Rabu, 26 Januari 2011

KEDAMAIAN



ketegori pilihan sahabat.


Berguling di bahasa sunyi
tiada seloka ombak
cuma darat menyendiri
tergolek bergolek
tak siapa yang tahu
Gelumang skrin terukir
kita pun berlayar
kemudi terolah
nun pinggir lubuk diri
berdebat sendiri
mungkin terpa suka
mungkin jelma duka
Patah layar bertongkat jemu
perahu luncur jua
timur barat ke mana hala
tergalau di jiwa
jari terketik bicara berdetik
ungkap rasa ke udara
moga ada jiwa sudi mendengar


OLEH: USTAZ SAHZAN
percubaan sajak pertama saya
11pagi tarikh; /2010 Ogos 8 12:44/dipilih dan diterbit semula pada 26/01/2011





50 ulasan:

  1. Bekas pengasas PKR serah borang sertai MCA 2011/01/26 Ng kagum kegigihan kepemimpinan BN bela nasib rakyat

    LABIS: Kempen MCA di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang mendapat suntikan semangat apabila bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong menyertai parti itu, semalam.

    Pemegang nombor keahlian 0000012 dengan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR sejak awal penubuhannya pada 1999, menyerahkan borang permohonan menyertai MCA kepada Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Pejabat MCA Labis di sini.

    Ng berkata, keputusannya diambil kerana kecewa terhadap kepemimpinan PKR yang kini bukan lagi berjuang untuk kepentingan rakyat, sebaliknya sekadar berjuang untuk memenuhi kehendak peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    PKR sudah tidak ada agenda perjuangan yang tetap. Agenda mereka kini hanyalah agenda perjuangan Anwar Ibrahim semata-mata. Di dunia ini, tidak ada satu parti pun, yang pemimpinnya tidak perlu dipilih menerusi proses pemilihan kecuali dia yang pegang jawatan ketua seumur hidup.

    “Dia sebut sebagai ketua umum, tapi dia bukan lagi ketua umum, sebaliknya ketuanan PKR, kerana semua proses pemilihan, walau apa jawatan pun mesti dipersetujuinya, manakala Majlis Tertinggi parti tidak ada kuasa,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Turut hadir bekas pemimpin PKR, Senator Mohamad Ezam Mohd Nor.

    Ng berkata, beliau membuat keputusan menyertai MCA kerana melihat kegigihan kepemimpinan parti itu melakukan pemulihan dan transformasi membela rakyat.

    Katanya, kepemimpinan negara yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga melakukan perubahan dalam politik dan ekonomi, demi kepentingan rakyat dan negara.

    “Selepas 12 tahun berada dalam PKR, saya kini ada tanggungjawab menyedarkan rakyat mengenai bahaya dasar perjuangan PKR. PKR membawa bahaya kepada negara dan rakyat,” katanya.

    Sementara itu, Mohamad Ezam berkata, tindakan Ng keluar PKR membuktikan bahawa hampir semua 30 ahli pertama yang menjadi pengasas parti berkenaan, termasuk dirinya sudah keluar akibat sudah tidak percaya kepada parti.

    “Hampir 90 peratus pengasas parti itu sudah tidak ada dan Ng adalah antara pemimpin utama masyarakat Cina yang bersama kita mengasaskan PKR.

    “Jadi saya mahu beritahu kepada pengundi di DUN Tenang ini jika pengasas parti pun sudah tidak percaya parti, anda yang tidak tahu mengenai parti (PKR) baik jangan dengarlah,” katanya.


    Sedutan BH kempen untuk N5 TENANG oleh Hantu Raya.

    BalasPadam
  2. TANGGA PATAH

    tangis lagi di kaki hari ini
    dingin sekali tertusuk paling jauh
    udara enggan lepas ke luar
    habis basah segala liar kenangan
    puas kususun moga tempias
    tidak tersentuh pada hari ini.
    ke hadapan disuratkan terbaik
    terpatah kembali disiratkan kalah.
    tangga-tangga keras di kaki
    tersilap tafsir luka berdarah.
    dalam malu mata melihat
    jangan lupa mengutip maruah.
    ke perhentian agung
    bukan satu jalan, tentu.


