Ahad, 16 Januari 2011

KEMBALI KE HUTAN



sajak kategori orang tan sri.

 
Kembalikan hutan itu
kepada keindahannya
kepada ketenangannya
kepada kedamaiannya
kepada flora faunanya.
Jangan biarkan
putik bunganya gugur
rimbun daunnya bertabur
hijau pohon rebah ke tanah
haiwan unggas mati berdarah.
Kembalikanlah
akar itu kepada buminya
pusaka itu kepada warisannya
sejarah itu kepada tanah airnya
kebebasan itu warga rimbanya.

 
Oleh:TAN SRI YUNUS
di hutan Pahang ketika melawat disana bersama kawan
tanpa tarikh. terbit semula 14/01/2011




50 ulasan:

  1. SAMBUNG.

    SAYA CADANG NAK DEBAT DENGAN TUAN HAJI GHAMIDI. TENGOK MUDA DIA TAK SAMPAI HATI. RASA MACAM PM NAJIB TAK MAHU LAWAN DEBAT DENGAN PAK LONG DIA.


    -Kalau tuan haji Ghamidi benar, kenapa ramai yang lari? kerna
    mereka hati terbuka, pertunjuk akan cepat masuk, dan dapat
    menilai mungkar dan makrup. Ini yang membuat ramai orang pas
    sendiri pakai songkok hitam, sebab keimana bukan letak pada
    songkok atau pun serban. Mereka ini semacam harimau terluka.
    Yang pelik di mana saja takbir,
    berastakfar nampak semacam tak ada.

    Zaman saya kecil dulu, saya ingat serban pak haji orang alim,
    cuim tangan salam, bila dewasa sikit, saya lihat mereka lebih
    miyang, khawin dua tiga, gelaran Pak Haji, patutlah P. Ramlee
    buat filem labu labi,ada sendirian tajam dalam ketawa. jangan buat tak tahu. (walaupun bukan semua)

    -Itulah cerita bila kita suka saman orang, sesekali jangan
    susah hati, bila orang pula saman kita. Ini budaya negara jiran yang mengajar mereka. Sebab itu pembangkang di seberang tak boleh angkat muka, kini laptop mereka pun
    disekat dan dipantau pula. silap sikit saman, sebab mereka ini pemerentah, putar ikut mana pun menang. kena denda lalu ratus juta
    muflis WR pembangkang . tak layak jadi wakil rakyat. sampai bila pun PAP tetap menang.

    Sepatutnya Najib pun mahu ajar pembangkang di negara ini
    macam itu juga baru mereka tahu. tetapi orang beriman dia tidak akan buat begitu. masih ada pintu terbuka, boleh lagi ada pintu kira bicara, kalau pas 8 kerusi di selangor lompat (kalau masa anuar dia dah lama pujuk ) masuk BN, bungkus lama PKR, macam negeri perak juga. itu tak pujuk mereka sendiri naik muak. jadi bebas, terus kecewa nizal.

    Aku tenguk muka tuan haji Ghamidi bukanlah garang sangat cuma keras kepala saja. Brader Joe lagi kaki pukul orang pun buat sajak rasa keinsafan, bertaubat pada Ilahi. minta panduan solat taubat lagi, inilah ciri orang berimana. Amin.

    BalasPadam
  2. MEREWANG

    merewang menapak dan melangkah
    pentingnya kalau mahu dan tidak
    relakan atau memaksa.
    bezanya pada apa yang dimahu
    berterbangan itu mimpi
    sama sekali tidak bisa dirasakan
    manusia biasa-biasa
    hanya manusia bumi bukan kayangan
    relakan dan redhakan itu beza
    pada manusia dengan manusia
    mana ada mimpi indah jadi realiti


    Putera Damien
    sajak utk sayembara aku dah buat lama ni cuma x diberi peluang je

    BalasPadam
  3. DUA JUTA TAHUN LAGI

    dua juta tahun lagi,
    suku manusia di bumi,
    akan mati, lalu bangunlah,
    segala kambing segala biri,
    segala anjing segala babi,
    membina tamadun baru.
    suku manusia terhapus,
    bukan kerna kiamat tuhan utus
    namun kerna cinta tuhan beri,
    ditarik diangkat kembali ke langit
    ketika itu mula semua kembali sedar
    tentang kesilapan masa lampau
    tak berguna lagi masa itu
    kerana tinggal cuma haiwan saja
    jadi apa kamu mahu?
    Tunggu lagi dua juta tahun kemudian


    Lukiee
    sajak utk pertandingan sayembara

    BalasPadam
  4. PARI-PARI PATAH SAYAP

    Kelmarin, dia di sana
    bawah lampu jalan malap
    celah sudut gelap
    cahayanya tersekat-sekat.
    Aku lihat dia sedu-sedu
    air mata tumpah satu-satu
    makin aku datang dekat
    teriaknya dia makin kuat.
    Kelip-kelip malam terbang jauh
    malaikat berpusu pergi
    tinggal pari-pari sendiri
    bawah lampu jalan malap
    celah sudut gelap.
    Di puncak bukit sana
    salak anjing teriak deras
    nyaringnya tenggelam timbul
    berdikit deru bingit suara ekzos.
    Bila awan makin memberat
    bulan pula jatuh ke pusat
    awan tercarik bayu hangat
    titik halus berganti galak
    makin lebat dan makin kuat
    Hujan deras bawah lampu jalan malap
    celah sudut gelap
    tersengguk-sengguk menahan kuyup
    pari-pari patah sayap.


