Selasa, 18 Januari 2011

RODA MEMORI



kategori dua sahabat sejawat.

 
Roda memoriku berputar lagi
Roda itu bergolek-golek
Melalui jalan-jalan lama
Lorong-lorong yang sarat dengan rasa
Liku-liku yang berkerikil
Serta susur simpang yang pernah menjemput bingung datang menyinggah

Aku langut menadah langit
Memerhatikan warna kelam malam
Cerahnya mentari
Gebunya kepulan awan
Sirnanya alam tatkala mendung
Dan redup alam yang sedam dipandang
Segalanya kelihatan sama
Sungguhpun roda memori ini terus berlalu
Bergolek-golek sendiri tanpa arah dan haluan
Tanpa pemacu dan juga arahan
Terus melalui susur-susur kenangan nan lalu

Aku terus menyusurinya
Semakin lama semakin jauh ke dalam
Cuba mengingati lopak serta lubang
Yang pernah menjadikan kakiku mangsa
Terpelecok kernanya
Cuba mengingati rasa itu
Cuba menyelami rasa peritnya
Serta menghitung titis mutiara yang luruh akibatnya
Dengan harapan
Lubang itu tidak akan dilewati oleh kakiku lagi
Cukuplah hanya sekali
Aku tak mahu terjatuh lagi


OLEH: HAMBA ALLAH DAN CAPRICORN
12.10.1009
2009 Oktober 17 08:14





50 ulasan:

  1. MERPATI MENCARI RINDU (mawar harum)

    Semalam terbang merpati
    mencari rindu.
    mencari sendu dalam larangan.
    Berlegar nun tinggi diatas sana.
    Tak mampu turun kebawah .
    Hari ini merpati seperti semalam.
    Mencari rindu dalam larangan.
    Merpati resah gelisah
    sampai bila harus
    Terperangkap dalam rindu terlarang

    Mawar Harum
    sajak utk sayembara

    BalasPadam
  2. SEJUK

    sejuta demi sejuta molekul air,
    terjun dari lubang paip tinggi ini,
    ibu jari seinchi
    dari tempat air betemu lantai.
    tidak aku tergerak walau sedikit,
    bagaikan ada
    bom sensitif pergerakan
    azan sudah aku sentuh sikit
    sepuluh molekul dengan kukuku,
    sejuk! ku undurkan semula.
    mulakan dengan kaki dahulu?
    tidak kalau kaki dulu habislah
    separuh keseronokan mandi pagiku.
    kerana kesejukan ini melampau,
    untuk seorang lelaki seperti aku
    untuk mampu bangun awal sebegini,
    untuk mengatasi sejuk air subuh,
    akan menjadikan aku
    satu dalam seribu.
    iqamat sudah lafaz bismillah,
    aku lompat ke bawah sejuta air itu.
    sejuk! aku gembira aku mampu.


    Harimau Berantai
    apabila pertama kali mandi di perigi kerana air di gertak sanggup tiada...

    BalasPadam
  3. DASAR ANJING

    mengapa jadi anjing
    menyalak tak kira masa
    menyalak tak kira tempat
    pantang silap sedikit
    menyalak tanpa henti
    jika dihulur tulang
    pandai pula kau diam
    jika dipuji hebat
    pandai pula melentok
    pandai goyangkan ekor
    buat muka kasihan
    dasar anjing suruhan
    jika depan tuan
    menikus jadi tikus
    turut semua sekali
    jadi bedebah
    konon diri hebat
    bukit pun sanggup disalak
    apa lagi saudara sendiri
    sanggup digigit rakus
    asal tercapai hajat
    dasar anjing


    Guest
    sajak yang agak kasar sikit sbb sy tgh marah kpd seseorang

    BalasPadam
  4. SESEKALI TERFIKIR

    sesekali terfikir
    mahu sahaja ku jadi burung
    terbang bebas jelajah alam
    ke sana sini tiada halangan
    terbang sepuasnya tapi untuk apa
    hanya mampu berkicau
    butiran tiada difahami
    sesekali terfikir
    mahu sahaja ku jadi ikan
    berenang bebas di air
    jelajah samudera terbentang
    berenang sepuasnya
    tapi untuk apa
    bila terlekat di jaring
    pasti kan jadi hidangan enak
    jika difikir semula
    lebih baik jadi manusia
    makhluk paling hebat
    cukup semua sifat
    punya akal hebat syukur...


    Satria Juragan
    sajak simbolik sikit harap qalam dpt mengangkapnya

    BalasPadam
  5. SENARAI 20 AHLI DAN PERKEJA BLOG YANG MENANG MINGGU LEPAS....


