Jumaat, 28 Januari 2011

PEREMPUANKAH ITU?





Perempuan!
bentukmu seni dan yunit
ghairah dan mempersonakan
kekadang kau cukup mengoda
dengan gaya liuk lentukmu
ramai lelaki mengkagumkan
dan bisa merobohkan keimanan.

Perempuankah itu?
menjadikan lelaki  tersungkur
dicelah lengang lingokmu
kerana kecantikan memukau
semua ilmu juga akan mati
selagi tidak dapat hajat di hati.

Berapa ramai temanku,
yang telah hilang kesiumanya
bila melihat tubuh mogelmu
dan mendengar kata manismu
hampir luluh seluruh tubuh
cukup terperdaya dengan keghairahannya.

buat kita yang bernama lelaki
cukup berhati  dan berwaspada
kerana jika tersalah langkah
akan tersungkur di kaki waktu


Oleh: Nurimanja,
Di bandar kuching serawak 1979
sajak legenda  seorang anak perantau.






50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 4


    Sekembalinya Adi cana ke kampung, dia telah menceritakan kepada kawannya Malik Wijaya dan Irafanul Haq. Mereka bedua ini , Malik Wijaya seorang anak kepada kepala desa, dan Irafanul Haq cucu kepada dukun guru silat Nasrul Haq.
    Mereka bertiga telah pun bercadang untuk pergi mengindap di teratak Ali canon di waktu malam.

    Kerana Irafanul Haq cucu dukun dan guru silat yang terhandal di kampung itu,semangat keberaniannya agak luar biasa, bagai diwarisi kepakaran dari datuknya Nasrul haq. Sebelum mereka bertindak ketiganya merasiakan akan hal itu dari pengetahuan orang kampung, termasuk ketua kepala desa bapak Malik wijaya sendiri.

    Setelah persiapan rapi diaturkan, kononnya mereka bertiga ingin mencari rotan dan kayu setangi yang mungkin memakan masa sehari dua baru pulang. orang kampung pun turut mempercayainya. Setelah persiapan peralatan disediakan mereka bertiga pun berangkat meredah hutan belantara yang tebal itu menyelinap masuk ke dalamnya.

    Perkara begitu adalah terlalu biasa buat anak muda di sesebuah kampung di zaman dahulu. kalau berasa takut bukanlah dikatakan anak jantan. Mereka bertiga berpakain serba hitam, dengan ikat semuntal di kepala dan kain selepang di dada, berseluar kain keras sekerat betis, parang panjang terselit di pinggang. sadikit bekalan ketupat nasi dan telur rebus untuk sarapan dalam perjalanan.

    Setelah sampai berhampiran teratak Ali canon , sepanjang hari mereka menunggu tidak nampak wajahnya, hanya nampak saekor kucing putih yang turun naik ke atas terataknya. Sehingga lewat petang mantari hampir terbenam , mereka nampak kelibat wajah Ali canon, bagai mengliat laga seorang baru bangun tidur gayanya.

    Tiga orang rakannya menjadi hairan, kerja apa yang Ali canon lakukan, adakah dia tekah tukar gaya kehidupan. siang dia tidur malam pula dia berjaga. Ah anih juga Ali canon ini, fikir ketiga rakannya. Seketika kemudian nampak dalam cahaya samar kegelapan Ali canon bersila di depan terataknya, bagai bertafakur, melihat mentari jatuh. dengan rambutnya yang
    pajang bergerbang dengan tali semuntal ikat di kepala. seperti lagak Aduka dan Teruna dalam filem Samerah padi pula.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. PERISTIWA DISINGKIRKAN

    Apabila tuan ghamidi menyuruh perkejanya fitnah blog en nuri
    sehabis-habisan katanya
    Supaya tiada lagi yang percaya
    Tiada lagi yang terpegaruh kerana katanya orangnya semakin berkurang
    Setika aku berfikir panjang
    Cuba bertanya kepada orang tuaku
    Meraka berkata kerja dengan ikhlas
    Jangan main kotor seketika
    Aku pandang mereka
    lagak bagai orang alim
    Aku meminta diberi masa
    Lantas mereka dengan tegas berkata
    Kau ni nak main bersih ke?
    Jangan berangan sebab
    Bersih pun boleh kalah
    Kotor la boleh menang
    Tapi aku fikir ini
    sudah jauh menyimpang
    Bila aku cuba menyuarakan pendapat
    Terus aku disingkir
    katanya pendapat ramai
    Aku tahu mereka menipu
    mungkin aku tiada persamaan
    Kerana aku menolak rasuah fitnah
    Tiba-tiba seseorang datang berkata
    Dia orang besar di sini
    Di sini semua dengar perintahnya
    Kerana kami dijamin masuk surga
    Aku terpingga-pingga
    terkelu hendak berkata
    Lalu aku diam seketika
    Tiba-tiba ada lagi suara berkata
    Kenapa sudah habis oksigenkah ?


