Isnin, 17 Januari 2011

MALAM DAMAI SUCI



sajak kategori pemandu taxi


Malam, damai dan suci
Menyambung siang dalam kerinduan
Membatasi mesra penuh harapan

Malam, damai dan suci
Terguris jua penantian
Apabila kehangatan dan kekalutan
Menjadualkan kehibaan

Malam, damai dan suci
Mendamba kecemerlangan
Ketika kadangkala
Cuba menyentuh kasih
Tanpa keikhlasan yang berpedoman.


OLEH: TAXI MANAF
ketika bersama rakan2 di meja makan a one
smabil menunggu penumpang
10 pagi 
Terbit semula 17/01/2011.





50 ulasan:

  1. BAB 8 siri 1 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

    Hidup kita pun kita tidak tahu berapa kali kita kena pindah randah , yang aku tahu sebelum ini rumah aku tepi sungai, bila air pasang keling kata ayah 31 haribulan dalam setahun bulan melayu (Islam) air pasang besar akan berlaku, air akan naik sampai ke sekerat tiang akan tengelam, air naik juga tidak menentu, kadangkala siang , malam atau pagi.


    Kalau dia naik sing atau pagi tidak mengapa boleh lagi kita semua boleh selamatkan barang-barang di halanan rumah, kalau malam yang sedeh, tambah dengan hujan pula, nak sekali dia naik air pasang keling (sebab apa bila air sungai penuh melempah, baru tongkang keling yang besar itu baru boleh masuk hantar barang dari India kut) itulah orang kampung panggil air pasang keling.


    Yang sedihnya semua barang tidak dapat di selamat lagi , hanyut habis, kalau ada kasut, Atap kering, daun rokok pucuk nipah simpan bawah rumah lingkup semua habis hanyut. Malah sampan dan basikal buruk pun boleh hanyut. Seksa duduk tepi sungai. (tanya usof nanya dia tahu kalau dia orang kampung tersusun) tanjung Nipis atau Nibung Hangus.itu cerita kalau air pasang besar atau keling berlaku.


    Tiap hari aku akan melihat kemeleng dan sampah sarap yang hanyut, kehulu bila air pasang dan kehilir pula bila air surut., kerja aku memancing ikan bau , duri, mayung, kadangkala badan bau busuk pumpum (sejenis umpan memancingikan), pumpum ini panjang sedepah lebeh sama seperti lipan kaki banyak warna kemerahan , bau hanyir lembut seperti cacaing ikan memang suka makan.dia tinggal dalam selut di celah pokok-pokok nipah.


    Di sungai ini ada dua musim air keruh dan air jerenis. Musim air sungai jenis sampai dua tiga depa, aku pergi menyuluh udang galah pula dengan mengunakan pelita kabait, bau kabait ini yang aku tak tahan selalu menjadikan aku semput, tetapi syok punya pasal aku pergi juga menyuluh udang galah deangan sampan buruk abangku Jali, udang galah ini pun tidak menentu dia naik kadangkala waktu subuh, petang atau tengan malam, seselalunya waktu malam.


    Lebih dahsat lagi waktu solat maghrib, orang ramai mula hendak sembahyang,waktu itulah, gelap saja matahari udang galah mulai naik menyerengkah di tepi pantai, atau tebing sungai. bila kita suluh nampak matanya merah , dan dia tidak dapat lari bila kena cahaya lampu kabait, dia selalu duduk di celah batang nipah, hutan jeruju, pantai , atau di celah akar berembang atau bakau, aku tak pandai menikam udang, ,setakat nak makan boleh lah jarang aku dapat buat jual.

    BERSAMBUNG.
    .

