Isnin, 10 Januari 2011

MENGAPA ENGKAU ENGAN SUJUD





Kitab Al Quran telah diturunkan,
isinya tiada ragu dan perlu bimbang
semuanya dari Allah serua sekelian alam
sebagai ubat segala penawar bawa ketenangan.

Quran inilah satu peringatan Allah,
bukan buku ciptaan omongan Muhamad
terimalah kenyataan pesan kata bererti ini
sebagai satu seruan, sah, nyata, terang dan benar.

Allah itu mencipta langit dan bumi,
keduanya berputar mengikut paksinya
kita hidup bagai tiada tempat perlindungan
malainkan tiada pertolongan selain daripadaNya.

Perhatikan tentang kekuasaannya,
tentang perkara terang dan tersembunyi
manusia dicipta dari hasil segumpal tanah
dilahirkan  keturunan dari seripati air yang hina
perantaraan pertemuan manusia Adam dan hawa.

 
Oleh: Nurimanja,
Catatan kuliah jumaat,
dari diary akhir tahun 1976. 





50 ulasan:

  1. . BAB 6 siri 4 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

    Di Kampung Hilir Rajang itu ada enam biji sahajaada kotes kah untuk kaki tangan kerajaan tempatan , Guru Besar, Pagai Pertaniah, Aku, Polis Kampung, Pengelola Talicom , Pegawai Perhutanan.Rumah yang aku duduk itu pun kira nasib sahaja, kerana Pegawai Kelenik Desa tidak mahu duduk kerana dia sudah dapat sebuah rumah kosong dekat kelinik, tempat dia bertugas.

    Aku terpaksa makan cara konterek tiga puluh ringgit sebulan sehari sekali saja hantar laut tengah hari , nasi masak sendiri.
    selepas aku tinggal di kuater bujangan.

    Di sinilah aku kenal dengan cikgu penolong kanan bernama cikgu Kana mengajar tulisan jawi dan agama, dia pun cuma setahun saja lagi untuk bersara, aku yang terpaksa mengabil tempatnya , waktu perhimpunan dia memperkenalkan aku kepada murid dan guru-guru SRK abng Galau, Rajang,

    Entah bagaiman ada seorang myrid tahun dua yang melentas di hadapannya , tidak sangka pula aku, dia sanggup menyebak pungkur murid itu, kerana menganggu dia sedang berucap, lama aku berfikir, mungkin dia kan bersara,memikirkan tentang anak-anaknya yang tiga belas orang, seorang yang bungsu maseh dalam darjah satu.

    Bila ada waktu terluang aku menulis cerpen , derama radia, puisi dan rencana untuk majallah atau akhbar tempatan di Serawak akhbar-akbar ada yang siar, ada juga yang tidak disiarkan mungkin menyentuh hal perkauman orang bumi Kenyalang , tidak dapat disiarkan.

    Pernah juga aku memenangi hadiah cerpen dan sebuah antologi cerpen bersama penulis Kenyalang diterbitan oleh Dewan Bahasa Cawangan Serawak, dan dua buah cerpen aku termuat di dalamnya bertajuk HATI dan terkorban.

    Di RTM Kuching aku sering juga menghantar cerpen dan Derama Radio dan gurindam di ruangan hiburan, dapat jugalah aku duit sagu hati sadikit.nama juga agak terkenal juga masa itu di bumi Kenyalang, sebab masa itu penulis di Serawak kurang, tidak berapa ramai yang menghantar derama Radia atau cerpen di RTM kucing.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. CELIKKAN IA SEGERA

    sorong papan tarik papan
    buah keranji dalam perahu
    suruh makan cepat kau makan
    suruh mengaji engkau terkedu
    apa betul tak tahu
    atau buat tak tahu
    jika betul tak tahu
    carilah tok guru
    penuhkan dada dengan ilmu
    agar lebih tahu
    agar senang nanti
    mahu ajar anak isteri
    agar kelak tidak terbatuk
    anak isteri minta ditunjuk
    apa lagi kau tahu
    lagu faisal tahir
    sampai terjuih bibir
    lancar sekali dihafal
    siap dengan iramanya sekali
    suruh baca muqaddam
    terus tergagap alif ba ta
    hati dah buta celikkan ia segera…


    Ustaz Muda
    1.1.2011
    11malam

    BalasPadam
  3. BANTAL

    semalam di sebalik bantal merah
    yang melindung esak ketakutan
    lelap kedua mata
    dalam air jiwa yang penuh
    mengharap mimpi fantasi menjelang
    meneman malam panjang
    sehingga subuh
    setelah mata terbuka
    yang kelihatan jelas dari jendela
    dengan buaian angin
    menebarkan kain putih digantung
    adalah satu lagi realiti hari-hari
    di dalam bilik kecil sempit
    dan berbau lavender
    air liur masih berbaki
    di ruang tekak
    ditelan rasa pahit
    bercampur apa saja
    hari ini walau celaka
    tetap harus didepankan.


