Rabu, 5 Januari 2011

DIALOG PAGI



Kategori sajak luar negara 2009


Bersama titisan embun
yang membasahi subuh
hati menjadi teduh
mengurai bisikan-bisikan
yang selalu resah
aku tidak paham
gejala kehidupan
dengan kedua tangan
yang menutup mata telinga
kaki yang mengikat diri
hati yang keruh
tuhan, aku ingin beranjak
dengan langkah kakiku sendiri
meski tak secepat kilat
asal engkau menemaniku
di tiap desah nafasku

 
Oleh: Adithama
Negara Brunei
2009 Disember 25 04:42 






50 ulasan:

  1. Dakwa penderhaka sultan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan

    KUALA LUMPUR 2 Jan. – Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini mencadangkan beberapa tindakan tegas diambil ke atas pihak yang menghina serta menderhaka kepada Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Muhammed Khusrin Munawi.

    Beliau yang juga seorang peguam berkata, semua pihak yang mengugut dan menentang perkenan Sultan Sharafuddin dalam isu tersebut perlu didakwa di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana ‘Perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya gantung sampai mati.

    Selain itu katanya, pertuduhan alternatif juga boleh dibuat di bawah Seksyen 121 (1B) kerana ‘merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan raja pemerintah sebuah negeri’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya pula adalah penjara seumur hidup.

    “Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur, kerana amat biadab lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat di negeri Selangor melakukan perbuatan derhaka seperti itu. Jangan biarkan mereka ini terus memaki-hamun dan mempertikai kedudukan sultan kerana kelak ia menjadi barah.

    “Bagi maksud ini, teman (saya) mencadangkan kepada mana-mana rakyat Selangor supaya membuat laporan polis menurut Seksyen 121 atau Seksyen 121 (1B) supaya tindakan segera boleh diambil. Kita tidak mahu sejarah membaringkan diri di bawah kereta sultan berulang lagi,” katanya.

    Beliau berkata demikian di dalam blognya,http://zul4kulim.blogspot.com, bagi menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap beberapa pemimpin pembangkang yang berterusan mempertikai, menentang serta mengugut Sultan Selangor dalam isu pelantikan Mohammed Khusrin.

    Antara paling biadab ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang mendakwa, ketegasan Sultan Sharafuddin untuk tidak berganjak daripada keputusannya merestui pelantikan Mohammed Khusrin, biarpun mendapat pelbagai kecaman daripada pembangkang, sebagai ego.

    BalasPadam
  2. KETIKA KITA DI SINI DI SANA LAIN

    ketika semua sedang asyik
    meruntuhkan benteng di tepi sungai
    tembok lain sedang terbina
    meninggi menguat biar tak ada
    yang menembus masuk
    ketika engkau lihat matahari
    dengan sinaran teriknya
    di balik awan itu adalah hujan menangis menyembunyi dibalik gunung
    ketika tidur malam mereka lena
    ada jaga menghadap ngeri
    berdepan sama realiti dan fantasi
    sekali gus ketika membaca ini
    jangan sangka kenal jangan cuba


    Ustaz Kamarudin
    maaf qalam dan en nuri kalau tak keberatan harap terima sajak sy

    BalasPadam
  3. MELODI HUJAN

    aku cium bau hujan di luar
    aku dengar jatuh titisnya ke tanah
    aku melihat mendung dibawa bersama
    aku dengarkan suara telinga
    menyanyikan lagu bunyikan melodi
    menghantar rasa yang sama
    setiap kali pun kerlipan mata
    memandang satu persatu
    pandangan jatuh sudut demi sudut
    bisik-bisik menghasut
    semata menambah minyak ke api
    padam marak menyala kembali
    adalah sesuatu cuba ditepis keras
    supaya setiap marah
    berbara dihapus segera
    biar setiap dibasah
    hujan tenang aman

