Khamis, 13 Januari 2011

BUAT KEKASIHKU ISHIKA



sajak ketegori love story


Di kala ombak bergulung-gulung
petang datang menjelang
aku mengingat saat bersamamu di pantai ini

Wahai Ishika....
bayang wajahmu selalu menggetarkan hati
menempati ruang fikiranku
dalam untaian hari yang kulalui

Kuingat selalu.....
saat kita berdua berjalan....
melintasi jambatan yang kuat dan kukuh
bagai cintaku padamu

Kenangan itu.....
takkan pernah dapat kulupakan
selalu dan untuk selamanya....
kan tersimpan rapi dalam buku memoriku


OLEH: DAM CATUR
Terengganu
3.11.2009 







50 ulasan:

  1. KOMENTAR SEMASA DITULIS OLEH HANTU RAYA BUAT YANG MENGERTI SAJA.

    -Tunaikan dulu janji 2008 baru boleh lakukan program 100 hari, jangan jadikan negara seperti kancil nak berak tahi gajah.

    -Dulu ramai guru terseksa waktu dia jadi menteri pelajaran, hari ini senang saja cakap nak bagi imbuhan rm500 sebulan. kami mengangapnya dengar boleh percaha jangan.

    -PM tidak perlu berdebat dengan orang yang sudah tertekan, kerana rakyat sedang menilai dengan kerja yang terbaik, bukan kerja cakap berputar belit.

    -Rakyat sepatutnya kena ajar PKR dengan mimpi ngeri untuk PRU ke 13 agar hidup rakyat jangan cuba diperbodoh, ternyata tubuh parti rumah tangga, waktu dalam BN pun kita semua dapat baca.....


    -Saya tidak pernah menulis pasal politik. kini tercabar bila batu api kecil dan batu api besar cuba mencabar kewibawaan semasa dan untuk menghuru harakan ahli blog CITRA RASA.

    BalasPadam
  2. PANTULAN

    berbeza apa kau sedang fikirkan
    apa yang kau perhatikan
    aku sedang kecapi mimpi indah
    tak pernah terbayang oleh diriku
    apa sedang kau fikirkan
    berbeza benar apa yang ku rasa
    kerana aku benar memaksudkannya
    dengan cahaya yang kau lihat
    tak pernah tembus ke ruang hati
    senyum di bibir memang terzahir
    tak meresap bila kau perhalusi
    sepertinya sebuah prisma kaca
    warna terhasil begitu istimewa
    namun hakikatnya siapa mengerti
    hanya gembira melihat pelangi
    kerana apa yang berlaku di dalam
    tak pernah sesiapa memandang
    biarlah hati terus berahsia
    ku ungkapkan hanya padanya
    dengarlah segala incirahsiaku ini
    wahai maha mendengar suara ini
    kerana aku sedar dan percaya
    hanya kau ku serah jiwa
    tiada dua atau pun tiga
    cuma satu untukku dan untuk semua.


    Hussin Wahid
    sajak utk di pertandingkan

    BalasPadam
  3. CERMIN ALAM

    Air, langit dan gunung
    Kekadang lebih sekadar pemandangan
    Yang tersurat keindahan…
    Yang tersirat pengajaran…
    Air, langit dan gunung
    Kekadang cubitan pada satu kealpaan
    pada limpah selaut indah
    mana titis sejemput sembah?
    Air, langit dan gunung
    Kekadang cermin satu perlambangan
    keteguhan Iman kelapangan Islam
    kelembutan Ihsan teranyam kukuh
    peribadi insan
    Ya, Allah…
    Kau teguhkan iman ku
    Seteguh gunung itu…
    Kau lapangkanlah Islam ku
    Selapang langit biru…
    Kau lembutkanlah ihsan ku
    Selembut bayu lalu…


    Puan Rosnah
    sajak sayembara buat bersama bantuan suami

    BalasPadam
  4. BUKA DOMPET

    buka dompet kulit
    keluar rama-rama
    sebalik kertas-kertas
    tak ada nilai
    belek dan belek
    jumpa gambar aku dan rossa
    aku telah jadi insan paling kaya.
    berjuta rasa aku simpan..
    berjuta kata aku pegang..
    berjuta cara aku tanam..
    tapi apa yang tinggal
    hanyalah sebak membuak..
    maka resah gelisah
    aku cuba fikir segala aturan indah
    kesimpulan ceritanya
    kesungguhan dari hati aku hancur..
    apa yang aku rasa kini..
    hanyalah kelam dunia..


