Ahad, 2 Januari 2011

LARI



kategori sajak paling pendek 2010

    

Mereka-Mereka Itu Lari Bertempiaran
    Mereka Berlari Untuk Merebut Roti
    dan merebut Segala Jenis Makanan
    Untuk Memenuhi Perut
    Mereka Yang Kelaparan

   
OLEH SI KECIL
    2ptg
    20.3.2010




50 ulasan:

  1. KISAH MENGENANG USTAZ HAJI IDRIS ANANG (siri 2)

    SAMBUNGAN semalam

    Ustaz Ideris ini meninggal dalam usia masih muda 40an kena strok badan dia agak gemuk makan memang lalu sehingga memercek peluh, terlalu banyak makan kenduri
    khawin, dia pernah berkata sewaktu mengajar "saya sehari mesti ada dua ataupun tiga kad jempuntan khawin, paling banyak tujuh satu hari," pergilah yang dekata-dekat dulu katanya sambil ketawa.

    Apa yang sedeh selepas seminggu saya jumpa dia , amat gembira saya lihat dia ketawa senyum sahaja, tetapi dia cuma boleh duduk berjalan pakai bergayut dengan tali saya lihat di rumahnya banyak tali beregan di antara tiang ke tiang. sedeh juga, kebetulan
    bila saya tamat SPM di al mashoor pulau pinang saya diminta mengajar sekolah tersebut.

    Masa itu ustaz Ideris sudah sakit, hampir setahun namanya tidak dipotong, masih bayar gaji
    walaupun dia tidak mengajar. masa itu gaji kecil saya kena berniaga sambilan, jual kain baju dan kad selamat hari raya kapada anak murid dan kawan-kawan sejawat.

    Bila saya tahu dia sakit saya pergi ziarah dia, malah dia tahu saja berniaga sambilan kerana
    kebetulan abang ipar saya buka kedai mara di bagan serai , sabtu ahad saya tolong berniaga Ustaz Ideris tahu dia minta beli dua helai baju kemeja lengan pendek, saya hairan dia selalunya pakai baju melayu.

    Bila saya hantar baju ke rumah dia. Saya rasa kesihan tak ambil untung, cuma ambil modal saja.
    Apa yang amat sedeh selepas seminggu saya dengar dia telah mninggal dunia. Patutlah dia
    pegang tangan saya terlalu lama.......

    Beberapa hari kemudian saya bermimpi. saya solat berjumaah dengannya, Dia minta saya ganti
    jadi iman ditempatnya, katanya tak ada orang lain lagi, tetapi saya berkata, tak mampu ustaz, tak mampu, akhirnya saya terjaga.

    Hari memang saya tidak mengajar, malah orang minta sambung pun saya toloak , jadi iman dan bilal ditawarkan pun saya tolok. saya lebih suka berdakwah secara sandai di laman blog sendiri. tak ada siapa kenal tak ada rasa bangga dan riak.

    (Ini bukan cerpen cerita ustaz -ustaz yang pernah mengajar saya yang sebenarnya)Amin

    BalasPadam
  2. SEMPATKAH?

    perlahan mereda
    semalam yang gila
    simpankan kuku dan taring
    untuk menyinga nanti
    kita bersenda
    kita mengimbau
    kita laksanakan apa terjangkau
    kita panjatkan tali-tali bergantungan
    kemudian kita melayang
    dengan gelak ketawa
    logik tak akan mengizinkan apa
    kedua kita sedar
    tak perlu tanyakan kenapa
    kerana kita akan disempatkan
    untuk sebarang yang tersempatkan

    Penghuni Maya
    percubaan sajak simbolik

    BalasPadam
  3. JANJI DI PANTAI

    kerak yang tersisa
    melembut disimbah hujan panas
    mengeras disinar matahari dingin
    pokok di tepi tingkap
    sudah berdaun merah
    laut di depan mata
    sudah berair hijau
    segala semuanya sudah berubah
    cuma aku yang masih kaku statik
    kita berbaring di atas pasir pantai
    berdepan langit biru
    kita semua dengan lima pasang mata
    bercahaya berjanji akan ke pantai
    setahun dari detik itu
    sampai ketemu sekali lagi
    empat batang tubuh
    yang paling menghangatkan
    hati yang sedingin salju
    satu masa sampai nanti
    tertakdir pertemuan di pantai sama
    setahun lagi