    BalasPadam
  2. QULBAI YANG SERABAI

    perangai kau sungguh hodoh
    orang cakap kau buat bodoh
    orang nasihat kau jawab
    macam nak gaduh
    Kau dengar sini baik baik
    kau tu bertuah
    tidak cuma nasib baik
    tapi jangan ingat kau boleh naik
    dengan peel kau tunggang terbalik
    kau memang tak reti bahasa
    tak ada sopan tatasusila
    aku hentam kau hentam aku pula
    aku sound kau memang siap sedia
    nih aku nak tanya
    kau ingat kau tu sapa...???
    ni aku nak buat pengumuman
    kau tak payahla berlagak gentleman
    aku dah sampai tahap
    menyampah tahap gaban
    tengok kau berlagak tahap bangsawan
    jangan risau haji hamdan
    kerja di bawah saya
    tapi jadi orang bawahan


    Abdullah Gadafi
    sajak ketua penjaga blog department lain

    BalasPadam
  3. CARI JALAN PULANG

    wahai rakan-rakanku sayang
    mana semua menghilang
    lama tak pulang
    kutunggu pagi petang
    namun tak kunjung datang
    rasa gundah hatiku walang
    masa silam jelas terbayang
    saat sama main senapang
    main perang-perang
    di bawah pohon ketapang
    kau selalu jerit lantang
    ingin jadi seorang pejuang
    hapus musuh di medan perang
    jaga maruah negara tersayang
    namun sayang seribu sayang
    kau kecundang sebelum berjuang
    tewas terjelepuk di lorong belakang
    hasil godaan najis terlarang
    rakan ku semua cari jalan pulang…


    Hakim Mustapa
    apabila melihat rakan sepejuangan sy di belakang department sy jadi penagih

    BalasPadam
  4. MALAM BERDARAH

    malam ini adalah malam berdarah
    kau berada di sebelah aku
    kita bercakap tentang hidup kita
    kita kenal antara satu sama lain
    masa itu telah tiba hidup
    kau dekat keindahan
    pengakhirannya pasti datang
    aku tidak akan benarkan kau pergi
    kita sudah di persimpangan
    kau toleh ke arahku dan berkata
    aku akan laluinya juga dan aku
    tak mahu cakap perkataan ini lagi
    kenapa malam ini harus berakhir
    dengan tragedy malam berdarah…


    Daren Ong
    Sajak kenangan tragedy yg xdpt sy lupakan

    BalasPadam
  5. ORANG PANGGIL APA?

    Orang yang menulis,
    di panggil penulis.
    Orang yang membaca sajak.
    di panggil penyajak.
    Orang yang menyanyi,
    di panggil penyanyi.
    Orang yang bermain alat muzik,
    di panggil pemuzik.
    Tapi. Aku bukan semua itu.
    Kerana aku mahu jadi semua itu.
    Maka,nya. Aku orang seni.
    Jadi mahu panggil apa ya.?
    Penyeni.? Mungkin juga