    Qistina Amira
    sajak utk sayembara

    BalasPadam
  3. JANGAN TUMPAHKANYA

    sepotong roti cinta
    berkopikan jadam hidup
    kita harus rasainya bersama
    dalam harian tanpa mendung
    kerana mentari masih di kepala.
    jangan bazirkan jangan tumpahkan
    kita cernakan satu persatu.
    tanpa cinta tanpa rasa
    kita bukan makhluk manusia.
    sumbingnya hidup


    Zahril Fitri
    sajak simbolik utk sayembara puisi ini

    BalasPadam
  4. ANGAN IMPIAN

    usah kamu duka nestapa
    usah dilayan mainan jiwa
    teguhkan pegangan pada pencipta
    tetapkan iman dalam dada
    mana bumi tak timpa dek hujan
    mana lautan tiada badai taufan
    kita semua makhluk tuhan
    mana mungkin tiada ujian
    quran sunnah buat panduan
    agar tiada hilang pedoman
    akal suci milik insan
    gabung semua terus ke hadapan
    capai semua angan impian
    bila semua dalam genggaman
    pasti hidup terasa aman
    panjatkan syukur kehadrat Ar-Rahman

    Mat Yaakob
    sajak ketuhanan sikit

    BalasPadam
  5. ORANG BESAR

    rasa jeles tiba mendatang
    lihat kau kaki bersilang
    di kerusi empuk bukan kepalang
    sambil mendabik dada bidang
    rasa jeles tiba bergetar
    lihat kau duduk bersandar
    dalam kereta besar menjalar
    sambil mengarah pakcik drebar
    rasa jeles tiba hampiri
    lihat kau tampilkan diri
    pakai kemas tinggi peribadi
    kerja tip-top bagus sekali
    rasa jeles tiba menjelma
    lihat kau banyak menderma
    rezeki dapat dikongsi bersama
    suruhan tuhan paling diutama
    rasa jeles tiba menghilang
    rasa kagum tiba mendatang…


    Abil Hussin
    sajak utk sayembara

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    TANGGA PATAH sajak oleh sdri Qistina Amira.Pengucapannya agak sinisbunyinya: Penceritaannya mungkin mengisahkan rasa kekecewaan dengan perjalan Hidup yang ppatahernah dilalui dulu, segala keangkuhannya dulu yang dikira baik dan diredhai Allah adalah sia-sia kerana diputar belitkan dengan duniawi, Kini terasa, perjalanannya juga salah, tangga yang ingin dinaiki juga patah.kini ternya malu perjuangannya tidak bermaryah. Bagaimana mungkin untuk dapat pintu syurga naim. Ini bukanlah satu jalan mudah.kerana Allah menilai dan menentukannya. Amin! (TB)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    JANGAN TUMPAHKANYA sajak oleh sdra. Zahril Fitri. Pengucapannya bagai ingin mengingatkan sesuatu yang pernah kita nekmati, perlulah dijaga, kerana pahit getil yang pernag dilalui dalam asam garam kehidupan amat perit dirasakan, jika kita gagal mengawal dan memeliharainya, musnahnya berpanjangan. Kerana kita bukannya manusia yang gemar mengunarkan kehidupan. Sajak ini terlalu banyak rasa pengubah susaian ayat, sehingga melarikan pengucap dan penceritaanya yang sebenar. Semoga berhati-hati pada pemelihan perkataan ayat dan baitnya. Amin (TB)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    ANGAN IMPIAN sajak oleh sdra. Mat Yaakob pengucapanya mengajak kita pada impikan kedamaian dan teguhkan pegangan aqidah keimanan di hati kita kepada pencipta. Insyaallah, kerana kita makhluk Allah pastinya ada ujian untuk menilai keimanan seorang yang bernama isan, Tetapi dengan al quran dan sunnah nabinya bila dijadikan panduan, Insyaallah jalan kebenaran akan membantu kita.Itulah kedamaian yang sebenar bila iman dan takwa menguasai hidup kita. Apa yang berlaku telah berlaku dan akan berlaku, semuanya kita yakin adalah ketentuan dari Allah swt. Amin (TU)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    ORANG BESAR sajak oleh sdra. Abil Hussin penceritaannya tentang rasa cemburumelihat kelebihan sesaorang yang tuhan kurniakan keapadanya. Mungkin dengan kedudukan yang tinggi , kereta besar, ada pula orang gaji, dihormati, anak pinaknya semuanya menjadi orang yang berkedudukann tinggi. Malah hatinya juga lebih dekat pada tuhan dengan tahjudnya sepanjang malam, harta banyaknya jadi dermawan, dan zakat harta tahunannya juga ribuan juta dikeluarkan. Sepatutnyalah kita mengangkat tangan tabit hormat kerana kelebihannya. Jika ada ramai orang begini pastilahmenjadi negara yang baik makmur dan yang dapat pengampunan daripada Allah. Amin (U)

    BalasPadam
  10. rasanya dia bukan manusia biasa ni

    BalasPadam
  11. ni berdasarkan kisah benar ke en nuri?