    Ustaz Nordin Khamis
    saya sahabat kepada ustaz omar

    BalasPadam
  4. BERASAK-ASAK

    berasak-asak menerpa seluruh rongga
    menelan mati semua bernyawa
    meredah hujan ribut
    menongkah segala arus
    cuma naik sedikit ke permukaan
    menyedut sedikit udara
    kematian yang abadi
    sebelum masa yang termaktub
    bila pilih untuk diam
    kadang lagi molek dari segala
    sebenarnya mahu memupuk aman
    mengurang apa barang
    gelombang badai selalu pilih lari
    bukan atas dasar pengecut akan api
    sekadar mahu sembunyi
    barang sekejap di perut bumi
    dalam air atas awan
    celah batu ada situ


    Ustaz Zaidi
    harap qalam menerima baik kami berempat kami sahabat ustaz omar

    BalasPadam
  5. Ustaz Rasidy Tajudin5 Januari 2011 pada 3:47 PTG

    DI HADAPAN KIPAS LANTAI

    setiap kali aku duduk di tempat itu
    aku akan pejamkan mata
    merasai kehadiran engkau
    yang tak terlihat dengan mata
    cuma terasa tanpa deskripsi
    malam ini aku duduk
    di hadapan kipas lantai
    dengan kelajuan maksima
    mengharap engkau datang
    tapi yang ada cuma kepalsuan
    mendingin tak ada busur dan panah
    semua berdebur berterbangan
    bagai debu-debu di udara
    hujan yang pantas turun menyimbah
    angin yang meniup segala kencang
    sebaik mata terbuka
    di kala matahari menyinar

    Ustaz Rasidy Tajudin
    salam 1 malaysia buat qalam besar hati sy jikalau qalam sudi mengulas sajak kami semua

    BalasPadam
  6. Ustaz Kamarudin dengan sajak bertajuk; KETIKA KITA DI SINI DI SANA LAIN. Maksud pengucapannya ada berbagai cerita dalam hidup ini perlu kita renungi dan
    mengambil iktibar. Mungkin di sini kita rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai tetapi saudara islam kita di palastine sangsara berdepan dengan melawan penindasan. Mungkin ketika ada rakyat kita hidup senang tetapi jangan lupa ada lagi yang masih menderita dan sangsara yang enggan mendedah rupa. Begitulah keadaan
    kita yang tidak mustahil kalau kita sangka panas hingga ke petang, tetapi kekadang hujan juga boleh turun di tengah hari. Semoga keadaan setabil dan ceria selalu dikurniakan Allah swt. . Amin

    BalasPadam
  7. MELODI HUJAN sajak daripada Ustaz Nordin Khamis. Prngucapannya agak bersimbolik bersandarkan pada sang hujan dan keadaannya. Sesekali ada angin yang membisik dan menghasut irama melodi sumbang seperti minyak dicurah ke api. Jika ada keingin untuk padan tetapi ternyata akan menyala semula. Secara yang telus dan mendamaikan ada baiknya kita mengharap sang bayu bertiup dengan sepoi bahasa, agar tenang dan aman, hentikan melodi hujan, menyelesaikan keadaan tidak membesarkan apa yang buruk dan apa yang tersalah sangka. Ini cuma andaian saja semoga keadaan yang bercelaru dan buntu kembali jadi menentu.. Amin.

    BalasPadam
  8. Ustaz Saidi dengan sajaknya BERASAK-ASAK .Pengucapannya bagai mengejar keadaan yang agak merumit dan menyeksakan. Seperti sedang bergelut dengan kehidupan. sesekali rasa takut bila berlaku kemalangan dan kematian, namun itu semua tuhan yang menentukan, jika kita tidak mengenal sapa , ada baiknya kita diam rasa aman, tidak kira dimana saja kita lalui di darat, dalam air di atas awan, di dalam trowong, celah batu kita lalui, demi untuk sampai ke tempat di tuju. Kita perlu menempuh segala macam halangan hujan rebut badai dan sebagainya,demi menuju ke distinasinya. Cuma andaian sahaja. sekian, jika perjuangan murni teruskan. Amin.

