Selasa, 11 Januari 2011

JAUH



kategori cendekawan PTPA


Semenjak ku pejamkan mata
hilang sudah mentari
Ke manakah perginya bulan?
Saat ku dikelilingi kegelapan
Tiada lagi cahaya kerlipan bintang
Deru angin tidak kurasai lagi
Kicauan burung bagaikan lenyap
Dimanakah diriku ini?
Dimanakah ibu dan ayahku?
Kini ku sudah jauh
Hanya baring berpeluk tubuh


OLEH: PROF NAQUIB
Tanpa Tarikh dan tempatnya.
sajak-sajak bersama sahabat CR 2009.





50 ulasan:

  1. FITNAHLAH LAGI

    paku dulang paku serpih
    mengata orang dia yang lebih
    usah tacap sebarang tacap
    silap tacap buruk hasilnya
    usah cakap sebarang cakap
    silap cakap teruk kesannya
    apa berita kamu bawa
    apa cerita kamu reka
    apa lubuk kamu bergenang
    apa tajuk kamu canang
    pastikan ia benar belaka
    usah ditabur fitnah merata
    usah disembur tanpa usul periksa
    kita ada otak kita ada akal
    otak boleh fikir
    akal boleh timbang
    mana satu buruk baik
    mana satu intan kaca
    apa sanggup sama meratah
    daging busuk saudara sendiri
    fitnahlah lagi


    Musa helmi
    percubaan pertama kali buat sajak utk sayembara

    BalasPadam
  2. SEMUA PAKAT MENYINGA

    rasa mahu kongsi
    kisah di pasar tadi
    kisah makcik siti
    kempunan hajat hati
    kami sama mencari
    keperluan harian kami
    raga sudah terisi
    mahu minta diri
    baru mula melangkah
    dengar riuh rendah
    jenguk dari bawah
    ada orang berbalah
    lantang bertikam lidah
    tak tahu siapa salah
    bila sudah reda
    mulut pantas bertanya
    apa kisah cerita
    rupanya makcik siti menyinga
    bawang dah naik harga
    aku sama menyinga
    semua pakat menyinga


    Sharul Romandy
    sajak utk sayembara

    BalasPadam
  3. GILA

    Bila jujur itu tiada
    Pincanglah percaya itu…
    Mengerti atau tidak
    kau pada perasaan aku?
    Tidak cukupkah
    apa yang terzahir selama ini?
    Dulu kau begitu Kini kau begini
    Jauh berbeza Jauh segalanya
    Kasih sayang cinta rindu
    Semuanya berubah Salah akukah?
    Atau masa mencemburui kita?
    Masa selalu memisahkan kita?
    Terkadang aku ingin jadi orang gila
    Kerana orang gila itu
    sebenarnya lebih bahagia lebih aman
    walau apa yang berlaku
    Bila aku akan jadi gila?


    Raju Linggam
    terima jemputan ustaz kamarudin masuk pertandingan ini sajak

    BalasPadam
  4. IMEJ

    bila manusia membuka mata,
    maka ia melihat
    bila manusia memejamkan mata,
    maka ia berehat.
    tetapi fikiran tak pernah berhenti
    kerana walaupun rapat mata dipejam
    gambaran tetap jelas kelihatan.....
    hanya akan lenyap seketika
    apabila manusia terlelap
    tetapi ia tidak akan berubah
    sekalipun beribu hari berganti
    kerana itulah KENANGAN


    Miss Kim Cheung
    sajak sy bersama tunang sy harap qalam x kisah

    BalasPadam
  5. salam kpd viger jgn hanya layan blog papa gomo tgk jgk blog ni http://anwaribrahimblog.com/

    byk lagi didedahkan....

