Isnin, 24 Januari 2011

SAJAK YANG TERCICIR



-maaf sadikit terlewat

 
Salam mesra tahun 2011!
datangmu menjenguk kamarku
dalam usia di hujung senja
dalam kemelut ekonomi melanda
hatiku sering dipagut resah
selamat tinggal tahun 2010!
kini usiaku kian bertambah
jiwaragaku  dicengkam gelisah
pada rambut, pipi, gigi dan mata
menunjukkan perjalanan ini hampir tamat.

Di bawah sinar mentari 2011!
benarkanlah aku menyedut udaramu
bagi menjana segala tenaga tua
dengan rezeki yang tinggal sadikit
terlalu berharap kehadratmu Ya Allah!
agar dapat perlindungan dan pertolongan
hanya padamu jua Ya Allah Ya Rabbulalamin....

 
Oleh: Nurimanja,
catan awal tahun 2011,
maaf sajak ini tercicir dulu, kepalanya pun tak ada
kami letak sendiri, Sajak yang tercicir   24/01/2011.






50 ulasan:

  1. WARNA-WARNA

    saat kau melihat warna warna itu
    membentuk sesuatu terlalu indah
    tak pernah kau bayangkan
    jika tiada mata tiadanya cahaya
    gelaplah dunia
    menjadi anugerah kepada semua
    yang mampu melihat
    yang mampu menangkap
    dan terjemahkannya
    menjadi satu gambaran nyata
    mampu di sentuh dan di rasa
    penuh bermakna
    terserlah satu tanda
    sebagai bukti kepada semua
    tidak diciptakan sesuatu sia sia
    melainkan untuk mengajar kita
    supaya berfikir adanya pencipta
    amat sempurna lebih sempurna
    dari segala hargailah anugerah ini
    gunalah untuk mencari cahaya suci
    melihat ketenangan
    mencari kedamaian
    sebelum segalanya kabur dan hilang.


    Mata Langit
    sajak simbolik

    BalasPadam
  2. LEMAH

    Hayatku semakin pendek
    tenaga hidupku semakin melemah
    usiaku muda kian tua
    gerakan masa semakin sedikit
    musik-musik itu bermain
    seakan tali temali maut dipetik
    semakin hari
    semakin jelas kedengaran
    tenagaku semakin waktu
    semakin susut masanya mungkin telah hampir waktu dipanggil pulang itu semakin
    tenaga hidupku semakin melemah
    walau dipaksa tolak
    tetap tidak menggagah
    Kekuatanku menurun saktiku memudar
    ketajamanku menumpul
    sinaraku menghilang
    inilah dia masanya
    memerhati dan memerhati
    dalam seribu bisu yang bererti
    sama ada ke neraka menyeksa diri
    atau ke syurga kesenangan
    abadi sinar mataku memalap
    terang hidupku mengabur
    tertutup izinkan aku tidur


    Laila Mellisa
    sajak simbolik utk qalam

    BalasPadam
  3. BAPAK HARUAN

    dasar bapak haruan
    anak sendiri jadi mangsa
    bila nafsu kuasai diri
    asal dapat apa dicari
    timbalan akal tiada lagi
    bila syaitan kuasai diri diri
    sifat haiwan jadi taruhan
    sifat insan lenyap hilang
    hanya tinggal di kulit luaran
    bila agama makin menjauh
    bila tuhan sudah dilupa
    haram kan jadi halal
    tiada lagi peduli
    ratah sepuasnya…


    Gelora Maya
    sajak tentang masalah isu semasa

    BalasPadam
  4. BINTANG TOLONG SAMPAIKAN

    senyum bukan maknanya suka
    diam bukan maknanya bodoh
    duhai bintang jatuh,
    katakan pada bunda,
    bila jauh, aku rindukan padanya.
    duhai bintang jatuh,
    katakan pada ayahanda,
    bila dekat aku gentar
    bahasa matanya.
    duhai bintang jatuh,
    katakan pada para adinda,
    paling dekat ini
    adalah paling jauh.
    bintang jatuh sampai-sampaikanlah.
    pada mereka satu waktu nanti.
    ketika aku sudah mati.
    ketika aku benar tidak bisa
    dicari lagi


