Selasa, 25 Januari 2011

KABUS KEMARAU





Seorang saksi membawa kebenaran
tetapi semuannya bagai ditolak
keangkuhan penduduk kota Mekah
lalu kemurkaan pencipta menjawabnya
dihantar kabus kemarau panjang
kepada penghuni seluruh kota mekah
kerana menolak kenyataan yang nyata
tidakah mereka tahu siapa Khalid?
yang terpuji lagi amat dimuliakan
mengertilah malam seribu bulan
10 akhir ramdhan yang diberkati
malam diturunkan kitab pertunjuk
malam keberkatan dan kemuliaan
seluruh penghuni dunia yang pana ini
dilemparkan cahaya dari kegelapan
di tengah malam memacar sinar
dari kebenaran kitab suci Al quran.


Oleh:Nurimanja,
catatan 12 September, 2009
bersamaan 30 ramadhan, telok kumbar,





50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA : SUSUNAN: NURIMANJA.
    ditaip semula oleh Tinta Azimat
    ______________________________________________________________________


    Dia seorang pemuda yang membawa diri dari kampungnya kerana kemiskinan dan wajah yang tidak tanpam. Setelah ibunya meninggal dunia dia tiada tempatpergantungan lagi.babakpnya memang sudah lama meninggal dunia sejak dia berusia tujuh tahun lagi. dia sudah menjadi anak yatim di kampungnya itu.

    Ali canon begitulah namanya, Ali namanya. dan canon nama ibunya, dia pun tidak tahu siapa nama bapanya yang sebenar, zaman dahulu kala tidak perlu IC, dimana saja anda boleh pergi. Malah jika anda ada kekuatan, pandai bersilat, dan ilmu hitam, anda boleh menguasai sesuah perkampungan itu.

    Ali canon mempunyai tubuh yang kental walaupun wajahnya tidak begitu tanpam dia seorang yang rajin bekerja, kekuatannya yang luar biasa menjadikan dia dicemburui oleh pemuda yang tidak sebulu dengannya.,Disebabkan dia selalu dihina dan dipersenda
    dicaci dan diinaya. Ali Canon membawa diri keluar dari kampungnya. namun

    Di pinggir hutan belantara tinggal Ali Canon seorang diri dengan mendirikan sebuah pondok kecil tempat dia bertedung dari panas dan hujan . Ali Canon cuma berkebun di tanah tidak bertuan di pinggewr hutan belantara itu. Kerana dia sering kesunyian, cuma mendengar kicauan burung dan salakan anjing hutan dan ketukan ular tedung.

    Hasil tanaman padi huma dan ubi kayu dia hidup sebagai orang hutan yang tidak ada berdunia dengan alam kemanusian lain yang tinggal jauh dari perkampungannya. Ada
    juga sekali dua, da waktu mencari rotan di hutan, dia terjumpa dengan anak muda di kampung yang sebaya dengannya. Mereka pun bertanya khabar.

    Pada satu hari Ali canon jatuh sakit barangkali diserang deman panas. berminggu Ali canon terlantar seorang diri di pondok buruknya. Di waktu malam dia sering diganggu dengan mimpi ngeri dan mencemaskan. Sehingga pada satu malam dia bergelap kerana
    pelita jamongnya tidak terdaya lagi untuk dihidupkannya.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. HUTAN UNGU

    musim-musim penuh senja
    membuluhi hutan ungu
    kertas-kertas biru
    bertinta kasmaran merah
    tiris jua, dihujani waktu.
    bersama angin petang
    kau bisikkan perasaanmu.
    bersama pelangi petang
    kau bicarakan sukma rasamu.
    sesungguhnya aku memahami
    setiap bahasamu itu.


    Salleh Muhamadon
    sajak simbolik tentang alam semulajadi

    BalasPadam
  3. BELATI

    hulurkan sahaja belatimu itu
    ingin kubenamkan ke tiap-tiap
    lohong saraf ini
    biar mati segala rasa sarat ini.
    rindu ini membulat seperti
    bulan penuh tumpah cahayanya
    di balik jendela retak.
    resah ini merata seperti
    bintang sinar berulang kali kiraan
    tiada serupa sifirnya.
    yang hanya tinggal belati di tangan

    Husni Kola
    sajak simbolik sedikit

    BalasPadam
  4. HURUF-HURUFNYA

    diam pilihan kita, selalunya begitu
    kata-kata menjadi mahal harganya
    kita membaca tanpa panduan
    tafsiran menjadi kacau
    benar silap kita satukan sekali
    dalam menu pilihan kita
    itulah kita kepatahan
    dan kelukaan dalam diam.
    di sini hanya wujud huruf-huruf
    dibuntingi oleh nikmat rasa
    mungkin aku engkau juga mungkin
    bernafas di celah-celah
    huruf-huruf ini.


