Khamis, 6 Januari 2011

KITA SESAMA KITA



-minta seniman jalanan buat lagu-


Bila kita sesama kita
menulis bukan kerna nama
sekadar mmengisi masa
meluahkan rasa isi perasaan.

Ingatlah wahai kawan
hidup ini bukannya lama
sekadar mimpi semalam
yang terkejut dari tidur lena.

Aku yang masih mencari
sesuatu yang benar dan abadi
maseh termanggu tidak mengerti
selepas hidup pasti adanya mati.

Kawan cuba kau bayangkan
dunia ini pentas sandiwara
yang menonton kita sesama kita
ceritanya rekaan kita bersama.

Tuhan kenapa engkau jadikan?
manusia hidup penuh beban
memekul di kepalanya yang kecil
lalu jatuh rebah dan tersungkur.

Nyatakan kebenaranmu kawan
kita mencatat perkara biasa
merakam apa sahaja yang  nyata
meluahkan semula untuk semua

 
Oleh; Nurimanja,
Catatan biasa sahaja,
untuk renungan kita sesama kita
3hb, Januari, 2011 jam 12 malam hari.







50 ulasan:

  1. BERSAMBUNG. Bab 5/ siri 2 Oleh Nurimanja PK..2002
    BAB 5/SIRI2

    Aziz pula jadi Polis Kawalan Khas sempadan di Sungai Siput Hamzah pula jadi Tukang Kebun di SRK Ejok , Selama, Perak .Abd Hajar kawin dengan orang Kampung Besar Bandar Baru Kedah, kerja sebagai Drever Lory. Mat Asari jadi Guru Agama di Berunai Darus Salam , setelah dia gagal mendapatkan kerja di Malaysia kerana gagal SRP. tetapi gajinya lebeh besar dari guru agama di Malaysia. Boleh 3 atau 4 ribu sebulan.

    Waktu di pondok Aziz dan Hamzah selalu saja kena marah dengan Aruah Ustaz Idris ,mudir sekolah SMW kerana tidak pergi solat subuh, duduk dalam pondok, tidak masuk kelas, buat surat cinta, kacau pelajar perempuan, semuanya kena marah, yang anehnya orang lain semua berulang alek dari rumah ke sekolah.

    Cuma kami berlima sahaja tinggal di pondok itu kerana pondok usang itu tinggal lima buah saja, dan kebetulan kami tinggal jauh dari sekolah. Pagi aku belajar selang seli Agama dan Akedemik, sebelah malam kebetulan Masjid Tanjung Piandang itu di tepi sekolah kami.

    Di sebelah malam ada saja orang alim dan ustaz-ustaz baca kitab aku ambil kesempatan untuk turut mendengarnya , aku selalu membawa buku catatan, dari Ilmu usuludin ,ilmu Fekah, ilmu Tasauf, Tafsir Al Quran dan Al Hadis. Dari sinilah aku mula cintakan agama dan berminat dengannya.lalu mencatat apa saya yang benar dan shahih.

    Aku maseh ingat jasa mereka yang mengajar aku, Ustaz Ideris, Ustaz Haji Lebai Noh, Ustaz Haji Mat Ketam, Ustaz Sabran, Ustaz Zakaria, Ustaz Ramli, Ustaz Man, Ustaz Saad, Ustaz Salleh,Ustaz isa dan Ustaz Abdullah, Cikgu yang mengajar akedemik Cikgu Halim, Cikgu Mahmud, Cikgu Hamid, Cikgu Ahmad, Cikgu Omar Dan dan Cikgu Mat Noor kadangkala beberapa orang tenaga pengajar dari UKM cuti semester datang membantu.
    Dari 80 orang calun nak dapat A cukup sakit zaman dulu, paling ramai semunya 5 atau 6 orang.

    Bukan main megah lagi kerana sekolah serba kekurangan, pereksa pun menumpang di bilik srk tanjung piandang. Dulu punya cerita.(jangan salah sangka tahun 1970an) Itu pun selepas dapat bantuan kerajaan negeri dan pusat , barulah nampak perubahan sadikit, harap duit zakat dan yuran tak seberapa, gaji guru pun RM80.00 sahaja. Sakit ikhlas mengajar kerana agama bangsa dan negara,
    saya juga pernah bantu mengajar di situ, sewa rumah sebulan cuma RM20.00 tinggal berapa, nasib naik basikal.