    1.GELETEK MALAM
    2.PUAN ROSNAH
    3.SAIZUL MAIZAV
    4.ENCIK QALIFATULLAH
    5.MISS KIM CHEUNG
    6.USTAZ MAJUSI
    7.USTAZ KAMARUDIN
    8.ABANG
    9.USTAZ ZAIDI
    10.RAJA MUDA
    11PENYAIR AGUNG
    12.EN SANUSI ROSTAM
    13 SAUFI NGADIMAN
    14 INSPEKTOR HALIM
    15 KEMBARA BUDIMAN
    16 HAJI MASQUR
    17.MUHAMAD TAJOL
    18.MEI LING
    19 ADBULLAH GADAFI
    20 ZAIN ISSAC



    nanti untuk 20 orang ni aku nak buat lagi bertandingan sajak...

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    MERPATI MENCARI RINDU oleh Mawar Harum . Penceritaannya menyenduh tentang seorang perawan yang rindu mencari kebebasan diluar batas larangan dan mungkin melanggar adap dan adat tata kesusilaan, dan mungkin juga bertentangan dengan ajaran keagamaan. Sekali bersalah akan terasa resah gelisah, biasanya jika sudah terpalit warna kekotoran, menyesal sepanjang zaman. Oleh itu berhati-hati mencari dan bermain rindu di luar larangan. Cuma sebagai ingatan bawaha kita punyai gaya dan cara adat adap peraturan budaya ketimuran kita. Amin. (B)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    SEJUK oleh Harimau Berantai . Apakah kerjanya subuh sefei kau mandi di perigi di kaki bukit, kau baru duduk, nasib tak baik sudah kena air paip tak ada memanglah sejuk memgigil, ini mesti mandi wajib, jika tidak azan subuh dan solat sudah mula dilaungkan, jika gagal subuh akan terlepas, kerana kewajiban yang perlu ditunaikan kepada Allah swt. kesejukan mesti di ketepikan. Apa-apa pun semoga rasa ketabahan hatimu akan melahirkan zuriat yang kental jiwanya dan mampu melawan akan segala keadaan. Semoga sukses segera dapat cahaya mata.Amin. (TB)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    DASAR ANJING oleh Guest kawan anda guest door telah menghilang untuk membina kehidupan baru di dunia penuh zabaran. Sajak anda kali ini membicarakan Tentang kemarahan dan kegeramanan yang memanjang, kerana orang begini tidak erti menilai bahasa pertuturan manusia, yang selalu menyakitkan hati dan menyalahi orang pula, selayaknyalah bukan dipanggil manusia, bagi saja gelaran apa yang sesuai dengan gaya dan cara tingkah lakunya. Itulah manusia bila jiwanya dirasuk rasa kerangkusan dan tamak kehalobaan, dia bagai tidak boleh menyebuit atau berastaghfar lagi. Kerana dikuasai oleh hasutan iblis dan syaitan. Semoga kita semua mesti perpada-pada dalam memburu kehidupan di dunia. amin. (saya tahu ada unsur berbau … tetapi engan sebut). (U)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    SESEKALI TERFIKIR oleh Satria Juragan dengan sajak lamunannya yang luar biasa. Begitu jauh dia mengelamun melayani fantasy jiwanya, hingga ke alam burung, alam ikan, akhirnya kerana semuannya bagai tidak ada keindah sebagaimana dia berada di alam manusia, lalu dimatikan khayalan dunia fantasynya. Sebenarnya sang malaikan pun rasa kecewa, kerana tidak dapat menjadi manusia. Tetapi kita tersilap ada orang berkata, si polan itu macam malaikat perangainya. Kerana kelebihan kita lebih banyak dari malaikat sendiri, malaikat Cuma buat kerja satu saja, tidak ada hawa nafsu, lelaki atau perempuan. Bertugas dengan patuh dan tekun mengikut arahan tambah bantahan. Semoga kita bersyukur dengan apa yang Allah berikan ini. Amin. (TU)

    BalasPadam
  10. wah! ada senarai plak 20 pemenang?

    BalasPadam
  11. dpt hadiah ke senarai pemenang ni jalal?

    BalasPadam
  12. ingatkan ada pasal politik? tgk2 jalal plak pak sibuk

    BalasPadam
  13. xde lagi ke pasal politik en nuri?

    BalasPadam
  14. jalal letak senarai ni nak buat apa plak ni?

    BalasPadam
  15. eh! rajin jalal kira semuanya

    BalasPadam
  16. ingatkan ada info pasal politik.... boring la xde politik

    BalasPadam
  17. xde ke info pasal politik hatu raya??

    BalasPadam
  18. aduh! jalal ni ambik tempat hantu raya plak?