    Nur Atikah
    Sajak kenangan lalu

    BalasPadam
  4. SEBOTOL MADU DAN GADIS BERBAJU MERAH

    hanya sebotol madu aku bawa
    semas pulang dari kedai
    tiba-tiba aku terlihat
    1 bagasi kecil penuh padat
    disebelah ada sepasang kasut putih
    aku melihat-lihat bagasi itu sebelum menerus perjalanan pulang
    tiba-tiba ada seorang
    gadis berbaju merah
    duduk seorang diri.
    mungkin menjenguk hari lepas
    tiba-tiba ketawa dan nangis,
    tiba-tiba bernyanyikan lagu
    aku memerhati saja
    setelah habis semua madu aku teguk
    aku mahu membuangkan botol itu
    tiba-tiba gadis tersebut memerhati
    dengan mata yang agak menyala
    aku lalu meninggalkan gadis itu
    tiba terdengar suara gadis itu jangan kau berani sepahkan di jalan
    kerana jala ini aku yang punya
    aku menoleh semula tiba-tiba gadis itu hilang entah ke mana


    Encik Sanusi Rostam
    pengalaman misteri pada akhir tahun 2010

    BalasPadam
  5. KAPAL LAYAR

    kapal layar naikkan sauh
    kapal layar turunkan kain layarmu
    kapal layar serukan angin meniup
    kapal layar ayuhlah berlayar
    kapal layer biarpun ribut dan petir
    biarpun gelombang
    mengasak ganas lautnya
    biarpun nakhodamu
    terpatah tangan mengemudi
    biarpun tak ada angin mahu menolak
    biar apa pun halang tempuh
    berlayar jauhlah
    jauh tak lihat oleh matanya
    berlayarlah jauh
    sehabis kalau bisa ke paling hujung
    tak ketemu dengan pelabuhan tadi
    kapar layarku berlayarlah
    sebelum pelabuhan itu tenggelam
    sebelum virus segerombolan datang
    berlayarlah si kapal layar


    Tuan Haji Abkham
    maaf saya hntr sajak lagi? kali ni berunsur simbolik..

    BalasPadam
  6. SEMPATKAH sajak daripada sdra. Penghuni Maya menceritakan keadaan yang dulu keadaan yang tidak mententeramkan hati dan jiwa. Kini nampak mulai sadikit meredakan. Adalah terlalu biasa buat sesiapa pun dalam hidup ini adakala kita berselesih pendapat, adakala kita boleh turut ketawa dan bergurau senda sesame kawan. Tetapi apabila sudah ada sadikit kematangan keduanya akan mula sedar dan tak perlu lagi membangkitkan kisah lama, buat sementara masih hidup dan sempat bermaafan, buatlah baik sebelum ajal datang menjelma. Amin.

    BalasPadam
  7. JANJI DI PANTAI oleh sdri Nur Atikah dengan sajak memory lamanya, kini cuba dicungkel kembali . Mungkin dahulu ada cerita yang menarik hati di antara satu pertemuan di pantai nan indah bersama beberapa orang teman sepermainan agaknya. Bagai ada pesta tahunan tempat berjumpa. Kini segalanya telah bertukar dan berubah. cuma tinggal si penulis yang maseh static, tetap setia memuja ombak dan pantai pada pasta pertemuan sehingga tahun mendatang. Semoga sukses. Amin

    BalasPadam
  8. Terasa bagai mimpi ngeri sajak SEBOTOL MADU DAN GADIS BERBAJU MERAH oleh Sdra. Encik Sanusi Rostam dari dajaknya kali kedua. Penceritaannya agak anih dan sesekali terasa menakutkan. Mungkin cerita separuh sedar jika kita dalam keadaan pening dan suhu badan yang panas, berbagai andain boleh berlaku malah tunggul kayu pun boleh disangka hantu. Mungkin juga ada gadis nakal yang suka merendek dengan bf dia, ataupun benar dia tidak siuman lagi bila ternoda dan dia ditinggalkan. Berpenghuni di kawasan itu, tentulah dia marah bila tempatnya dibuangkan sampah. Pasti juga dia takut sekadar bersuara dari kejauhan. Sekadar andain saja. Biasa berlaku. Semoga tidak berulang lagi. Amin

    BalasPadam
  9. KAPAL LAYAR sajak kedua daripada Tuan Haji Abkham. Pengucapannya agak sembolik memaparkan perjuangan atau perjalanan yang tidak seharusnya jangan berhenti .Baik pada saseorang ataupun pemerentah , Biar apa berlaku sekali pun hidup akan terus diperjuangkan, jika betul berada di landasan yang benar, jika ada rasa curiga dan kurangmenyakinkan, ada baiknya jangan diteruskan atau diberi semenagat untuk diteruskan. Dikhuatir akan berlaku perlayaran atau perjalanan yang mudarat dan sia-sia, merugikan segalanya. Semoga tidak begitu. Amin.

