Rabu, 19 Januari 2011

MENCABAR KEPAYAHAN



kategori pekerja bomba

 

Krisis ekonomi virus baru
muncul pantas tanpa diduga
tembok berduri minta disapa
rugi jika tidak berani mencuba
malu jika tidak bereksperimen
mencabar akal mencari yang murni
alam semesta diatur selesa
sedangkan langit belum runtuh
matahari masih terbit di Timur
murai merbah terus bernyanyi
rambutan pulasan ranum di dusun
setiap yang wujud berfungsi
sederap langkah akan ditanya
kenapa murung berputus asa?
Mari mendaki Gunung Tahan
juga semangat diri sendiri
sama sukarnya menakluki Everest
tiada emas di puncak sana
pulangnya tanpa janji duit seguni
cuma emas lain dimiliki
lulus ujian mencabar kepayahan.


OLEH: LATIF BOMBA
di kota baru
sajak ni di buat sy bersama rakan2
siar semula tarikh; 19/01/2011






50 ulasan:

  1. KELMARIN AKU WUJUDKAN

    Kelmarin aku wujudkan
    rasa untuk sesuatu.
    Kelmarin juga aku
    wujudkan kisah untuk sesuatu…
    Kelmarin juga aku
    tinggalkan sesuatu untuk sesuatu…
    Semalam apa yang aku
    wujudkan rasa sesuatu telah terasa…
    Semalam juga apa yang aku
    wujudkan kisah sesuatu terkisah
    Semalam juga apa aku tinggalkan untuk sesuatu telah bersatu…
    Hari ini apa terasa telah kutahu
    Hari ini juga apa terkisah
    aku dah tak kisah…
    Hari ini juga rindu yang
    terdiam dulu telah bersatu…


    Mawar Merah
    ambik tempat mawar putih yang ke oversea...

    BalasPadam
  2. RACUN INGATAN

    terbias di balik kata
    terhidu bauan asing..
    menerjah padangan ke arah bayangan
    lalu terdampar dalam kenangan
    resah kusut gelisah lagi diburu..
    seakan mengamit laju
    kitaran semalam
    merosakkan keceriaan pagi
    pelangi petang dilihat suram
    racun ingatanku dulu


    Sarah
    sajak utk sayembara

    BalasPadam
  3. KALIAN CELAKA

    kau mahu nampak wira dimata semua
    sedangkan kaulah dalang puncanya
    mahu dingat diratap
    bagai ultraman melawan raksaksa
    sedangkan keduanya sama sahaja
    konon pertahan maruah agama-bangsa
    sedangkan kami sikit
    tak pernah rasa beza warna-bahasa
    hinggalah kau datang
    percik api menyala
    apa kalian sudah lupa
    sejarah dulukala?
    hey kalian memang celaka
    usah karang cerita
    usah berkelahi segala
    usah saling siram api menyala
    banyak lagi derita rakyat
    yang masih perlu kalian bela.


    Pak Ngah But
    sajak simbolik utk pertandingan sajak ini

    BalasPadam
  4. BUAT PENGIAT SENI

    Kamu adalah neraka
    Aku ditunggu sekian lama
    agar aku boleh diseksa
    sehingga tangisan pilu
    menitis laju meledak menyala
    membakar kedinginan Syurga.
    Maaf belum sempat membaca
    Kerana membenarkan
    kapitalis sedunia
    Mencuri seni dari jiwa!
    Membiarkan hatiku reput kejar harta
    maaf terutamanya tuan bijaksana
    Kerana saya berjanji
    Akan giat semula di sini
    Ketika kali terakhir bertemunya
    Saya lihat kamu masih lagi menulis!
    Tidak sabar merasai ia semula
    Si Pekak, Si Tempang
    Tuan Pengerusi dan Si Jongang
    Karya kamu amat saya rindui
    emosi,pengemis jiwa dan semua
    Karya kamu akan saya nikmati
    Dan biar apa pun yang kamu ceburi
    Harus jangan dibiar rasa itu mati
    Buat pengiat seni


    Jeffry
    sajak simbolik bersama ayah sy yang agak susah utk qalam semoga berjaya! hehe

    BalasPadam
  5. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    KEMARIN AKU WUJUKAN nukilan sajak daripada Mawar Merah Pengucapannya bagi menceritakan kisah yang lalu untuk kebaikan bersama. Mungkin selama ini si penulis agaknya jadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah, namun ada kereshan yang mungkin kian memanjang. Lama lelamaan mereka terasa dan sedar kembali akan apa yang terjadi mungkin satukesilapan yang tidak disengajakan. , kini mula menyesal dan kembali bersatu. Jika dulu tidak bersama, kini mungkin bermesra berputik semula. Itulah pengorbanan seorang sahabat yang merelakan.Amin (B)

