Selasa, 25 Januari 2011

SENIBINA



kategori ahli lama aktif



Tak semudah kau sangka
Bila bermula
Terkerahlah segala jentera
Meregang segenap otot anggota
Memerah setiap saraf minda

Tak semudah yang kau sangka
Itu tak kena, ini tak kena
Aku suka, kau tak suka
Kau suka, aku tak suka

Malam-malam tak lena
Mata ternganga
Tangan bekerja
Sekalipun tubuh tak bermaya

Bila di penghujungnya
Bukan berakhir selamanya
Namun untuk seketika
Aku bisa lena
Kau suka atau tak suka
Aku tutup cerita.


OLEH: PETUALANG TIGA
sy terdetik buat sajak ni bila tgk org indon berkerja kt U kami ni...
25.10.2009






50 ulasan:

  1. ISSU POLITIK SEMASA DAN BERLALU.



    -Nizal jamaludin bekas PM perak dulu dah mula kempen dekat kampung Kurnia Jaya di surau Kemunting, lepas itu bagi beras dan gula. Maklum orang nak kekal dua kawasan DUN dan PERLEMAN. tapi yang tak syok dia duk hentam isteri PM tak pakai tudung . Bukan PM bagi duit habis kat isteri dia. Bukan nak bincang pasah keadaan semasa buang bayi ke, budak lepak ke. masalah awang hitam ke. macam mana orang ramai nak pergi surau, kalau WR dun ceramah mengutuk mengumpat orang. bukankah mengumpat itu lebih bahaya dari membunuh.

    -Di Penang Guang Eing kata pelabur banyak masuk 2010 ke pulau pinang ini semua rakyat yakin dengan DAP bukan PKR atau PAS . sedap ceramah dia. Dia tak tahu ada orang bagi tahu dekat Mukriz . Itu kejayaan BN yang pergi rombongan melawan ke cina untuk menarik pelapor di sana. Depa ini sama seperti burung terkukur di mana ada padi masak, mereka pun mengaku, padi kami dah masak. pada hal orang lain yang buat kerja, seperti menabur, membersih sawah,menanam , membaja sehingga padi masak.

    -Begitu juga dengan kedah Azizan kata BN merentah hasil balak sepuh juta nak dapat pun sakit. PAS boleh dapat dekat empat puluh juta setahun hasil balak. Eloklah hang tebang gila gila. Hang ingat pokok balak boleh tebang hari ini esok tumbuh. lima sepuluh tahun lagi hang nak tebang apa. Ini cara nak melukup. yakin lima tahun lagi agak tak merentah dah kut. itu tak bagi seratus juta. balak janji mangsa. Mana ada wawasan? Melabur di luar negara pun hasil tak balik. sampai mester been pun letak jawatan. macam untung kemana, modal lesap.

    -Ustaz-ustaz yang warak bukan kerana parti. Mereka ini duk hairan kenapalah orang ramai para jumaah tak nak pergi solat berjumaah di surau atau masjid. Sebab depa duk buat karut macam ni, panggil bukan Islam perempuan pula tu bagi ceramah, nampak lebai, tapi mesjid dan surau tempat tabur fitnah. sekali dua orang boleh terima, tapi kalau selalu, tenguk muka AJK orang depa. Ada kutipan duit orang ramai, tiap malam ada ceramah, kena bayar dekat penceramah mereka. yang penyokong senyum lebar.

    Depa mudah perasaan , sangka semua orang suka mereka kerana ceramah agama, tapi yang tak suka, tak menyukung pun, haram depa tak kira, bila orang tak datang cermah mereka kata jebon tak erti agama. derma orang ramai dekat masjid pun mula kurang. Ada juga flat sanggup bergelap duit kutipan api mentenen, sikit tak cukup. tapi AJK itu sanggup bagi dekat surau dua ratus sebulan untuk bayar ceramah. Depa ini licik, Dimana tempat pun AJK masjid atau surau kena ditawan dulu, lepas itu dia masuk jarum satu-satu jadi penyokong mereka. macam Qulbai


    Catatan laporan lama yangdisimpan: daripada: gd, sb, anj, dan hantu raya diterbitkan semula; oleh Viger.

