Sabtu, 15 Januari 2011

KISAH SEORANG ANAK MUDA WARAK






Di sebuah kedai gunting orang salap (biasa)
masuklah  seorang anak muda yang warak
ingin mengunting rambu kerana beribadah
dilihatnya tanda harga kemudian  bertanya
"Tidakkah boleh dikurangkan lagi harganya?"
jawab tukang gunting dengan nada selamba
"Jangalah berkira sangat dalam kerja ibadat,"
waktu dia bersedia duduk untuk mengunting
pemuda itu memusing kerusi tempat duduk,
"Mengadap tidak arah kiblat bukankah sunat,"
Pemuda itu terus terdiam terasa terkena lagi.
tukang gunting melihat pemuda itu terdiam
"Betapa ruginya anda selama ini berdiam diri,
bertasbihlah atau berzikir dapat juga pahala..."
wah pemuda warak itu terasa dia terkena lagi
sewaktu bayar wang upah  terus saja pergi.
ada baik solat sunat dua rakaat tanda syukur
yang anda selama ini tidak pernah bercukur.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan ceramah bebas,
tanggal 27/7/1977.





50 ulasan:

  1. BAB 7 siri 43 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

    Agak kekok juga aku, bila berada di rumah batu seperti banglo bergembar dua tingkat, maklum aku seorang anak muda dari kampung yang terpencil dari kebisingan enjen keretatetapi disebabkan pengalaman merantau dan dari pengalaman kehidupan aku berniaga di pekan kecil Bagan Serai,biasa tinggal di asarama Al mashoor Pulau Piang, aku dapat mengatasi masaalah kekok itu. isteri cuma sebagai kerani kecil di syarikat Hosni bus Esores , gaji tak seberapa , kerja teruk dari pagi sampai ke malam , akhirnya pohon berhenti.jadi suri rumah sepenuh masa.

    Tambah pula aku pula maseh lagi guru sementara terlatih yang belum dilantik, membuat aku menerima gaji yang maseh kecil ketika itu RM450.00 setiap bulan.Aku juga tiada kereta atau motosikal , malah lesen kereta atau motosikal pun tak ada, cukup susah aku rasa bila nanti isteri ada anak, aku berazam untuk membeli sebiji kereta terpakai berharga RM4,000 Mazda BAM 818 , 1000 CC daripada Pak Din, Seorang Pesara, di kampung Jana ,Kemunting, Taiping Perak melalui abang ipar aku Ismail Jaya.

    Aku beli kereta ini pun sebab aku lihat Ba agak susah hendak pergi ke hospital berulang alik kerana tiada kenderaan untuk menapatkan rawatan injinsin penyakit batuk kering TB.nya, pernah satu hari aku tengok Ba macam orang menagis susah nak naik bus, waktu balik , Pak majid pula hantar dengan Lamberetanya, susah aku tengok macam ini bila sudah tua anak lelaki pula tidak ada, siapa lagi nak tolong , akulah yang sepatutnya sebagai menantunya.

    Mujurlah kebetulan sewaktu aku pulang bertugas di Serawak aku dapat sadikit duit tugasan seberang laut , aku cuma kelim RM4,000 sahaja, yang peliknya macam mana kawan-kawan aku boleh kelem sepuluh hingga sebelas ribu.setengahnya takut pula nak makan, aku tak faham Malah waktu aku kelem pindah rumah baru dari Pulau Pinang ke Perak pun aku kelem RM200.00, selepas beberapa minggu surat itu datang balik dan meminta aku tambah lagi, aku sewa lory Rm 200.00 aku kelem banyak itu jugalah, bila kelem perpindahan datang aku diberinya RM400.00, mereka kata aku betul bentul.Sebenarnya aku pun boleh menipu, kalau aku mahu, tetapi aku tak mahu hidup dengan duit tak berkat, dalam aku tak menipu pun aku sering juga kena tipu, aku pegang prensip biar orang perkena kita , jangan kita perkena orang.

    BERSAMBUNG. (B)

    BalasPadam
  2. KU BINA TEMBOK INI

    aku binakan tembok ini
    menjauhkan antara kita
    biar tak ada yang menjangkau
    biar tak ada yang mendapat
    biar antara kita jauh
    biar dari ketinggian ini
    akanku bisa melihat pantai damai
    akanku bisa menghirup bayu laut
    akanku bisa mendengar lagu ombak
    akanku bisa merenung biru air-nya
    aku biarkan engkau
    bersama kuda-kuda mu
    memalingkan dari keintiman biasa
    biar tak terhantar aroma-aroma biasa antara kita
    biar buat seketika kita bernafas
    biar sekejap kita adalah siapa kita
    aku binakan tembok-tembok
    sebagai pilihan akhir.