    Abang
    3.1.2011
    terengganu

    BalasPadam
  4. PUTRAJAYA 2011

    dalam kekaguman hasil
    fikir manusia hebat
    jelmakan jadi mercu tanda
    terhebat di rantau ini
    tiada pernah terfikir
    tiada pernah terduga
    daerah yang dulunya hijau
    dibayangi hutan kelapa sawit
    kini berdiri megah
    daerah permainan jin bertendang
    jadi tumpuan manusia
    mata semua terbuka luas
    bagai tiada tertutup lagi
    hasil rezeki tiada putus
    melimpah ruah tiada terambil
    namun siapa yang tadahnya
    siapa yang pantas menarik
    siapa yang bijak merenggut hasil
    adakah kita semua masih leka dengan indah suasana
    masih dibayangi rasa kekaguman
    hanya melihat dari kejauhan
    yang masih rela merelakan
    siapa agaknya yang bijak
    pasti bukan kita siapa agaknya…?


    Seri Suri
    sajak baru buat je tadi dan hantar utk sayembara

    BalasPadam
  5. BERHATI-HATILAH HATI

    hati sila berhati hati,
    cepat cepat tinggalkan rasa itu,
    rasa inisaya tak lelah
    tak mampu lagi pikul.
    macam biasa lali selalu sangat
    rasa tinggi wujud tapi entah siapa.
    penat sudah kait conteng
    atas kanvas bagi ratakan semuanya.
    tapi belum lagi datang dalam hati.
    takdir Tuhan kerjakan untuk kita.
    kita kerja terima dengan senyuman.
    sebab bisa itu nikmat
    nikmat selamanya untuk sana indah.


    Julia
    sajak utk sayembara sama dengan seri kami buat spontan jer..

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    SAJAK nasihat daripada sdra Ustaz Muda tidak masukah program tv awani Iamn Muda? Ulasan secra santai: Sajak bertajuk. CELIKAN IA SEGERA mengucapan biasa bagaikan nasihat seorang da i, kepada kenyataan yang perihatian apa yang telah berlaku lewat kebelakangan ini. Terasa ada sadikit berbau sinis tajam yang terasa menghentam dari belakang, buat mereka yang lupa dan buat-buat alfa. Bagi yang lupa agar segera mengingati semua. Berpesan dengan kebenaran, berpesanlah dengan penuh sesabaran. Amin. (TB) ++ banyak tok guru al quran.

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak oleh Abang penghijrah yang berjihat, masih enggan pulang bertugas dirantau orang menyedut angina pantai timur Terangganu. Pengucapan agak sembolik. Dalam kehidupan sesaorang yang ingin memburu kemewahan dengan kerelaan dan ketakutan sering berbelah bagi dalam diri. Kerana ingin mengejar dan bermain dengan fantasi kemewahan merelakan segala. Di bilik kecil mengharap kemewah yang belum tentu menjamin masa depan yang lebih sempurna. Kini bersama maruah yang tercalar terus melangkah ke depan dengan jiwa yang lelah dan hati yang parah. Cuma secebis kehidupan di sebalik BANTAL MERAH. (TU)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak bertajuk: PUTERAJAYA 2011 oleh seri suri telah menyeksakan anda berdua Dengan pilihan nama mencuba sayembara puisi CR. Di awal tahun mesti tugas menimbun. (sebab itu saya bagi peluang sedia sajak utk seminggu) tetapi tidak apa sekadar suka-suka. Kami pun mengulas secara santai dan menangkap maksudnya saja.

    Sebuah kota jadi rebutan pembangkang untuk mendiaminya. Kini pun masih bukan kita yang dapat merebut hasil kekayaannya. Begitu persoalan yang berani diketengahkan oleh penulis, dan mengajak kita renung bersama, adakah kemegahan ini perlu diperhati, bukan dikecapi bersama rezeki disekeliling kemewahannya? Adakah untuk orang bijak mentakbir negara ? Atau pun untuk orang bijak bermain bersandiwara? Semoga yang ikhlas Allah membenarkannya. Amin. (U)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    BERHATI-HATILAH HATI sajak dari seorang pendik anak bangsa, kini mungkin begelut dengan tugas harian. Keringat yang tumpah adalah pahala nilainya.. Pengucapan cikgu Julia terasa bagai berbau jiwa-jiwa, Apa pun yang si penulis hendak disampai satu peringatan yang tegas dan total berhati-hati dengan hati, Cara penceritaanya pun bagai pernah dikecewakan, malah teralu biasa , bagai satu lukisan yang tidak siap dan sering merumbakkannya. Kini biarkan hati bersendiri, jika ada ketentuan tuhan atau pun jodoh yang ditetapkan, Itulah seadanya, bukan mahu ditagih dan diminta. Amin.(B)

    BalasPadam
  10. 6 biji je?? sikitnyer

    BalasPadam
  11. 6 biji ke kuaters? tp besar x rumah tu?

