Sabtu, 29 Januari 2011

KAMBING HITAM



sajak pilihan ahli CR.


Semalam balik dari kerja
Tengok kambing hitam lintas jalan
Orang pun ada warna hitam kulitnya
Terfikir beza..nilai..harga
Kambing..Orang..
Kambing lahir
kadang-kadang dalam kandang
Kadang-kadang tengah padang
Orang lahir kadang tempat baik
Kadang-kadang tengah padang
Kambing lahir nilai..harga RM600
Orang lahir kadang-kadang..
Nilai..harga Lubang jamban
Tepi longkang dan tong sampah
malah terselit di perangkap sampah.

 
OLEH: JALIL JANGGUT
Teluk Kumbar
di gerai salam/2010 Jun 18 15:52





50 ulasan:

  1. Dari blog pukul semula!


    Bacul punya Ketua Pemuda PAS,apabila DAP menghina Islam sepatah haram pun tidak keluar ayat daripada mulut dia untuk mempertahankan Islam. Tiba-tiba hari ini beliau bersuara pasal calon BN berkahwin dua Sesiapa yang terasa hendak meluahkan kekecewaan,protes atau teringin nak maki hamun kepada beliau,sila hubungi atau sms ke nombor ini 019-9168 182-Nasaruddin Tantawi.

    Beliau cuba meruntuhkan rumahtangga Rohaizat dengan isteri pertamanya. Di Malaysia jika ada lelaki yang berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama adalah perkara biasa. Tetapi untuk memalukan Rohaizat,beliau mendedahkan perkara tersebut hari ini. Ini kerana beliau sakit hati melihat siaran berita malam tadi yang isteri pertama Rohaizat bersama-sama berkempen untuk Rohaizat. Inikah ajaran Islam ?Meruntuhkan rumah tangga orang.

    Apa ke masalahnya jika berkahwin dua,tiga atau empat ? Hj. Hadi sendiri berkahwin dua. Dalam PAS sendiri berlambak lagi yang kahwin dua ,malah ada hingga ke Kemboja. Husam Musa@Husam Minyak juga berkahwin dua. Tak cukup satu bini,tambah lagi satu bini. Dah puas merasa melayu punya 'kebab' berbelas-belas tahun maka dia beralih arah mencuba cina punya 'kebab' pula. Isteri muda Husam adalah seoarang cina Singapura. Dan saya difahamkan isteri cina beliau ini mempunyai pertalian keluarga dengan Israel.

    Isteri tua di Kg.Kota, Kota Bharu. Isteri muda di Kondominium Putra Villa KL,berhampiran dengan Ibu Pejabat UMNO di PWTC. Bagaimana seorang Exco PAS yang selama ini dicanangkan miskin tetapi boleh hidup mewah dan boleh letak isteri muda disebuah kondo ditengah-tengah Bandar KL. Mana dapat duit banyak ni ? Rasuah ke ? Nah ! sekarang ambil pula tuduhan rasuah yang aku lemparkan kepada orang PAS. Selama ini mereka hanya menuduh orang-orang UMNO rasuah. Hari ini biar mereka rasa pula

    Satu lagi kisah yang saya nak bawa. Alang-alang kamu nak perang peribadi,maka kami sahut cabaran kamu wahai Nasaruddin Tantawi Al Setani.Kisah ini sebenarnya sudah lama berlaku,tetapi ianya tidak menjadi perhatian atau perbualan umum. Orang PAS memang begitu peel mereka. Kisah sendiri kata orang Kelantan disimpan kemas keming,tapi cerita orang lain dijaja ke segenap pelusuk daerah.