    BalasPadam
  19. klu x dah elok ada pasal politik kenapa jalal plak pak sibuk ni!

    BalasPadam
  20. untuk apa jalal senarai semua pemenang ni?

    BalasPadam
  21. ada perlawanan sajak lagi ker?

    BalasPadam
  22. ramai jgk pemenang ada 20 org rupanya

    BalasPadam
  23. huh! hanya ada 3 org je perempuan yg menang????

    BalasPadam
  24. eh! laki byk yg menang pmpuan hanya ada 3 je? hehe apa kata lepas ni kita buat pertandingan sajak PEREMPUAN LAWAN LAKI? apa kata en nuri dan qalam???? setuju? pekerja blog semua stuju...

    BalasPadam
  25. SAYA DI SINI INGIN MENGUMUMKAN SY BUKAN LAGI PUAK HAJI GHAMIDI!! sy tgk dia semakin lama semakin teruk kdg2 dah lari akidah plak sbb byk dia menghalalkan yang haram? gila! nama saja haji... sy disini ingin bersama puak en nuri kita perkuatkan barisan kita utk pilihan raya tenang nnt.. hidup citra rasa en nuri!!!!

    BalasPadam
  26. sy bersama ustaz syukri kami dh muak dgn haji ghamidi! gila! ada plak dia suruh kami canang kpd pejaga blog lain blog ni menyebarkan berita palsu! walaupun kami pembangkang pada mulanya tp kami tetap hormat blog ni tp nampaknya haji ghamidi dah melebih! jd sy secara serius suka rela ingin menjadi sahabat kepada blog ni... di harap anda terima saya disini en nuri dan semua wara kerja????

    BalasPadam
  27. kami bertiga ustaz syukri,encik osman ingin mendedahkan kpd ahli ni bahawa haji ghamidi dah gila pengaruh! huru hara jdnya pejabat kami hari2 dia beri tohmahan kpd blog citra rasa ni.. pada mulanya kami x percya tapi setelah kami meninjau dan melihat semua sajak2 en nuri yang lepas terutama serapah ALlah sy terasa berdosa besar plak selama ni kerana mengikut haji ghamidi? skrg sh dh thu siapa benar siapa salah.... di harap terima kami bertiga... rasanya lps ni ramai lagi yg kluar pejabat tuan ghamidi sbb dia skrg bagai org gila! rasanya boleh dpt strok...

    BalasPadam
  28. teruskan perjuangan en nuri dalam politik! semoga lps ni lebih ramai kluar puak ghamidi yg bongkak tu...

    BalasPadam
  29. ha! tahniah kepada en nuri!! hahah seronok btol sy bila dapat thu ada 3 org perkeja haji ghamidi letak jawatan...

    BalasPadam
  30. hidup en nuri!! smoga kita berjaya menarik semua sekali pengkiut haji gahmidi!!!

    BalasPadam
  31. eh! jalal ramai kamu susun semua pemenang btol pnye ke ni?

    BalasPadam
  32. khalifah umar abdul aziz,
    khalifah amerul ar rasyid,
    dan hali sofi syaekh qadir jailani. sapa plak ni?

    BalasPadam
  33. maaf en nuri saya mahu bertanya pada mulanya mmg saya anti islam... apabila saya punya husband ada tanya pasal nak msuk islam ni? sy baling dia dgn pinggang mangkuk dahulunya... tp skrg ni sy mahu tanya en nuri klu sy sama husband sy Ah Liew mahu masuk islam kena bayar berapa? boleh ka org tua macam kami masuk islam?

    BalasPadam
  34. halo en nuli la! wa sula ala pujuk wa punya bini dia ala setuju mau masuk islam tapi wa ala malu sikit la en nuli... manyak kawan wa ala kata nak masuk islam kena ala potong itu lancau ma... kalau talak mau potong boleh ka en nuli???

    BalasPadam
  35. sajak tentang keislaman plak kali ni?

    BalasPadam
  36. sajak en nuri ni cerita pasal ahli sihir ke? sbb ada berjalan atas air...

    BalasPadam
  37. eh! solat 200 rakkat biar btol en nuri?

    BalasPadam
  38. anak jin pun ada dalam sajak ni pasal apa en nuri?

    BalasPadam
  39. sajak en nuri indah dan tenang bila baca tp x phm la byk nama sy xpnh kenal..

    BalasPadam
  40. sajak en nuri ni mcm teka teki jer?

    BalasPadam
  41. sajak en nuri ni nama2 dlam sajak yg smuanya syeikh ni sapa???

    BalasPadam
  42. sajak en nuri mcm sajak tentang pertanyaan jer?