    BalasPadam
  12. hanya ada 6 je? 1 kuaters tu brapa org duduk?

    BalasPadam
  13. mcm mana en nuri hanya guru biasa boleh duduk kuarters tu?

    BalasPadam
  14. kuartes tu mcm rumah apa? rumah flat ke teres?

    BalasPadam
  15. eh! en nuri pun dapat tumpang toi? wlpn tmpt tu semua pegawai besar duduk

    BalasPadam
  16. lauk pun dorg hantar ker? wah!

    BalasPadam
  17. lauk ada org hantar masa tgh hari? mcm hotel plak?

    BalasPadam
  18. eh! nama sy pun ada jgk??? hehe

    BalasPadam
  19. cikgu kana laki ke pmpuan? kenapa pelik sgt?

    BalasPadam
  20. huh! murid lalu depan pun kena sepak? kejam sgt tu

    BalasPadam
  21. HUH! TAKKAN SAMPAI MCM TU SEKALI EN NURI? SY PERNAH JUGAK MENGACARAKAN MAJLIS DI PERHIMPUNAN BYK MURID2 LALU DI HADAPAN SY TAKDE SAMPAI SEPAK SY CUMA BERHENTI BERUCAP KERAN HORMAT KPD MEREKA KERANA MEREKA PUN MANUSIA JUGA

    BalasPadam
  22. mcm kucing plak dia buat bdk2 siap sepak2 lagi?

    BalasPadam
  23. bdk2 tu menyumpah dia baru dia thu

    BalasPadam
  24. cikgu xde adap! main sepak2 plak murid2

    BalasPadam
  25. cik kana ni laki ke pmpuan? nama mcm perempuan saja

    BalasPadam
  26. takkan bdk2 nak lalu kat depan pun x boleh?

    BalasPadam
  27. sian msti malu bdk2 yg kena sepak tu

    BalasPadam
  28. bdk2 pun ada maruah jgk boleh plak sepak2?

    BalasPadam
  29. kalau aku la cikgu sepak2 aku? aku sepak balik! peduli apa buat mcm aku xde maruah je sepak2 plak?

    BalasPadam
  30. mcm mana murid2 nk hormat cikgu kalau cikgu sepak2 murid2 plak?

    BalasPadam
  31. kalau aku jadi bdk2 kena sepak tu sah aku akan pindah skola malu tu

    BalasPadam
  32. hina sangat ke bdk2 yg lalu tu? boleh plak disepak?

    BalasPadam
  33. ni bukan murid yg kurang ajar tp cikgu yg kurang ajar

    BalasPadam
  34. mesti malu gila bdk2 tu kena sepak

    BalasPadam
  35. en nuri ni menulis dah lama rupanya

    BalasPadam
  36. patutlah en nuri berpengalaman menulis cerpen dan sajak rupanya dah lama en nuri menulis

    BalasPadam
  37. mcm mana en nuri boleh minat menulis? pengaruh rakan ke?

    BalasPadam
  38. en nuri star menulis masa umor brapa

    BalasPadam
  39. msti en nuri setaraf A Samad Said masa ni

    BalasPadam
  40. mana en nuri dapat ilham menulis ni?

    BalasPadam
  41. wah! selalu tersiar ke? best tu

    BalasPadam
  42. en nuri msti ramai peminat masa ni

    BalasPadam
  43. en nuri x kwin lagi ke masa ni?

    BalasPadam
  44. en nuri masa ni dh kwin ke? atau x kwin lagi? atau dah ada gf kat kampung? atau single lagi?

    BalasPadam
  45. panjang jugak perjalanan kisah hidup en nuri ni

    BalasPadam
  46. sambung lagi en nuri

    BalasPadam
  47. seronok plak baca kisah hidup en nuri

    BalasPadam
  48. boleh buat buku ni riwayat hidup en nuri

    BalasPadam
  49. en nuri umor brapa masa ni?

    BalasPadam
  50. sambung lagi x sabar nk thu seterusnya

    BalasPadam