    Apa saja yang PAS lepas kita akan balas HANTU RAYA.(Kempen untuk Tenang)

    BalasPadam
  2. TUMPAHKN BAU HANYIR

    ia datang melimpas
    mengotori benak ini
    bangkitkan rasa kebencian
    yang terpaling busuk
    mendedah rasa yang
    suatu ketika dahulu
    begitu dalam dan halus
    keberadaannya didalam ini
    dimana tempatnya
    adalah keindahan tertinggi
    dan ia telah mencurah
    bau hanyir pekat yang likat
    menjahanamkan keelokannya
    suatu yang cantik molek
    dihempas terbiar
    deraian butiran cahaya hati


    Guest
    Sajak tentang simbolik sikit

    BalasPadam
  3. PESAN

    nenek pernah pesan
    hiduplah kamu dengan akal
    hiduplah kamu dengan agama
    tercampak kamu ke laut
    bisa kamu jadi pulau
    tercampak kamu ke darat
    bisa kamu jadi bukit
    junjung teguh segala
    apa yang aku percaya
    apa yang kamu percaya
    pasti hidupmu jaya
    jaya kamu di dunia
    jaya kamu di sana
    pedulikan warna hitam kulit
    pedulikan tebal bibir
    pedulikan kata orang banyak
    kerna di sana nanti
    semuanya telanjang bulat
    tiada langsung beza
    cuma yang beza
    apa bekal kamu bawa
    terima kasih nenek…


    Golok Buta
    teringat kata-kata nenek aku sebelum meninggal

    BalasPadam
  4. WAYANG KETAWA

    ketawa mereka selalunya menikam
    merobek ke dasar hati naluri rasa
    membunuh tanpa kasihan
    tiada tanda tanpa rupa
    menjadi nadi hidup
    berdarah dan berdaging,
    izinkanlah aku pulang
    aku bukan lagi manusia
    jika dendam ini
    tiada mampu kukunyah dan kutelan
    dalam hari-hari luka yang telah
    pun bersimpulan.
    senafas kata cuma
    terbina dusta memerahkan
    bilah-bilah hari
    tersimpul tiada hujungnya
    luka dan luka tertitis ke mata hati
    wayang ini panjang waktunya.


    Petualang Tiga
    sajak dgn bantuan pak cik saya ada simbolik sedikit

    BalasPadam
  5. BOROI

    apa yang tidak kena
    makin hensemkah aku
    makin machokah gayaku
    makin menarikkah aku
    usah lagi buat begitu
    aku jadi malu
    sudah merah pipiku
    telinga dah suam kuku
    demi terbuka mulutmu
    telus lontarkan kata
    buat aku terkedu
    seakan tidak percaya
    terkaku jadi batu
    berat rasa langkahku
    begitu menusuk kalbu
    katakan ia tidak benar
    cuma omongan semata
    engkau sudah gemuk
    tidak! segera kutahan nafas
    kontrol perutku yang boroi…


    Mozaire
    teringat kata-kata saudara-mara terhadap aku

    BalasPadam
  6. Sajak bagai ada rasa kerasukan atau hasutan dari satu pihak yang menunjukan watak ketokohan keagamaanya. Meracuni pemikiran dan menharubirukan kefahaman yang
    sedia ada, dengan nawaitu yang busuk bersandaran propaganda agenda tersendiri. Kini ramailah yang terpengaruh, apabila telah diikuti sekian lama, ternyata satu pembohongan yang terbongkar bagaikan tumpahan bau hanyir yang merosakan dan mencelarukan minda anak muda, dahulunya catik dan bersih kini terbiar dan rosak dari terpengaruh dengan jarum yang dimasukan oleh pihak yang ada agendanya yang tersembunyi. (TU).