    SAMBUNG ESOK.

    BalasPadam
  2. ni sajak jalal kirim di komp sy


    SETIAP DETIK

    setiap ucapan terima kasih,
    setiap pelukan erat,
    setiap senyuman terukir garis,
    setiap satunya diberi hari ini,
    supaya esok kalau
    sudah tak ada kesempatan,
    setidaknya uhari ini sudah.
    hujan bawa segala sepi
    hujan yang meneman sang sendiri
    hujan bawa aku ke sebelah pelangi
    agar ku dapat
    bertemu lagi sang matahari.
    sekarang kurapuh tapi aku gagahkan
    dingin cuba aku hangatkan
    biar pun dijeling orang dicemuh
    di maki oleh sahabat asyar
    tapi aku sudah mohon maaf
    kalau aku tiada lagi disini
    aku mahu atikah ganti blog ini kerana dia mungkin akan satukan
    yang hampir berkecai terbelah

    Jalal Rafzee
    sajak untuk semua sahabat di office dan ahli citra rasa dan terutamanya en nuri maafkan sy kalau sy tiada lagi

    BalasPadam
  3. MULUT

    mulut-mulut munggil bisu
    dari segaris dua senyum
    di tengah hingar pesta
    bersama mata yang membuta
    tak melihat bintang angkasa
    bisu buta ada angin menderu
    perlahan tapi melayangkan
    bahasa-bahasa sayang hilang
    rasa hati sememangnya pembunuh
    penawar dalam diam luka menyembuh
    luka lain berdarah
    ketamakan rasa kepuasan diri
    kalaulah takdir di tangan sekarang
    biar jangan datang.
    biar jangan cari.
    biar jangan kejar.
    apa tertulis jadi milik hakiki.
    apa yang tidak akan terbang
    merentas pelangi.noktah.


    Raja Muda
    sajak simbolik utk qalam harap qalam thu maksudnya

    BalasPadam
  4. SEDIA

    Dunia,aku sudah sedia.
    bentangkan cabaranmu,
    aku siap untuk menangis dan ketawa.
    Darah yang kau rasakan muda
    sebenarnya perlahan menjadi dewasa.
    Bukan beluncas menjadi rerama
    tapi aku masih mampu terbang juga.
    Percayalah dunia aku berkobar dan semangatku membakar.
    aku kini memecut
    bukan lagi menghinjut.
    Dunia,aku,sesungguhnya sudah sedia.


    Ustaz Sahzan
    sajak simbolik buat qalam

    BalasPadam
  5. MALU

    Serba serbi malu
    Malu nak makan
    Biar perut berdendang
    Malu nak tanya
    Sesat entah ke mana
    Malu nak bersuara
    Jadi kera sumbang
    Malu nak berkawan
    Mati sorang sorang
    Malu tak bertempat
    Tapi tak malu pulak
    Barang orang habis dirembat
    Tonggang arak lintang pukang
    Heroin syabu jadi mainan
    Usung betina siang malam
    Malu pada manusia
    Tak malu pada tuhan....

    Sulaiman Embong
    sajak isu semasa

    BalasPadam
  6. Inilah agenda yang dirancang oleh saseorang untuk menyingkirkan saseorang. Nasib anda sama dengan anj (aku niat jihat) yang menulis atas kebenaran , tetapi yang paling seronok sebab dua orang tu dia keluar, bukan en nuri buang. Mereka kata kalau disitu ada harimau jangan didekati. Mereka yang nak berhenti tarik diri. tuhan saja yang tahu. Syabas anda seorang muslim jati, kerana suka minta maaf sama ada salah atau benar. Allah lebih suka kepada orang yang suka meminta maaf daria menyombong diri menabit dada. Dulu pun dia hamper nak pi . kini lupa diri. Sabar itu separuh daripada Iman, CR tetap bersamamu. Tentang Nur Atikah, kita minta zainal minta suara ramai ahli CR menentukannya. En nuri jarang buka blog ini, kami buat keja. Aku Cuma masuk sekali sekala. Lepas ini kena hari-hari. Maaf jalan aku nak ulas banyak lagi. Aku pun tak tahu apa. Main hentam saja.

