Sabtu, 15 Januari 2011

MAAFKAN AKU ALLAH



sajak kategori pengawal

 

Maafkan aku Tuhan,..
kerna melupakan Mu,
maafkan aku Tuhan,..
kerna mengabaikan Mu,
maafkan aku Tuhan..,
kerna menghindar dari Mu,
maafkan aku Tuhan,..
kerna aku leka mengecewakan Mu,
walaupun aku tau,..
KAU sentiasa ade untukku,
walaupun aku tau,..
KAU tk pernah lupakan aku,
walaupun aku tau,..
KAU tak pernah menghindar dari aku,
walaupun aku tau,..
KAU juga tak mengecewakan aku,..
tapi aku tak mengingati itu semua,
malahan aku lalai dengan sengaja,
melupakanMu dengan sengaja..
meninggalkanMu dengan sengaja,..
maafkan aku
adakah KAU akan mengampunkan aku..

 
 OLEH: BRADER JOEO
13hb Dismbr, 2009 







50 ulasan:

  1. SAYA NAK DEBAT DENGAN TUAN HAJI GHAMIDI


    -Minta tuan haji ghamidi cubalah muhasabah diri, kalau seorang itu bersumpah wallahi, billahi, masih
    kita menafikannya, seperti mencabar Allah. Untuk pengetahuan Tuan haji Ghamidi (ini mesti x tengok tv) marah kerajaan tak tentu arah. kalau kerjaan tidak
    betul dah lama bungkus. cuma berapa kerat tak betul sudah disingker pun oleh BN.

    -Hari ini semua pembangkang paling takut dan susah hati kalau penyokong dia baca akhbar lain dari mereka punya. kemudian menonton berita tv semasa. sebab itu ada akbar yang di lian lahatkan di negara kita, negara lain x pernah dengar lagi.. dia takut penyokong panatiknya lari.

    -Dulu memang rakyat beri 65% sokongan kepada PKR atau
    pembangkang sebab undi protes. Kini Kerana anuar takut hendak melakukan sumpah laknat ke atas kes liwatnya. kini tinggal x samapi 40% penyokongnya. sedangkan najib, shaiful, dan ummi hafida telah melakukannya. harap tuan
    haji Ghamidi renung betul-betul. kami cuma kasihan sahaja, takut iman dan aqidah hanyut.

    -Tanpa Nama Tuan Ghamidi berkata...
    ni mesti PM yang upah umie ni smua ahli pakatan rakyat dah thu la... yela kat PM kaya setakat 1/2 juta dia nak upah pun boleh... di harap jangan percaya sgt.

    Berapa ekor rakyat yang percaya, kecuali yang sudah kecelaruan minda. Kalau betul BN ini jahat,
    (tak payah satu 1/2 juta. lain pada PM najib sudah lama kena
    sumbat, harakah dan B keadil pun dah makan tuan nampaknya, lagi ramai org baca lagi banyak tembelang pecah. itu cara najib, pak lah dulu haram . )

    SAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KACA MATA BINGKAI PUTIH

    Semalam terlihat di situ
    berkaca mata berbingkai putih
    kamu merayau bermanja
    bersama mesin foto kamu
    siang tadi terlihat kamu lagi
    kaca mata berbingkai putih itu
    mudah sekali menarik perhatian aku
    tapi kali ini kaca mata
    berbingkai putih itu
    serupa warna baju kamu
    oh serupa warna baju kamu
    malam ini aku mahu
    hari esok ada nasib untuk aku
    terlihat kaca mata berbingkai putih
    terpandang kamu bersama
    mesin foto canggih kamu
    tapi sebenarnya di sini aku tahu
    bukan kaca mata bingkai putih itu
    yang buat aku terpaku
    bukan mesin foto kamu canggih itu
    yang buat aku tak tentu
    tapi matamu tapi matamu.