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
    Sadra.Musa Helmi PB sajak percubaan pertamanya dengan tajuk: FITNAHLAH LAGI. Ternyata pengucapannya bagai memberi arahan yang suruh disini untuk menyedarkan diri sesaorang. Cuba berfikir baik atau buruk sikap mengata, mengumpat dan memfitnah orang.? Sekali mungkin orang percaya, tetapi bila sudah lebih dua dan tiga kali, awas finah akan memakan diri sendiri, kawan dan rakan akan menjauhkan diri, apa lagi untuk bersubahat dan bersekongkol dengan kerja mungkar.dan tergamakah kita makan daging saudara sendiri? Sejahat manusia bila ia Melakukan kejahatanmenyalahkan orang lain dan enggan mengaku kesilapannya. Agar kita semua tidak begitu. Amin (TB)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    Sharul Romandy dengan sajak SEMUA PAKAT MENYINGA. Pengucapannya jelas dan nyata, kisah suri rumah dengan penjual di pasar hari, Kerana mungkin harga bawang naik mengejuk ramai suri rumah ke pasar bajet tak cukup. Masakan tidak di
    India ada banjir di negara pengeluar bawang semuanya tengelam sebab banjir. Masa Inilah mereka ambil peluang, menanguk di air keruh, biasanya seguni 4RM kini 9RM. Mahu tak menjeret si makcik siti, wang dibawa habis beli bawang saja. siapa pun akan menyinga. Tetapi itulah cerita kehidupan, pahit mau terpaksa ditelan. Angaplah satu ujian dari kehidupan. Amin (B)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Raju Linggam PB yang berminat dengan puisi seperti utaya sangker kerja dekat rtm 1 Penyampai berita, sikit masa dulu. Apa pun sajak GILA berbunyi bagai berfalasafah pula. Penulis bagai rasa kecewa bila kejujuran yang sering diberi, telah bertukar, apa yang dikata semuanya jauh berbeza. Mesti siapa yang perlu disalahkan aku atau kau? Persoalannya bagai tidak terjawab, kata si penulis ada baiknya ada baiknya jadi orang gila, lebih bahgia, kerana apa yang dilakukan tidak boleh kita salahkan kerana dia sakit jiwa ataupun GILA. Semoga kita tidak jadi begitu. Syabas! Ada kemapuan dan perlu berusaha lagi. (U)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak Miss Kim Cheung PB saudari baru dengan tajuk IMEJ.Pengucapan sajak juga bagai berfalasafah. Begitulah kehidupan kita yang sering mengumpul kenangan dan
    melahirkan cerita. Dan dari perjalanan dan kenangan cerita inilah yang telah mengajar kita menjadi seorang manusia, kerana menjadi seorang manusia amatlah susah dari menjadi saekor haiwan melata. Syabas ! Ada kemampuan untuk memantapkan lagi, jika disusn dengan lebih puitis lagi. Amin. (TU)

    BalasPadam
  10. sajak malam plak? sajak seram ke ni? sy x baca sbb nampak macam seram

    BalasPadam
  11. malam plak? seram nak baca malam2...

    BalasPadam
  12. sajak ni ada maksud apa?

    BalasPadam
  13. sajak malam ni simbolik ke?

    BalasPadam
  14. sjaka malam ni mmg cerita pasal malam atau ada maksud lain?

    BalasPadam
  15. sajak malam plak? mcm pnh baca jer sajak lama kan?

    BalasPadam
  16. sajak malam ni en nuri xletak sekali hantu ker? hehehe

    BalasPadam
  17. sajak malam ni ingatkan seram rupanya xde la seram pun biasa2 jer..

    BalasPadam
  18. sajak khidupan kan sajak malam ni? agak menarik

    BalasPadam
  19. tuan ghamidi ni x serik2 lagi nak berdakwah ker?

    BalasPadam
  20. tuan gahmidi bila nak bertaubat?

    BalasPadam
  21. aku dgr pasal blog anuar ibrahim pun dh meluat semua menipu jer

    BalasPadam
  22. tuan ghamidi kalau nak berkempen tempat lain la

    BalasPadam
  23. tuan ghamidi kalau nak berkempen tempat lain la

    BalasPadam
  24. jgn taksub sgt tuan ghamidi

    BalasPadam
  25. tuan ghamidi aku tgh laman web tu ahli ada seberapa jer... haahahha

    BalasPadam
  26. kami disini memegang teguh kepada parti kami x layan la tuan ghamidi ni

    BalasPadam
  27. rasanya tuan ghamidi ni mcm cakap sorang2 jer? hahahha

    BalasPadam
  28. tuan ghamidi blah lah!! kami smua 100% menyokong mcm en nuri

    BalasPadam
  29. kamu x diperlukan disini tuan gahmidi

    BalasPadam
  30. kami boikot anuar sesumpah

    BalasPadam
  31. blog anuar tu temberang je la

    BalasPadam
  32. nak berkempen pegi tempat lain la tuan ghamidi

    BalasPadam
  33. jom kita semua halau tuan gahmidi!!!

