Rabu, 12 Januari 2011

PELUANG KEDUA



sajak kategori ahli OKU

 
Rerama itu hinggap dijendela
kupandang sepi dari kamarku
Indah tapi ia cacat
malam itu suram
sesuram hatiku
cahaya lampu menyakitkan mata
tapi tak mampu bawa cahaya
mengimbas waktu lalu
kerna Tawa riaku mengusir sedih,

Aku masuk ke dunia ini tanpa ragu
hilang tenggelam dalam rindu
tapi itu dulu..
tika ini aku tersentak
tersedar ibarat dihentak
cacatnya diri aku sedari
kabus hitam itu mengekoriku
lepaskan aku dari belenggu

Ku pohon kesempatan kedua
andai diberi waktu,akan ku sulam dengan cahaya
akan ku pintal iman didada
berilah aku kesempatan itu,
tariklah nikmat itu dariku
kuncikan hati rapatkan pintu
aku tunduk pada sujudku

Jangan hadirkan rasa itu
jangan timbulkan kenangan lalu
biar ku usir jauh, agar tenang peraduanku
kau maha pemurah lagi pengasih
tunjukkan aku jalan lurus Mu
agar aku tidak sesat di bumi ini..

 
OLEH: MAN PENDEK
SEMASA PERJUMPAAN OKU,
2009 Oktober 6 09:21





50 ulasan:

  1. ISU SEMASA DITULIS OLEH HANTU RAYA BUAT YANG MENGERTI SAJA.

    Bila ada politik menghalalkan cara, amat menyedehkan, bila pintu hati orang melayu beragama Islam hendak terbuka buat kedua kalinya. bagi memantapkan hati nurani untuk mengukuhkan iman yang kian lemah
    dan memudahkan kira bicara agar mengiyakan amal makrup menolak apa
    saja yang dikatakan nahi mungkar .

    Sememangnya keadaan sudah tenat, ramai sujud kepala di sejadah,
    lelet sereban, berkhutebah, mengajar agama, tetapi hati langsung tidak ikhlas, mana mungkin ibadah boleh diterima, bila naitu solat kita, niat hati
    kita, rasa nak marah sahaja pada pemerentah, siapa yang sudah hasut keadaan begitu parah. wajah ada perasaan marah dan dendam, cahaya wajah seri akan hilang pada pandangan orang, aura duduk pada keikhlasan. seri muka pun tak akan nampak lagi.semuanya lari, seperti padi sepah yang di makan ulang mana ada isi?

    Sedarlah wahai saudara seIslam baik bulan atau pun bintang, mereka ini yang di atas lebih tahu tetapi sengaja diam membisu, jangan kerana dunia,kita tergadai semuanya, sehingga aqidah sanggup diredah. malah mereka di atas terus berbalah, sekejap boleh, sekejap salah. agama tak kata begitu, dia putar islam kata begini. susah kira orang semacam ini.

    berserban bukan alasan tidak buat salah. apa yang kita khuatir lebih banyak lilit lebih banyak belit. terkena pada mereka mudah bicara, bila tidak kena pada hati mereka, haram , banyak dosa, pangkahlah kami jamin masuk syurga, bolehkah hendak heret berduyut manusia bila apa yang kita kata bertentangan
    dengan ajaran Islam sebenarnya.

    BalasPadam
  2. TEMBOK TINGGI

    Tinggi sungguh tinggi tembok itu
    tembok pemisah antara kita
    tembok yang jelas terbina
    angkara sifat durjana
    sifat bongkak manusia
    mengaku dirinya hebat
    hebat mendongak ke langit
    tiada terlihat lagi
    apa yang ada di kaki
    lupakan tanah
    lupakan asal kejadian
    lupakan tuhan
    terlupa agaknya
    tiba sangkakala bertiup
    masih teguhkah tembok itu…

    Puteri Bunian
    sajak utk sayembara ada simbolik sikit

    BalasPadam
  3. SETAKAT INI

    tak pernah berhenti
    aku atau diakah yang berlari
    saat aku terpaku
    dia tetap pergi menjauh
    aku gagahkan kaki
    melangkah tanpa rasa jemu
    walau sakit jasad menanggung
    tak akan aku menyerah kalah
    rasa sesekali ingin toleh belakang
    banyak yang tertinggal di sana
    hinggakan aku hampir terlupa
    liku liku yang pernah aku lalui
    sehingga aku menjadi aku
    harus ku akui segala aku nikmati
    adalah anugerah darimu
    yang tak pernah dapat aku kira
    hingga ke hujung usia
    sesaat aku berhenti
    berjuta cerita telah terjadi
    ingin aku mencari rahsianya
    di sebalik indah namanya
    agar aku menjadi hamba