    Jengking Perak
    sajak di buat di kedai gerai makan
    utk di pertandingkan utk sayembara

    BalasPadam
  3. TEH TARIK

    telah berpuluh tahun
    kuteguk air nikmat itu
    air yang sudah sebati
    dalam jiwa sanubari
    rakyat malaysia sehari tak jumpa
    rasa hidup tak lengkap
    kosong tiada rasa
    penangan teh tarik
    bersama kemanisan rasa
    tapi yang menjengkelkan
    si pengidap diabetes
    jadi igauan di malam hari
    namun kini kreadibilitinya
    mula tercemar angkara rakus manusia
    bersama sifat pelahap
    impikan untung semata
    tanpa selam natijah akhir
    letakkan kami di zon kanser
    lepas ini aku kena kurangkan
    minum teh tarik sama ada
    di salam mahupun di sarip


    salam
    7pagi ketika di gerai klon sy sama-sama nama salam

    BalasPadam
  4. SEBENARNYA

    orang takkan tahu kita
    orang takkan faham kita
    untuk apa kita peduli pusing kepala
    untuk apa kita kisah bingit mereka
    sedang jatuh aku
    bukan dia bangunkan
    sedang luka kamu
    aku yang ubatkan.
    sedang tangis aku di tepi dinding,
    kamu yang pelukkan.
    sedang riuh bingit engkau,
    apa perlu kita kisah orang lagi?
    tak ada yang mengerti
    tak ada yang memahami
    lirik mata kita
    bertukar cerita pendek lucu
    tepukan perlahan aku di bahu kamu
    cuma kita yang sebenarnya faham.
    aku kira, sampai lah tadi.
    baru aku terlihat sebenarnya,
    aku menghiris hati engkau.


    Ummu AKilah
    sajak spontan utk sayembara

    BalasPadam
  5. TERNYATA

    ternyata masih keras batuan
    masih membeku seperti air batu
    biarpun kulit tubuh sudah dilapah
    buat menghangat hati
    ternyata masih teguh keras
    tak ada langit tak sampai
    tak ada bumi tak terjejak
    tak ada pelangi yang terlepas
    semuanya mampu kecuali berlari mendapatkan engkau separuh satu lagi kecuali engkau sesuatu
    aku semadikan bersama nyawa


    Kembara Budiman
    sajak simbolik utk bagi qalam keliru di sayembara

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    KACA MATA BINGKAI PUTIH oleh Jengking Perak mesti duduk dekat kedai kopi Olie, tepi tali air. Hang habar kat olie , kami tak dapat hantar madu dengan palaster tuksin bekalan habis. Madu naik lani RM9.00 Di batu lima memang ramai peminat madu, JP sajak hang cerita pasal apa ni? Ada orang surat khabar mai tempat hang ke?, hang minat dekat mata dia buat apa ? Dia main mata dengan hang ke JP? Hang ini aku nampak diam-diam, tapi menikus juga…no sajak ini
    puitis juga .Aku bagi hang (U)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    THE TARIK oleh salam membicarakan tentang minumana the tarik yang sangat giat kalau tidak minum satu hari, lewat kebelakangan ini ada the murah yang dua kali pakai. Dulu saya minat the wangi. Bila ada orang cerita betulkah orang cina mati mayat mereka timbun dengan sebuk teh. Lepas itu teh itu adakah dijual balik jadiserbuk teh murah. Sejak itu saya takut nak minum teh.(cerita lama mungkin abang saya gempak saya agaknya sebab kecil dulu saya suka gogok muncung teko teh o ) sajak Salam tak payah ulas semua orang faham. Bahaya banyak minum teh. Makcik mah mat Ali kuat minum teh tarik itu dia kena struk depakata.semoga berhati-hati. Aku bagi hang (TB)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    SEBENARNYA oleh Ummu Akilah, hang dah habis SPM? SMT1 sekolah aku dulu. Tapa. Sajak hang ini aku ingat dah melanggar adat apa? Penceritaan hang dengan bf hang macam kancing aje? Hampa dah lama bercinta ke? Hang jatuh dia bangun, dia jatuh hang sapu ubat, hang menangis dia pujuk peluk lagi. Cerita benarkah ini? Ini macam main derama tv pula. Ini mesti adik beradik di rumah buat tak tahu. Hang dengan bf hang saja faham. Cikgu tak marah ke? Aku pun susah nak cakap. Hang kata orang tak tahu, Tuhan tahu apa. Pandai-pandailah jaga diri .Aku bagi hang (B)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    TERNYATA oleh Kembara Budiman mesti buat sajak dengan tuk wan apa? Aku pun nak belajar mengulas juga . Aku pun hairan baca saja KB macam tak sampai saja bunyi bait
    bait puisinya. Aku main hentam saja: hang macam marah kat sorang itu, nampak macam dia keras kepala
    macam batu, cakap banyak sakit hati, putar segala alam , rasanya orang semacam ini, elok saja kita tanam hidup-hidup.macam mana okey? Andaian saja. aku bagi hang sajak (TU)

    BalasPadam
  10. kedai gunting salap bnda apa plak ni?