    BalasPadam
  7. Pesan nenek anda itu sangat berguna, itulah tandanya seorang nenek yang bijaksana.
    pandangannya luas cinta pada agama, bangsa dan negara, hati mahu ikhlas, tidak kira kulit hitam atau putih, kerana bila mati disana nanti akan dinilai segalanya dosa dan pahala. Mengikut amalan di dunia.Sama ada dihumban ke neraka atau dimasukan ke dalam syurga. Tetapi apa yang menyedihkan, setelah mantan tun dr Mahathir melancarkan It dan jalur gemilang. Ada petualang yang mengambil kesempatan, menghasut dan mencelarukan minda anak muda yang masih mentah ini, melalui ribuan kompiter dan laptop untuk menghentam kerajaan demi untuk mengulingkannya. Tanpa disedari menceritakan pula dikampung oleh anakmuda ini, sehingga ibu bapa dan keluarga terpengaruh sama.Ini menjadikan PRU12 mereka menang banyak, kerana tohmah dan fitnah. (U)

    BalasPadam
  8. Sememangnya dalam hidup ini ada orang dipandang mulia dan ada juga dipandang hina, Apa-apa pun anda mesti ada wawasan tersendiri, tidak semestinya orang tidak mempunyi ilmu tinggi hidup tidak boleh berjaya, tuhan telah pun menetapkan rezeki sesaorang hambanya, usahalah dengan tangan kamu sendiri. Mungkin ada hikmahnya
    Jika kita tidak pintar seperti orang lain, jika anda pintar, tidak ada gunanya , jika ada kepintaran itu untuk menipu dan memutar belikkan segala fakta untuk kepentingan peribadi anda untuk sesuatu tujuan yang jahat mencemarkan nama keluarga, bangsa dan mentelungkupkan Negara. (TB)

    BalasPadam
  9. Kekadang tuhan menjadikan sesaorang bukan bahan untuk diketawa, tetapi ternyata
    Lemrah orang yang gemuk biasanya banyak makan, malah yang kurus pula tak cukup makan. Yang pendek yang tinggi, jangan dipandang hina, semuanya diibaratkan sama
    seperti jari-jari tangan kita. ada faedah dan rahsianya. Begitu juga dengan parti-parti di Malysia, kalau mereka bekerjasama amat baik, bantu kerajaan bagi pandangan yang berguna, bukan program 100 yang mana negara kita kini berada 27 negara yang di tempat tertinggi menuju negara maju, Cuma di belakang Austrlia dan kuasa besar Amarika, kalau ikut kata penasihat PKR ini . tak sampai seratus hari, Negara kita akan berada 100 negara mundur kebelakang di dunia. Gaya kancil nak berak tahi gajah. Boleh relah lubang pungkur. Janji dulu pun tak boleh laksana. (B)

    BalasPadam
  10. kenapa x menjerit je azan kuat2 dalam hutan tu

    BalasPadam
  11. eh! dorg x bawak yassin ke masuk dalam hutan?

    BalasPadam
  12. org dulu2 ni x kuat agama la sbb tu hantu snang kacao

    BalasPadam
  13. eh! dorg ni nk msuk hutan tp ilmu x cukup bahaya tu

    BalasPadam
  14. selamat 3 org lelaki? klu 3 org pmpuan xthu la mcm mana

    BalasPadam
  15. kalau perempuan pun ikut sekali msti ada yg kena histeria

    BalasPadam
  16. hantu tu ada panggil nama dorg x nnt?

    BalasPadam
  17. agaknya akhir sekali semua pensan kot? hahaha

    BalasPadam
  18. eh! ada x yg kena rasuk nnt en nuri antara dorg bertiga?

    BalasPadam
  19. lebuh faquhar?? en nuri tinggal sini ke dulu?

    BalasPadam
  20. lebuh faquhar ni kt mana plak?

    BalasPadam
  21. sajak tentang khdupan plak kali ni?

    BalasPadam
  22. eh! sajak perbandingan plak? menarik!

    BalasPadam
  23. ha! sajak en nuri ni bru la phm dari sajak jalil semalam...

    BalasPadam
  24. sajak jiwa2 ke tentang khidupan ni?

    BalasPadam
  25. sajak ketuhanan ke ni?

    BalasPadam
  26. sajak en nuri ni x berapa phm la

    BalasPadam
  27. lebuh faquhar kat mana dekat2 dgn lebuh aceh ker?