    Hadi hamzah
    sajak simbolik harap qalam dapat menangkapnya

    BalasPadam
  5. Debat dengan saya dulu – Ummi Hafilda

    KUALA LUMPUR 13 Jan. – Ummi Hafilda Ali mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya terlebih dahulu berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau sebelum mencabar pihak lain.... Berita Penuh


    Anwar tetap mahu debat
    KUALA LUMPUR 13 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebaliknya meneruskan cabaran beliau terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. ... Berita Penuh

    (catatan akhbar UM dp Hantu Raya)

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    WARNA-WARNA sajak oleh Mata Langit membicarakan akan kejadian Tuhan yang Mewarnai kehidupan alam maya ini. Hanya dengan mata yang melihat, sentuh dan rasa tangan seorang itua dapat melihat keindahanya. Sekali gus cuba berfikir dan menangkap maksud yang tersieat dan tersurat. Sebenarnya mata kita saban hari membaca puisi –puisi alam yang Allah ciptakan disebaliknya ada sembolik penceritaan. Cuma pada orang yang benar-benar berjiwa seni dapat menangkap dan menilainya dengan mata hati dan perasaan lalu mentafsirkannya untul menjadi pengajaran. untuk bekalan azimat di hari kemudian.Amin. (U)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    LEMAH oleh Laila Mellisa sajaknya mengisahkan mungkin seoarng tua yang lanjut usia, namun si penulis meletakan penceritaannya orang pertama aku, Walaupun saya kira bukan penulis tetapi penceritaannya boleh mengambil tempat. Sebagai aku. Benar
    begitulah keadaannya bila hidup seorang manusia yang hamper di hujung senja, maka berlakulah segalanya LEMAH. Bagai yam berak tahui kapur, jalan pun melelong. Dan berdiri pun lebih banyak cundungnya. Akhirnya bagai kembali semula ke dunia kanak -kanak kembali, sehingga berlaku manin najis kembali. Itulah putaran alam kehidupan. Semoga kita tidak begitu. Amin! (TB)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    BAPAK HARUAN oleh Gelora Maya ternyata pengucapannya penuh berani dan tegas untuk diperkatakan. Isu semasa. Lewat kebelakangan ini sudah berbulu lubang telinga mendenagarnya, dan bagai hendak tersembui keluar biji mata melihatnya Di dada akhbar harian tempatan.Apakah jadahnya manusia yang berlaku haruan ini? Atau sengaja membutakan mata atau memekakkan lubang telinga.atau sengaja buat tidak tahu. Di dunia kalian boleh lepas bebas, di akhirat tahulah balasannya. Mesti siapa anak yang akan lahir nanti. Binti ibu sudah pasti bila mati, tetapi di dunia bin siapa baby kecil yang tidak berdosa. Semoga dihindarkan segala dosa , Amin! (TU)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    BINTANG TOLONG SAMPAIKAN oleh sdra Hadi Hamzah abang kepada Mazorei.
    Kasian dia yang selalu kena penyakit tidak tahan lapar. Apa-apa pun rasa pengucapan sajak sdra Hadi bagaikan ingin beramanat pula, pada sang bintang yang akan jatuh ke bumi bangkali. Selama ini si penulis milihat bintang sekadar senyum dan sengaja pula memdiamkan diri, mungkinselama ini terasa bagai tidak berkeyakinan pada cara dan gaya si bintang yang akan jatuh. Untuk dikhabarkan pada generasi di kemudian hari.
    Adalah satu cerita yang mencemarkan sejarah tanah air kita. Setelah kita semua telah tiada satu hari nanti. Semoga keadaan eloklah dihentikan, Amin. (U)

    BalasPadam
  10. sajak tahun bru pun ada? hehe

    BalasPadam
  11. tahun baru dah lama berlalu la viger..

    BalasPadam
  12. adoi. ganti semula suara bebas dgn guest door viger ni best la

    BalasPadam
  13. cerpen pun xde jgk ker?

    BalasPadam
  14. mana cerpen ni xkn kosong jer ni?