    BalasPadam
  2. BULAN HIBA

    Melankolik ini
    berbunyi asing,
    tanpa simfoni suara
    sepi Lalu aku;
    yang mahu bising diam,
    dataran mati mengemis dan meminta;
    perkabulan sebuah doa
    Bulan ini menghiba
    sayu tanpa bintang
    memagar keliling lalu
    ingin menari kaku dikekang gelap,
    menangis dan meratap;
    kehilangan sebuah cerita


    Lee Yap Hui
    percubaan pertama kali buat sajak dgn bantuan rakan

    BalasPadam
  3. HUTANG LANGSAI

    wah lega akhirnya
    setelah bertahun aku bertahan
    kadang termiss satu bulan
    dan akhirnya
    pada saat dan ketika ini
    inilah sumbangan terakhir
    hutang dah langsai
    dan selepas ini
    duitku pasti berlebih
    lega sungguh lega
    kereta dah habis bayar
    eh… cantik pulak kereta tu
    sesuai dengan gayaku
    ah… aku mampu
    apa salahnya kan
    tempah terus lagi baik
    biar semua terbeliak mata
    ah… tak sempat nak bebas
    hutang lagi sekali
    tapi aku berjanji
    ini yang terakhir


    Vee Nathan
    harap qalam terima sajak dari org india

    BalasPadam
  4. MUNAFIK CINTA

    bukan munafik cinta
    tumpahan kasihmu itu
    perlu aku keringkan
    jangan menangis lagi
    kelak ada hari untuk cintamu itu.
    bukan aku lelakinya
    itu harus kau telan.
    duri-duri di sepanjang
    liku hidupku ini perit menyakitkan
    menusuk ke dalam, pedih sekali.
    kucabut satu persatu
    kuhimpun di dalam dulang kesabaran.
    aku merasainya sungguh
    lebih dari itu akhirnya,
    kemanisan ini tiba
    aku mengerti kerana semuanya
    kerana duri sepanjang liku dilalui
    tiada terbayar untuk kunikmatinya.


    Nor Athirah
    sajak utk pertandingan

    BalasPadam
  5. DINDING

    pada kaku dinding sedia kotor
    tersulam harum likat
    serba kumuhan diri
    kau tuliskan kepandaianmu
    marah kepada kepala kepartian
    suka tinggalkan nombor peribadi
    carutan tidak enak dibaca mata
    macam terkeluar dari geliga diri
    dalam banyak cerdik itu
    tertulis satu baris kata-kata
    jangan conteng di dinding ini
    aku senyum kepada dinding kaku
    kerana wajahmu dipuja
    ramai manusia cerdik


    Tengku Anuar
    sajak tentang isu semasa

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    BULAN HIBA sajak oleh sdra. Lee Yap Hui pengucapannya bagai berbau sinis sadikit. Penceritaannya keadaan yang menyedehkan telah berlaku. bila mana dahulu suasana yang dirasakannya indah untuk bersama, tetiba keadaan bertukar menjadi hiba dan sedeh kerana cerita yang diharapkan menjadi kenyartaan , tetapi ternyata tiada pula kesudahan atau penamatnya. Menangis dan merataplah semua penonton, bagai bulan kehilangan bintang-bintang yang memagarinya. Sedeh dan hiba tiada lagi lagu yang mengiringinya, malah yang mahu bising pun boleh terdiam. bisu dan kaku. Semuanya ternyata kehilangan cerita. Cuma andaian saja. (TU)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    UTANG LANGSAI sajak oleh sdra. Vee Nathan ternyata sajak paling santai danjuga relax membacanya: Penceritaannya amat mudah buat sesiapa pun bila hutang yang mungkin bertahun lamanya kini telah langsai.pastinya ada duit lebih dari gaji bulanan kerana tiada pemotongannya lagi. Dan boleh berkira beli kereta atau rumah dan benda-benda yang lain pula. Tetapi bagi penulis mungkin ini utang yang terakhir, lepas ini agak sedeh untuk berutang lagi. Apa pun kedudukan diri perlu dijaga biar ada sadikit orang sebelah atau jiran-jiran buka mata. Cuma andain saja. (B)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    MUNAFIK CINTA sajak oleh sdri Nor Athirah pengucapannya ada berbau jiwa-jiwa sadikit, mungkin ada cerita orangmuda punya biasa kebarangkalian sebelum ini ada
    Cerita mengharapkan kasih tetapi bila kasih tercurah , ternyata ada cerita yang mungkin boleh melukai hati, kerana munafiknya cinta yang cuba memberi, lalu untuk tidak jadi pengemis cinta mungkin tiga segi. Lali si penulis sedia mengundurkan diri. Kerana terasa bagai tiada nilai pengorbanan cinta yang akan diberi terpaksa berkongsi dengan orang lain pula. Semoga cari lain sebagai ganti. Amin (U)

    BalasPadam
  9. apa nk jd dgn nasib dia malang sungguh

    BalasPadam
  10. rasanya org bunian atau hantu kacau dia nnt

    BalasPadam
  11. sedih saja yg ada setakat n misteri xde pun dalam cerpen ni

    BalasPadam
  12. mngkin ada nenek kebayan yg tolong dia nnt

    BalasPadam
  13. ingatkan sajak politik rupanya sajak zaman nabi

    BalasPadam
  14. sajak tentang pejuangan menarik

    BalasPadam
  15. eh! sajak ni mcm sajak zaman nabi muhamad jer..

