Sabtu, 1 Januari 2011

PERJALANAN HIDUPKU



Kategori sajak panjang 2009


Perjalanan hidup ini
akan ku gagahi teruskan jua
walaupun ada duri bakal aku pijak
dalam tempoh berjalan
sehinggalah tahu berlari
aku sering terjatuh
namun tetap mencuba untuk bangun
lekas bangun dari terus alpa
alpa dengan taman2 yg begitu indah
walau aku hampir tergelincir
dan tertarik dengan taman2 itu
namun aku gagahi untuk keluar
setelah aku memasukinya
aku kutip pengalaman
sewaktu dalam taman2 indah itu
aku berlari mengejar sang pelangi
namun kali ini aku terjatuh
jatuh lalu aku tercedera
aku cuba untuk bangun
namun aku tidak terdaya
tapi aku tetap mencuba
malangnya lukaku semakin parah
dalam menahan kesakitan
hadirnya insan..
lalu dibaluti lukaku itu
aku dijaga dan dibelai
dan akhirnya aku mampu terusakn
perjalanan hidupku
namun..
aku terlihat dua jalan
kelihatan kedua2nya menarik perhatianku
namun jalan mana harus kupilih?
yanag pasti membahagiakan aku kelak..


OLEH: PENYAIR AGUNG
SEMASA DI BERANDA RUMAH  32
PUKUL 7 PAGI
Terbit semula 1/1/2011





50 ulasan:

  1. KISAH MENGENANG USTAZ HAJI IDRIS ANANG

    Ustaz ini juga seorang yang agak tegas, keturunan banjar kerana gaya
    dan bahasa dibertutur ada merip kesitu. Tetapi banyak ilmu keagamaan. ramai murid tidak berani angkat muka dengan dia, dan dia juga susah hendak bagi muka, tegas dan berwibawa dalam akhlak pemdidikan. walau pun berkain pelekat baju melayu, sentiasa kemas dan menyakinan untuk kita belajar dengan dia.

    Juga susah naik basil pergi mengajar sebab gaji kecil sekitar seratus lebih, untuk menampung kehidupan dia juga kena buat bendang, ambil upah potong padi. selain mengajar di surau atau masjid jika ada orang minta dimengajar sebelum atau seminggu sekali.


    Saya tidak tahu dia berasal daripada mana, setahu saya rumah nya di kampung jalan atas berhampiran dengan pekan tanjung piadang. Apa yang menarik, dia selalu fokus kepada saya, bila mengajar dan pernah satu hari dia jemput saya ke rumahnya dengan meletak nota di atas riba sewaktu selesai solat subuh berjumaah. "Anta datang rumah saya pagi ini jam 8 pagi, jangan lupa.".

    Saya tahu hari ini semua pelajar yang terpilih dalam USBUL MUDARIS atau MINGGU PELJAR satu acara pertandingan seluruh sekolah agama rakyat di kerian dalam mencungkil bakat pelajar sekolah agama rakyat, seluruh kerian perak.

    Saya terpilih dalam mendeklimasi bersajak wakil sekolah, pidatu, bahas, pantun dan lainnya, ada wakil tersendiri. Bila saya sampai ke rumahnya, Di jemput masuk kira jam 7.30 pagi. Setelah dia baca doa apa saya pun tak tahu, kemudian dia minta jari ibu saya, kemudian dia torik dekat kuku satu lambang empat segi. dengan mengunakan pisau lipat kecil, saya diam tidak tanya apa.

    Hari ini baru saya ingat mungkin jangan bagi saya gementar atau takut. waktu saya dijemput mendeklimasikan sebuah sajak yang ditetapkan, saya hafal berkali sehingga tersemat penghayatannya: bertajuk: DIBAWAH SAYAP RASTU RAMADAN

    Daripada 60 orang, saya terasa cukup berani dan bersemangat, selepas membaca tepukan gemuruh masih terdengar dengan tempek sorak daripada siapa pun saya tidak tahu. mereka semua memuji selepas itu. ada ucap thaniah di antara guru ustaz dan kawan-kawan sekolah lain..

    Tetapi apa yang menyedehkan dan mengecewakan ustaz Ideris dan ayah saya yang kayuh basikal untuk melihat saya kuala kurau ke masjid tinggi bagan serai, demi untuk melihat saya mendeliklimatorkan sajak, dia duduk depan sekali. Bagi sokongan,

    Pengadil yang buat ulasan dan keputusan itu kata gaya dan penghayatan saya itu semua ada, tetapi suara terlalu kuat tak sesuai dengan sajak, mana saya tahu bila geliran saya pembesar suara jadi kuat, bila orang lain baca slow, ini ramai cikgu dan kawan tak puas hati, pengadil itu bagi menang anak murid sekolah dia.