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    RACUN INGATAN kepala sajak oleh sdri sarah. Pengucapannya pendek sahaja.Namun punya cerita yang tersendiri agaknya. Kebarangkalian dulu ada memory yang masih kental dalam ingatan, sesekali resah, gelisah di baham kekusutan, masa berlalu hati tetap mengamit rasa, terasa bagai merosakan suasana kehidupan. Sekali dikenang terasa bagai diracun segala ingatan . Semoga kita kembali kepada ketentuan taqdir ilahi. Amin (TB)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Pak Ngah But Nyata pengucapannya bagai terasa menerjah angin kemarahan untuk diluahkan dalam sajaknya bertajuk KALIAN CELAKA. Sebagai seorang yang telah lama menyedut udara tuhan, beberapa kali darah naik memuncak kekepala, memikir akan apakah jadahnya bangsa kita, selalu bersengkita sesame kita, sedangkan orang lain pula mengaut keuntungan. Lebeh parah dan gelisah bilamana sesame menyeram minyak pada api yang belum menyala. Ada yang mahu jadi dalang dan ada pula yang mahu jadi petualang.Dimana letak kata membela bangsa, agama dan Negara? Sebenarnya rakyat kini masih ada yang hidup menderita, jenguk-jenguklah sekali di daerah desa yang jauh di mata. Syabas! Pak Ngah But! Kebenaran itu tetap berada dimana-mana, Amin (TU)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Jeffry dengan nukilan sajaknya BUAT PENGIAT SENI. Pengucapannya ternyata untuk pengiat seni tetapi ada semboliknya pada sandaran cerita lain, mungkin juga ada berbaun, dan bercapur aduk dengan segala macam kerenah kehidupan harian. Sesekali terasa juga ingin marah pada penyamun dan perompak yang suka mengaut keuntungan dari hasil keringat orang lain , seperti cetak rompak dan lainnya. Bagi pengiat seni kekadang terperangkap dengan kotraknya ada yang untung dan pula yang rugi semuanya. P. Ramlee sepatutnya kayaraya, tetapi apa yang ada cuma papa kedana.Tetapi kini kita menulis secara bebas di alam maya berkarya sesame kita, tidak perlu ada royalty. Kini zama IT semua kecangihan ada, anda boleh buat apa yang anda suka. Semoga BPS dapat sukes apa yang ada. Amin. (U) cuma andain saja.Sajak ini pada dasar baik , tetapi telah jadi rosak dari pengucapannya yang sebenar kerana terlalu banyak untuk dikelirukan.

    BalasPadam
  9. kambing ni kaler apa en nuri?

    BalasPadam
  10. semua kambing betina ke jantan?

    BalasPadam
  11. kambing ni en nuri dapat yg anak dia ke? atau mmg dh besar punya

    BalasPadam
  12. sajak yg agak simbolik yg menarik!

    BalasPadam
  13. btol tu setiap haiwan ada peranan masing2

    BalasPadam
  14. sajak ni berkenaan pasal apa en nuri?

    BalasPadam
  15. dua bintaang ni nampak mcm sama tp berbeza cara cari makan...

    BalasPadam
  16. best sajak en nuri ni atas bawah pun boleh cari rezeki

    BalasPadam
  17. sajak binatang ni ada sinis ke en nuri?

    BalasPadam
  18. apa agaknya maksud tersirat dalam sajak en nuri ni

    BalasPadam
  19. eh! sajak en nuri ni mcm ada maksud disebaliknya

    BalasPadam
  20. 2 binatang berbeza cari mkan pun berbeza... simbolik sungguh

    BalasPadam
  21. latif bomba? ni mcm nama kawan aku kat jabatan bomba tempat aku keje je... latif anuar. nnt nk tanya dia..

    BalasPadam
  22. sajak berkenaan pasal bomba ker?

    BalasPadam
  23. sajak ahli aktif xde ke en nuri? asyik ahli xpnh dgr pun nama dorg ni

    BalasPadam
  24. latif bomba? dia ahli ker? cpnh nmpk pun

    BalasPadam
  25. sajak kehidupan bomba kalau x salah aku sajak dia ni

    BalasPadam
  26. eh! aku ingatkan brader joe je bomba kat sini latif pun bomba jgk ker?

    BalasPadam
  27. eh! latif bomba ni ahli ke? kenapa siar sajak dia?

    BalasPadam
  28. wah! terima kasih en nuri sy diberitahu brader joe td... maaf agak lama sy x singgah sini sbb intenet kena potong skrg tumpang intenet brader joe....

    BalasPadam
  29. kmbing en nuri ni kalau jual berapa ratus msa tu?

    BalasPadam
  30. sepanjang en nuri bela kambing ni ada yg jtuh parit x? hehe

    BalasPadam
  31. mcm mana en nuri boleh tahan bau kambing

    BalasPadam
  32. masa ni en nuri x skola ke? asyik dgn kmbing jer...