    BalasPadam
  34. nak tergelak pun ada dgn tuan ghamidi ni sampai terdesak sgt kot? hahaha

    BalasPadam
  35. ni msti blog anuar x popular sbb tu dia cari pengaruh kat sini plak? haahhaa

    BalasPadam
  36. sajak apa plak prof ni?

    BalasPadam
  37. xphm la sajak prof naquib ni

    BalasPadam
  38. sajak jiwa2 ker prof naquib ni?

    BalasPadam
  39. sajak en nuri msti smua paham sajak ahli yg susah sikit nk phm

    BalasPadam
  40. sajak utk gf anda ke prof naquib? hahaha

    BalasPadam
  41. langsung aku xpdt tangkap sajak prof naquib ni

    BalasPadam
  42. sajak mcm mencari sesuatu yang hilang jer?

    BalasPadam
  43. kami x percaya tuan ghamidi!! harap jgn ada ahli terpegaruh

    BalasPadam
  44. sy org ketiga meninggalkan pejuang palsu haji ghamidi! smoga kalian terima sy

    BalasPadam
  45. sepatutnya en nuri jgk siar apa tuan ghamidi hantar dia ni gila! x boleh di percayai...

    BalasPadam
  46. xde ke isu politik en nuri?

    BalasPadam
  47. lama dh xde isu pasal politik? maaf sbb sy buang hari tu pasal suara bebas

    BalasPadam
  48. politik xde ke en nuri? rindu pasal politik la

    BalasPadam
  49. info xde ke en nuri? dulu suara bebas selalu letak?

    BalasPadam
  50. JAWABAN RENGKAS SAHAJA

    -Gawai itu hari perayaan orang iban di serawak.

    -Sebenarnya dua kali terjadi belangkongsawake atas diri saya, sekali lagi di kampung saya.
    bila saya janji nak balik tiket dan IC saya tertinggal kat kuaters di kpg rajang seminggu pula tunda.
    kebetulan ada but penumbang karam keluar kat akhbar sungai rajang sibu ke kapit. Keluarga di kampung kata saya terlibat. Semua pakat simpat dan bermuram durja....

    -Bengkel itu: Istilah dewas bahasa serawak (DBCS) bedah siasat cara menulis cerpen. macam kita buka
    pasang kereta juga. dulu ada saya bagi info cara bagaimana nak menulis cerpen dan sajak. Tapi tak
    seorang pun yang cuba hantar cerpen, mereka kata tak menjadi. Aduh!

    -Tahun 1978 - 1980 nst mana ada , kalau ada pun polis saja pakai itupun bising, susah nak tangkap
    biji buah, yang dengar over! Over!

    -Saya rasa lemah dan kebas seluruh badan, macam nak mati, orang pun penuh rumah, nyonya itu anak
    dia anak muris saya juga subjet seni atau lukisan. dia tolong picit tangan bagi darah jalan kata nyonya.

    -Hati pun ada terjentek, tapi teringat pesan mak di kampung jadi takut nanti jadi anak durhaka pula....

    -Belum khawin , bujang lagi, tak ada gf atau tunang. cuma sekali ada gosip dengan nenek Ayu Manja dulu dia kerja rtm seri aman. org kampung punya cerita.

    -Sajak malam tak ada apa sajak lama viger terbit lagi.kisah malam gelam saja berbagai andain boleh jelma.

    -Akhir sekali minta maaf haji majid semalam terlepas pandang, saya duk cari siapa nak join ini? Tak ada masalah, kami tak pernah ambil hati, macam haji abkam,
    dia sendiri minta maaf kami rasa lebih ceria, kerana yang benar tetap benar, kita ingat tuhan sudah cukup. syabas! haji Majid.

    -Saya kira, sdra anuar ini bagai ular bisa yang terluka,tiap kali dia bergerak atau berkata orang akan memukul.susah bila kita dilaber dengan sesuatu yang menjelekkan. sepatutnya dia perlu muhasabah diri. kembali kepada jalan leluhur. Amin

    BalasPadam