    Camelia Jumbagat
    sajak utk sayambera

    BalasPadam
  3. JASAD DAN JIWA

    hadirkan jasad dan jiwa
    ke udara dalam segala kelam kabut
    hiruk pikuk semua yang menyerabut
    terbangkan segala apa ada
    dari daerah ini untuk dia pinjam
    sekadar biar dia berteguh
    dengan pasak yang masih tersisa
    teguhnya hampir roboh
    simpankan sedikit saja lagi
    sebelum sampai ke depan
    sabarkan sebentar aku datang

    Haji Masqur
    sajak utk di pertandingkan

    BalasPadam
  4. MOGA KAU MENGERTI

    apakah kau sudah lupa
    atau sengaja jadi pelupa
    buat-buat lupa
    masih kuingat saat itu
    saat kau datang padaku
    buatku rasa terharu
    dengan lagak tak ubah
    bagai laki hilang bini
    mengiau bagai kucing kelaparan
    di waktu itu tanganku
    cepat menyeluk poket
    hulurkan helaian masih keras
    masih berbau haruman bank
    kau beratus kali ucap tengkiu
    akulah sahabat dunia akhirat
    dan kini setelah poketmu tebal
    kau buat muka seposen
    dua ratus usunglah kau sepuasnya
    di akhirat sana


    Ustaz Hisyam
    terima cabaran saufi utk sayembara

    BalasPadam
  5. MATI SORANG

    Terasa ruang makin besar.
    Dan sunyi Sunyi sepi.
    Tapi serabut ramai hilang,
    aku tak peduli Jika tidak,
    aku lah yang mati.
    Air kosong makin jernih.
    Bersih,makin putih.
    Tanpa sedikit kotor.
    Tanpa setitis lumpur.
    Tanpa debu-debu kapur.
    Pulang lah kau,jangan.!
    Nanti aku terus mati
    Pernah dulu aku takut
    Bersendiri mesti berteman
    Ke mana pun pergi.
    Tapi semalam ustaz cakap,
    Bila mati nanti kita sendiri
    Betullah tu hari ini
    Aku mesti biasakan diri
    Untuk sendiri-sendiri
    Jadi kalau esok aku mati,
    aku dah tak takut lagi.


    Hambali Maliki
    sajak kenangan masa skolah dulu utk sayembara

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    KU BINA TEMBUK INI sajak Camelia Jumbagat penceritaannya bagai ingin menjaga perhubungan kemesraan agar jangan terlalu item atau sering bersua, biarkan
    Berada di dalam jarak yang sepatutnya, agar terhendar dari godaan iblis yang mengoda. Jadi binting iman ini patut dijaga sebagai tembuk memelihara si penulis dengan si dia mungkin menjadi bfnya. Sebenarnya kemesraan lebih abadi dari ada tembuk atau sekatan sementara yang diminta dijaga oleh adat dan keluarga juga agama kita. Amin. (B)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    JASAD DAN JIWA oleh Haji Masqur Pengucapannya bagai kabur, walaupun bayangannya agak samar dan mengelirukan. Pada dasarnya penceritaan tentang kehidupan yang kita pinjam sementara ini, Si penulis cuba mengingatkan agar buangkan segala kelam kabut, hiruk pikut dan semuanya yang agak berserabut dari hati dan jiwa ini. Biar kosong sadikit dalam perjalan hidup yang berbaki ini atau yang sudah tua tinggal sadikit saja lagi. Cukuplah sekadar kita memikirkan lebih hal-hal bagi persediaan kita ke sana negeri akhirat, dari melebihkan halduniawi ini. Amin.(TU)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    MOGA KAU MENGERTI oleh Ustaz Hisyam. Penceritaannya bagaiingin mengingatkan sesaorang yang mungkin sudah lupa atau buat lupa. Bila dalam keseksakan ingin memimjam tetapi bila sudah terlepas sesak liat pula untuk membanyarnya semula. Tetapi dia lupa di akhirat nanti dia kena bawa utang dan si piutangnya. Masa itu wang tidak berharga lagi, Cuma amalan yang ada sebagai ganti. Lalu jadi moflislah kita di akhirat nanti, jika utang kita ramai hingga 10 atau 20 orang. Tersangkutlah kita di pintu Syura tak dapat masuk kerana utang belum selesai. Perlu ambil perhatiian, Amin. (U)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    MATI SEORANG sajak oleh Hambali maliki pernah jaga blog CR ini dulu seminggu. Pengucapannya berkisar tentang kehidupan dan kematian. Pada mulanya semasa kita
    Kecil sebelum dewasa. Hati selalu kecut dan takut cerita kematian. Malah duduk di tempat yang gelam pun takut, harapkan teman, ibu ayah atau siapa saja keluarga. Tapi setelah dewasa kita mula mengenal erti kematian dari melihat pengelaman orang yang meninggal. Cuma hari ini kena buat persedian selalu bersendirian, kerana mati seorang itu akan bersendirian ke liang lahat nanti. Amin. (TB)

    BalasPadam
  10. eh! isteri en nuri org putih pun keje sebagai kerani?

