Sabtu, 29 Januari 2011

KITA PUN BAGAI DEDAUN





 Dulu,
kita yang merendang
dedaun menyungsung angin
menahan hujan dan panas
mencantikan rembunan pepohon
bagi mengindahkan di sebuah taman.

kini,
kita pun mulai gugur
satu-satu bagai dedaun layu
kerana terlalu tua dan kuning
lalu meninggalkan dahan dan ranting
melayang jatuh ke bumi kering dan reput.


Oleh: Nurimanja,
Lebuh Faquhar Penang,
catatan lagenda 13hb/03/1988.






50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA. Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 5


    Sepanjang malam itu tiga sekawan berjaga untuk mengitai jika ada sesiapa yang datang ke teratak Ali canon. sehingga ayam utan berkokok beberapa kali, sesekali di sahut pula dengan bunyi ketukan ular tedung sela betina memanggil jatan
    untuk mengawasi telurnya sementara dia mencari tikus hutan untuk makanannya, burung hantu malam juga sesekali cuba mencelah berbunyi bersahutan, mengajak kawan-kawannya mengitau mangsa di malam hari.

    Hampir ke hujung subuh, mereka melihat Ali canon bersila gaya orang sedang bertapa di hadaapan terataknya, dia tidak pun bergerak sejak tadi,Ilmu apa yang dituntut, siapa pula tuk gurunya di teangah hutan belantara ini? berbagai andaian bermain di benak kepala mereka bertiga. anih kata Adi cana. patut sewaktu siang dia tidur begitu nyenyak sekali, sehingga aku datng pun dia tidak sedari.

    Seketika mereka ternampak ada kelibat lembaga berpakaian serba putih tiba-tiba mencul di hadapan Ali canon. tangannya terdepan seperti memukau dan mengarahkan kuasa magiknya kepada Ali canon dengan jari telunjuknya. seketika nampak perempuan berambut panjang menhurai hingga ke pinggang, bergerak bagai tidak berpijak ke tanah, lalu masuk ke dalam
    teratak, kemudian diikuti oleh Ali canon bagai kena pukau lagaknya. mengikut tanpa membantah.

    Walaupun malam sudah menghampiri siang, mereka bertiga dapat mendengar bunyi mengilai ketawa seorang wanita di tengah-tengah hutan belantara. sesekali bulu roma mereka naik mengeremang berdiri hingga kepanggal tengkok, terasa juga rasanya mahu terkencing dan terberak, betis dan kaki juga bagai tidak mahu berdiri dengan betul. menggigil, berpeluh
    mengeletar tak tentu arah, rasa hendak lari seribu langkah, tetapi ternyata kaki jadi berat untuk melangkah.

    Ketiganya menjadi pucat dan lesi, kalau ditoreh muka semacam tidak berdarah, semua ilamu yang ada bagai hilang tidak dapat diguna, itu cuma baru dengar hilai ketawa, belum lagi bertemu dan bersua muka. ketiga-tiganya berpelukan menggigil tidak terkira, malah tidak dapat berkata sepatah kata. Apa yang mereka rasa seluar mereka bertiga sudah basah , gara-gara
    ketakutan yang amat sangat lalu terkutil air kencing di dalam seluar.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. ANAK HARAM

    siapa nama ibumu
    aminah ibuku
    siapa nama bapamu
    tunduk kepala
    di mana bapamu
    geleng kepala siapa bapamu
    tidak tahu status tidak berkenaan
    kasihan anak haram rupanya
    siapa yang salah
    salah si ibu percaya cinta sejati
    habis tergadai diri
    salah si ayah turut jejak nafsu
    turut langkah syaitan
    lupa pada tuhan
    lupa pada agama
    lupakan akal dan si anak kecil
    terus derita…


    Eddy Capil
    peristiwa berlaku di hadapan ofis saya apabila melihat anak2 kecil merayau2 pada waktu malam

    BalasPadam
  3. AKU TAK TAKUT KECUALI DIA

    siapa kata aku takut
    di segenap pembuluh darahku
    mengalir darah perwira sejati
    darah pejuang bangsa mat kilau
    aku pantang dicabar
    pasti kutentang biar berhabis
    pasti kugenggam jelma arang
    pasti kucincang sampai lumat
    pasti kuserbu bagai peluru
    pasti kutongkah walau rebah
    pasti kukerah sampai lelah
    walau nyawa jadi taruhan
    walau tubuh bermandi darah
    pasti kutelan sampai sisa
    namun jika Dia lawanku
    aku menyerah begitu sahaja
    pasti tiada terlawan Dia tuhanku aku pasti tunduk menyerah


