Sabtu, 1 Januari 2011

SALAM MESRA 2011




Selamat tinggal tahun 2010
selamat datang tahun 2011
salam mesra kalian semua!
salam sejahtera 1 malysia.

Esok bersinar mentari pagi
usiaku pun kian bertambah
izinkan aku menyedut udaramu
dalam usia kemelut meniti tepi.

Maafkan aku sahabat CitraRasa
dalam keterlanjuran berbicara
mungkin ada yang menyakitkan
atau menghiris luka hatinurani.

aku yang telah melewati 50han
telah mengenali erti kehidupan
sesekali terasa perjalananku ini
semacam diminta pohon berhenti.

lewat dini hari badan pun letih
bagaimana boleh menjana minda
atau tukar pendapat dengan anda
dengan tenaga tua yang lemah ini
dan sesekali nafas pun naik semput,
hanya menunggu waktu dijemput
kembali kepangkuan Rabbulizati.

 
Oleh; Nurimanja,
waktu menunggu detik
jam12 tengah malam 2010-2011.  





50 ulasan:

  1. BERSAMBUNG. Bab 2/ siri 3 Oleh Nurimanja PK..2002
    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

    Tetapi Pak Su Mat tidak pernah lokek, sesekali bila aku megikut Mak pergi mengziarahinya di Kuala kurau, Perak waktu hari raya , Pak Su Mat sanggup memasukan seringgit dua di dalam poket baju aku.Inilah yang membuat aku suka pergi ke rumah Tuk Minah isteri kedua Tuk Din juga keturunan darah nelayan,

    Tuk Minah juga cekal hatinya membela empat orang anaknya bila Tuk Din meniggal waktu usia Pak Su Mat tidak tahu membaca dan menulis, sedangkan Mak Ngah Cebah ,Mak lang Cek Piah , dan Mak Cik Cek Pin belum jadi anak dara sunti.

    Tuk Minah yang ambil tugas Tuk Din tetapi bukan sebagai jeragan, cuma penyelam mencari anak-anak kerang ditepi pantai untuk dijual bagi membeli bera,s gula kopi, bawang cabai, asam garam untuk belanja harian bagi menyambuing kehidupan anak-anaknya.Sehingga sanggul Tuk Minah tinggal sejemput, akibat menyelam dan disaluti air masin.

    Inilah ujian Tuhan, walaubagaiman keperetan hidup yang dialami di dunia ini Tuk minah tetap sabar dan tidak pernah melupai Allah SWT, semua anak cucunya diwajibkan solat lima waktu, Walaupun aku cucu tirinya , pernah Tuk Minah menegur aku, bila membcaa doa aftitah di hadapanannya tidak kena., aku membetulkannya dan berasa cukup bangga. Dan tidak hairanlah cucunya Aanak Mak ngah Ce Bah , iaitu Abang Hamid menjadi seorang ustaz yang di hantar ke pondok Penanti Di kepala Batas Pulau Pinang.

    Kini tidak hairan dia terpilih jadi ustaz di jabatan penerang bergerak merata tempat bagi ceramah agama, lebih hebat lagi bila musim pilihan raya umum memang dia tak ada dirumah, hilang ke Kelantan atau Teranggu kempen untuk BN.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. BILA KITA

    bila kita tak
    bersama dalam rasa
    rindupun tenggelam
    kedalam lautan bara
    bila kita tak
    bebalas kata
    resah didada membara
    menguris jadi luka

    bila kita tak
    pandang memandang
    matakupun menjadi kabur
    memandang hitam dan kelam
    bila kita tak
    ingat dan saling mengingati
    hatipun menjadi lebur
    jiwa mati dan jasad berkubur...


    Abu hanifah
    sungai nibong

    BalasPadam
  3. BERANI CABAR

    Patah kata orang lama
    Berani biar kerana benar
    Bukan kerana dicabar
    Berani biar kerana tahu
    Bukan kerana ikut nafsu
    Salah tafsir salah tindak
    Berani bawa resah
    Berani bawa parah
    Berani bukan kerana dicabar
    Biar berani asal benar
    Berani dan benar biar selebar..
    Biar sesayap adat pantang dicabar
    Harus lenyap..harus sabar
    Berani kerana benar
    Berani bukan kerana dicabar.


    Madah Pujangga
    ketika di kaki lima menunggu isteri pulang kerja

    BalasPadam
  4. SIA-SIA

    Aku orang budiman
    Selalu tolong orang
    Aku banyak bersedekah
    Aku rajin ke masjid
    Aku banyak beribadat
    Aku banyak sembahyang
    Mesti pahala aku banyak
    Mesti tuhan sayang aku
    Mesti aku masuk syurga
    Aku hebat tak macam orang lain
    Takbur! menunjuk!
    Alamak! niat sudah menyimpang
    Kena mainan syaitan
    hasut dalam diam
    Malaikat kanan naik muak
    Tiada satu catatan sia-sia belaka


    Yusri Nawab
    ketika pulang dari surau

    BalasPadam
  5. SEKEJAB CUMA

    Bagai sekejap cuma
    Waktu kita bersama
    Kini waktuku pergi
    Tinggalkan segalanya
    Hanyalah kenangan
    Yang akan ku bawa
    Andainya masih ada
    Waktu yang tersisa
    Inginku bersamamu
    Untuk sekali lagi
    Mengulang kembali
    Segala memori
    Bagai air mengalir
    Tak akan berhenti
    Hingga hujung nyawa
    Kau tetap di hati
    Kaulah temanku
    Kau sahabatku

    Biar waktu berlalu
    Musim bersilih ganti
    Walau aku pergi
    Kau tetap di hati
    Untuk hari ini
    Dan selamanya
    Dia menemukan
    Dan memisahkan
    Pasti ada hikmahnya
    Semua yang terjadi
    Akan ku hargai
    Persahabatan kita


    Petualang Tiga
    Kedah
    11malam

    BalasPadam
  6. Sajak sdra Abu Hanifah bertajuk BILA KITA . Sebernarnya apa yang dikatakan oleh sdra itu sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam, lakukan apa yangdisuruhnya: Seperti kerja bersama , kata sepakat, sesame memberi pandangan, dan ingat atau sihat menisihati. Tetapi apa yang menduka citakan sebaliknya. Semoga kita sesamalah ikut dan kembali pada ajaran nabi Muhamad saw. Amin!