    BalasPadam
  33. brapa tahun en nuri gembala kambing ni?

    BalasPadam
  34. kambing en nuri ni bukan sembarangan kmbing ni

    BalasPadam
  35. apek tu jual kat en nuri ke? atau bagi pinjam jer?

    BalasPadam
  36. en nuri dpt berapa upah bela kambing ni?

    BalasPadam
  37. en nuri siap boleh main guli lagi? hehehhehee

    BalasPadam
  38. kalau kmbing mcm ni sy pun nk jaga sbb senang dia ikut cakap....

    BalasPadam
  39. hahaahaha lawak pun ada kambing ni...

    BalasPadam
  40. sambung lagi nak thu jgk apa jd kat kmbing tu akhir sekali....

    BalasPadam
  41. kambing je ker en nuri bela? ayam xde?

    BalasPadam
  42. kambing ni mmg misteri.. entah2 jelmaan hantu raya agaknya? heheh

    BalasPadam
  43. sajak cicak dan buaya? mcm sajak lama jer/

    BalasPadam
  44. sajak ni menarik walau sy xpdt tangkap tp agak kretif sajak perbandingan ni

    BalasPadam
  45. sajak cicak ni berkenaan pasal apa plak?

    BalasPadam
  46. sajak ketuhanan ke ni?

    BalasPadam
  47. sajak yg agak simbolik yg menarik wlpon sy xphm

    BalasPadam
  48. best jgk sambung lagi en nuri..

    BalasPadam
  49. seronok plak cerita pasal kambing ni....

    BalasPadam
  50. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.


    -Pertama kita simpati juga dengan haji ghamidi, dengan saya
    dia mungkin tiada sengketa, dengan budak2 muda nakal ini,
    macam anak kambing saya, saya minta maaf pada keluarga
    tuan haji Ghamidi. kerana kita tak sunyi daripada kesilapan.

    -benar apa yang anda kata, sampai hari ini saya tidak dapat
    jawapannya , macam mana kambing itu tahu jam pukul lima
    petang siap sedia masuk kandang/reban, tidak bising pun.
    saya tapik dekat apek cina yang namanya Ah Kap.

    -Cina Ah Kap ini pun best juga cerita dia (nanti saya cerita )
    dalam ulasan sajak pilihan kategori, Viger taip balik semula.

    - Diserawak ada sekor kambing educated nanti saya cerita
    best juga dia ligan atau kejar anak dara samapi dalam bilik.
    kambing ini berak dlm tangki semen saya, dia makan nasi
    dalam periuk saya. bau dia dua tiga depa dah hamis....Yang
    syoknya patang tenguk perempuan berkeban....

    -Warna kambing saya macam2, lima ekor tu macam satu
    keluarga pelarian, anak kecil pun ada. Sebab cina Ah Kap
    duduk seberang sungai, dia hantar dengan samapn. macam
    orang pelarian saya tenguk kambing itu. di sebelah sana
    ada estate juga, pengurus arah pekerja dia sembur racun,
    bila kambing Ah Cap masuk estate, makan rumpun matilah .
    baki itu yang dipindahkan atau dia bagi dekat ayah saya.

    -lembu tak ada, tiga ekor kambing yang ada tali saya pegang,
    hari itu saya balik sekolah lewat, hampir lebih jam 1 tengah
    hari, (sekolah rendah dulu 12.30 balik.) main punya pasal.
    tiga ekor kambing itu, agaknya lapar sangat, dibawa saya juga
    berlari lentang pukang jadinya. saya lepas, menyesal saya
    mereka cukup lapar tame makan. Maaf kambing.

    - tahi kambing, tahi ayam mereka buat baja yang saya tahu,

    - abang saya dua orang, seorang kerja dekar estate, seorang
    lagi bantu ayah kerja di bendang, ke sungai, atau dia sendiri
    buat bubu atau gerogoh tahan udang galah atau ikan baung,
    jual dia dapat duit sikit, malam main kugiran, siang dia berlatih
    nyanyi dalam sungai terjerit2 orang kampung semua dengar
    suara dia. sambil kayuh sampan angkat bubu dia. orang muda.

    -klau jaga kambing mana ada upah, nak jual tahi kambing,
    kena tunggu berapa tahun. dengan busuk bau kambing, semua belah. Aku sememangnya tak ada kerja. Ayam masa kecil saya takut bila besar ada juga bela dengan itik sekali. Saya jugalah yang kompul telor ayam untuk ayah jual seminggu sekali di pekan selasa. (sapa tak kenal pak ndak mahmud) kayuh basikal saja ke pekang selasa simpang tiga. hari ini membernya semua telah pergi Al fatihah....

    BalasPadam