    BalasPadam
  9. DI HADAPAN KIPAS LANTAI ustaz Rusidy Tajudin. Pengucapannya ini bagai mencari sesuatu pada malam yang diharapkan sepanjang bulan terakhir agaknya. tetapi sayang iktikap yang di buat untuk mencari malam seribu bulan ini. Terasa meleset dan palsu di hadapan kipas lantai surau atau masid, tetapi hujan dingin yang datang bersama angin sejuk meniup tubuh, keberangkalian ada kehadirannya tetapi tidak sama bagi setiap orang yang diperkenankan bertemu malam al qadar itu. Amin.

    BalasPadam
  10. SAJAK ORG TUA NI MSTI EN NURI TULIS SECARA SPONTAN BILA MELIHAT ORG TUA KEMALANGAN KAN?

    BalasPadam
  11. misteri la sajak org tua ni sapa org tua ni?

    BalasPadam
  12. sajak org tua geladangan? mcm pnh baca jer..

    BalasPadam
  13. MADU


    Saya pengemar madu ingin berkongsi dengan anda, cara bagaimana untuk mengenalpasti madu yang asli dan madu palsu. Berikut ini adalah kaedah yang diajarkan oleh abah saya ;

    * Rasa madu lebah asli adalah sedikit menyengat (selepas minum terasa macam gatal ditekak dan rasa nak berdehem). Madu palsu pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.

    * Mempunyai bau wangi aroma yang menyengat (bau madu asli sangat unik…kalau hidu secara terus, baunya naik ke otak dan kita jadi agak pening2 lalat)

    * Warna madu asli adalah sekata (Warnanya sama saja dari atas hingga dasar botol…tidak berbelang, atas warna lain bawah warna lain)

    * Madu asli dalam botol ada seperti gegelang buih dibahagian paling atas permukaan madu.

    Cara nak check samaada ianya madu asli ke palsu ialah ;

    * 1- Masukkan madu dalam sudu besi (½ sudu)

    * 2- Hidupkan sebatang lilin

    * 3- Panaskan madu tadi di atas api lilin

    ** Jika buihnya kecil2 dan sedikit, ianya adalah madu palsu!!
    ** Jika buihnya besar2 dan membuak2 (macam gunung berapi yang nak meletus tu), maka ianya adalah madu asli!


    perkongsian untuk ahli tapi jangan percaya bulat2 bagi sy asli atau tidak bergantung juga

    BalasPadam
  14. esok nnt aku nk cuba la try madu aku baru beli ni

    BalasPadam
  15. info pasal madu pun ada?

    BalasPadam
  16. baik lagi madu palsu sbb madu asli hidu pun boleh pening kepala

    BalasPadam
  17. mana en sanusi tahu pasal madu ni?

    BalasPadam
  18. en sanusi pun sumbang jgk? wah! sy dh agak sh sbb encik sanusi ni mmg gila madu kat meja dia punya byk madu

    BalasPadam
  19. pasal madu ni sy xthu sgt sbb sy xboleh makan madu takut badan panas

    BalasPadam
  20. esok aku nak test jgk la madu aku beli kat kedai semalam

    BalasPadam
  21. bagi aku xkisah la madu asli atau tiruan janji madu...

    BalasPadam
  22. madu asli susah nk dapat la skrg ni

    BalasPadam
  23. skrg mana ada madu asli sbb skrg dorg cmpur sikit kimia

    BalasPadam
  24. madu asli? skrg smua madu bukan 100% asli dari pokok kalau asli dari pokok rugi la dorg

    BalasPadam
  25. setakat ni smua madu sy beli rasa sama je xde plak beza

    BalasPadam
  26. eh! madu pun ada? encik sanusi ni pakar madu rupanya

    BalasPadam
  27. cerita lebai noh dh hbis ke en nuri?

    BalasPadam
  28. boleh percaya ke cara encik sanusi ni?

    BalasPadam
  29. pasal madu ni no komen la sbb sy bkn peminat madu

    BalasPadam
  30. eh! bos pun berminat dgn blog ni? psl madu ni aku stuju je dgn bos...

