Rabu, 19 Januari 2011

SAEKOR CICAK DAN SAEKOR BUAYA





Saekor cicak,
matanya memandang rezeki
dari sudut atas  ke bawah
mencari mangsa tangapannya.

Saekor buaya,
matanya memandang rezeki
dari sudut bawah ke atas
mencari mangsa bahamannya.

Sepisis ini sifat rupanya sama,
cicik hidup di didnding dan selling
cuma buaya hidup di sungai dan paya.

Apakah hikmah pengajarannya?
kita pun perlu belajar memandang
dari segenap sudut atas dan bawah
sebelum membuat sesuatu keputusan
agar tujuannya tepat dan saksama.

 
Oleh: Nurimanja,
catan sajak lagenda
siar semula hari ini 17/01/2011.







50 ulasan:

  1. BAB 8 siri 3 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK (B).

    Ada seorang cina tua bernama Ah Kap bagi ayah bela kambing lima ekor, aku tak tahu pula sama ada ayah beli atau dia pawah upah bela. Bila aku tnya ayah kata cina Ah Cap bagi, sebab di kampung dia sempadang dengan Estate, Soon Lee ada orang sembur racun, sudah banyak ekor kambingnya mati.

    Bila aku tak ada kerja, akulah yang jadi pegembala kambing, buka dan tutup pintu reban, tarik tali dileher kambing yang nakal suka masuk kampung dan curi makan tanaman orang . kambing yang nakal aku beri amaran, kalau curi masuk juga sempadan tanah orang, satu sebatan dengan batang atau ranting bunga raya akan hinggap di belakang kambing peliharaanku.

    Bila malam menjelang tiba sebelum manghrib di reban (rumah kambing) yang ayah bina di belakangan rumah. aku juga yang buat asap, bakar sabut kelapa di bawah reban kambing, kambing akan berehat dengan tenang bila nyamuk lari kena asap, ada kambing yang tidak tahan dengan asap sampai terbersen dan terbatuk-batuk, bila kena asap banyak. Aku cukup suka dengar kambing bersen, tanda sihat, selsema akan hilang.

    Bila ada kambing sakit, akulah check semua kasihatan kambing dari anak sampai keibu bapa kambing. jadi doktor haiwanlah aku, Kalau ada kambing nak beranak, kambing sakit kuku berulat, aku bubuh ubat gegat, balut luka kambinmg, tahi kambing aku jual pada cina yang ambil buat baja, satu guni seringgit, nasib baik dapat sepuluh guni.dapat diut RM10.00 simpan, kalau kambing sakit beli ubat, ada lebih tunggu hari raya beli merecun..Aku akan bakar dekat reban kambing, semua kambing akan melompat terkejut.

    Apa yang menarik dan hairan hatiku samapi hari ini, macam mana cina Ah Cap (apek tua itu)dia bela dan dia ajar kambing dia semua dengar cakap .Apek Ah Cap kata padaku. Pukul 1 tengahari lepas, jam5 petang dia mesti balik masuk reban atau kandang. Lu tak susah pegi cali, kecuali kalau dia jatuh parit, aku selalu lepas kambing makan rumput di tepi batas atau parit sempadan jalan di anatara kampung dengan ladang Jin seng estat. Tetapi memang betul lebih sebulan aku tenguk, tetap jam 5 petang aku cuma tutup pintu reban saja, semua kambing aku bilang cukup ada 5 ekor.

    Ini yang menjadikan aku serronok, sekurangnya aku dapat juga bermain guli, gasing ataupun layang ikut musim dengan kawan-kawanku. Taklah boring sangat, ayah pun tak tahu, dia ingat aku jaga kambing semua okey! Tak ada masalah.budak rajin. Ayah banyak kerja lain lagi hendak buat, waktu cina ah cap hantar kambing dengan sampan, aku yang mengaku nak bela. Ikut ayah dia nak menok saja, aku ingat cina ah cap bagi free agaknya.

    BERSAMBUNG. (B)

    BalasPadam
  2. TERIMALAH ZARAH KECIL INI

    penguasa mutlak
    maliki yau middin
    tuhan sekalian alam
    hamba datang mengadap
    bawa sezarah amalan
    amat kecil lagi sedikit
    cukupkah ini ya rabb
    ini sahaja yang termampu
    aku bukan malaikat
    patuh segala suruhan
    juga aku bukan nabi
    penuh segala amalan
    aku cuma insan alpa
    sering sahaja terlupa
    aku insan pelupa
    terkadang sengaja melupakan
    sering lawan arahan
    sering cari alasan
    terimalah zarah kecil ini
    bersama setitis airmata suci
    aku cuma mahukan redhamu…