    Ustaz Saad
    sajak bru di buat lepas balik dari sekolah utk pertandingan

    BalasPadam
  4. PUDAR

    limpahan air hujan mengalir
    membawa ingatan kembali ke sana
    di perlabuhan usia
    ketika aku melusuri dasar impian
    ingin aku menjadi seorang pecinta
    memelihara alam ini
    bagai milik aku seorang
    menjaga hijau daun dari terus pudar
    lalu aku warnakan pelangi
    semoga cerianya lebih berseri
    tapi kini aku makin tak mengerti
    mengapa warna semakin pudar
    luntur hijau daun kekeringan
    tangan tangan mengikis ketenangan
    tenang melihat rintik hujan
    tenang melihat hijau alam
    tenang melihat pemandangan
    tapi kini aku tercari cari
    di manakah pemandangan itu adakah terlindung di balik konkrit tebal
    adakah tersembunyi di dalam batu
    batu yang mereka diami.


    Saizul Maizav
    percubaan sajak simbolik

    BalasPadam
  5. PAGI TAHUN BARU YANG CANTIK

    benar terang pagi ini,
    pagi tahun baru yang cantik,
    bulan masih di hujung laman,
    matahari yang ku cinta,
    kekal setia di langit baru,
    masih jua memantulkan
    titik-titik embun kelmarin,
    di atas hijau daun,
    mekar bunga dan dahan,
    dengarkan pada angin berbisik,
    menyebarkan harum semangat lalu,
    dalam dingin awal januari,
    dalam lelah musim berganti,
    dalam sabar putaran waktu,
    dalam kenangan masa-masa yang dulu,
    Ah!pantas amat ia pergi,
    bersama sama alam merevolusi,
    namun aku? mengapa masih disini?
    mengapa masih begitu?


    Abul Hassan
    1.1.2011
    7pagi

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    TEMBOK TINGGI oleh Puteri Bunian dengan membicarakan tentang kehidupan seorang yang angkuh dan sumbung bunyinya. Bagaikan lupa segala kedudukan asal usul keturunannya. Bagaikan bumi ini tiada bertuhan. Adakah batas pemisah yang diangkapkan bagai tembuk tinggi itu tidak akan roboh atau tumbang. Jika tuhan murkah dan meniupkan sangkalanya. Sebenarnya tiada pemisahan tembuk tinggi di dalam hidup ini, melainkan penilaian iman dan takwa yang diredhai tuhan. Amin (TB)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    SETAKAT INI nukilan sajak daripada Ustaz Saad barangkali pernah ke serawak atau johor ke dulu? Pengucapannya bagai mengenang kehidupan yang lalu bersama kawan dan teman, mengharung pahit getel, penderitaan dan kesangsaraan, bersama teman-teman seperjuangan. Setakat ini jika dikenang banyak cerita yang sudah terlupa. Walau apa pun kini segala yang diterima hasil usaha yang lama, semua yang dinekmati sepatutnya perlulah disyukuri sebagai hambanya, dan apa yang diterima anugerah serta nama yang diberi semuanya kurniaan daripadaMu Ya Allah. Amin ( U )

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Saizul maizav dengan sajaknya yang lama tersembunyi dicelah laptop jalal. Bertajuk: PUDAR ,Terasa pengucapannya bagai menilai kehidupan manusia yang kian jadi kucar -kacir dan pudar, kerana angkara daripada merebut kuasa yang gila. Tetapi si penulis cuba mengajak agar kita bersikap sama rata, memelihara hubungan dan keadaan alam sekitarnya. Biar kita sesama menekmati pemandangan hijau daun dan ketenangan alam semesta untuk mendamaikan semua. Tetapi kini cuma omong kosong, apa yang dikata bagaikan bertaburan, malah sang punya diri sering bersembunyi disebalik batu konkrit yang tebal, mengelak dari pertanyaan dari pertanyaan dari janji-janji yang tidak ditunaikan. (TU)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Abul Hassan anak teluk kumbar dengan sajaknya bertajuk: PAGI TAHUN BARU YANG CANTIK. Pengucapan yang agak biasa pada setiap pagi tahun baru.Masa pun telahan berganjak, umur kian meningkat, hari selih berganti. Namun si penulis masih merasa resah dan gelisah memikirkan kehidupannya masih setatik. Tiada berubahan dan pertambahan? Soalan ini yang sering bermain dan bertanya pada diri dan benak hatinya? Justruitu, azam yang kuat patut jadi pegangan usaha dan ikhtiar jadi cagaran. Insyaallah kejayaan akan menyebelahi kita. Amin. (B)

    BalasPadam
  10. sajak pasal senja plak kali ni?