    Pangeran Indera
    percubaan sajak simbolik pertama kali

    BalasPadam
  5. CUKUP HANYA SATU

    cukupkah hanya satu
    kalau aku mahu tambah lagi
    kerana dapat puaskan hati dan nafsu
    lagipun ikut sunnah nabi
    boleh beristeri empat
    tapi apabila rakan mula bertanya
    sunnah lain kamu bagaimana
    ada kamu ikut kamu peduli
    sunnah paling mudah
    baca doa makan kekadang tak buat
    tepuk dada tanya poket
    mampukah agaknya kamu
    jika hutang masih membelit
    usah cari penyakit
    tepuk dahi tanya hati
    mampukah berlaku adil
    jika dua masih tak terbela
    usah cari bala cukuplah hanya satu…


    Mr Casanova
    sajak pendapat rakan2 kalau aku nak berkahwin empat

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    HUTAN UNGU oleh sdra. Salleh Muhamadon ada berbagai andaian boleh dibicarakandalam sajak ini., satu dinataranya: Mungkin membicarakan tentang situasi semasa.cuma sekadar andaian sahaja, kebarangkalian berkaitan dengan kedudukan orang yang berkedudukan, punya pangkat dan harta benda yang lumayan. walaupun berada dihujung senja, biasanya YB tetapi masih galak bermain cinta dengan gadis-gadis genik untuk dijadikan teman bermesra sehingga sanggup menjadikannya isteri yang kedua. Dengan janji yang mengoda dan mempersona.Demi untuk mendapatkan hajat dan cita-cita dan diredhai Allah. . Amin (U)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    BELATI oleh sdra. Husni Kola sajak ini juga mempunyai berbagai andaian yang kita boleh tangkap dan diterjemahkan, sebagai sebuah lukisan abstrak tentang pada mata setiap orang akan melahirkan berbagai andaian. Cuma andain keberangkalian. Penceritaannya ada
    rasa marah dan kecewa dengan beban berat yang ditanggung di dalam keadaan yang dialaminya. Mahu saja rasanya ingin ia membunuh atau memusnahkan segalanya biar segala harapan tidak kesampaian, agar ianya menjadi kosong, biar yang cuma tinggal hanya kenangan. Mungkin ada cerita jiwa-jiwa sikit. Semoga ada jalan yang mungkin dapat penyelesaiannya nanti. Aminj. (TU)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    HURUF-HURUFNYA oleh sdra. Pengeran Indera dari Berunei kebangkalian sajak Ini ada berkaitan dengan kemesraan kita di dalam blog alam maya ini. Kita sekadarberbicara secara diam tanpa wajah atau rupa cuma kita melihat dan membaca kata–kata tanpa panduan sekadar menilainya sendiri, salah silap kita satukan dalam minda kita sendiri.Itulah kemesraan yang dirasakan generasi dalam situasi perhubungan penerangan dalam dunia seber maya dini hari. Amin (TB)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    CUKUP HANYA SATU oleh Mr Casanova pengucapannya membicarakan tentang untuk berkhawin empat. Tetapi di atas nasihat kawan-kawan, jika mahu berkhawin empat ikutsunahnya. Tetapi sunah yang lain tidak dilaksanakan, ada baiknya berhenti dahulu. Dan cukuplah sekadar hanya satu. Tetapi cubalah bertanya pada hati adakah anda mampu berlaku adil. Jika gagal diakhirat nanti kita lihat ada manusia yang dia berjalan senget sebelah, kerana gagal berlaku adil pada kedua isterinya. Amin. (B)

    BalasPadam
  10. sian dia membawa diri sbb x nsem? hehe

    BalasPadam
  11. anak yatim piatu rupanya pemuda ni

    BalasPadam
  12. hahhahha ali canon plak yg berlakon kali ni?

    BalasPadam
  13. ali conan? eh! nama ahli plak kali ni? hahaha

    BalasPadam
  14. ali conan? eh! kenapa bin ibu plak bukan bin bapa ker?

    BalasPadam
  15. alamak! jd pemuda x berwajah nsem plak sy ni? tp xpe walaupun x nsem tp rajin

    BalasPadam
  16. xkn sampai org buang dia plak xbb xnsem? hahahaha

    BalasPadam
  17. harap bdan je besar tp x nsem? hhahaha

    BalasPadam
  18. x takut ke tinggal dalam hutan sorg?

    BalasPadam
  19. xde seram pun cerita ali conan ni en nuri?

    BalasPadam
  20. pakai nama ahli plak kali ni? harap2 lps ni byk lagi nama ahli yg kluar

    BalasPadam
  21. ali conan plak kali ni? hahahhaa

    BalasPadam
  22. ali conan? cerita badang ke en nuri?

    BalasPadam
  23. seronoklah ali conan nama dia ada kali ni

    BalasPadam
  24. xkn xde langsung org simpati dgn dia en nuri?