    BalasPadam
  28. sajak en nuri kali ni menarik! sbb simbolik dan snang nk phm

    BalasPadam
  29. iangatkan sajak politi rupanya sajak pembandingan kambing hitam dan bayi?

    BalasPadam
  30. bgus jgk jalil janggutn ni sajak membel nasib bayi terbuang

    BalasPadam
  31. ingatkan sajak hantu td kmbing hitam rupanya sajak simbolik

    BalasPadam
  32. sajak jalil janggut yg dulu punya best yg terkini langsung aku xphm...

    BalasPadam
  33. kambing hitam dgn bayi rupanya...

    BalasPadam
  34. eh! kambing hitam lagi berharga dari bayi yg dibuang sedihnya

    BalasPadam
  35. menarik sajak jalil janggut ni senang nk phm

    BalasPadam
  36. eh! siap bagi no telefon lagi btol ke no tel dia en nuri?

    BalasPadam
  37. pas skrg bukan macam dulu byk menghalalkan yg haram

    BalasPadam
  38. nik aziz tu senang kata kubur panggil mari rumah kata pegi

    BalasPadam
  39. eh! rohaizat ni ada madu ker?

    BalasPadam
  40. huh! berdosa meruntuhkan masjid yg dibina

    BalasPadam
  41. eh! bini x boleh kwin dua PAS boleh plak? ni x adil ni

    BalasPadam
  42. huh! ada jgk ahli PAS kwin dgn org luar negara! tu lagi la teruk

    BalasPadam
  43. eh! PAS skrg makin gila kuasa senang menuduh org

    BalasPadam
  44. eh! nasarudin tantawi? hampir dgn nama sy jgk Muhamad Nasarudin Asmawi

    BalasPadam
  45. PAS mmg mcm tu suka cari salah org salah dia sorok2 plak?

    BalasPadam
  46. sggup menruntuhkan rumah tangga org semata2 demi politik? manusia apakah ni?

    BalasPadam
  47. apa nk jadi kat PAS ni nama saja parti islam tp memfitnahp plak?

    BalasPadam
  48. mmg sebijik mcm perangai qulbai apa yg hantu raya cerita ni

    BalasPadam
  49. smoga PAS ni segera bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka

    BalasPadam
  50. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.
    Hari ini sy diberi kebenaran menjawab.


    - Cerita ini semacam kepercayaan tahayul/kurafat. agama masa itu belum kuat, zaman jahil atau kisah zaman purba, sesuai dengan keadaan masa itu, lebih percaya pada kuasa syehir, dukun atau pawang, juga hantu ataupun syaitan-setan. (sebab itu en nuri tulis dia simpan samapi naik kuning kertas, berlubang2 dimakan gegat pula)

    - Memang betul apa yang anda andaikan. mereka berada di satu zaman syiar agama Islam belum sampai ke daerah mereka. Mana mereka tahu mengucap atau kenal ustaz. malah jauh sekali untuk melaungkan azan ataupun iqamah, tetapi mereka mulai mencatumkan nama mereka seperti ali, malik dan hujungnya masih juga nama purba.

    - Mungkin cerita misterinya kalau hendak dilojekan , jangan masuk unsur agama, kebanyakan filem Indonesia dan malaysia sekarang mereka telah gabungkan Pak ustaz atau tuk guru dalam menentang makhluk ghaib dan jahat ini sebelum kedatangan Islam. agar orang atau pembaca tidak boleh
    mempertikaikan. okey!

    - kerana amat ditakuti bila kita menulis massej yang dimaksukan telah disalah ertikan (kata en nuri jika kita nak tulis cerita ikut situasi/keadaan semasa, elak daripada syirik dan kurafat, agar aqidah tidak teperangkap)

    -Ulasan sajak hantu Raya memang ada gila-gila sikit, mungkin deman atau diserang deman angin berbau politik, agaknya. maaf jika ada yang terlepas padang pada
    pertanyaan dalam ulasan.

    BalasPadam