    BalasPadam
  11. simbolik jgk sajak en nuri ni

    BalasPadam
  12. asyik kena je pemuda warak tu? hahaha

    BalasPadam
  13. ape pnya malang nasib pemuda warak tu? hehe

    BalasPadam
  14. nampaknya tukang gunting tu lagi warak... hehe

    BalasPadam
  15. asyik kena bedal je pemuda warak tu.. hahaha

    BalasPadam
  16. ada saja tukang gunting cakap nak utk kenakan pemuda warak tu

    BalasPadam
  17. itulah pemuda warak tu sombong sgt skrg dia buat apa pun kena batang hidung balik

    BalasPadam
  18. sajak en nuri ni mcm pnh baca saja

    BalasPadam
  19. kesian pemuda warak tu... hehehe

    BalasPadam
  20. hebat jgk tukang gunting rambut tu...

    BalasPadam
  21. lawak pun ada sajak ni

    BalasPadam
  22. yang paling ksian pemuda warak tu la

    BalasPadam
  23. nampaknya tinggi lagi ilmu tukang runting rambut tu.. hehehe

    BalasPadam
  24. brader joe yg ganas tu pun sajak agak lembut jgk bunyinya

    BalasPadam
  25. sajak brader joe ni bunyi mcm insaf jer...

    BalasPadam
  26. brader joe ni dulu byk buat salah ker?

    BalasPadam
  27. insaf btol sajak brader joe ni dulu ko penah bunuh org ker?

    BalasPadam
  28. apalah salah brader joe buat ni sampai insaf sgt sajak dia...

    BalasPadam
  29. aku rasa brader joe ni msti selalu lawan mak dia sbb tu dia insaf skrg ni

    BalasPadam
  30. sajak keinsafan dari brader joe.. salah apa la dia ni agaknya?

    BalasPadam
  31. itulah brader joe dulu buat jahat x ingat tuhan

    BalasPadam
  32. smoga brader joe btol2 insaf...

    BalasPadam
  33. sajak en nuri kali mcm lawak plak? sian pemuda tu.....

    BalasPadam
  34. sajak en nuri kali ni langsung sy xphm...

    BalasPadam
  35. ada lagi x sajak mcm ni? best jgk....

    BalasPadam
  36. sajak ni ada simbolik ker?

    BalasPadam
  37. walaupun agak sinis tp ada pengajaran sajak en nuri ni

    BalasPadam
  38. hantu raya ni umor brapa? kalau nak berdebat dgn saya? rasanya hantu raya ni budak hingusan lagi ni.. baik xpyh berdebat buang masa saja... lagipun hantu raya hanya melihat berita palsu yang tak ada sahihnya.. entah btol atau tidak? lain kali baca harakah buka mata sikit sbb semua tentang tembelang BN didedahkan... ha! lagi tu hantu raya ni menyokong kuat BN? mereka ada bagi duit ke? sy menyokong ni ada jugak dapat pahala sbb telah terbukti PAS parti utk islam

    BalasPadam
  39. nampaknya mungkin sy akan ke puak ghamidi semula sbb sy skrg dh 3 hari x berkeja sy msuk ulasan ni guna laptop anak saja.... jadi maafkan sy mungkin esok sy akan buat rayuan utk berkeja smula di bawah tuan ghamidi nak buat mcm mana? sy nk berkeja bersama en sanusi? en sanusi menuduh sy spy? padahal sy mmg betol2 dh insaf kalau nak kerja di bawah en nuri? mcm mana nak sara anak bini sbb keja tanpa gaji.....

    BalasPadam
  40. tuan ghamidi jawab apa la nanti? msti kecut perut la dia

    BalasPadam
  41. aku rasa tuan ghamidi msti penakut nak berdebat pnya...

