Sabtu, 22 Januari 2011

DETIK PERJALANAN INI



kategori penghanatar surat

 
Menyusur lorong kehidupan
meniti permatang hari yang panjang
yang sukar aku menemui
tanda noktah perhentian.
Di ruang waktu sempit ini
cuma haloba mengisi pencarian
dengki bersarang di lubuk sukma
umpat keji mainan seharian
kawan umpama masa berada
musuh jika tidak berharta.
Perjalanan ini kususuri
terus melewati denai hari
kerap terpijak duri-duri keangkuhan
dibakar pijar gejolak mentari
sehangus kalbu merintih simpati
pudar keikhlasan kontang kerohanian.
Bilakah perhentian damai bermula
perteduhan nyaman keabadian tersemai
berpaut pada kasih keredaan Ilahi
di bawah bayangan sejati
rahmat khidmat tersemat
berpapah pada mardatilah.

 
OLEH: SABRI DESPATCH
duduk din rembau,n9
18.10.2009







50 ulasan:

  1. Tok Guru Nik Aziz mengajak Blogger dan Facebooker memberi tindakbalas terhadap pimpinan UMNO dan Kerajaan BN. Tindakan Tok Guru benar - benar terdesak. Majlis Perjumpaan Bersama Blogger yang diadakan di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur telah ditaja oleh Kerajaan Negeri Kelantan semata - mata untuk menghimpun para Blogger untuk membantu beliau mencapai matlamat.

    TGNA dan PAS benar - benar terdesak, beliau mengharapkan para blogger menghaburkan fitnah dan memutarbelitkan isu - isu yang timbul. Dalam perjumpaan tersebut TGNA kononya di katakan bertujuan untuk mendekatkan penulis - penulis bebas dan Blogger serta rakan Facebooker yang bagi membantu menyampaikan maklumat yang tepat. Tetapi disebaliknya TGNA telah ada agenda tersendiri iaitu menggunakan blogger upahan ini supaya menyebar dakyah dan fitnah bagi mencapai hasrat menumbangkan Kerajaan BN didalam PRU ke 13 nanti.

    Dari kajian yang dibuat oleh individu tertentu, rating Blogger yang Pro kepada pembangkang telah semakin menurun kerana mereka - mereka ini tidak lagi dibiayai oleh parti - parti seperti PKR dan PAS. Banyak halaman telah dikuasai oleh Bolgger dan Facebooker yang Pro Kerajaan. Banyak isu - isu terkini tidak dijawab dengan tepat oleh Blogger pembangkang menyebabkan rakyat telah beralih arah kepada Kerajaan.

    TGNA amat risau dengan keadaan ini, Beliau amat mengharapkan Blogger2 dapat memainkan isu semaksimum mungkin untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat yang semakin terhakis.

    Dalam perjumpaan tersebut tiada lansung TGNA memberi nasihat dan pandangan yang baik - baik kepada blogger2 mereka, Malah meniupkan semangat persengketaan dan membenci UMNO dan Kerajaan. Dalam ucapannya turut menyatakan bahawa matlamat utama adalah untuk meletakkan pengaruh PAS ditahap yang lebih tinggi dari PKR. Sepatutnya PAS mendominasikan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya. Bukan Anwar, Anwar dilihat pemimpin yang banyak isu yang sukar diterima rakyat.

    Beliau juga membidas segelintir Blogger yang terdiri daripada orang - orang PKR dalam tidak sedar mereka telah membidas PAS dalam penulisan mereka. Sedangkan PAS dan PKR dalam satu pakatan. Ada diantara penulis upahan PKR hanya menumpukan kepada Anwar dan pemimpin PKR sahaja dan ada isu - isu yang berkaitan dengan PAS lansung tidak dihiglight oleh penulis Upahan PKR.

