Jumaat, 7 Januari 2011

PEDANG KERINGAT



sajak kategori pelajar IPTA 2009

Pedang keringat
mencantas malas dan lesu
membugar kemakmuran
menempa kejayaan.

Pedang keringat
harapan tinggi melangit
gagah membuka ladang kerap diasah
kemilau gagah dan tajam
digeruni belantara dan belukar.

Pedang keringat
membukam negeri baru berwawasan
melahirkan warga terbilang.
Ppdang keringat
keazaman tak pernah padam
melestari cita-cita murni
berbekalkan besi kursani
disepuh roh dari langit.

 
OLEH: Jaringan Gua
kampus UM 2ptg





50 ulasan:

  1. MARAH

    marahkan nyamuk
    habis kelambu dibakar
    marahkan tikus
    habis padi ditebas
    marahkan saudara
    usah sampai putus ikatan
    usah padamkan api dengan minyak
    pasti kan terus marak
    simbahkan dengan air duduk sekejap
    tenangkan kusut fikiran
    halaukan dahulu bisikan jahat
    bisikan syaitan makhluk sesat
    usah biar mereka bersorak
    tanda menang milik mereka
    ambil wuduk mereka pasti menjauh
    dekatkan dengan tuhan
    mereka pasti kepanasan


    Naga samudera
    perak
    11malam

    BalasPadam
  2. MINTA DI AMPUNKAN

    hidup ini penuh misteri
    macam macam boleh jadi
    orang cerdik di caci maki
    orang tak cerdik jadi menteri
    tapi bukan aku dengki
    jauh sekali nak iri hari
    cuma pelik dengan kondisi
    apa nak jadi dunia hari ini
    ramai orang hipokrasi
    esok cakap A lusa kata C
    tapi ramai yang mempercayai
    bukannya bodah
    tapi otak letak kat kaki
    mintak maaf boleh
    sy join geng en nuri
    jangan terasa dan berkecil hati
    terkasar bahasa dulu saya ingin mohon di ampuni


    Asyar Mujid
    Sajak untuk semua kaki tangan citra rasa dan ahli begitu juga en nuri

    BalasPadam
  3. RASUAH

    langitku runtuh
    harapanku musnah
    mohon berteduh
    di bawah rumah
    tanahku basah
    kompasku punah
    mencari arah
    bimbang tersalah
    duniaku parah
    diriku pasrah
    biar pun susah
    takkan mengalah
    tekadku teguh
    ranjauku redah
    perjalanan jauh
    mencari hidayah
    mentariku merah
    hatiku cerah
    tersembunyi hikmah
    di sebalik musibah
    ujian itu lumrah
    sabar itu indah
    bercakap mudah
    membuatnya payah


    Ustazah hamidah
    sajak isu semasa

    BalasPadam
  4. BERBAIK DENGAN MANUSIA

    berbaiklah dengan manusia
    di saat menuju kejayaan
    jangan sombong kerana
    pasti kau akan jatuh kegagalan
    keberanian memerlukan keyakinan
    mampu di bentuk melalui kebenaran
    berkata benar adalah satu kekuatan
    boleh memberi keinsafan
    kepada orang lain
    seorang yang penakut goyah
    pendirian kekaburan hala tujuan


    Ustaz Rahman
    Sajak utk qulbai dan sufian dan koncu yang lain

    BalasPadam
  5. Naga Samudera dengan sajak nasihatnya bertajuk MARAH. Pengucapannya bagai bersahaja, tapi punyai erti dan nasihat yang berguna, buat seorang yang suka marah. Sememangnya marah itu daripada hasutan syaitan, dia akan masuk melalui saluran darah, dan menghasut kita, diantara dua tiga saat jika kita dapat berkata astagfirullah halazim, ambil uduk, suhu panas akan turun. Biasanya syaitan akan suruhhati kita melakukan, apa sahaja perkara yang mungkar, bila kita menyesal apa yang telah pun berlaku, dia akan berkata, aku cakap sahaja, kenapa kamu lakukan. Salah sendirilah. Ini pengajaran patut kita renungkan. Amin terima kasih naga samudera.