    Denilson Fata Fat
    cuba menulis sajak bahasa melayu selepas 8bulan ambik khusus bahasa melyu di harap qalam terima sajak saya ni

    BalasPadam
  5. OMBAK

    Hati durjanya umpama ombak
    Saban hari memukul pantai
    yang menghancur cinta
    Hempas sampai puas
    Mengganas sampai melemas
    Kasihan ombak
    Mahu berlalu tiada daya
    Mahu pergi tiada kuasa
    Dan dia hanya mampu setia
    di sisi pantai penghancur cintanya


    Hajjahh Jamilah
    sajak utk sayembara

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    PANTULAN sajak daripada sdra. Hussin Wahid penceritaannya bagai ada satu yang Hendak diceritakan kepada khalayak. Ada biasa melihat bulan yang tinggi sebenarnya
    Ia bagai tiada berfungsi, ramai orang memujanya kerana cahayanya yang menawan dan sejuk mata melihatnya, tetapi tahukah anda bulan sebenarnya tidak bercahaya, Cuma mendapat PANTULAN cahaya dari sang matari ke bumi dan terpantul kepada Sang bulan. Begitu agaknya mengucapan yang hendak disampaikan sdra HW. Akhirnya, terlalu sadikit orang yang tahu melainkan hanya tuhan yang mengetahui kerana itu rahsia alam. Amin (U)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    CERMIN ALAM sajak kerjasama daripada Puan Rosnah dan suami. Pengucapannya Mengisahkan setiap kejadian alam ada rahsia yang tersendiri dan bagai cermin muka yang perlu kita melihat akan segala perbandingannya pada langit gunung dan sebagainya. Hanya orang yang tuhan beri rasa ketinggian penglihatan dan renungan tajam matahatinya, boleh mentafsirkan segala kejadian ada perbandingan, Begitulah cermin alam di dunia yang fana ini buat makhluk bernama manusia untuk memikirkannya. Amin (TU)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    BUKA DOMPET sajak pertama agaknya dari Denilson Fata Fat, syabas! Telah pun berjaya menguasai Bahasa Malaysia dalam masa yang singkat sahaja. Penceritaanya berkaitan dengan dompet duit. Begitulah keadaan kita dini hari bergerak perlu dengan wang, saban hari laju sahaja duit keluar, masuknya belum tentu bertambah, sesekali mungkin boleh jadi kosong dumpet, diwaktu itu kita menjadi resah gelisah dan dunia ini bagai tidak indah lagi. Itulah kisah buka dompet, bukan gila judi, nanti lebih parah lagi. Semoga berhati-hati dalam hal perbelanja seharian. (B)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Pertama kali Puan Hajjah Jamilah dengan sajakanya bertajuk: OMBAK pengucapannya agak puitis juga,ia mengunakan ombak sembolik lelaki cerita untuk khalayak Cuma buat perbandingan. Begitulah juga dengan kehidupan manusia mungkin
    pantai/wanita yang sering menjadi mangsa habuas kepuasan hawa nafsu ganas siombak/lelaki saban hari. Setianya cinta pantai kekadang boleh memusnahkan diri sendiri. Cuma secebis bingkisan cerita dari beribu cerita dalam kehidupan kita seharian untuk merenungkannya. Amin (TB)

    BalasPadam
  10. alamak jiwa2 plak dam catur? hahahha

    BalasPadam
  11. alamak! malu plak sajak sy tersiar? hehehe sajak utk gf sy ni tp itu dulu la skrg kami dh berpisah sy skrg kapel dgn org lain

    BalasPadam
  12. mcm2 katogori ada? hehehe

    BalasPadam
  13. kretif btol en nuri mcm2 katogori ada nampaknya

    BalasPadam
  14. sajak kali ni ada jiwa2 la tu yg x berapa best tu

    BalasPadam
  15. x best langsung sajak dam catur! sbb jiwa2...

    BalasPadam
  16. ishika? sedap nama awek ko dam catur

    BalasPadam
  17. dam catur ni jiwa2 plak sajak dia? hahahha

    BalasPadam
  18. ismail budin? mcm kenal saja nama ni dia yang dok blok 1 ke???? kalau x salah dia pegurusi sama mcm ghani jgk kat flat sy

    BalasPadam
  19. sajak apa plak en nuri ni?

    BalasPadam
  20. simbolik jgk sajak en nuri kali ni

    BalasPadam
  21. sajak en nuri x phm la...

    BalasPadam
  22. ismail budin ni bukan dok blok 1 ke? kenapa en nuri blok 4 plak?

    BalasPadam
  23. ismail budin blok 4? xpnh dgr pun nama ni...

    BalasPadam
  24. sajak mcm ada politik sikit....

    BalasPadam
  25. sajak agak simbolik susah nak tangkap ni

    BalasPadam
  26. sajak pasal anjing sapa plak anjing ni?

    BalasPadam
  27. sajak ni pasal anjing ke ada maksud lain?

    BalasPadam
  28. isu politik xde ker?

    BalasPadam
  29. bila suara bebas nak kembali? x sabar nk komen isu politik ni

    BalasPadam
  30. isu semasa xde ke en nuri?