    Oleh itu beliau merayu kepada Blogger PAS supaya menyebar segala maklumat tentang PAS kepada rakyat. PAS tidak mahu tenggelam diarus cyber maya, PAS tidak mahu blogger PAS memenangkan pihak PKR. TGNA amat berharap Blogger PAS dapat memahami tugas dan matlamat mereka.














    PEROSAK BANGSA PEMUSNAH NEGARA
    Beras Padu
    Malaysia Kita
    Warta Maya
    Kickfedella
    Harakah Daily
    Detik Daily
    Sanggah Tok Sago
    Ketua Perusuh
    Forum Gerak Feformasi
    Aduka Taruna
    Perisik Rakyat
    Kuda Ranggi
    Jiwo Kelate
    Kata Tak Nak
    Kerabu Bersuara
    Isu Hangat
    TKO Daily.Net
    Kelam Perantau
    Cina Islam
    Penghuni Gua
    Biaqpila
    Mimpi Senja
    Mahasiswa Kini
    Pahang Daily
    Go Malaysian
    Al Brangi

    Petekan blog yang dirahsiakan namanya. kerana lupa HANTU RAYA.

    BalasPadam
  2. KUNCI

    pusaran dek deruan sangat dahsyat
    berombak, mengganas belum pun terhapus mendampar ke pantai
    gelombang demi gelombang
    bunyian hilang jeritan kering
    senak ruang udara
    sesak segenap dada
    semoga di hujung taufan ini
    ada tenang yang panjang
    yang terus tulus kerana,
    di sebalik wajah keras gagah
    tersembunyi jiwa paling rapuh
    megah yang melutut
    persemayaman yang menyembah
    kerana kunci bilik rahsia
    sudah aku paksa kau telan


    Hamzah Lee
    sajak simbolik utk pertandingan

    BalasPadam
  3. UKHWAH

    rancangnya kita
    tak pernah ada sempurna
    laksananya dia sehabis penuh
    kental mantap sehabis usai
    sudah semua daya
    tak ditarik tak ditolak
    sememangnya dia yang mengajar
    berlapang dadalah
    bersangka baiklah dengan Dia,"
    di setiap jatuh rempuh tak utuh
    Dia kirimkan seorang
    bakal bidadari rumahtangga
    yang mengampuh menduduk
    menegakmeniup barang satu dua kata
    nanti terbangnya bidadari pulang
    dari kejauhan ini
    hanya ada sekerat nota ini;
    sejauh manapun sudah disimpul
    di dalam hati merestu memberi mudah
    selama hayat dikandung,
    biar terus ukhwah ini, ada,"


    Ahmad Hasnol
    sajak ketuhanan utk sayembara

    BalasPadam
  4. BALIK PULANG UBAT SAKIT DERITA

    di hujung remang jingga
    ketika setiap makhluk sedang berkejar pulang
    mengharap setiap habis titik keringat hari
    dikeringkan penghawa dingin
    di setiap yang berarak beramai
    dengan kejaran waktu tak kasihani
    sedang kita menikmati sejenak
    ada tak akan bergolek datang
    menjamah setiap dingin
    meratah setiap lembayung merah
    hari itu hari akhir
    paling akhir kita ketemu
    di senyum paling manis
    lewat bibir dia
    di raut paling tenang senja itu
    temukan damai seketika
    ubat segala sakit derita


    Nor Kamala
    sajak simbolik sedikit utk sayembara

    BalasPadam
  5. KALAU ADA JAWAPANYA?

    kalau hujan ada mahu payungkan?
    kalau bahang ada mahu kipaskan?
    kalau gelap ada mahu suluhkan?
    kalau pahit ada mahu maniskan?
    kalau sedih ada mahu gembirakan?
    hari ini kalau ditanyakan
    tentang kalau jawapannya kalau,
    jawapankah kalau kematian
    mahu menyedarkan
    kehidupan hilang erti maknanya
    kerana erti setiap sesuatu dijumpai
    di antara perjalanan dari
    sebuah kehidupan kepada kematian.