    BalasPadam
  31. bos ni mmg pengemar madu la nampaknya

    BalasPadam
  32. eh! bos kita masuk la? pasal madu plak? dah agak pun sbb aku tgk dia di setiap minggu selalu minum madu campur air masak? sedap ker?

    BalasPadam
  33. madu kalau makan banyak boleh mengelupur sbb panas tu!!

    BalasPadam
  34. madu tualang macam mana plak nk thu encik sanusi?

    BalasPadam
  35. dapat jgk info pasal madu kat sini

    BalasPadam
  36. madu? kat tempat aku ada jual madu nnt aku beli nk try jgk apa kata encik sanusi ni

    BalasPadam
  37. madu? kalau madu dalam campuran makanan sy makan la

    BalasPadam
  38. pasal madu plak? ni yg aku nk dgr ni

    BalasPadam
  39. alamak! bos pun msuk jgk! besar pengaruh blog ni sbb jarang bos dtg singgah blog org

    BalasPadam
  40. adithama? sapa plak ni siam ke? sajak ketuhanan lagi

    BalasPadam
  41. sajak apa plak? aku xknal la adithama ni jd aku x baca pun sajak ni

    BalasPadam
  42. skrg byk sajak2 ahli yg x terkenal ni yg boring ni

    BalasPadam
  43. berbulu jgk aku tunggu sajak best2 xde ker?

    BalasPadam
  44. suara bebas bagi ni boleh dipercayai ke?

    BalasPadam
  45. suara bebas ni bukan ahli sibuk plak nk hntr jgk berita palsu

    BalasPadam
  46. sajak adithama ni menarik tp x phm la...

    BalasPadam
  47. kenapalah pilih sajak ahli yg x msuk kami ahli yg kerap singgah xde ker sajak kami kat sini???????

    BalasPadam
  48. suara bebas ni dgn suara pulau dua beradik ker?

    BalasPadam
  49. aku x berapa nk pcaya suara pulau ni

    BalasPadam
  50. JAWABAN RENGKAS SAHAJA


    -Sajak berasak-asak QM enggan mengulas, kerana
    bercelaru isi dan maksudnya (dia buat andaian saja)

    -Sajak OTG ini sajak lahir dari cerpen en nuri sendiri
    kisah jiman dan budin, tidak ada kena mengena dengan
    najib seperti di dakwa Qulbai.

    -Terima kasih bos beri info madu. kita akan cuba, tapi apa yang sedih saya duk telok kumbar, sebelah kedai runcit,sebelah dekai famaci, botol sama warna pun sama, tudung botol pun sama, di famaci RM24.90sen di kedai sebelah
    amba segar RM8.00 ( yang mahal itu bergelang buih, tapi cair bila ditungang, berbeza yg murah pekat betali benag bila dituang dan semut pun tak hurung) mana betul?

    -Kami mulai curiga blog ini di kuasai kuncu-kuncu penyokong
    pembangkang yang tidak mengikut perkembangan semasa.seperti Qulbai hampir tiada ulasan semasa dia jaga
    blog en nuri ( semuanya dibuang)

    ORANG YG BERKATA INGIN MINTA MAAF:
    PADA SULTAN.

    “Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur, kerana amat biadab lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat di negeri Selangor melakukan perbuatan derhaka seperti itu. Jangan biarkan mereka ini terus
    memaki-hamun dan mempertikai kedudukan sultan kerana kelak ia menjadi barah.

    “Bagi maksud ini, teman (saya) mencadangkan kepada mana-mana rakyat Selangor supaya membuat laporan polis menurut Seksyen 121 atau Seksyen 121 (1B) supaya tindakan segera boleh diambil. Kita tidak mahu sejarah membaringkan diri di bawah kereta sultan berulang lagi,” katanya.

    Kenapa sufian dan Qulbai selalu buat soalan bebal, barangkali mereka baca harakah dan suara keadilan saja, sehingga kalau edola mereka kata kambing itu
    boleh terbang mereka akan bertakbir. inilah penyokong jahil yang agak fanatif.

    Saya terpaksa menjawab ambil aleh!

    BalasPadam