    Akhirnya terima saja, hendak kata apa, cuma diam saja, menang kalah tidak kisah yang penting ustaz Ideris suruh wakil sekolah saya tunaikan. Tetapi saya nampak
    ustaz Ideris memang rasa sedeh dan kecewa sekali.

    SAMBUNGAN

    BalasPadam
  2. TERIMA KASIH TUHAN

    Dulu aku pernah merajuk
    Dulu aku pernah membangkang
    Dulu aku pernah menolak
    Dulu aku slalu terlupa
    Kini ku tahu perjalanannya
    Kini ku tahu Apa kisahnya
    Kini ku tahu kebenciannya
    Kini Ku tahu kebesarannya
    Cahaya mu datang memang ku nantikan
    Rahsia agungmu meruntuhkan egoku
    Kemarau panjang menghukum aku
    Hanya untuk mengingatimu
    Terima kasih tuhan Alhamdulillah.


    Saidatina Ayubi
    Sabah
    12malam

    BalasPadam
  3. IRAMA BLUES

    Malam beriramakan blues usang.
    Lorong usang
    bermelodikan tragedi.
    Neon jingga melirikkan
    seribu kisah.
    Aku BluesUsang menanti saat
    untuk melagukannya…
    Hujung jalan itu sungai
    hujung sungai itu jalan
    hujung jalan itu
    pula sungai lagi
    Kena pandai berjalan
    berlari berenang dan melompat
    Untuk sampai


    Mamu kassim
    erpcubaan sajak simbolik

    BalasPadam
  4. TERIMA KASIH SAHABAT

    mahukah kamu ketawa
    jika lihat aku ketawa
    mahukah kamu menangis
    jika lihat aku sedih
    mahukah kamu dekati
    jika lihat aku duka
    mahukan kamu membantu
    jika lihat aku sulit
    mahukah kamu rapati
    jika lihat aku seorang
    mahukah kamu bersamaku
    tiap saat tiap waktu
    tanpa pilih apa bulu
    tanpa pilih warna kulitku
    tanpa pilih apa dudukku
    dan jika kamu mahu
    engkaulah sahabatku
    dunia akhirat
    terima kasih sahabat…

    Panah Arjuna
    ketika pulang dari pesta penang

    BalasPadam
  5. REDUP WAJAHNYA

    redup diwajahmu sayu memandangku,
    melimpar senyum berkuntum rindu,
    ayu berjalan lemah gemalai bersepatu baru wajah pandai menyembunyi tetapi hati tidak,
    resahmu ku tahu deritamu ku tahu,
    renunganmu ku tahu pulang
    tetapi disambut dengan jelingan penuh hasrat dengki,
    terasing di teratak sendiri,
    hanya cahaya talian bimbit bisa menerangi gelap malammu,
    hanya jari menemani
    bayangkan hati dicucuk duri
    setiap hari bayangkan parut luka hiris kembali bayangkan berpayung dalam hujan basahnya tetap ada,
    aku bangga denganmu,
    engkau teruskan juga langkahmu,
    tetap tersenyum dalam murung,
    dengan hati yang ikhlas,
    tanganmu ku gapai
    ku papah kubawamu pergi…


    Pusaka rimba
    di padang kota
    11malam

    BalasPadam
  6. Sajak keinsafan dari sdri Saidatina Ayubi bertajuk TETRIMSA KASIH TUHAN.
    Mungkin bertolang dari mudah yang pernah meniumpa , lalu membawa satu nur perubahan kepada diri si penulis.Sebelum ini keberangkalian terlupa pada kebesar yang maha esa, lalai dan jarang sujud kepadaNya. Bila Tuhan memberi sedikit pengajaran berupa musibah, lantas kita mulai rasa kesedaran, itu tanda tuhan masih sayang kepada kita. Amin

    BalasPadam
  7. Sdra Mamu kassim dengan sajak semboliknya bertajuk IRAMA BLUES , Terasa di dalam kehidupan ini ada berbagai pancaroba yang menanti dan menghiburkan, asyik dan cukup memperdaya, pilihlah atau jauhilah, untuk kita selamat perlu ada ilmu dan petua untuk berenang, melompat bagi menyeberangi sungai yang berbagai gangguan yang asyik dan menghiburkan itu. Ini Cuma andain, begitulah hidup di sebuah kota
    yang mana banyaknya suasana dunia yang menghairah dan memperdayakan, jika kita kurang ilmu keagamaan , pasti kita akan hanyut bersama arus kemordenan. Semoga kita tabah menghadapi cabaran ini. Amin