    BalasPadam
  16. sajak ni psl israk mikraj ker?

    BalasPadam
  17. sajak pasal awal muharam ke ni?

    BalasPadam
  18. kahlid ni sapa plak en nuri?

    BalasPadam
  19. mekah kat mana plak ni?

    BalasPadam
  20. sajka pasal ramadhan ker? ingatkan sajak psl poltik

    BalasPadam
  21. sajak lama plak nampaknya kali ni

    BalasPadam
  22. menarik sajak en nuri ni

    BalasPadam
  23. sajak en nuri xphm la...

    BalasPadam
  24. ramadahan bnda apa plak en nuri?

    BalasPadam
  25. pejuangan rasulllah rupanya sajak ni

    BalasPadam
  26. sajak yg amat menarik teringat lagu rasullalh

    BalasPadam
  27. sajak pasal buruh kasar ke petualang tiga?

    BalasPadam
  28. sajak mcm utk buruh binaan jer...

    BalasPadam
  29. sajak ni utk indon ke petualang tiga?

    BalasPadam
  30. sedih plak mengenag org keje buruh binaan bila baca sajak ni

    BalasPadam
  31. lps ni katogori apa plak?

    BalasPadam
  32. nizar tu la point dia keje nk hentam pasal najib jer..

    BalasPadam
  33. nizar tu x sedar dia tu tamak sekali dua kerusi dia pegang

    BalasPadam
  34. ha! aku ada dgr pasal ni msa tu pegi dgn ayah aku sbb ayah aku PKR tp aku ni tgh2 kdg2 rasa meluat plak tgk nizar ni entah mcm mana ayah aku boleh sokong dia

    BalasPadam
  35. biarlah najib punya isteri x pakai tudung yg tu antara dia dia dgn tuhan...

    BalasPadam
  36. walaupun isteri najib x pakai tudung sekalipun ada dia hina nizar? nizar x pikir tu

    BalasPadam
  37. pembangkang mmg mcm tu keja xnk buat tp nak nama...

    BalasPadam
  38. kesian mukriz sepatutnya dia mahu umumkan kat semua baru org thu..

    BalasPadam
  39. sian mukriz umpama lembu pnya susu sapi dapat nama.

    BalasPadam
  40. x malu la dorg pakai mengaku je padahal bukan dorg pnya kerja

    BalasPadam
  41. dorg ni tebang pokok x pikir masa penjang nk msa pendek jer.. bodo btol..

    BalasPadam
  42. sdorg beagi duit byk2 bukan apa sbb dorg yakin PRU 13 dorg x boleh menang

    BalasPadam
  43. masa ni dorg nk habiskan duit yg ada sbb dorg dh nk terlungkup...

    BalasPadam
  44. btol2 dorg ni x reti malu ke? termsuk la qulbai

    BalasPadam
  45. apa yg seronok sgt menabur fitnah x thu...

    BalasPadam
  46. dorg x pikir tu akhirat nnt disoal

    BalasPadam
  47. dorg ni hanya syok sendiri je padahal penyokong x byk mana pun

    BalasPadam
  48. sbb tu pembangkang ni muka dorg semua xdes seri sbb keja menipu...

    BalasPadam
  49. dorg ni kebanyakan pikir diri sendiri je x pikir rakyat

    BalasPadam
  50. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    DINDING sajak oleh Tengku Anuar pengucapannya membicarakan isu semasa yang berlaku pada tandas dan dinding tembuk yang kaku tidak bernyawa. Terlalu biasa ada
    Tangan yang gatal untuk melukis dan menulis nombor peribadi dan sebagainya. Ini juga mungkin untuk menunjukan kepada orang awan agar cuba memerhati hasil seni kreatif mereka untuk dinilai tidak perlu beri kemenangan, mungkin sekadar suka-suka
    Itulah budaya cerdek tak boleh diikut, pandai tak boleh diajar. Semoga yang membaca
    Boleh menilai akan kebodohan sesaorang itu. Amin. (TB)

    BalasPadam