    Raja Yassir
    sajak utk sayembara

    BalasPadam
  3. SEDARLAH DIRI SIAPA

    apa kau sudah gila
    hilang akal agaknya
    masih waraskah lagikah
    sia-sia saja amalanmu
    mengapa diterjah kandang harimau
    mahu mengaum bersama
    sedarlah diri siapa
    mana mungkin kau jadi harimau
    pasti kau dibahamnya
    kukumu tiada tajam
    taringmu tiada tajam
    mana mampu merobek
    pandanglah ke atas
    lihat tingginya langit
    pandanglah ke bawah
    jejakkan kakimu ke tanah
    sedarlah diri siapa
    wahai tuan ghamidi…


    Ustaz Syukri
    sajak buat tuan ghamidi utk sayembara

    BalasPadam
  4. LAKUKAN SEPENUH HATI

    alang-alang seluk pekasam
    biarlah ke pangkal lengan
    alang-alang mandi
    biar habis basah
    alang-alang buat kerja
    biar sampai selesai
    usah tinggal separuh
    sampai bertangguh-tangguh
    usah lepas tangan
    menyusahkan orang keliling
    menyusahkan aku
    hangat-hangat taik ayam
    cakap berdegar-degar
    habuk pun tarak
    cerita bagai nak rak
    sayang isinya hampas
    tiada guna walau sesen
    balik kepada asal
    ikutlah kemampuan diri
    katalah ikut akal
    lakukan sepenuh hati insyaallah…


    En Osman
    sajak simbolik sedikit utk pertandingan

    BalasPadam
  5. TERJAH

    terjah menerjah
    semua kau terjah
    silap diterjah
    hati berdarah
    redah meredah
    semua kau redah
    silap diredah
    hidung berdarah
    terjah meredah
    usah mebabi buta
    usah diterjah kandang harimau
    usah diredah lubuk buaya
    kelak diri merana
    guna segala akal waras
    guna segala tambatan perasaan
    usah akal campak ke lutut
    usah perasaan berbunga setaman
    adat manusia sama manusia
    salam diucap hulurkan tangan
    senyum diukir hati terpaut
    terjah sepuasnya…


    Haji Hamdan
    sajak utk sayembara simbolik sedikit ni

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    TERIMALAH ZARAH KECIL INI sajak nukilan sdra Raja Yassir satu pengucapan yang lain, kini mengetenaghkan usur keagamaan dengah menyeraha harapan sebesar zarah untuk di nilai bersama harga syurga. Walaupun kita bukannya malaikat atau nabi dan rasul, juga bukan alim ulamak, bukan bangsa, darjat, pangkat atau hitam, putih kulit,cantek rupa parasnya seorang manusia.tetapi tuhan tetap menilai dari rasa keikhlasan keimanan dan ketaqwaan sesaorang itu yang banyak menagis dari ketawa untuk mengharap keredhaannya. Amin (TU)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Ustaz Syukri dengan sajaknya yang bertajuk SEDARLAH DIRI SIAPA. Ternya satu pengucapan yang mencabar situasi keadaan semasa, angkara dua batu api kecil yang cuba cari pengaruh disebalik agenda tersembunyi di belakang takbir daripada dua batu api besar, menjadikan segala rancangan terbungkar. Entah banyak berpuluh lagi dimana sajak jabatan agenda ini sedang berjalan, inikah kerja parti pejuang menegakan agama Islam. Sesungguhnya tuhan amat mengetahui, sama ada ditempat terang atau pun tersembunyi. Amin. (tiada tempat keempat)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sdra. En Osman juga rakan Pb dengan nukilan sajaknya LAKUKAN SEPENUH HATI Pengucapannya agak tegas dan berkeyakinan, dalam amatnya , jika mahu melakukan sesuatu kerja itu, lakukankan dengan penuh jiwa atau bersungguh-sungguh Bukan sekerat jalan atau sambil lewa. Kata orang cakap tak serupa bikin, jika sudah ada orang gelar kita begini, memang tak boleh pakai satu sen pun, jadi kupang tembaga. Nak jual tak laku nak gadai orang tak mahu. Semoga kita semua tidak akan begitu .Amin (U)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sdra. Haji Hamdan pun juga punya sajak kemarahan dan sindiran bertajuk: TERJAH
    Pengucapannya agak tajam bersesuaian dengan tajuk yang diutarakan. Semuanya ada
    Cerita tersembunyi dan simbolik mengikut situasi semasa. Sesiapa pun akan terasa akan kemarahan, kegeraman, kekecewaan, jika kita ikhlasan persahabatan dalam persaudaraan sesama islam, tetapi ada cerita udang disebalik batu, ketam disebalik kayu. Lebih kecewa bila kita yang telah dewasa ini sedang berjalan di rembang petang untuk menuju di hujung senja pula dipermainkan. Sedeh juga melihat keadaan rasa hati Haji Hamdan. Banyakanlah bersabar, semoga tuhan bersama orang yang benar. Amim (tiada tempat ke empat)(TB)

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  11. memang btol en nuli olang cina manyak baik sam malayu kalau olang malayu itu baik sama olang cina ma..