    Mei Ling
    percubaan sajak simbolik utk sayembara..

    BalasPadam
  5. HUJUNG

    Memutus hubungan dua dunia
    Mengakhir hirup udara
    Hujung jalan untuk dia
    Bagimu esok masih ada
    Terus tapak langkah menoleh boleh
    mengundur tersungkur
    Mengenang jangan sampai bergenang
    Terus tapakkan langkah
    Dia pasti bahagia
    didakap kasih Tuhan
    Hujung untuknya untukmu bukan
    Belum masanya senyum perlu ubat
    lupa segala pernah ingat
    walaupun kelak perlu kuat
    barulah nampak hebat
    dimata penjahat!

    Golok Buta
    sajak dah lama simpan utk sayembara..

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    MEREWANG sajak oleh Putera Damien terasa pengucapanya bagai tidak menentu. merewang berjalan tidak tentu arah, mahu dengan tidak mahu sama banyak,rela dan memaksa sama banyak, jika mahu dilakukan pun semacam kerja yang tidak menjadi semuanya bagai mimpi pagi yang berterbangan, kau nak cari reality bukan mimpi di kayangan, kau rela bukan redha amat berbeza, sebenarnya apa yang kau cari, siapa pun tidak mengetahuinya. Bagai mimpi yang tidak
    berkesudahan.tenat rasanya pemikiran PD ini. Carilah satu kekuatan yang reality bukan mimpi

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    DUA JUTA TAHUN LAGI oleh Lukiee penceritaannya bagai menonton filem wukong’ ini mungkin cerita legenda kitab orang cina dahulukala barangkali yang mana anjing, kera, babi kambing biri,dan kuda pula ambil peranan utama setelah dunia manusia dimusnahkan. Sewaktu itu manusia cukup menyesal, ingin kembali menghidupankan dunia kemanusiaan.tetapi kena tunggu barangkali jutaan tahun lagi. Itulah Cuma kefahaman dalam dunia cerita bersiri filem wukong. Lukiee boleh tenguk Sendiri. Okey! (U)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    PARI-PARI PATAH SAYAP oleh Mei Ling pengucapannya agak puitis dan bait-baitnya agak tersusun , ada messej yang tersurat dan tersirat, Nampak pada semboliknya berkaiatan pari-pari mungkin gadis-gadis manis yang terperangkap dengan kemewahan imanjinasi kehidupan, lalu mereka cari jalan mudah dengan menjual maruah atau mengadai harga diri, Begitulah dunia kehidupan mereka di hujung malam, bersama salakan anjing dan deruan enjin keinderaan , akhir bila tiba masa mereka akan dimamah usia, lalu tidak berharga lagi, ketika itu bagaikan pari-pari patah sayap kerana adik beradik saudara mara tidak perduli lagi. (TU)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    HUJUNG oleh sdra. Golok Buta, apa cerita yang hendak disampai agak memeningkan kepala juga. Nampanya isi dan masudnya bagaikan berselerak. Cuma apa yang dapat diperktakan setiap tangkapan, satu pun tidak menjadi kali ini. Bagaimana untuk menghuraikan masud cerita, terlalu sukar untuk diperkatakan, adakah sajak ini lompat bait-baitnya? Mungkin ada cerita perpisahan berlalu, lalu masing-masing bawa diri, ada di antara kawan yang berjaya, ada juga yang kecewa. Bagi yang berjaya dalam kerjayaannya pastilah berbahgia senang beribadat pada tuhan. bila sudah berada di hujung kejayaan mencapai segala cita tentulah rasa bahgia buat keluarga.. Jika si penulis belum berjaya perlulah lagi terus berusaha. Amin. (TB)

    BalasPadam
  10. menarik sajak ni stiap kejadian ada makna nya

    BalasPadam
  11. sajak ni la best! sbb lain dari yg lain...

    BalasPadam
  12. saya suka sajak ni boleh sy nak print? nk letak kat office?

    BalasPadam
  13. sajak ni mcm bunyi mutiara kata jer..

    BalasPadam
  14. huh! setiap yg dicipta ada peranan masing2 plak?

    BalasPadam
  15. jd kita x boleh persendakan mereka sbb meraka ada peranan masing2...

    BalasPadam
  16. smua ciptaan Allah telah ditugaskan menjalani hidup masing2...