    BalasPadam
  7. Maaf Tuanku Raja Muda saya sekadar penganti sementara qalam. Dia kurang sihat dan en nuri meminta saya cuba membicara. Dulu memang saya minat puisi, kini dah lama, bertukar minat pada ulasan sukan pula. (tapi banyak orang marah dekat saya) tetapi Alhamdullah, ternyata apa yang saya buat andaian menjadi juga. En nuri minta buat Ulasan pendek saja. Cari maksud cukup. Mulut ini biasa dalamnya ada lidah. Yang selalu buat orang harubiru. Rasa masam, manis, pedas, pahit , masim, kelat dlln. Mulut saya dulu pun macam itu juga. Masa anak muda dulu suka lepas cakap. Sorry, kalau tak betul. Apa-apa pun sampai hari ini saya duk pening Tuanku Raja Muda ini Memang berjiwa rakyat sejuta dalam satu. Maaf jika tak kena ulasan.

    BalasPadam
  8. Maaf ustaz sahzan , saya x berapa pandai pasal agama. Sajak SEDIA rasa nak pergi gempur ke? Macam nak pi perang pilihanraya umum. Aku dulu bukan tak suka kat Kerajaan , Cuma undi protes, tu depa menang. La ni dak . Aku pun dibesar dengan wang subsidi kerajaan. dari mengandung sampai aku belajar. Harap maaf no kut-kut tak kena ulasan ni.main tangkap muat.

    BalasPadam
  9. Ini Sulaiman Embong sajak MALU. La ni memang orang banyak muka tak tahu malu. Depa kata iman tak nipis. Tebalik ayam dan kambing pula jadi malu. Dulu depa duk tenguk ayam dan kambing lepas geram di tengah jalan. La ni manusia pula tiru. Hai depa ni nampaknya tak takut dekat tuhan. Maaf no saya ulas pendek saja. Kalau panjang bos marah, macam Qalam, dia tak pa la pandai baca hati orang. Aku ini nak
    Baca hati orang hati aku pun tonggang terbalik. Aduh , maaf ya!

    BalasPadam
  10. eh! mana qalam? kenapa qalam xde?

    BalasPadam
  11. eh! viger ni sapa plak? kenapa qalam menghilang?

    BalasPadam
  12. qalam dh xde? pegi mana? kenapa qalam xde??

    BalasPadam
  13. mana qalam? kenapa qalam xde?

    BalasPadam
  14. kenapa en nuri terbit jgk sajak keldai 4 ekor ni?

    BalasPadam
  15. jahanam punya qulbai! rupanya dalam chatbox dia pnya angkara!

    BalasPadam
  16. Saya merayu di sini jgnlah en nuri buang qalam,guest door dan suara bebas? wlpn sy mmg bercadang nk ambil qalam keja dgn sy tp sy hormat qalam perkeja en nuri harap qalam kembali mengulas sajak... sy merayu kpd en nuri dan kaki tangan yg lain bukan sy x suka viger mengulas tp viger x sehebat qalam.... kalau en nuri nk sy buang qulbai dan sufian bru qalam dan yg lain2 dtg sy sggup lakukan

    BalasPadam
  17. mana qalam? saya dtg selalu di blog ni sbb qalam sbb respek cara dia mengulas....

    BalasPadam
  18. qalam dh xde? aku pun jdi malas nk buat sajak... sedih2..

    BalasPadam
  19. di mana qalam? msti qulbai pnya angkara dia berhenti? esok kena buat surat momorundum utk merayu kembalikan semula qalam....

    BalasPadam
  20. viger ni ulas mcm main2 jer?? kami nk qalam!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  21. qalam dh xde? ni msti sbb qulbai pnya sbb! siap la esok mampus ko qulbai!

    BalasPadam
  22. eh! sekali aku smish qalam tunduk ke? trus lari mnghilang... hahaha mmg kita menang allahuakbar!! dalam chatbox byk marah aku? klu korg berani pukul aku esok kat ofis siap aku pakai bomoh siap sorg2 ni..