    Teoh Maddon
    aku bukan islam aku cina iban takut qalam keliru sajak ada simbolik sedikit

    BalasPadam
  6. Oleh:Hamzah Lee
    sajak simbolik utk pertandingan/2011 Januari 22 14:35

    SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
    KUNCI sajak: Pb sdra Hamzah Lee Pada awalnya penceritaan si penulis cuba ingin bayangkan satu harapan agar keadaan kembali tenang setelah lama dilanda badai yang panjang, angina kencang, gelombang yang dahsat, bagai sebak di dalam dada, Agar mereka diberi hidayah Allah saja yang boleh membantu mengwujudkan kedamaian mesra dan tenang, jika semua di antara kita yang selalu sujud dan berpegang dengan tali Allah swt. Amin! itulah kunci yang perlu kita pengang dan amalkan untuk mengelak dari segala sengketa. Anmin. (U)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Pengucapan sdra. Ahmad Hasnol terasa manusia ini dijadikan untuk berkenal sapa dan bergaul mesra di antarakaum bersuku sakat dan berpuak-puak, salin hormat menghormati. Salin bertegur sapa dan beramah mesra. Malah jika kita sesama Islam itu dipanggil bersaudara. Begitu punya akhrabnya ajaran agama Islam, bertegur spa dan bersangka baik, iratkan perpaduan dan sebagainya. Itu salah satu yang diajarnya dan kita patut mengamalkan apa yang baik dan menjauhkan apa yang dilarang.. jalingkan tali persaudaraan (ukhwah islamiah) , agar kita di mana sahaja berada, terasa kita sesama kita mudah berjumpa dan bermesra kerana Allah swt. Amin. (TU)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Nor Kamala dengan sajaknya yang bertajuk: BALIK PULANG UBAT SAKIT DERITA. Penceritaannya mengisahkan sewaktu pulang kerja seharian bagai kehabisan tenaga pula dan kekeringan keringat. Berulang alek ke tempat bekerja hamper lewat petang dan malam. Terasa kesayuan dan mengharap ketenangan dari , jika ada pun sekadar cuma senyuman tanpa suara. Bolehkah hati mendapat ketenangan untuk mendamaikan hati seketika. Semoga kejayaan akan menjelma dalam kesayuan dalam mencari kedamaian. selamat. (TB)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Patutlah nama anda sekerat cina dan sekerat lagi Maddon saya sudah agak dari awal lagi. Apa pun sajak anda yang bertajuk: KALAU ADA JAWAPANYA? Penceritaanya mencari maksud hidup dan mati, sudah menjadi kepastian hukum alam ataupun tuhan. Tiap yang hidup akan merasai mati, jika tidak mati sukar pula untuk diberi nama erti hidup.jadi apa saja yang baru akan jadi lama, rosak dan akhirnya akan binasa. Maka bagi setiap yang hidup akan merasai mati, Dalam Islam hanya tuhan saja yang berkuasa, setiap makhluk kejadiannya pasti akan binasa (mati). Suatu penceritaan ghaib, sukar untuk diterjemahkan.hidup bernyawa?, tetapi kita tidak tahu dimana nyawa? Saekor ikat itu kalau kita kerat ekornya juga mati, cari nyawanya di mana?. Itulah kejadian tuhan. Kita makhluk lemah sekadar menyerah padaNya. Semoga anda dapat mencari ertinya. (B)

    BalasPadam
  10. patutlah tuan ghamidi x bagi kami masuk langsung blog en nuri sbb dia tahu tembelang dia terbongkar! cis esok kena bagi tahu kat rakan2 puak ghamidi supaya masuk blog en nuri.. sy pun kluar dari office ghamidi! semoga lbih ramai lagi lps ni

    BalasPadam
  11. kacang dhal ni makanan apa plak?

    BalasPadam
  12. sy bru cadang nak sumbang resepi kacang dhal ni tpi haji hamdan plak dh sumbang....