    Ganesh Mehendra
    sajak pertanyaan yang sy tertanya sampai skrg

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    QULBAI YANG SERABAI oleh ketua Pb Abdullah Gadafi , ternyata pengucapannya terasa agak kecewa melihat telatah bermuka-muka seorang hamba allah yang sepatutnya ia selalu takbirrr! Dan sepatutnya juga mereka banyak berastagfar, dan kecut hati bila ada orang menegur kerana Allah. kita boleh menilai, jika 10 orang yang kita jumpa 7 orang kata tak betul apa yang kita buat, berastakfar saja , tak ada siapa yang marah, jika terima dengan berhemah, janagn loyar buruk, pusing sana, pusing sini, cuma nak sengaja menyakitkan hati. kalau sajak serapah Allah pun tidak gentar, berdebat sajalah dengan Allah di padang masyar. Kita semua sudah terlepas kerana telah memberi nasihat dengan sewajarnya. Amin Syabas Encik Abdullah Gadafi ambil haji Hamdan jika rezekinya disitu. Bukan atas bawah yang dinilai, cukup sekadar bekerja dengan ikhlas nilainya bagai ibadah disisi Allah. Amin. (TU)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sdra. Hakim Mustapa dengan sajaknya yang terkilan bertajuk CARI JALAN PULANG Pengucapannya ternyata Nampak kecewa melihat rakan dan kawan sepermainan sewaktu kecil dahulu telah hanyut dengan penyakit najis ini. Malah semua janji dan kata ikhrar berjuang membela nasib negara, kini nasib sendiri pun tidak terjaga. Akibat najis terlarang punya angkara. Kalau sudah jadi begini, memang susah untuk Kira bicara.Malaikan ke pusat pemulihan di hantar segera.itulah sebaiknya jalan yang ada. Amin (U)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    MALAM BERDARAH oleh sdra Daren Ong dengan sajaknya menyingkap kenangan malam menyayat hati dengan tragedy malam berdarah . Ternyta akan pengucapannya itu, amat berat dan sayu, dalam kemesraan yang singkat dia temannya mungkin pergi untuk selamanya. Mungkin ada kaitan kemalangan dengan bas pelancungan yang telah menjunan di bukit curam beberapa minggu lalu. Salam simpati mungkin jika ada teman, keluarga , jiran dan sanak saudara. Semoga bersabar menghadapi cabaran Tuhan. (TB)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    ORANG PANGGIL APA satu soalan katanya yang belum terjawab oleh sdra Ganesh Mehendra. Ternyata si penulis ingin tahu dan bertanya apa perlu kita beri satu nama
    yang khusus pada pengiat seni-seni ini, di antara penulis, penyajak, pemuzik, ataupun penyanyi dan pelakun dan lain-lain lagi. Apa pun dengan orang –orang yang berjiwa seni ini, dia akan jadi dengan sendirinya, lebih hebat jika ada ilmu bantu pula, serta latihan perpanjangan. Tetapi kalau kita ada semua ini amat luar biasa, jika dapat pula menjiwai semua seni yang ada sangat baik, tidak mustahil boleh berlaku. Kalau tuhan hendak beri kepada saseorang tidak siapa boleh menghalang.Tidak ada siapa yang tahu. Semoga sukses! (B)

    BalasPadam
  10. air akan pasang setiap hujung bulan islam ker?

    BalasPadam
  11. air pasang bila 32 haribulan?? pelik jgk

    BalasPadam
  12. mcm mana en nuri air akan pasang setiap 31 hari bulan?

    BalasPadam
  13. kenapa en nuri selalu berpindah2 ni?

    BalasPadam
  14. en nuri msti suka merantau ni sbb tu selalu pindah2....

    BalasPadam
  15. air pasang keling? pelik nama dia...

    BalasPadam
  16. air pasang keling? keling tu bukan mamak ke? hahahhaha

    BalasPadam
  17. kenapa panggil keling bukan anak mami atau mamak? hehehhe

    BalasPadam
  18. ingatkan air pasang tu keling yg jaga? hahahha

    BalasPadam
  19. eh! skrg air mne ada pasang dh en nuri? kmpung sy kat sana tp sy x tinggal sana cuma atuk dan nenek saja tinggal kampung nbinung hangus...

    BalasPadam
  20. kemeleng ni bnda apa plak en nuri?

    BalasPadam
  21. pumpum umpan utk memancing ke? bukan org guna cacing ke utk memancing?

    BalasPadam
  22. pum pum? binatang rupanya ingatkan rumpai laut...

    BalasPadam
  23. sy baru thu jgk pasal kampung ni sbb sy mana pnh dok kmpung

    BalasPadam
  24. kabait ni bukan org guna buat meriam bulu ker?

    BalasPadam
  25. kabait ni org buat mercun kalau x salah

    BalasPadam
  26. tangkap udang galah masa subuh ker?

    BalasPadam
  27. eh! udang galah tangkap guna kabait ker?

    BalasPadam
  28. bukan ke tangkap udang galah pakai jala ker?

    BalasPadam
  29. boleh dapat ke pakai kabait tu en nuri?

    BalasPadam
  30. x hitam buka ke pakai kabait tu?

    BalasPadam
  31. berani en nuri menjala udang malam2...

    BalasPadam
  32. mana en nuri tahu pasal tangkap udang pakai kabait sapa bagithu en nuri?

    BalasPadam
  33. skrg senang je nak udang galah beli je kat pasar... hehehe

    BalasPadam
  34. dulu susah nak dapat makanan laut ni skrg snang je kat supermarket byk ada jual..

    BalasPadam
  35. en nuri pakar jgk menangkap udang ni

    BalasPadam
  36. en nuri dulu niaga udang ker???

    BalasPadam
  37. en nuri dulu keje nelayan ker?