    BalasPadam
  23. dalam chatbox xleh tulis aku masuk kat sini la... ni smua kecoh2 kenapa? takut ke? korg ni lebih2 plak en nuri sndiri x kata apa? hahaha tu la sokong org yg salah lagi...

    BalasPadam
  24. qalam lari plak? malu ke nk ulas sajak politik? nampak sgt pilih kasih sajak hentam pembangkang ulas? bila kami hentam balik kenapa takut nk ulas???

    BalasPadam
  25. qalam2 berlakulah adil jgn nk ulas sajak hentam pembangkang bila dapat sajak yg hentam kerajaan ulas la jgk... bru la adil? nampk sgt qalam berat sebelah

    BalasPadam
  26. di mana qalam? jom semua kita boikot qulbai!!!!

    BalasPadam
  27. nampaknya dalam chatbox ustaz zaidi dan berpaling tadah? apa puna kolot pemikiran ustaz zaidi qalam x boleh ulas sajak dia terus dia kluar puak kita... pegecut

    BalasPadam
  28. sedih tgk semua kenalan sy di surau smua org bulan patutlah sy ajak smbhyg mereka xmhu bila sy hbis smbhyg mereka smbyg mereka punya puak... sy di pulaukan sbb sy baik dgn jalal...

    BalasPadam
  29. Ustaz Rusidi Tajudin7 Januari 2011 pada 2:08 PG

    apalah jd dgn ustaz zaidi ni? terpegaruh dgn kata palsu qalam konon2 x reti nk ulas sajak padahal saja nk uji je nk pancing org kita

    BalasPadam
  30. skrg bru aku thu mana berlian dan mana kaca... qulbai harap maaf aku kluar puak engkau!!!

    BalasPadam
  31. nampknya yg paling berjaya mat asari la keje di brunei

    BalasPadam
  32. semua nampaknya lari dari kos di ambil xjd pun guru agama... hehe

    BalasPadam
  33. yg paling sedih hamzah la jd tukang kebun jer..

    BalasPadam
  34. ni kisah sebenar en nuri ke atau en nuri reka saja?

    BalasPadam
  35. patulah aziz jd polis sbb masa skola dia ribut

    BalasPadam
  36. aziz? nama saya pun ada jgk rupanya dpt jgk tumpang toi... hehe

    BalasPadam
  37. semua kwn2 en nuri x jd guru agama mcm en nuri...

    BalasPadam
  38. kdg2 x semestinya skola agama kluar jd guru agama kdg2 jd lain

    BalasPadam
  39. ada 5 pondok je? kenapa sikit sgt?

    BalasPadam
  40. kacau perempuan? ada perempuan jgk ke skola pondok tu?

    BalasPadam
  41. Ilmu usuludin ,ilmu Fekah, ilmu Tasauf, Tafsir Al Quran dan Al Hadis apa bnda ni en nuri?

    BalasPadam
  42. en nuri sy cadang mau masuk islam tp perempuan kalau masuk islam kena potong jgk ke? sbb sy tnya qulbai dia kata kena potong tanya haji abkam dia kata xpasti tanya plak encik sanusi dia gelak2 saja malu nk jwb katanya sy tanya staff perempuan smua xthu...

    BalasPadam
  43. ustaz haji mat ketam pun ada? pelik nama...

    BalasPadam
  44. wah! en nuri ingat lagi smua org yg mengajar en nuri

    BalasPadam
  45. ingatkan zaman skrg patutlah rupanya zaman 70an

    BalasPadam
  46. sdih plak baca cerita en nuri sbb msa sy dulu skola pondok xlde la teruk mcm en nuri ni sbb smua serba moden

    BalasPadam
  47. smua guru2 en nuri ada lagi x skrg?

    BalasPadam
  48. wah! kuat ingatan nuri sy nama2 pelajar pun susah nk ingat

    BalasPadam
  49. sedih plak baca cerita en nuri sbb teringat masa sy skola pondok dulu

    BalasPadam
  50. skola pondok en nuri masih ada lagi x? atau dorg roboh dh tmpt tu

    BalasPadam