    BalasPadam
  15. TIPS KURUSKAN BADAN


    * Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

    * Lebihkan karbohidrat kompleks seperti bijirin bergandum penuh.

    * Kurangkan makanan berlemak, tinggi gula dalam diet.

    * Kurangkan pengambilan lemak tepu daripada lemak haiwan.

    * Lakukan aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu, pada kadar 30 hingga 40 minit.

    * Menjalankan aktiviti yang banyak pergerakan.

    Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2008/03/obesiti-dua-cara-kuruskan-badan.html#ixzz1BysAzek9

    BalasPadam
  16. kenapa tajuk sajak ni tercicir?

    BalasPadam
  17. apa yg tercicir? ok je sajak ni

    BalasPadam
  18. sajak ni rasanya sajak lama pnya

    BalasPadam
  19. terima kasih siar sajak sy en nuri eh! tp kenapa mcm lain je sajak sy semalam???? tinta azimat ubah ker?

    BalasPadam
  20. eh! sajak thn bru kenapa baru disiakan skrg?

    BalasPadam
  21. susah nk penuhkan 50 ulasan sbb xde cerpen ni en nuri...

    BalasPadam
  22. di harap esok en nuri letak cerpen semula sbb kami terpaksa ajak penjaga blog masuk utk cukupkan 50

    BalasPadam
  23. ada jgk tips utk kuruskan badan? boleh cuba ni

    BalasPadam
  24. nnt nk cuba la tips jengking perak ni mana la thu boleh jd kurus sikit

    BalasPadam
  25. jengking perak ni msti kurus sbb dia tahu utk kurus.. hahahah

    BalasPadam
  26. umi hafilda ni mmg berani! syabas!

    BalasPadam
  27. rasanya berak tahi kapur la anuar lps ni

    BalasPadam
  28. kenapa dia nak sangat berdebat dgn najib?? pelik btol

    BalasPadam
  29. nak berdebat dgn umi haflida pun takut ada hati nk berdebat dgn najib.. hahaha

    BalasPadam
  30. patutnya suruh dia berdebat dulu dgn umi hafilda sebelum berdebat dgn najib

    BalasPadam
  31. umi hafilda ni ni asal dari mana? penang ke?

    BalasPadam
  32. kalau umi hafilda menang berdebat malu besar si anuar nnt... hahahaha

    BalasPadam
  33. rasanya x berani berdebat dia tahu msti kalah pnya...

    BalasPadam
  34. tgh tertunggu2 cerpen ni xde ker?

    BalasPadam
  35. bosan plak cerpen dh xde plak?

    BalasPadam
  36. kenapa cerpen di hentikan? bosan la mcm ni

    BalasPadam
  37. tips kuruskan badan ke jengking perak? thnkz!

    BalasPadam
  38. ni bukan tips kuruskan badan tapi cara pemakanan yg sihat la jengking perak

    BalasPadam
  39. mcm doktor plak jengking perak ni siap bagi tips pemakanan plak?

    BalasPadam
  40. umi hafilda ni xnk saman ke anuar???

    BalasPadam
  41. boleh kaya dia nanti umi hafilda ni

    BalasPadam
  42. mampus la sesumpah ni x boleh tidur lena la dia

    BalasPadam
  43. tips pemakanan sihat ni mcm cikgu PJ sy penah ajar jer...

    BalasPadam
  44. semoga rakyat malaysia sihat2 bila ikut tips jengking perak ni

    BalasPadam
  45. di manakah cerpen en nuri?? xkn xde dh?

    BalasPadam
  46. cerpen ape pun xpe en nuri janji letak jer...

    BalasPadam
  47. kami disini x sabar nk tgk tuan ghamidi berdebat dgn en nuri plak? tp xsempat nk lihat tuan ghamidi plak koma....

    BalasPadam
  48. sajak ni kenapa baru nk disiarkan?? thn bru dh lps la...

    BalasPadam
  49. sajak kali ni walaupun tercicir menarik jgk utk dibaca

    BalasPadam
  50. sajak tercicir? biasa je sy tgk ok je sajak ni

    BalasPadam