    BalasPadam
  6. Kami sempati pada anda menjadi mangsa hasutan dan bujukan iblis di hati manusia. Hanya orang yang beriman yang dapat menilainya. Setiap yang benar itu tetap benar, Kerana tiap amalan dengan niat, keikhlasan hati menyusikan ibadat kita, jika hati ini jahat dan kotor bolehkan tuhan bersama kita? Asyar Mujid kami langsung tidak ada rasa anda dan jalal bersalah, Inilah bahayanya bila kita difitnah dan dihasut, sebagai orang Islam kita sentiasa bermaafan, dan berdoa kepada mereka supa dapat hidayah mereka perasan tuhan bersama mereka, sebenarnya saya lihat dunia dan syaitan telah memutar belitkan mereka. Jika menang sepuluh negeri pun dengan cara senyap atau pun bising, tuhan tahu niat kita. Lambat atau cepat dia akan jatuh juga.Semoga anda menjadi orang benar. Amin MINTA DIAMPUNKAN sesamalah kita berhemah cuba memperbetulkan kesilapan kita dan saudara kita. Amin.

    BalasPadam
  7. Ustazah Hamidah dengan sajaknya bertajuk: RASUAH. Ini satu kerja orang yang sering terpukau dengan kebendaan dan kemewahan. Bila mana kemampuan yang ada Tidak terdaya, jalan mudah akan digunakan. Hanya orang yang takut mati dan beriman dan membayangkan hari pembalasan yang besar kemungkinan mengelakan Diri dari kerja rasuah ini. Sebaiknya yang beri dan menerima dihukum bersama. Bersama kita mencegah rasuah atau korapsi Amin

    BalasPadam
  8. Ustaz Rahman sering berdakwah meminta manusia melakukan apa yang terbaik dengan seikhlas hati. Sajak Bertajuk: BERBAIK DENGAN MANUSIA atau sesame kita. Pengucapannya berbentuk nasihat yang berguna kita perlu renung bersama. Tidak ada apa yang dinilai tuhan dan manusia melainkan keikhlasan , keberanian yang sebenar di redhai Allah swt. Jika keadaan sebaliknya nescaya kejayaan yang dibina tidak akan kekal selamanya. Tembelang pun akan pecah , rahsia pun terbongkar. Dimana lagi muka hendak diletak. Nasihat Ustaz Rahman Terima Kasih Amin.

    BalasPadam
  9. SOTO AYAM

    Bahan-bahan ( 2-3 org kot )

    * 1 ekor ayam - direbus
    * Sup Bunjut ADABI
    * B.merah, b.putih, halia - ditumis
    * Nasi impit ADABI - rebus je yg plastik
    * Suhun - digoreng
    * [Hiasan]
    * Bawang goreng
    * Daun Bawang
    * Daun Sup
    * [Bahan kicap]
    * 20 batang cili padi
    * 2 ulas b.putih
    * 1/2 cawan kicap manis

    Cara-cara

    1. Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.
    2. Tumis b.merah, b.putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk td.
    3. Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
    4. Selepas goreng, carikkan ayam mcm gambar di atas. Ayam carik siap.
    5. Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
    6. Untuk resipi bergedil pula, sila ke sini *Saya menggunakan resipi bergedil yg same cam kat link ni.
    7. Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.
    8. Dan hiaslah soto dengan carikkan ayam diatasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup.

    BalasPadam
  10. eh! soto ayam pun ada?

    BalasPadam
  11. sedap plak tgk menu soto ayam dari ustaz omar ni

    BalasPadam
  12. soto ayam ni aku pun thu buat.. hee

    BalasPadam
  13. soto ayam? makanan apa plak ni?

    BalasPadam
  14. penjaga blog dh sumbang resepi ahli pun dah en nuri bila plak nk sumbang resepi???? hehe

    BalasPadam
  15. soto ayam plak kali ni? msti cuba ni

    BalasPadam
  16. soto dgn lontong sama ker?

    BalasPadam
  17. soto ayam resepi isteri ke ustaz omar? hehe

    BalasPadam
  18. mcm2 resepi ada kat sini

    BalasPadam
  19. lama xde resepi ada semula

    BalasPadam
  20. eh! isu semasa xde ke en nuri?

    BalasPadam
  21. kenapa sajak ni kosong je? berita xde ker?

    BalasPadam
  22. esok aku nk cuba la resepi kat blog ni...

    BalasPadam
  23. resepi skrg dah berapa? ada sampai 100 x?