    Sufian Al zahri
    semasa saya di buang kerja di bawah tuan ghamidi jd sy pertaruhkan sajak ini utk sayembara

    BalasPadam
  3. MAJLIS MAKAN-MAKAN

    malam-malam tadi disini
    ada majlis makan-makan
    semua pekerja en sanusi di jemput katanya ada makanan istimewa
    tapi malangnya hanya beberapa orang saja yang hadir
    aku singgah sebentar
    aku lihat sini satu sana satu makan
    malam tu yang datang tetap ramai.
    tapi pagi tadi aku terdengar suara-suara berkata Qulbai
    ingin memancing perkerja en sanusi kerana di sana semakin berkurang
    jadi di harap qulbai segera insaf
    kesimpulannya makan-makan tadi
    di hadiri orangnya sendiri
    kerana kami disini
    tetap berpegang teguh ikat mati lepas ni mesti disana tersungkur kesian si pengampu sudah bermimpikan kuasa
    jika berhasil tapi ternyata
    taktiknya telah di kesan
    kesian si pengampu


    Yusmanira
    sajak berkaitan tentang majlis makan2 yang di langsukan tadi utk sayembara ini

    BalasPadam
  4. ATURAN ALAM

    aturan langkah
    berpaksikan upaya sepasang kaki
    aturan sahabat bersalaman
    tanpa berhelah di belakang
    aturan kuasa berpautkan
    sokongan berbalutkan amanah
    aturan mulut berkuncikan
    tajamnya buah akal.
    jangan semalam jaya ke seberang
    mungkin esok belum melompat
    tersandung rebah sendirian
    aturan alam selalu menghukum.


    Ahmad Qatarunada
    sajak utk sayembara percubaan kali kedua.. hehe simbolik sikit ni

    BalasPadam
  5. MEMBUAK-BUAK MARAH

    masuk saja ke tahun baru
    kau mula perangai tak tentu
    meragam tak kira waktu
    meracau tambahkan pilu
    merajuk minta dipujuk
    mengada minta dibelai
    sengaja menyakitkan hati
    menaikkan suhu darah
    hingga tahap mendidih
    masihkah kau ingat
    kita berdua riang selalu
    ke sana sini terus menderu
    aku ada kamu dan kamu ada aku
    kita serasi bersatu
    sehati sejiwa bagai tiada terpisah
    sesudah lima tahun
    ini balasanmu padaku
    dalam tiada perasanmu
    tatkala lesap dua ribu
    itu duit untuk ibu
    semoga lepas ini kau sihat selalu
    kerana aku tunggu masa nak jualmu
    wahai kereta kenariku

    Joseph Lee
    percubaan sajak suspen! hehe

    BalasPadam
  6. Menceritakan kisah penyikiran. Sudah pun diduga malah kami dapat membaca, Satu hari anda akan dapat kesedaran, alahamdullih, tuhan memberikan anda jalan yang benar.Apa yang sedeh keadaan mereka, langsung tidak berfikir, keadaan kawan yang koma, Malah boleh buat kenduri pula hendak pancing penyokong. Cukup sedeh, terbalik pulaorang yang mereka gelar jahilliah (BN) Baik Niat bukan Barang Naik itu kata mereka. Inilah kerja mereka bertopingkan agama semata. Demi untuk Parti Keliru Rakyat. (TU).

    BalasPadam
  7. Hari ini, kita tidak hairan buah pisang dan nangka yang baik dan cantik itu ada ulat isi di dalamnya, tanda dunia akhir zaman, begitulah gambarannya, haji dan lebai kurang ada keyakinan lewat kebelakangan ini, malah ada yang dapat taitel alim ulamak dan tuk guru pun sudah jadi keliru dan haru biru. Kalau orang lain buat salah sikit dibongkar hingga bergegar dunia pana, tetapi bila mereka keluar faktua agama semunya untuk kepentingan parti politik kotor mereka. (U)

    BalasPadam
  8. Begitulah keadaan yang mencorakkan kekeliruan. Hidup bgai tidak bersyur dengan Apa yang ada langsung tidak melihat panduan di luar dan dalam Negara, negeri yang mereka perentah, banyak yang dah huru hara. Kita semua tahu dan mereka juga kata Ya. Negara dah maju daripada Negara yang klebih lama merdeka. Tetapi itulah sikap
    dan hati orang melayu kita, tidak kira haji atau lebai sama. Busuk, masjid dan surau dijadikan medam menghentam saudara Islam seagama. Malah sanggup bersolat lain
    walaupun dalam masjid atau surau yang sama. Siapa ikut sesat selama-lamanya.(TB)