    BalasPadam
  8. Sdra Panah Arjuna pula membicarakan tentang TERIMA KASIH SAHABAT. Pengucapannya terasa bagai ingin menilai hati budi seorang sahabat, Bagaimana jika dia si penulis berada dalam kesusahan dan sesengsaraan. Bagaimana penerimaan sahabat yang dikatakan setia, jika sanggup bersamanya engkaulah sahabat dunia akhirat. Amin

    BalasPadam
  9. Sdra Pustaka Rimba dengan sajak REDUP WAJAHMU penceritaannya menilai akan
    Kemurungan wajah mungkin sahabat atau kekasih hatinya. Bagaimana disebalik wajah senyumananya ada tersirat rasa kepahitan yang disembunyikannya. Seperti dia
    sedang berpayung dalam keadaan hujan sadikit sebanyak pastikan basah , namun dalam kehidupan ini perjalanan tetap diteruskan, semoga keadaan dapat diselamatkan Amin.

    BalasPadam
  10. alahai.. penyair agung lagi xde org lain ker?

    BalasPadam
  11. ape asyik penyair agung jer ni?

    BalasPadam
  12. penyair agung ni rasuah en nuri agaknya...

    BalasPadam
  13. penyair agung ni kwn en nuri ke? asyik sajak dia jer?

    BalasPadam
  14. rasanya dah 4 kali sajak penyair agung bila sajak kami en nuri?

    BalasPadam
  15. nampaknya asyik penyair agung je monopoli

    BalasPadam
  16. penyair agung ni sajak bukan best pun tp selalu terpilih

    BalasPadam
  17. rasanya penyair agung dgn en nuri ada bau2 bacang la

    BalasPadam
  18. entah2 penyair agung ni anak sedara en nuri kot?

    BalasPadam
  19. aku rasa penyair agung ni adik en nuri la...

    BalasPadam
  20. rasa mcm di anak yatimkan sbb sajak penyair agung je disiarkan?

    BalasPadam
  21. bila plak sajak penjaga blog ni?

    BalasPadam
  22. rasanya penyair agung sogok guest door la sbb asyik sajak dia je disiarkan?

    BalasPadam
  23. erhyrthytrytrhtrhg

    BalasPadam
  24. eh! kenapa asyik penyair agung jer... punyalah panjang sajak dia ni

    BalasPadam
  25. bila tgk dari penyair agung trus aku malas baca sbb asyik2 dia jer...

    BalasPadam
  26. rasa mcm nk pukul je penyair agung ni sbb sajak dia je byk

    BalasPadam
  27. nmpknya berat sebelah la sajak kami xde ker?

    BalasPadam
  28. kenapa panyair agung je asyik disiarkan?

    BalasPadam
  29. berbulu tunggu sajak dari penjaga blog plak ni?

    BalasPadam
  30. asyik2 penyair agung naik jemu aku

    BalasPadam
  31. ustaz ideris? mcm mana sy saja

    BalasPadam
  32. semalam ustaz omar skrg ustaz deris esok sapa plak?

    BalasPadam
  33. ustaz idris ni cerpen jgk ker?

    BalasPadam
  34. ustaz idris ni cerpen jgk ker?

    BalasPadam
  35. kenapa ada sambung plak??? cerpen ke ni?

    BalasPadam
  36. ada 2 cerpen la nampaknya budak pondok dan ustaz idris

    BalasPadam
  37. ustaz omar dgn ustaz idris ni ada kena mengena x?

    BalasPadam
  38. usbul mudaris ni bahasa apa?

    BalasPadam
  39. nama org ke usbul mudaris tu?

    BalasPadam
  40. selalunya mmg tuan rumah msti menang punya wlpn x menarik mana pun bacaan dia

    BalasPadam
  41. pilih kasih la ni msti pakai org dalam sbb tu en nuri kalah

    BalasPadam
  42. xpe en nuri x menang pun xpa smua org bijak menilainya

    BalasPadam
  43. rasanya org yg menang tu pun msti dia rasa bersalah sbb ambik kedudukan en nuri..

    BalasPadam
  44. msti pakai org dalam entah2 sedara dia jgk

    BalasPadam
  45. mmg berat sebelah kenapa en nuri x complain?

    BalasPadam
  46. main kotor la dorg tu panakut!

    BalasPadam
  47. aduh busuk btol hati dorg snggup buat mcm tu

    BalasPadam
  48. mmg teruk btol perangai jnis x boleh tgk org lebih

    BalasPadam
  49. xpa en nuri wlpn xde sapa thu? tp tuhan tu maha mengetahu di akhirat nnt merasa la dia...

    BalasPadam
  50. klu sy ada sah sy akan buat sepanduk bantahan sbb dorg main kotor

    BalasPadam