    BalasPadam
  12. mcm nabi muhamad plak en nuri ni jd pengembala kamping? hehe

    BalasPadam
  13. klu sy dapat kambing mmg sy simbah dia air! hehe ni keja masa kecik2 dulu la

    BalasPadam
  14. wah! en nuri siap sebat lagi kmbing tu! hahaha

    BalasPadam
  15. wah! garangnya en nuri sian kmbig2 tu.

    BalasPadam
  16. msti hari2 en nuri makan daging kmbing msa ni

    BalasPadam
  17. mcm cerita ahmad albab plak bela kambing? hehe

    BalasPadam
  18. en nuri boleh tahan bau kambing? klu sy mati dh kot sbb kmbing busuk la...

    BalasPadam
  19. kambing ti x tanduk en nuri ke masa en nuri sebat dia?

    BalasPadam
  20. kcik2 lagi en nuri berani bela kambing

    BalasPadam
  21. en nuri msaih kecik kenapa bla kaming? bhaya tu

    BalasPadam
  22. bahaya bdk2 bela kaming takut kambing tu hodak nnt...

    BalasPadam
  23. kenapa abang2 en nuri x bela kambing? kenapa suruh en nuri?

    BalasPadam
  24. en nuri ni kira hebat jgk klu sy tgk kmbing tu dh seriau...

    BalasPadam
  25. wah! siap bagi asap kat kmbing! msti kmbing tu doakan en nuri... bintang kita buat baik mereka doakan kita

    BalasPadam
  26. en nuri ni pencinta binatang? klu sy xboleh nmpk je lembu atau kmbing berkeliaran kat kebun sy? esok sah sy sembelih...

    BalasPadam
  27. wah! santai je kambing semua keja en nuri buat? hehehe

    BalasPadam
  28. seronok la kmbing tu tido lena smua nmyuk dh lari..

    BalasPadam
  29. eh! kambing pun boleh bersin ker?

    BalasPadam
  30. kambing bersin bunyi mcm mana en nuri? sy pnh dgr kucing bersin jer...

    BalasPadam
  31. wah! kejam btol en nuri sian kambing tu melompat2 kena mercun? hahahhahaa

    BalasPadam
  32. eh! siap jd doktor haiwan plak? hehehe

    BalasPadam
  33. kcik2 lagi en nuri dh jaga binatang? hebat!

    BalasPadam
  34. hahahha lawak giler bila terbaca kambing melompat kena mercun? hahaha

    BalasPadam
  35. wah! smua kmbing mcm phm jer msti balik pkul 5ptg....

    BalasPadam
  36. wah! kambing tu displin btol tepat jam balik! hahaha

    BalasPadam
  37. susah nak jmpa kambing yg cukup time pandai balik sndiiri...

    BalasPadam
  38. kenapa kambing je lembu xde ker?

    BalasPadam
  39. en nuri x jual ke kambing2 tu? xkn en nuri hanya jaga jer...

    BalasPadam
  40. eh1 tahi kambing boleh jual ke? org buat apa?

    BalasPadam
  41. kambing yg educated la... tepat jam msti balik? hahhaha

    BalasPadam
  42. hahahha en nuri x jaga ke? x baik menipu....

    BalasPadam
  43. kalau ada 20 ekor pun snang nk jaga klu kambing smua mcm tu dgr cakap

    BalasPadam
  44. wah! untung en nuri pyh jaga susah2 smua kambing dh thu jaga diri....

    BalasPadam
  45. dia phm plak bhasa manusia? hehe

    BalasPadam
  46. kambing ni mmg ajaib! hehe

    BalasPadam
  47. kambing ni mkn apa agaknya? dia mcm phm je pkul 5 balik...

    BalasPadam
  48. kambing ni akhir sekali mcm mana mati ke? atau en nuri jual kat org lain? atau buat lauk jer....

    BalasPadam
  49. mcm best je bela kambing nnt nk cari 1 la bela kat kampung

    BalasPadam
  50. kenapa apek tu bagi kat en nuri? terhutang budi dgn ayah en nuri ker?

    BalasPadam