    BalasPadam
  9. Begitulah keadaannya kalau yang baru itu tentu sayang dan cemburu, tetapi bila sudah lama hati mula merasa jemu dan jelek pula. Jasa yang lama pun mudah dilupa. Dan mahu bercadang tukar saja yang lama, cari baru bagai penganti. Jika jual seribu dua pun boleh juga buat beli ubat sakit ibu. Jika dikira agak menyusah dan mengecewakan, jual saja cari baru, demi keselesaan. (B)

    BalasPadam
  10. eh! nama aku pun ada jgk? jd anak kepala desa plak? hehehee

    BalasPadam
  11. eh! jd datuk iranula haq plak? kebetulan anak perempuan sy nama Ifa Nur ain.. hehe ifa jgk di depan...

    BalasPadam
  12. dia heboh kat kwn dia plak?

    BalasPadam
  13. berani dorg pergi bertiga jer?

    BalasPadam
  14. kenapa x ajak ramai2 pegi 3 org jer?

    BalasPadam
  15. berani btol aku? tp dlm cerita ni la di alam nyata mmg aku x snggup malam2 nk pegi hutan

    BalasPadam
  16. eh! sapa plak rambut panjang tgh bertakafur tu?

    BalasPadam
  17. ali conan tgh menurun agaknya

    BalasPadam
  18. eh! apa yg berlaku? dorg berani ke nk tegur ali conan tu?

    BalasPadam
  19. rsanya ali canon tgh kena rasuk kot?

    BalasPadam
  20. semuntal tu apa en nuri?

    BalasPadam
  21. eh! sy ke rambur panjang tu? atau jelmaan saja

    BalasPadam
  22. dorg ni berani btol kalau aku x snggup nk meredah hutan malam2...

    BalasPadam
  23. kenapa x bawak 1 kampung????

    BalasPadam
  24. selamat dorg 3 org je yg thu kalau bawak 1 kampung? sah kena bakar dah rumah ali conan tu

    BalasPadam
  25. berani jgk pegi malam2 dorg ni

    BalasPadam
  26. dorg ni asyik menghendap2 je? kenapa x bagi salam terus la melawat ali conan

    BalasPadam
  27. teratak? apa bnda tu?

    BalasPadam
  28. selalunya guru2 silat yg berani meredah hutan malam2...

    BalasPadam
  29. patutlah dia ajak dua org kwn dia tu sbb klu guru silat ni byk ilmu

    BalasPadam
  30. ifarunul haq tu laki ke pmpuan nama mcm pmpuan jer?

    BalasPadam
  31. dorg nk buat apa pegi malam2?

    BalasPadam
  32. pergi la tanya sendiri kat ali canon ni dorg ni terhendap2 mcm pencuri plak?

    BalasPadam
  33. kenapa x pegi siang je? berani plak pegi malam

    BalasPadam
  34. org kmpung xkn x syak apa2?

    BalasPadam
  35. ketupat nasi dan telur rebus je? boleh kenyang ker?

    BalasPadam
  36. eh! sampai 3 org pegi pun x berani jgk nk tegur ali canon ker?

    BalasPadam
  37. kenapa tiba2 rambut ali canon jd panjang plak?

    BalasPadam
  38. eh! hantu raya agaknya yg tgh bertakafur tu?

    BalasPadam
  39. kucing tu msti ada kat rumah ali canon misteri la

    BalasPadam
  40. eh! siang dia tidur malam dia buat apa?

    BalasPadam
  41. ali canon ni mcm burung hantu jer?

    BalasPadam
  42. kenapa plak dorg pakai baju kaler hitam??

    BalasPadam
  43. kucing tu x bercakap ke?? hehehe

    BalasPadam
  44. cerita ni kalau buat filem msti lagi menarik...

    BalasPadam
  45. org dulu berani2 bukan mcm org skrg ramai penakut

    BalasPadam
  46. dorg x buat bacaan yassin ke kat rumah ali canon?

    BalasPadam
  47. berapa hari dorg nk pegi ni?

    BalasPadam
  48. ketiga-toga org x kwin lagi ke?

    BalasPadam
  49. dorg ni umor dalam berapa puluhan?

    BalasPadam
  50. kena barhati2 la dorg ni nnt disedari kucing tu? naya

    BalasPadam