    BalasPadam
  31. sajak mcm bunyi sindiran jer...

    BalasPadam
  32. sajak ni mcm sindir geng serban saja...

    BalasPadam
  33. agak sinis sajak ni tahniah en nuri!

    BalasPadam
  34. wlpn nmpk mcm simbolik tp ada sindiran jgk ni.. hehe

    BalasPadam
  35. sajak utk pembangkang ke en nuri?

    BalasPadam
  36. bila suara bebas nak keja semula?

    BalasPadam
  37. suara bebas xde sunyi la plak?

    BalasPadam
  38. smoga suara bebas kembali semula

    BalasPadam
  39. btol tu janji 2008 pun x tunaikan lagi

    BalasPadam
  40. kata ada 6 ribu padahal 60 ringgit pun x mampu bagi!

    BalasPadam
  41. imbuhan smua taktik sesumpah jer...

    BalasPadam
  42. di harap batu api besar baca blog en nuri ni

    BalasPadam
  43. smua dorg ni pakar putar belit buat x mampu!

    BalasPadam
  44. nmpknya pembangkang semakin nazak dh skrg

    BalasPadam
  45. semua sudah didedahkan mampus la lps ni terlungkup la pembangkang!

    BalasPadam
  46. hantu raya ni mcm reporter plak smua dia tahu...

    BalasPadam
  47. pembangkang ni berani cakap je buat jgn harap la...

    BalasPadam
  48. sesumpah dah tertekan sbb tu dia suruh org dia manjaja di blog en nuri

    BalasPadam
  49. bila baca sajak en nuri dan penerangan hantu raya skrg sy sedar selama ni semua pejuangan ini utk individu itu saja! smua dusta! pergi mampus tuan ghamidi dan konco yg lain!! di harap en nuri dan semua dapat terima sy semula... dan sy tarik balik kata2 sy kepada suara bebas dulu kerana skrg sy dah kluar puak tuan haji ghamidi oleh kerana dia menyuruh sy menyebarkan fitnah! utk memburukan blog en nuri kerana byk puak kami dulu berpaling tadah tp sy x sggup buat bila baca sajak2 en nuri tentang serapah Allah rasa apa yg dipejuangkan selama ni bagai kosong...di harap en nuri terima sy! kpd semua tolong pujuk en sanusi sy mahu berkeja di bawah anda... x snggup lagi rasanya sy jd pembantu tuan ghamidi yg gila kuasa! snggup melalukan apa saja sampaikan sy dibuang utk kepentingan sndiri... terima sy di blog ini en nuri... sy merayu................

    BalasPadam
  50. JAWAPAN RENGKAS SAHAJA.

    -Sebenarnya hari Viger nak terbit sajak kategori Polis inpektor Halim, dia pula terpilih, tapi dah set pun terbit juga.

    -Ismail Budin memng duk blok 1. dia buat perjumpaan saja di blog 4. banyak dia dedah pasal PKR. Hantu Raya ada banyak bahan akan didedah.

    -Maaf dam catur, itu sajak lama harap isteri atau gf baru tidak
    ambil hati, macam cerita biodata en nuri juga, cuma mana ada yang baik boleh buat tauladan, yg buruk buat sempadan.

    -Memang saya bujang. selepas cikgu Abu Hassan cabar-cabar tak lama dalam tahun itu juga khawin umur 33 tahun isteri pun
    tua juga 28 tahun. baru anak matang sikit.

    -Suara Bebas tumpang toi Guest door kerja suka-suka. mereka
    kata kalau menang dekat tenang baru balik, sesekali mereka sudah
    dah ada pluang baru dengan kerja baru sama anj di perak bela ikan
    kalisa.

    -Apalah kau orang usek Apek Liew? Nyonya pun terasalah kuorg
    nak main suami dia. Saya tahu Apek Liew tak erti marah, banyak
    sabar, itulah sebab nyonya sayang sama dia. Anak dia pun pandai
    ada seorang belajar luar negara. maaf Apek Liew. jangan marah ma.
    muda punya olang, mayak suka gulau-gulau maa.....

    -Tuan haji Hamdan kami tidak bermusuh dengan sesiapa pun, kami
    sekadar mengatakan sesuatu yang dikira benar, suara kami mungkin
    dalam kategori bebas. Jika tuan haji rasa tindakan tuan haji benar
    ini sudah cukup baik tuhan menyelamatkan anda dari bersubahat utk membantu kerja jahat. Amin. kami sedia memaafkan. sesamalah kita.

    -Saya yakin tuan haji sanusi rostam akan pertimbangkan. Ini satu kemenangan buat haji sanusi dan tamparan hebat buat batu api kecil dan besar, marilah kita berdoa semoga mereka pun dapat hidayah Allah memelih mana yang benar. Amin.

    BalasPadam