    BalasPadam
  11. semalam sajak malam kali ni sajak senja esok sajak pagi plak agaknya? hehe

    BalasPadam
  12. pendeknyer sajak senja en nuri ni

    BalasPadam
  13. sajak senja en nuri ni ada maksud simbolik ke?

    BalasPadam
  14. sajak senja ni mcm cerita kehidupan manusia saja

    BalasPadam
  15. senja ni di ibaratkan mcm org tua jer...

    BalasPadam
  16. sayu je hati baca sajak senja kali ni

    BalasPadam
  17. senja ni mcm org dah tua plak?

    BalasPadam
  18. hantu raya dapat mana ni? kat papagomo ker?

    BalasPadam
  19. apa benda amal makrup nahi mungkar?

    BalasPadam
  20. hantu raya ni msti hemtam sesumpah ni kan? hehe

    BalasPadam
  21. sokong pendapat hantu raya! benar apa yg dikatakan

    BalasPadam
  22. hantu raya plak ke? aku ingatkan suara bebas td

    BalasPadam
  23. mana suara bebas? hantu raya ni sapa?

    BalasPadam
  24. aku lebih suka suara bebas pnya topik tp hantu raya ni pun ok jugak la...

    BalasPadam
  25. x hbis berkempen lagi ke suara bebas? hantu raya plak ambik alih

    BalasPadam
  26. skrg org luaran nmpk baik tp dalaman busuk!

    BalasPadam
  27. mcm tuan ghamidi jgk la pakai serban setiap hari tp hentam kerajaan! itu sy x berkenan

    BalasPadam
  28. skrg genge serban sumua x boleh pakai!

    BalasPadam
  29. skrg dunia dh terbalik org serban smua lingkup terbalik org yg berpakaian biasa lebih alim

    BalasPadam
  30. skrg org serban ni susah nk di percayai sbb mereka smua cakap putar belit

    BalasPadam
  31. kerana politik pnya psl org serban smua hanyut dgn dunia

    BalasPadam
  32. dulu serban mmg alim jaga akidah semua tp skrg x boleh pakai!

    BalasPadam
  33. dulu sy berseban jgk tp bila pikir mcm nak menunjuk2 saja terus sy x pakai apa...

    BalasPadam
  34. nama saja mengamalkan ajaran islam tapi smuanya dusta!

    BalasPadam
  35. ape2pun nawaitu tu yg penting hantu raya

    BalasPadam
  36. smua serban ni bukan apa nak org hormat dorg konon2 serban ni org alim

    BalasPadam
  37. sy dulu pun berserban pun buang bukan apa sbb nawaitu mcm nk menunjuk saja baik xpyh pakai

    BalasPadam
  38. berserban atau tidak? asalkan perjuangan kita tu penting...

    BalasPadam
  39. dulu org serban smua bagus2 skrg semua serban tu ribut!

    BalasPadam
  40. sajak pasal apa plak man pendek ni?

    BalasPadam
  41. sedih plak aku baca sajak man pendek ni

    BalasPadam
  42. man pendek sajak ni mcm anda rendah diri saja

    BalasPadam
  43. sian man pendek jgn la sedih wlpn ko pendek kami smua terima ko la...

    BalasPadam
  44. jgn sedih man pendek wlpn kita OKU kita ni golongan istimewa

    BalasPadam
  45. smoga man pendek tabah hadapi dugaan hidup ini

    BalasPadam
  46. sedih plak baca sajak man pendek hanya org kerdil mcm kita saja yg paham sajak ni

    BalasPadam
  47. sajak jiwa2 ke man pendek?

    BalasPadam
  48. apa maksud sajak man pendek ni ada simbolik la

    BalasPadam
  49. sajak menarik tp x paham la man pendek

    BalasPadam
  50. Kebanyakan soalan telah dijawab oleh
    ahli sendiri. terima kasih.


    - amal makrup nahi mungkar bahasa arab, petekan dalam kitab al Quran
    ertinya: buat yg baik jauhkan yg dilarang Allah untuk dapatkan syurga.

    - Benar kata ustaz rahman, saya juga hamper berhenti, kerana jihat dan yakin rezeki di tangan tuhan, terus juga berkhidmat.

    - Masa itu 1990an, dalam maktab
    Tengku Bainun, kata cikgu Wahab ada
    lima orang lelaki, tiga belas gaji kecil, lari pergi kerja kilang. dua
    tiga bulan pakai kereta. Cikgu wahab tak lari, hari ini ada kilang
    yang tutup. menaggur semula. Hari
    kata cikgu Wahab, kawan-kawannya menyesal tak sudah bila gaji cikgu dinaikan pula.

    BalasPadam