    BalasPadam
  38. en nuri tangkap udang ni utk makan atau utk jual?

    BalasPadam
  39. wah! en nuri siap bagi lagi tips menangkap udang! hehe

    BalasPadam
  40. sajak pasal kehidupan ke manaf?

    BalasPadam
  41. sajak pasal kehidupan teksi ke? kehidupan manusia ni?

    BalasPadam
  42. sajak menarik tp simbolik la...

    BalasPadam
  43. hebat jgk manaf ni buat sajak...

    BalasPadam
  44. sajak agak puitis tp x dpt tangkap maksud dia...

    BalasPadam
  45. sajak en nuri phm la jgk sajak teksi manaf ni langsung aku x phm

    BalasPadam
  46. simbolik jgk sajak teksi manaf ni

    BalasPadam
  47. kali ni sajak ahli x best la..

    BalasPadam
  48. sajak teksi manaf ni tentang cari rezeki ker?

    BalasPadam
  49. esok sajak sapa plak? harap2 best2

    BalasPadam
  50. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.

    -Terima kasih qalam telah mengulas sajak mimpi sebenar saya. hamper tepat kekadang bila difikirkan, jauh hati juga rasanya.
    tetapi itu adalah cubaan! kata P. Ramlee Pendekar Bujang lapok.
    budak dua ekor itu mungkin tak datang lagi, mereka ada pelung
    dalam kerjayanya yang tersendiri. Amin.

    -kampung tersusun mana ada air pasang surut, mereka ini dahulu
    semuanya penghuni di tepi sungai, bangun pagi nampak kemeling
    bunting hanyut, burung pucung terbang, ikan siakap menangkap,
    buah bedada jatuh di sungai, kunang-kunang begelipan di pohon
    berembang.

    -kabiat ini lampu suluh api dia tajam, dibuat daripa tembaga, tahan
    dalam masa setengah jam, bila moden sikit mereka guba sportlight.
    lagilah terang mata buaya pun jauh boleh nampak. Tetapi saya sudah
    tidak pandai naik samapn aapatah lagi menikam udang galah, mata
    pun tak terang.

    -pindah randah perkara biasa bagi saya, mungkin ketentuan Allah swt.
    biasa duduk rumah lantai batang pinang, tiang batang nibung, bumbung atap, palastik, zin, kayu belian, batu bata atau atap genting, abastos,langsung tak ada bumbung lantai rumah orang

    -Sebenarnya nabi muhamad saw pun berniaga, kerana 9 dari 10 rezeki
    itu datang dari sumber berniaga, tetapi orang cina yang sahut cabaran ini, tak hairan orang cina banyak yang kaya raya. saya berniaga orang lain yang urus, ada orang hantar barang, ada orang tolong jual tanpa keluar modal. tak jalan ambil balik, laku dia dapat 10 hingga 20 peratus.hilang, pecah , kena curi, tak payah ganti saya tanggung sendiri modal saya, anda tolong jual saja. (PTS orang harapan pengelola semua urus niaga)

    -sekarang ada pertikaian harga madu kerana barang semuanya naik,kos minyak pitrol QM dan
    PTS minta naik 10 ringgit, mungkin ada madu sebelah kedai bentuk sama jual 24.90 Rm. tapi saya kata minyak naik 10 sen kita naik satu ringgit saja, jika teruk juga mungkit ikut harga pak cik topi soduk. Qalam mutiara tolong hantar saja dimana ada permintaan. itu pun jika ada bekalan pulau pinang. Kl tak boleh letak tak boleh nak tolong harga tak berbaloi.

    -Okey jalal esok tak ada berita munkin kosong, saya akan meninjau sehari dua, blog orang lain kelola, nak ke perak agaknya. cari pealanggan atau cawangan jika siapa yang suka. Amin.

    Harga bukan nak cekek darah tapi niat nak tolong orang susah. Palaster buang Toksin rm 12, cuma
    7 keping. ustaz akhir rm35,cuma 10 keping. ada 2 keping 8 atau 10 rm.
    jika dapat murah kami turun lagi.
    Insya allah.

    BalasPadam