    BalasPadam
  17. sajak ni kalau letak kat surau sy menarik ni... pinjam en nuri...

    BalasPadam
  18. sajak yg agak santai je baca... meranik!

    BalasPadam
  19. sajak kali lain sikit dari yg lain... hehe

    BalasPadam
  20. sajak yg rerbaik dari kalangan beratus sajak skrg ni

    BalasPadam
  21. solat ni susah jgk klu x solat x sah plak?

    BalasPadam
  22. kenapa semalam cerita lain kali ni cerita lain plak?

    BalasPadam
  23. cerita ni flashback ker?

    BalasPadam
  24. tuan ghmaidi tu entah btol ke tidak dia pegi haji?

    BalasPadam
  25. selalunya perangau haji elok2 sbb mereka pegi haji skrg terbalik plak tuan ghamidi yg haji pun ribut

    BalasPadam
  26. skrg byk haji segera saja pegi haji bukan utk ibdah tp ke tempat lain

    BalasPadam
  27. buat malu je tuan ghamidi ni! ckp pandai nak ajak berdebat penakut

    BalasPadam
  28. rasanya tuan ghamidi ni thu dia akan kalah sbb tu dia x berani nak berdebat

    BalasPadam
  29. nampaknya tuan ghmaidi dah x senang duduk skrg ni...

    BalasPadam
  30. tuan ghamidi ni ckp pandai nak ajak berdebat kecut teloq! hahahhaha

    BalasPadam
  31. apa la tuan ghamidi ni kalau berani berdebat la dgn hantu raya....

    BalasPadam
  32. alasan tuan ghamidi je x mahu berdebat sbb kata hantu raya masih budak hingusan padahal dia penakut!

    BalasPadam
  33. sajak tentang alam sekitar plak nampaknya?

    BalasPadam
  34. sayang alam sekitar nampaknya tan sri yunus ni

    BalasPadam
  35. pencinta alam la tan sri ni...

    BalasPadam
  36. menteri jaga alam sekirat ke tan sri ni?

    BalasPadam
  37. syg sungguh tan sri kepada hidupan alam..

    BalasPadam
  38. skrg byk hutan di tebang sedih melihat rakusnya manusia

    BalasPadam
  39. smoga pada masa akan dtg masih ada lagi hutan

    BalasPadam
  40. manusia semakin tamak hbis semua hutan di gondol..

    BalasPadam
  41. dorg ni x pikir msa depan ke? kira nak tebang jer...

    BalasPadam
  42. aku rasa tuan ghamidi x berani jawab la pertanyaan hantu raya ni

    BalasPadam
  43. kita tgk apa kata tuan ghamidi dia berani ke x nak jawab hantu raya ni

    BalasPadam
  44. ni baru hantu raya nk berdebat dgn tuan ghamidi? kalau suara bebas? x thu la apa jd kat tuan ghamdi

    BalasPadam
  45. rupanya cerita P ramlee ada sinis x perasan plak.....

    BalasPadam
  46. kat mana plak sinis dia hantu raya? aku tgk biasa je....

    BalasPadam
  47. ada msg tersendiri ke kat cerita p ramlee tu hantu raya?

    BalasPadam
  48. hantu raya ni dpt thu jgk yg tersirat dalam crita p ramlee hebat!

    BalasPadam
  49. harap2 tuan ghamidi segera bertaubat selagi masih ada peluang....

    BalasPadam
  50. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SAHAJA.



    - Bila kata nak solat itu dah dapat pahala, buat lagi tambah pahala, biasalah tu, kita nak
    tenguk satu gambar di dinging, mestilah tertenguk atau terkerling juga gambar lain.tapi yang satu itu beri tumpuan. khusyuk la itu.

    -Ada buku panduan khusyuk (fokas dalam solat) beri tempuan penuh macam kita nak memanah, tak fokus pergi ke laian sasaran. Itu bila solat dia solat, kerja mungkar dia buat juga.

    -Solat atau sembahyang- Sembah + Yang = Sembahyang. Sembah lakukan ikut cara. Yang itu Allah yang satu, tidak dua, tidak tiga.
    sebab tuhan atau Allah ini kalau ada dua, jadi susah mereka mesti bergaduh.

    -Raja muda . cerita ini ingatan dalam ingtan atau mimpi di atas mimpi biasa terjadi juga kekadang.

    -Betul kata PA kosongkan minda, ustaz Yusof kata buang semua dunia dlam ingatan, kosong minda la tu, baru saya ingat.

    -Sadjada watjada dlm bahasa arab melayu kata:siapa yang bersungguh2 dia dapat. Apa kerja sekalipun Ini memang kenyataan pun.

    -Dalam kerja solat ini bukan orang bukan islam tak faham melayu org Islam pun susah nak faham, tetapi
    bila Allah beri hidayat(pertunjuk) dia akan faham dengan sendirinya. Allah akan durung hati dia berkawan
    dengan orang baik2 dan dia dapat ilmu. Amin!

    BalasPadam