    BalasPadam
  10. bahaya kalau tertlalu gemuk ni harap2 mozaire baca...

    BalasPadam
  11. huh! tamak jgk ustaz ni...

    BalasPadam
  12. ustaz ni org arab kata "sharo to am" hehe

    BalasPadam
  13. selalunya kalau tertalu gemuk bahaya jgk ni

    BalasPadam
  14. tamak btol smua kenduri dia pegi? klu aku pegi 1 atau 2 sudah la

    BalasPadam
  15. 7 tempat dia pegi sekali ke?? aduh....

    BalasPadam
  16. kenapa dia nek pegi semua knduri jgk?? padahal makan smua sama jer...

    BalasPadam
  17. jalan pakai tali?? bkn pakai tongkat ker?

    BalasPadam
  18. jalan pakai tali xpnh dgr plak ? kalau pakai tongkat thu la

    BalasPadam
  19. sian ustaz deris tu la x jaga makan...

    BalasPadam
  20. kdg2 tu makan yg penyebab penyakit

    BalasPadam
  21. 40 dh strok ni msti jarang jogging ni

    BalasPadam
  22. muda btol ustaz tu dah serang mcm2 penyakit

    BalasPadam
  23. sdih btol bila baca dia pegang tangan en nuri lama sebelum dia pergi

    BalasPadam
  24. ha! sampai skrg x thu mcm mana rupa en nuri....

    BalasPadam
  25. sy pun cadang nk hntr gambar utk tatapan smua tp bila baca en nuri pun x hntr gambar berdakwah secara rahsia jd sy pun batalkan hasrat nk hntr gambar jgk

    BalasPadam
  26. kalau en nuri asyik nk berahsia klu ada org besar nk jmpa en nuri mcm mana nk kenal?

    BalasPadam
  27. bagus btol en nuri kita kena contohi en nuri...

    BalasPadam
  28. jual ambik modal jer?? aduh...

    BalasPadam
  29. jual xde untung baik xpyh niaga

    BalasPadam
  30. jujur btol ustaz deris tu jual ambik modal jer?

    BalasPadam
  31. ustaz ni mengajar en nuri ker?

    BalasPadam
  32. ustaz ni x kwin ker?

    BalasPadam
  33. ustaz ni asal dari mana?

    BalasPadam
  34. al fatihah utk ustaz idris ni

    BalasPadam
  35. sian meninggal pada usia muda....

    BalasPadam
  36. bila baca pasal ustaz ni meti muda aku cadang nak diet la lps ni takut kena obisiti plak?

    BalasPadam
  37. sdih plak baca cerita ustaz ni

    BalasPadam
  38. esok ustaz apa plak en nuri?

    BalasPadam
  39. ustaz tu meninggal x sempat kawin ker?

    BalasPadam
  40. en nuri bekas pelajar al mashor penang tahun berapa? sy pun mengaji di situ juga

    BalasPadam
  41. masa dia menginggal en nuri umor brapa?

    BalasPadam
  42. cerita ustaz ni tahun berapa punya en nuri?

    BalasPadam
  43. mmg sedih dan hiba baca cerita ustaz ni

    BalasPadam
  44. esok ada sambung lagi x cerita ustaz ni?

    BalasPadam
  45. sajak pasal apa plak si kecil ni?

    BalasPadam
  46. mcm sajak simbolik je si kecil ni

    BalasPadam
  47. si kcil ni ahli ke? xpnh tgk pun

    BalasPadam
  48. sajak mcm utk palestin jer?

    BalasPadam
  49. sedih plak sajak si kecil ni sampai berebut makanan?

    BalasPadam
  50. si kecil ni umor brapa? sajak hebat...

    BalasPadam