    BalasPadam
  43. sajak en nuri menarik walaupun x phm sgt

    BalasPadam
  44. sajak tentang liku2 kehidupan je sajak 2org kwn ni

    BalasPadam
  45. sajak kenangan ke 2 org sahabat ni?

    BalasPadam
  46. eh! terima kasih en nuri keran menyiarkan sajka kami...

    BalasPadam
  47. sajak sy dgn hamba allah ni sy pun xthu pasal apa sajak ni? sbb dh lupa... heehhehe

    BalasPadam
  48. patutlah lama xnmpk kat kosmo rupanya kat sini plak hamba allah dan carcprion ni.. hehe

    BalasPadam
  49. esok letak sajak senang sikit en nuri sbb semua sajak berbunyi simbolik la...

    BalasPadam
  50. VIGER JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.

    -terima kasih jalal kau rajin senarai nama pemenang sayembara puisi CR 2011.sesama kita secara suka-suka tanpa hadiah apa-apa, luah rasa itu yang utama.

    - ralax dalam ulasan sajak sesekali terfikir: bukan tambah tetapi (tanpa) bantahan. harap maklum. Ayat akhir Bertugas dengan patuh dan tekun mengikut arahan tanpa bantahan. Amin (sila beri teguran jika salah ejaan. pesan Qalam)

    - hantu raya akan ambil alih info, berita polyik, isu semasa, dan lain akan dibantu tinta azimat. saya mungkin ganti geust door dan suara bebas (bukan ahli) tetapi
    berani menyuarakan kebenaran, mereka berdua sahabat baik dan qarib anj

    -Haji Ghamidi kalau dia ketuk blog ini, saya akan bedal dia, kalau dia marah suara bebas atau anj atau guest door, mereka tidak lagi menginap atau bernaung di blog
    Cr ini, mungkin en nuri tak kata apa mereka sendiri sukarela . semoga Allah bersama mereka. Amin.

    - Soal nyonya dan apek liew, wa ingat tuan ala ada suka sama lua nua lagi bini. Lagi tua lu masuk nosa lagi sikit woi, kalau lu mati, selupa baby kecil tata nosa, untung ata peluang masuk soluga... sebab dulu punya nosa, lu bukan islam, itu semua nosa tuan ala (allah) tatak kila.. lu mayak untung .... Masuk Islam tatak bayar nyonya ..... wa mahu cakap pun susah, bukan free atau percuma, memang tata ada bayar punya. ini agama tuan ala punya sapa berani kacau.. itu potong kasi bius tata lasa apa. buang
    sikit kulit hujung, sebab ada simpan najis, bila kita ambil air sembahyang itu najis tata
    lekat, itu saja, samalah laki pompuan, buang sikit tak boleh mati ma. ( maaf wa cakap dengan apek ini macam ikut orang cina cakap, sikit ata senang maa..)


    - Anda yang keluar mengikut gerak gaya encik sanusi rostam bukan kemenangan untuk blog ini atau sesiapa. kata en nuri kemenangan total untuk diri sendiri menilai apa yang benar, hidayah akan masuk di hati orang-orang beriman yang mencari kebenaran. Amin

    - Dulu en nuri pernah berkata, blog ini bukan dia yang
    menghidupakannya. Adalah dari CR
    anda semua ahli dan PB . Saya ingat en nuri sama tiru gaya P. Ramlee, dia buat filem, yang
    menghidupkan watak semua kawan-kawan, dia tikok tambah sikit saja. kami yang buat dia semedang hilang. pencen kecil anak nak belajar, sakit sikit.

    - En nuri nak kata dia kuat politik susah juga, dia tak mengundi nak masuk 4 penggal cukup
    pru13 kalau panjang umur nanti . dia jarang jumpa di kedai kopi, ikut perangai ayah dia. macam mana dia nak pengaruh orang, dia mungkin orang leluhur punya manusia.

    - Tiga tokoh itu semuanya penyebar agama Islam yang diajar oleh nabi muhamad saw. agar berlaku adil dan mengikut peraturan cara Islam yang sebenar sama ada beribadat dan tugas seharian dalam pentakbiran negara. Ramai lagi tokoh yang terkenal dalam Islam, tapi kita
    kena baca sadikit sebanyak mereka ini, baru kita tahu... Ilmu ini macam laut luas, sajak en nuri kita bagai camar laut, apa yang lekat dekat muncung burung waktu menangkap makan itulah ilmu kita, sekian.

    - Maaf kalau ada yang terlepas pandang. aku manusia biasa. cakap bahasa baku, kalau cakap bahasa daerah nanti kena marah...

    BalasPadam