    BalasPadam
  24. lps ni xpyh beli buku resepi sbb dalam ni dah byk

    BalasPadam
  25. sapa yg pilih sajak? agak kecewa jgk sbb smua sajak disiarkan ahli x aktif

    BalasPadam
  26. ni msti viger yg terbit sajak? kenapa terbit sajak ahli x pnh tgk terbitlah sajak dari ahli yg aktif

    BalasPadam
  27. lain kali viger pilih la sajak ahli aktif sbb takut nnt ahli selalu dtg xnk dtg sbb asyik2 sajak ahli x aktif je disiarkan

    BalasPadam
  28. byk sajak ada kenapa viger pilih sajak dia ni?

    BalasPadam
  29. sdih jgk sy terkilan pun ada asyik2 sajak ahli yg x terkenal je disiarkan?? kenapa?

    BalasPadam
  30. sajak apa plak jaringan gua ni langsung aku xphm

    BalasPadam
  31. sajak apa la simbolik sgt sajak dia ni

    BalasPadam
  32. mcm mana aku je sajak ni? tapi aku pedang kesatria

    BalasPadam
  33. sajak perjuangan nampaknya jaringan gua ni

    BalasPadam
  34. mcm bunyi politik je sajak ni

    BalasPadam
  35. harap2 en nuri pilih semula sajak sbb viger pilih sajak entah apa2...

    BalasPadam
  36. sajak penjaga blog bila nk kluar ni?

    BalasPadam
  37. sajak kami pun hebat2 apa? siarlah sajak kami plak en nuri

    BalasPadam
  38. sajak sapa plak disiarkan ni?

    BalasPadam
  39. x sabar nk thu cerita en nuri ni

    BalasPadam
  40. seronok plak ikut cerita en nuri rasa mcm nk ikut sampai habis

    BalasPadam
  41. eh! en nuri di hantar ke mana plak?

    BalasPadam
  42. eh! panjang jgk cerpen en nuri ni

    BalasPadam
  43. sajak en nuri ni best tp sajak ahli ni yg x best

    BalasPadam
  44. selamat bertugas semula qalam!

    BalasPadam
  45. terima kasih qalam kerana datang semula

    BalasPadam
  46. kenapa kosong je ruangan ni? mana cerita ustaz yg en nuri tulis dulu? xkn dh hbis?

    BalasPadam
  47. petikan akhbar xde ke en nuri?

    BalasPadam
  48. suara bebas mana? nmapk qalam jer?

    BalasPadam
  49. suara bebas dgn guest door masih merajuk lagi ker?

    BalasPadam
  50. JAWABAN RENGKAS SAHAJA

    - semua resepi baru hendak masuk 40 jenis saja. tak termasuk info dan lain2.

    - sebab biar kosong mungkin ahli atau sesiapa juga penjaga blog nak masuk beri sumbangan apa-apa saja.

    - Viger dulu orang sastera juga tapi dia ini otak kartun sikit, otak minat sukan sikit, dia kawan baik dengan yusma.

    - en nuri belum datang lagi dia nak ziarah pergi bagan serai atau taiping hantar barang sedekah kain baju kat orang miskin adik beradik dia atau pun bayar zakat.


    - Maaf viger tak catat apa pertanyaan orang, sebab itu dia terlepas pandang pertanyaan
    miss kim cheung,

    - setahu saya tidak jadi masalah miss kim cheung, tidak potong pun, tapi kena rajin cuci, nak senang
    jumpa ustaz riduan tee, dia ini pengerusi chaina muslim malaysia atau ajak bf kawan melayu pi mana pejabat agama, mereka akan beri penerangan lanjut. tak ada masallah mis Kim. di sekolah-sekolah pun ada ramai ustazah, boleh tanya, niat dah bagus tuhan
    mungkin sayang kamu.

    - Viger sms Quest door dg Suara bebas(kena jadi ahli dulu),depa kata lepas 30 januari akan datang balik. depa hendak tunggu Tenang menang.

    -Pakpenakan - bapa saudara , Apek ini gelarang saja ada en nuri bagi tahu pada seorang student dari singapore, dia anak orang cina masuk islam, sebab dia tua pandai
    cakap, mereka angap dia macam orang tua.

    -sajak en nuri itu belum peroses kali kedua atau di sahkan okey! oleh en nuri, tetapi Viger ambil terbit semalam. apa nak kata, tak salah dia, mana dia tahu gelang kelibut jadi bidan terjun. terima kasih Veger.

    -Beberapa sajak dlam npscr 2 Qalam dah perbetulkan, hari aku akan jawab semua soalan sementara tunggu bos pulang aku pula ganti tempat Quest door, naik pangkat sikit dari tukang sapu jadi penjaga pintu. hee hee.

    BalasPadam