    BalasPadam
  42. sy berani kerat jari kalau tuan ghamidi nak berdebat sbb dy thu dia penakut! hanya pandai bercakap putar belit saja

    BalasPadam
  43. rasanya sia2 je hantu raya cabar tuan ghamidi sbb rasanya tuan ghamidi x berani...

    BalasPadam
  44. msti tuan ghamidi jawab putar belit jgk hantu raya cabar ni

    BalasPadam
  45. rasanya tuan ghamidi msti nak larikan diri lps ni... hehe

    BalasPadam
  46. tuan ghamidi ni rasanya kalau pasal berdebat ni msti x berani sbb dia thu dia akan kalah

    BalasPadam
  47. berani ke tuan ghamidi nak berdebat??? hehe kita tgk nnt... rasanya dia x berani la...

    BalasPadam
  48. kita tgk kalau tuan ghamidi berani ok jgk? kalau dia x berani kita kutuk dia ramai2...

    BalasPadam
  49. hantu raya nak berdebat? baik balik rumah main game la sbb aku thu kamu tu budak lagi x layak berdebat dgn org dewasa ni.. apapun kamu semua boleh nilaikan sndiri? PM kita ada kita boleh main facebook dan youtube plak? lps tu dia boleh plak jawab soalan2 bodoh rakyat? dia ingat dia tu umor brapa? belasan tahun??? dia dah tua bangka bukan nak selesaikan masalah rakyat tp boleh plak main facebook?????? buat malu kat anuar ibrahim dan nik aziz pun tak layan benda remeh tu.... tp dia cerdik jgk soalan berkenaan politik yang kena batang hidung dia x berani plak jawab? kenapa??? jawab la hantu raya... hahaha

    BalasPadam
  50. JAWAPAN RENGKAS SAHAJA OLEH ANTU RAYA.

    -sajak itu sajak kami pilih bagi Qubai baca, sajak satu lagi Brader Joe untuk penyokong PKR baca.

    -kebayakan jawapan org pas macam tu, dimana dapat berita, berita palsu kut. budak sekolah rendah pun senyum.

    - Ada seorang cikgu haji malik dia duk bawa harakah. saya baca berita langang (dia tompang baca juga)
    hari dia duk dekat kantin, semua cikgu senyum tengok dia. orangg BN senyap saja. budak pun dia nak pengaruh.

    - Saya belum megundi lagi, tapi saya banyak kena tipu dengan ceramah pas dan pkr , dia kata sesumpah hafal quran 27 jujuk. Masakan orang hafal quran masih nak putar belit lagi. banyak lagi tak payah cakap buat dosa saja.

    - Haji Hamdan taubat sambai kut atau betul andain haji sanusi rostam. Rezeki di tangan Allah bukan haji Ghamidi.fikir sendiri.

    - Sepatutnya pkr bersyukur ada jalur lebar ini la buat pkr
    menang senang nak tabur fitnah. masa itu orng Bn terlalu yakin, buat tak kisah dengan it ini. berapa banyak depa upah kita tak tahu ribu juga laptop hentam kerajaan sesumpah punya kerja. Hari ini nak putar juga. terima kasih sajalah...


    - Sebenar en nuri tak bagi kutuk orang pagi-pagi berdosa.saya niat bukan kutuk, tapi bagi penerangan, bagi orang-orang di hujung senja sedar , jangan terus kena penyakit kecelaruan minta. Amin.

    - Setahu saya en nuri khawin tak ada cinta, solat istikarah, ada tanda baik banyak dari buruk jadi. bulan puasa bertunag, lepas raya khawin. lewat dapat anak , lewat dapat menantu, lewat dapat cucu.

    - Setahu saya en nuri selalu orang perkena dia, adik beradik pun serupa. yang pi mekah , tak pi mekah. sama ada Bn atau pas sama saja. tapi kereta dia betul kata Apek liew. ramai orang cina kana ong 818 kaya bertambah kaya. bila en nuri turun dari kereta ramai orng cina tanya dia ada kena ke? rupanya nomber 3 angka naik 818.
    kini kereta itu sudah ditolak percuma kepada Ah seng kedai dua.

    BalasPadam