    BalasPadam
  13. sedap ke kacang dhal ni xpnh cuba plak?

    BalasPadam
  14. kacang dhal nak cari kat mana ni?

    BalasPadam
  15. eh! kacang dhal dari haji hamdan? haji hamdan ni mamak ke?

    BalasPadam
  16. resepi baru kena cuba jgk ni...

    BalasPadam
  17. ape2pun menarik sajak en nuri ni katakan taknak kepada rokok! hehe

    BalasPadam
  18. alamak! lps ni kena berhanti hisap rokok la lps baca sajak en nuri ni

    BalasPadam
  19. seram plak baca pasal rokok ni esok kena mula berhenti la mcm ni

    BalasPadam
  20. mcm mana cara2 nak berhenti hisap rokok? rsa takut plak aku ni dah la gian rokok sehari sebatang

    BalasPadam
  21. semoga lps ni ramai berhenti hisap rokok lpas baca sajak en nuri ni

    BalasPadam
  22. apa2pun katakan taknak kepada rokok!!!

    BalasPadam
  23. belia benci rokok! kita kena anti rokok!!!!

    BalasPadam
  24. klu rokok x boleh curut pun termasuk sekali ke en nuri?

    BalasPadam
  25. btol tu en nuri buang duit je hisap rokok

    BalasPadam
  26. btol tu en nuri rokok ni bagi cepat mati je bagi hindari rokok

    BalasPadam
  27. rokok membahayakan kesihatan kalau nak hidup lama jgn hisap rokok!

    BalasPadam
  28. haji hamdan ni keling ke siap bagi resepi kacang dhal plak?

    BalasPadam
  29. eh! sajak sy pun disiarkan semula? terima ksih en nuri! ni keja dulu skrg sy jd posmen plak....

    BalasPadam
  30. pengalaman masa mengahntar surat ke ni?

    BalasPadam
  31. masa nak hantar surat pun boleh buat sajak jgk

    BalasPadam
  32. sajak pasal kehidupan despatch ke ni?

    BalasPadam
  33. masa hantar surat pun dpt idea ke sabri?

    BalasPadam
  34. menarik sabri ni di mana2 pun dia ada ilham

    BalasPadam
  35. blogger utk hentam kerajan pun ada jgk rupanya...

    BalasPadam
  36. dulu pun dorg menang pun sbb blogger jgk la...

    BalasPadam
  37. nampaknya en nuri kena kerja lebih gigi lagi sbb takut jgk serangan dari blogger pembangkang ni

    BalasPadam
  38. blogger pembangkang pun ada jgk rupanya! x boleh jd ni

    BalasPadam
  39. harap2 najib pun menubuhkan blogger kerajaan.....

    BalasPadam
  40. ramai jgk blogger pembangkang boleh ke blog en nuri nk lawan mereka semua

    BalasPadam
  41. harap2 ahli en nuri x terpedaya dgn blogger pembangakng ni

    BalasPadam
  42. semoga najib tubuhkan lebih byk lagi utk blogger kerajaan plak

    BalasPadam
  43. harap2 walau dgn tertubuhnya blogger pembangkang ni kerajaan tetap menang,...

    BalasPadam
  44. nampaknya PAS dah mula takut skrg siap kumpul ramai2 plak?

    BalasPadam
  45. di harap blog en nuri akan jd perisai utk blogger kerajaan,....

    BalasPadam
  46. byk btol blogger PAS ni BN pnye xde ker?

    BalasPadam
  47. bila dorg nak tubuh blogger BN plak ni

    BalasPadam
  48. apa plak rancangan dorg kali ni mcm2 muslihat PAS ni

    BalasPadam
  49. smoga ramai x terpegaruh dgn putar belit pas

    BalasPadam
  50. Maaf ruang sudah penuh, kita bawa hehadapn saja. Tinta Azimad

    BalasPadam