    BalasPadam
  25. setakat ni xde seram lagi nampaknya

    BalasPadam
  26. TGH2 MALAM DALAM GELAP GELITA SAH MSTI ADA HANTU YG DATANG NI SBB DIA KAN TINGAL SORANG LAGI SENANG HANTU NAK KACAO

    BalasPadam
  27. sian dia smua org hina kat ali conan

    BalasPadam
  28. kenapa org benci dia sgt? padahal di rajin

    BalasPadam
  29. ksian dia dh la xsem miskin plak?

    BalasPadam
  30. eh! xkn dia xde sedara mara?

    BalasPadam
  31. pemuda yg sebaya dia tu sapa nama?

    BalasPadam
  32. lps ni ada lagi x nama ahli en nuri?

    BalasPadam
  33. dia mmg sebatang kara ke???

    BalasPadam
  34. mak dgn ayah dia meninggal sbb apa?

    BalasPadam
  35. pemuda sebaya dia tu baik jgk sbb tegur dia ingatkan x tegur

    BalasPadam
  36. malam2 tinggal dalam hutan? beraninya

    BalasPadam
  37. hantu x kacau dia ker?

    BalasPadam
  38. kenapa tinggal dalam hutan cari la kmpung lain

    BalasPadam
  39. sian dia membawa diri lps kedua org tua dh xde..

    BalasPadam
  40. adakah org akan simpati dgn nasib dia nnt?

    BalasPadam
  41. ali conan ni umor brapa dalam cerpen ni?

    BalasPadam
  42. zaman berapa puluhan ni sampaikan I.C pun xde?

    BalasPadam
  43. apa yg misteri en nuri? sedih tu ada la..

    BalasPadam
  44. ada hantu tumpang tidur rumah die ke en nuri?

    BalasPadam
  45. cerita ni xpnh baca lagi ni cerita baru nampaknya

    BalasPadam
  46. tgh2 malam klu gelap gelita? haiwan buas kot yg dtg

    BalasPadam
  47. smabung cepat en nuri! x sabar nk thu ni

    BalasPadam
  48. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.


    - Ini bukan cerpen tetapi macam cerita misteri zaman dahulu
    kala mungkin doging rakyat atau nak percaya dengan tak
    percaya sama banyak. Macam filem tahayul juga. lebih baik
    tak usah percaya. Ini pun masa saya kecil dulu mak saudara
    saya suka cerita saya dengar, saya catat lama puluhan tahun.
    kertas dia pun dah makan gegat. kuning warna dari kertas putih.

    - Ali canon nama zaman tak ada IC memang sesuai. sahabat dia
    sedang duk cari nama purba sikit , pagi ini dah dapat Adi Cana.
    atau malik wariya

    - Cerita ini pendek saja, kebetulan semalam saja nampak juga
    iklan di tv 801 saluran cerita LANGSUIR juga, tapi mungkin
    cerita tak sama. tapi ejaan dia lebih betul , saya punya ejaan
    sekolah dulu pakai e ada tanda pula di atas kepala dia. sekolah
    dulu. kalau eja cawan- chawan.

    BalasPadam
  49. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.


    -jawapan rengkas buat saudara baru.

    -Mekah itu negeri tempat kelahiran nabi Muhamad yang membawa kitap al Quran kepada umat manusia beragama
    Islam. sebelah timur tengah. padang pasir sana.

    -Sajak kabus kemarau cerita tentan pengajaran dan perjuangan nabi muhamad yang ditolak oleh kaumnya, bila ratusan tahun mereka menyembah bahala , tetiba datang
    nabi suruh atau mengajak mereka menyembah tuhan yang esa (satu) tiada dua atau tiga.

    -Ramailah yang menentang.lebih marah lagi mereka yang telah berpengaruh dan pembuat patung-patung bahala. kerana punca rezeki mereka. kalau tuhan tak laku dijual lebih marah lagi, dalam cerita nabi Ibrahim, setelah dia
    memecah bahala kecil dibawah jagaan allata dan aluza.
    katanya: tanyalah tuhan kamu siapa yang memecahkan? bahala kecil ini. kamu silap, kamu buat tuhan, kamu jual,kamu sebah pula. Ini tandanya lemah. kalau tuhan dia mesti berkuasa. bertamabh marah mereka , tangkap nabi Ibrahim bakar dia hidup.kerana memcabar tuhan kita....

    - KHALID yang menjadikan, salah satu nama sifat tuhan boleh menjadikan semua makhluk di dunia ini.

    -Sajak 30 ramadhan ini ada cerita misteri, kebetulan bila sampai pada surah adduhan malam, kebetulan malam itu malam ganjil dan mungkin malam lailatul qadar.
    Allah huakbar. (tajuknya kabus kemarau) cerita benar.

    BalasPadam