    Hambali Maliki
    sajak ketuhanan utk sayembara

    BalasPadam
  4. DUNIA LELAKI MUSAFIR

    antara resah dan harapan
    hari ini aku pergi lagi
    sebagai musafir.
    terima kasih kerana kasihmu
    terus mendindingkan kesabaran
    untuk kuulangi kepergian ini.
    antara jarak dan waktu
    ku hadap penuh hiba
    kerana dewasa tidak bertempat.
    langit dan udara tetap berubah
    kerana akulah lelaki musafir
    untuk membina hidup yang payah.
    berulang pergi begini
    membesarkan aku pengalaman baru
    dunia lelaki dunia musafir.
    sekuat mana mampu ku teruskan.


    Abdullah Gadafi
    sajak tentang kenangan waktu dulu

    BalasPadam
  5. MENTARI HAPUSKAN AKU

    Semalam aku tidur
    di hidangkan mimpi pelangi
    Beralaskan kain putih
    berselimut salju
    Kawanan si Rama-rama berterbangan mengelilingi seluruh tubuhku
    Santapan terindah pernah aku miliki
    Siang melabuhkan sang mentari
    Bahangnya semakin terik
    aku kepanasan
    Cahayanya semakin terang
    memecah pandangan
    Aku kehausan mataku kemerahan
    Aku bangun lari mengejar waktu
    Aku berdiri menggenggam rindu
    Aku duduk memohon cinta
    Aku sujud mengenang Bahagia
    Lalu aku mati kerana
    mentari itu ingin menghapuskan aku.


    Nur Atikah
    sajak berunsur simbolik sedikit saya buat semasa terlantar demam

    BalasPadam
  6. Begitulah kehidupan dini hari anak-anak jadi liar dan terbiar, angkara ibu bapak yang
    telah runtuh akhlak dan moral, ajaran agama dipandang sepi, hidupnya mengikut kata hati, Jika ada parti mengatakan, siapa tidak menyukungnya tinggal dizaman jahiliah, Eloklah nik Aziz renung disekelilinginya, jangan selalu terperangkap dengan petua sendiri. Lihat genderasi terkini ramai yang seperti kembali dizaman jahiliah. Kena tidak pergi berdakwah? Jangan wanita tak pakai tudung dimarah diserapah, sedangkan calun wanita WR pas bersalam dengan bukan muhram dibenarkan pula, inikah petua memperjuangan menegak Islam, atau cuba bertopingkan Islam. (TB)

    BalasPadam
  7. Sajak berlunaskan aqidah bukan menegakan siapa yang betul atau yang salah. Syabas! Ada memelih jalan tengah dan leluhur seperti ahli tabligh India muslim demi pisapililah. Harap orang yang ramai pakai ketayap putih ini ambil perhatian, jangan berjuang guna label Islam tetapi cuba memutar belikkan keadaan, hari cukup ternyata, bagai ular bisa yang kena palu, tiap kali bercakap pasti kena bidas seperti kena palu. Ini pertanda menunggu hari-hari kejatuhanmu. (TU)

    BalasPadam
  8. Benarlah kita hidup di dunia fana ini sebagai seorang musafir kelana, kita datang atau dilahirkan daripadaNya dan terlontar di dunia ini untuk menilai kehidupan yang sebenar, pilihlah arah tuju mana hendak dilalui. Miskin atau kaya semuanya ujian semata untuk menilai keimanan kita. Tetapi hari ini ramai yang kecundang, tidak kira orang alim atau jahil kerana hidup memerlukan kedudukan pangkat dan harta, semuanya telah menjadi gila. Dan mabuk kuasa. Fitnah dan tohmah mrenjadi amalan dan kemenangan total buat mereka. (U)

    BalasPadam
  9. Bila keadaan suhu badan melangkaui normal, ternyata berbagai mimpi dan fantasyakan menjelma dan menguasai alam minda kita, lebih parah lagi jika berada dibawah sedar dan tidak terjaga , kekadang lebih melalut lagi anda akan Nampak alam syurga dan pintu neraka. Kekadanga ada baiknya juga, kalau seorang yang jauh dengan tuhannya , akan kembali sedar dan ingat akan kekuasaanNya. Jangan fakir sedap bercakap kempen sana kempen sini , malaikat sedang mencatat tanpa disedari.
    Inilah ahli-ahli parti pilitik yang amat dikesali. (B)

    BalasPadam
  10. ular betina panggil jantan mcm mana tu???