    BalasPadam
  12. apa jd kat ali conan tu? dia mati ke nnt?

    BalasPadam
  13. ali conan tu kena rasuk agaknya sbb tu dia cergas semacam jer...

    BalasPadam
  14. Allah sy thu tu tuhan org islam rabby sapa plak? bini Allah ke?

    BalasPadam
  15. indah sunggu sajak kali ni

    BalasPadam
  16. sajak ketuhanan yg mebawa seribu keinsafan

    BalasPadam
  17. sajak yg puitis dari en nuri

    BalasPadam
  18. sajak lama rupanya kenapa bru nk disiarkan?

    BalasPadam
  19. simbolik sgt sajak ustaz sahzan ni

    BalasPadam
  20. ustaz sahzan buat sajak ni msa tgh baca khutbah ke?

    BalasPadam
  21. sajak apa ni ustaz sahzan? tinggi maksud dia

    BalasPadam
  22. sajak sempoi dari ustaz sahzan tp xphm...

    BalasPadam
  23. sajak pertama kali ustaz sahzan menarik jgk

    BalasPadam
  24. sajak en nuri lagi senang phm ustaz sahzan susah sikit la

    BalasPadam
  25. sajak ni tinggi sgt la ustaz sahzan berkenaan pasal apa ni?

    BalasPadam
  26. sajak yg agak simbolik betol2 punya simbolik susah nak tangkap

    BalasPadam
  27. pmpuan tu x tinggal sekali ke dgn ali conan singgah malam je ker?

    BalasPadam
  28. siapalah agaknya pmpuan tu aku rasa dia hantu kum kum la...

    BalasPadam
  29. apa terjadi seterusnya en nuri?

    BalasPadam
  30. ali ni x rasa ada benda x kena ke? xkn dia xtahu malam2 mana ada pmpuan tgh2 hutan melainkan hantu

    BalasPadam
  31. pontianak ke langsuir agaknya yg kacao dia tu?

    BalasPadam
  32. ali conan sorg saja ke dalam cerita ni xde watak lain ker?

    BalasPadam
  33. eh! kenapa tiba2 Ng Lum Yong msuk MCA? sapa plak kempen kt dia?

    BalasPadam
  34. btol keputusan yg cina tu buat serupa macam kami jgk kecewa sbb PKR bukan pejuang utk rakyat tp utk diri sendiri

    BalasPadam
  35. entah2 dia terbca blog en nuri kot? sbb tu dia kluar PKR?

    BalasPadam
  36. harap2 lps ni lagi ramai yg kluar PKR

    BalasPadam
  37. btol2 MCA parti yg lebih baik dari PKR

    BalasPadam
  38. semua org cina dah sedar dorg x terpegaruh dgn PKR lagi

    BalasPadam
  39. hantu raya ni rajin cari bahan? hehe

    BalasPadam
  40. hantu raya pun letak politik jgk dulu suara bebaas saja

    BalasPadam
  41. habislah PKR skrg ni byk yg dh kluar

    BalasPadam
  42. eh! hantu raya dtg kembali? hehe

    BalasPadam
  43. lama kelamaan jd sikit la PKR nnt.. hehe

    BalasPadam
  44. bagai telur di hujung tanduk skrg PKR Ni

    BalasPadam
  45. hrp2 pilihan raya kali ni memihak kpd BN....

    BalasPadam
  46. tahniaa hantu raya! byk pasal politik kami thu dari sini..

    BalasPadam
  47. teruskan lagi tahniah hantu raya dedahkan pasal politik ni biar qulbai baca sikit..

    BalasPadam
  48. di harap penyokong PKR dapat berfikir panjang...

    BalasPadam
  49. ape2pun aku doakan semoga BN menang di tenang nnt! insyaallah

    BalasPadam
  50. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.


    - Ya Rabb atau Rabby = bahasa arab tuhanku atau Allah
    buat fata fat. (Allah tunggal tidak berana dan diperanakan
    kalau ada sifat ini dia bukan tuhan. nama tuhan ada 99
    nama maksud erti yang elok.

    - Siri cerita misteri biar anda semua buat andain, kami x
    boleh mendedahkan sinofsisnya.
    biar jadi suspen sikit...


    - Sajak-sajak lama en nuri yang pernah terdilek oleh anak nuri kecil atau jantan dulu hampir 260 lebih. kami dapat kesan dalam buku catatan buruk bawah al mari.

    - jika ada soalan terlepas pandang tidak dijawab , harap maaf.

    BalasPadam