam kanvas merah.


    Ustaz Omar Sharif
    sajak ni agak simbolik sedikit harap hantu raya dapat menangkapnya

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak mengambarkan salam perkenalan buat semua sahabat yang mengikuti blog Cr ini dari seorang PB yang baru bertunang agaknya , semuanya diharap dapat berjalan
    Dengan lancer, tidak bersedeh atau beduka hiburkan hati setiap masa, supaya wajah tidak dimakan usia. Usaha lagi sdra Tuna Tatiati .(TB)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Penceritaanya menampakan keadaan yang tersepit di antara semuat dan pepatung sang semut berada dalam kekalutan bila induk hilang, tetapi tidak berubah, masih juga mengikut rentak sama,. Tapi saekor pepatung datang menumpang tidak mempunyai pendirian, sekadar memanaskan diri di celah cahaya mentol, pasti ia akan meluluskan diri tunggu masa untuk terbang. Keadaan tersepit ini menjadi orang tengah atau perantaraan merasakan keadaanya juga goyah. Begitulah gambaran si penulis situasi delima yang dirasainya, mungkin ditrempat pekerjaanya.. (TU)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak Raja Lingam sudah mempunyai kemampuan sadikit untuk menyusun kata-kata, semoga disatu hari nanti boleh mengatasi sdra utaya sangkar yang telah pun berjaya dia menghasilkan buku dan menerbitkan antologi Puisinya dikalangan orang India dengan sajak-sajak berbahasa Malaysia. Sesiapa pun boleh. Syabas! (TB)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
    Juga terasa bagai berada di dalam keadaan yang membimbangkan. Hari-hari bagai penuh dengan misteri, keada menjadi kalut dan mencurigakan, tidak seperti dulu, keharmonian bagai terhulur di mana. Sapa mesra dan tegur sapa. Kita nampaknya banyak perbalahan pendapat, sehingga solat pun tidak mahu bersama. Inilah satu fahaman yang membahayakan yang sepatutnya kita orang yang beriman tidak perlu ikut. (TU)

    BalasPadam
  10. seram plak baca cerpen ni

    BalasPadam
  11. eh! hantu tu jd kucing putih plak?

    BalasPadam
  12. eh! hantu pun boleh bertukar jd haiwan ker?

    BalasPadam
  13. bila baca cerpen en nuri tiba2 rasa takut tgk kucing plak?

    BalasPadam
  14. eh! malam jd hantu siang jd kucing plak?

    BalasPadam
  15. eh! biar btol kalau hantu ni siang dia jd binatang?

    BalasPadam
  16. alamak! kucing perliharaan saya kucing putih tiba2 rasa seram mcm nak buang je kucing ni

    BalasPadam
  17. kenapa dia bertukar jd kucing x jd binatang lain?

    BalasPadam
  18. selalunya kucing hitam yg dikaitkan dgn hantu tp cerita en nuri kucing putih plak?

    BalasPadam
  19. huh! patutlah pun malam berjaga siang patut tido mati

    BalasPadam
  20. patutlah ali conan ni asyik tidor saja....

    BalasPadam
  21. eh! siang trus tido plak? malam dia dgn hantu tu?

    BalasPadam
  22. kenapa ali conan x lari je dari rumah tu?

    BalasPadam
  23. eh! mereka smua ikut petua sy plak? hahaha sedangkan sy pun xthu sgt pasal menangkap hantu ni berubat pulihkan pesakit tahu la...

    BalasPadam
  24. eh! berani ke dorg nk paku tengkuk hantu tu

    BalasPadam
  25. x mati ke hantu klu di pangku tengkuk plak?

    BalasPadam
  26. selalunya langsuir ni paku tengkuk msti jadi manusia cantik...

    BalasPadam
  27. eh! berani btol dorg nk tangkap hantu plak?

    BalasPadam
  28. risiko tinggi tu takut hantu tu rasuk dorg plak?

    BalasPadam
  29. eh! sepatutnya dorg kena berpakat dulu dgn ali conan

    BalasPadam
  30. rasanya kalau dorg semua dapat paku tengku pontianak tu msti dorg semua berrbut nk kwin dgn pontianak tu

    BalasPadam
  31. parang lading benda apa tu?

    BalasPadam
  32. cerita ni btol2 punya ke atau rekaan semata? kalau cuba boleh jd ke ni?

    BalasPadam
  33. makin lama makin seram la baca cerpen en nuri ni...

    BalasPadam
  34. lps ni sy xnk teruskan membaca cerpen ni lagi bulu roma seram je bila start baca

    BalasPadam
  35. sy dulu berubat org guna macam ni jgk la nak tangkap hantu yg selalu kacao rumah pesakit sy

    BalasPadam
  36. berani btol dorg ni kalau aku x snggup

    BalasPadam
  37. apa la dorg ni biarkanlah hantu tu dgn ali conan bukan kacau dorg pun

    BalasPadam
  38. rasanya hantu tu terpikat kat ali conan la

    BalasPadam
  39. cerita ni mcm manusia bercinta dgn hantu plak?

    BalasPadam
  40. dalam cerpen en nuri ni ada hantu lain x lps ni? atau hanya hantu langusir saja?

    BalasPadam
  41. dorg ni mmg buat keja gila la mmerbahaya !!

    BalasPadam
  42. rasanya hantu tu x dtg la malam nnt sbb selalunya hantu takut dgn org berani

    BalasPadam
  43. eh! mana la datuk iranul haqq tu thu cara taangkap hantu?

    BalasPadam
  44. kenapa datuk dia x pegi sekali? suruh cucu jer?

    BalasPadam
  45. rasanya mngkin x berjaya kot dorg nk tangkap hantu ni

    BalasPadam
  46. tahi besi? eh! besi pun hidup ke? mcm mana boleh ada tahi plak?

    BalasPadam
  47. kalau paku kt tempat lain x jd ker?

    BalasPadam
  48. eh! kalau pakai skru boleh x? kalau xde paku?

    BalasPadam
  49. kalau pakai lekat je xpyah paku boleh ker?

    BalasPadam
  50. kalau aku baling je paku kat hantu tu nak paku kat tengkuk takut

    BalasPadam