    BalasPadam
  11. sggup dorg berjaga sampai pagi!!!

    BalasPadam
  12. x mangantuk ke berjaga sepanjang malam?

    BalasPadam
  13. semua bunyi binatang kedengaran?

    BalasPadam
  14. eh! agaknya mcm mana la bunyi smua bintanag tu?

    BalasPadam
  15. nyamuk x gigit ke dorg berjaga sepanjang malam tu?

    BalasPadam
  16. ali canon menuntu ilmu kebal ker?

    BalasPadam
  17. tinggi ilmu dia jd patung je sapanjangaa malam?

    BalasPadam
  18. rasanya lelaki yg bertapa tu bukan ali canon la

    BalasPadam
  19. eh! ada lembaga pukau ali canon!!!!

    BalasPadam
  20. siap main pukau plak? bahaya ni

    BalasPadam
  21. jahat jgk hantu tu siap pukau ali conan lagi!!!

    BalasPadam
  22. rambut panjang? sah pontianak la tu

    BalasPadam
  23. langsuir pun ada power nak pukau manusia...

    BalasPadam
  24. ni msti ali canon lemah pegangan agama sbb tu langsuir tu boleh pukau

    BalasPadam
  25. guna jari telunjuk je boleh pulau ali canon?

    BalasPadam
  26. alamak! seram sy kena pukau plak? kebetulan semalam sy mimpi langsuir jgk bgun bulu roma meremang jer...

    BalasPadam
  27. LANGSUIR PUN PANDAI GUNA PUKAU MINDA BAWAH SEDAR?

    BalasPadam
  28. selalunya mmg langsuir ni suka kacao org yg tinggal bersendirian

    BalasPadam
  29. tgh2 malam pun ada pmpuan mengilai mcm en nuri kena dulu msa nak tikam udang dgr org mengilai...

    BalasPadam
  30. penakut jgk dorg ni ingatkan berani sgt sbb tunggu sampai subuh

    BalasPadam
  31. huh! mmg x thu nak buat apa kalau dgr org mengilai tgh2 malam ni sbb nk lari pun smua gelap?

    BalasPadam
  32. nampaknya dorg ni mmg x boleh lari la kena statik sbb nak menyorok kat mana lagi?

    BalasPadam
  33. eh! ingatkan dorg ni berani sbb cucu guru silat tapi penakut jgk? hahaha

    BalasPadam
  34. mmg menyeramkanlah kalau dgr org mengilai tgh2 malam ni

    BalasPadam
  35. kalau dgr org mengilai kat flat aku x tkut sbb kdg2 bdk2 kutu ratau yg ketawa besar? ni kat tgh hutan!! berderau jgk darah

    BalasPadam
  36. dorg ni xkn x lari??? berdiri tegak macam tu je ker?

    BalasPadam
  37. mngkin ada org gila kot dlm hutan tu? xnk pikir negetif... heheh

    BalasPadam
  38. mengilai2 ni yg meremang bulu roma baca ni

    BalasPadam
  39. dorg x azan ke tgh2 hutan tu?

    BalasPadam
  40. kenapa x baca ayat kursi jer...

    BalasPadam
  41. sepatutnya bawa la sorg ustaz dgn dorg bahaya dorg bertiga semua panakut!

    BalasPadam
  42. langsuir tu perasan x kehadiran dorg kat situ en nuri?

    BalasPadam
  43. dorg ni x lari lintang pukang ke? kalau aku x cukup tanah lari

    BalasPadam
  44. bahaya jgk dorg ni menyorok2 takut akhirnya hantu tu thu jgk

    BalasPadam
  45. kalau pontianak tu jmpa dorg? hbis la

    BalasPadam
  46. pontianak tu akhir sekali sedar x dorg mengintip?

    BalasPadam
  47. x boleh tidor la malam ni seram baca cerpen ni

    BalasPadam
  48. harap2 malam ni x bermimpi seram! takut cerpen en nuri ni

    BalasPadam
  49. kalah cerita ngangkung dan khurafat sbb cerita en nuri lagi seram!

    BalasPadam
  50. rasanya langusir tu thu la dorg ada sbb tu dia mengilai sbb nk takutkan dorg

    BalasPadam