    BalasPadam
  11. keje kerani pun gaji kecik ker

    BalasPadam
  12. keje kerani bank ke?

    BalasPadam
  13. Bam 818? wah! itu nombor manyak ong oh! cina kata kaya bertambah kaya susah mau dapat nombor keleta itu macam manyak untung en nuli...

    BalasPadam
  14. 4000 murahnyer!!! kalau aku beli 3 biji pun boleh... hehe

    BalasPadam
  15. ismail jaya abang ipar en nuri ker? mcm pnh dgr saja nama dia

    BalasPadam
  16. ba ni sapa plak?

    BalasPadam
  17. TB penyakit apa plak tu?

    BalasPadam
  18. penyakit TB? bahaya kalau x dirawat tu

    BalasPadam
  19. eh! isteri en nuri anak tunggal ker??

    BalasPadam
  20. eh! kalau x salah sy ba yang halau en nuri dari rumah dulu kan? yang en nuri nk tumpang sembhyng dulu

    BalasPadam
  21. eh! agak lambat en nuri baru nk beli kereta zaman skrg belum jd cikgu keret msti ada 1... hehe

    BalasPadam
  22. susah xde transport kenapa en nuri ambik masa yg lama bru nk beli?

    BalasPadam
  23. mazda? kereta macam mana tu? xpnh dgr plak...

    BalasPadam
  24. mahal jgk 4000 kereta mazda tu...

    BalasPadam
  25. kereta second hand ke 4000 en nuri? mahal jgk sy dulu beli 2500 jer..

    BalasPadam
  26. huh! dia jual mahal jgk kalau ambik dari kedai boleh la 4000...

    BalasPadam
  27. eh! nama saya pun ada jugak dalam cerpen ni? sekali sekala tumpang toi...

    BalasPadam
  28. xkn xde anak laki ba tu?

    BalasPadam
  29. eh! isteri en nuri ni berapa adik beradik?

    BalasPadam
  30. huh! gila apa sampai berbelas ribu dorg claim!

    BalasPadam
  31. sikit sangat en nuri claim sy dulu masa di johor sy clain dalam 10 000 jugak masa tu muda x thu apa lagi skrg bila pilir semula rasa mcm menipu plak?

    BalasPadam
  32. hehehe en nuri betul sgt la sy dulu claim pun 10 000 ke atas jgk.. hehehe

    BalasPadam
  33. BETOL APA YG DIKATAKAN OLEH EN NURI SAYA PUN MACAM TU JGK MASA DARI PENANG KE PAHANG NI KALAU NAK CLAIM BIAR LOGIK....

    BalasPadam
  34. minta maaf tp en nuri ni betul la kalau sy la> sy msti claim 10 000!

    BalasPadam
  35. kenapa sikit sgt en nuri claim? bukan duit kita en nuri? kerajaan yg pnya kalau sy sah ambik lebih lagi...

    BalasPadam
  36. 400 nak makan apa? duit minyak pun x lepas kenapa x claim 5000 ke atas...

    BalasPadam
  37. la... sikit betol en nuri claim? mcm x claim je...

    BalasPadam
  38. 200 je en nuri claim? duit belanja cukup la lain2 kena pakai duit sndiri la nampaknya

    BalasPadam
  39. mcm mana en nuri nk sara hidup sbb sikit sgt en nuri minta tu

    BalasPadam
  40. batuk kering pun ada injection ke? ingatkan dia bagi ubat biji jer..

    BalasPadam
  41. mahal jgk kereta terpakai pun 4 ribu?

    BalasPadam
  42. kesian plak sy baca kisah hidup en nuri sbb en nuri betol sgt

    BalasPadam
  43. kalau sy jd pegawai tu sy tambah lagi 2000 sbb en nuri claim terlampau sikit

    BalasPadam
  44. claim tu bnda apa en nuri?

    BalasPadam
  45. eh! cerita kat sarawak dah hbis ker?

    BalasPadam
  46. panjang jgk cerpen kali ni

    BalasPadam
  47. eh! en nuri bila kwin? sbb semalam bru jmpa jodoh skrg dh kwin plak??

    BalasPadam
  48. eh! en nuri x cerita pun pasal tunang ke? pasal bercinta dgn isteri ke?

    BalasPadam
  49. seronok plak baca cerita en nuri rasa mcm sy pun ada sekali dalam cerita en nuri ni...

    BalasPadam
  50. buat novel cerita en nuri ni mesti menarik

    BalasPadam