    BalasPadam
  7. BERANI CABAR sajak sdra. Madah Pujangga , pengucapannya bagai menceritakan
    Kekerasan hati manusia, berani mencabar berbeza dengan berani kerana benar. Orang
    Berani kerana benar mungkin dapat rastu dari sesiapa pun lebih lagi disisi Allah swt.Tetapi berani mencabar ini, banyak muslihat dan putar belit yang akan dimainkan, kerana’tidak takut pada sesiapa, malah berani mencabar perenth Allah pula. Orang ini biasanya hidupnya tidak akan tenang bila segala tembelangnya diketahui orang. Semoga nasihat ini dikuti, Amin.

    BalasPadam
  8. Sajak bagai membidas sesaorang oleh sdra. Yusri Nawab bertajuk SIA-SIA . Apakah Tidaknya , jika kita buat kesemuanya apa yang diajar oleh Iskam , tetapi ada pula tersembunyi niat yang agak menyimpang. Ini yang dikira kosong dalam catatan, kerana apa yang dilakukan untuk dapat pujian dari orang, lalu kita diberi didunia saja, di akhirat nanti Tuhan kata tiada, kerana kau sudah dapat pujian di dunia dulu. Inilah namanya kerja amal yang Sia-sia, semoga kita semua tidak begitu. Amin

    BalasPadam
  9. SEKEJAB CUMA. Sajak sdra. Petualang Tiga kini kembali ke Kedah negeri asalnya.Pengucapannya kini terasa bagai sekejap Cuma, apabila mengenangkan waktu-waktu bersama sahabat dulu mungkin di UiTm. Walaupun ada terkasar bahasa dan gurau senda itu adalah memory yang sukar dilupankan. Kini benar terasa bila sudah berada berjauhan di batas perpisahan, terasa ingin kembali dan mengekalkan persahabatan. Semoga semuanya dalam keadaan sejahtera.Amin

    BalasPadam
  10. selamat tahun bru en nuri!!

    BalasPadam
  11. selamat datang 2011!!hehe

    BalasPadam
  12. sekejab je dh msuk 2011

    BalasPadam
  13. selamat menyambut tahun bru!

    BalasPadam
  14. selanat tahun bru!

    BalasPadam
  15. sajak yg menarik selamat tahun bru!

    BalasPadam
  16. umor en nuri 50an rupanya jd x pencen lagi la ni? nmpknya sy salah org la selama ni sy syak org pencen

    BalasPadam
  17. sebenarnya kita dah lama smbut thn bru masa awal muharam tp xpe sambut lagi sekali

    BalasPadam
  18. selamat thn 2011!! selamat tinggal 2010!

    BalasPadam
  19. semoga thn ni jd lbih baik dari thun sebelmnya

    BalasPadam
  20. selamat tahun bru semoga azam thn lps dah tercapai... hehe

    BalasPadam
  21. selamat thn bru dgn azam baru! hehe

    BalasPadam
  22. dah sampai thn 2011 rupanya

    BalasPadam
  23. x sabar plak aku nk tunggu pilhan raya,.. hehehe

    BalasPadam
  24. thn 2011 ni harap2 pembangkang menang lagi... hehehe

    BalasPadam
  25. dah sampai pun 2011!! hehehe

    BalasPadam
  26. nampaknya kena buat azam bru la 2011 ni... hehe

    BalasPadam
  27. selamat menyambut thn bru 1 malaysia!

    BalasPadam
  28. sekejab je masa berlalu dah 2011

    BalasPadam
  29. pemurah btol pak su mat ni

    BalasPadam
  30. wah! kaya nampaknya pak su mat ni

    BalasPadam
  31. tok minah sapa plak?

    BalasPadam
  32. cerpen semakin lama semakin pening

    BalasPadam
  33. berbelit-belit la cerpen ni... hehe

    BalasPadam
  34. byknya sgt org jd susah la nk ingat

    BalasPadam
  35. Mak Ngah Cebah ,Mak lang Cek Piah , dan Mak Cik Cek Pin sapa?

    BalasPadam
  36. punyalah byk nama adoi...

    BalasPadam
  37. byk sgt nama en nuri mcm mana nk ingat?

    BalasPadam
  38. semua nama2 ni smuanya ada bau bacang dgn en nuri ker?

    BalasPadam
  39. klu en nuri letak lukisan phm la kot dari baca....

    BalasPadam
  40. byk btol nama2 bru ni pening

    BalasPadam
  41. cerpen en nuri ni kalau buat filem byk pakai duit sbb byk pelakon...

    BalasPadam
  42. nampaknya dh mula pening baca cerpen ni... hehe

    BalasPadam
  43. sanggul tinggal sejemput? hahaha kesian...

    BalasPadam
  44. huh! ada anak dia jd ustaz di kepala batas????

    BalasPadam
  45. hebat jgk dia didik anak2...

    BalasPadam
  46. org BN rupanya sedara mara en nuri ni..

    BalasPadam
  47. eh! siap kempen utk BN lagi... hehe

    BalasPadam
  48. huh! ahli politik jgk anak dia tu

    BalasPadam