Rabu, 12 Januari 2011

BILA SENJA BERLABUH




BILA SENJA BERLABUH
MALAM PUN MENYAPA
ANGIN BAGAIKAN BERBISEIK
KESAYUAN PUN MULAI MERAYAP
MELENGKARI BENAK SEPI
HATI PUN CUBA MENILAI
BILA WAJAHKU DISELUBUNGI
KETUAAN DI HUJUNG USIA.

OLEH: NURIMANJA,
CATATAN LAMA
TANPA TARIKH/2009.







50 ulasan:

  1. . BAB 7 siri 1 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK

    Sebelum aku datang ke bumi Serawak ini aku sering bermimpi naik bot melalui sungai yang pajang dan kiri kanak ada pokok bakau dan nipah, kini benar berlaku bila aku naik bot Tunas Rajang suasa sememangnya sama seperti dalama mimpi-mimpiku.

    Begitu juga semasa aku duduk di kampung Rajang ini selama lima tahum ini aku sering pula bermimpikan berjalan dalam bandar, masuk lorong market dan gudang belibelah, selepas aku bertukar ternyata aku dapat pertukaran di Pulau Pinang negeri yang sedang pesat membangun di sebelah utara Semanajung tanah air.

    Mulanya aku mengajar Di SK Telok Bahang , di situ aku tinggal dengan seorang cikgu Pencen , suaminya pula kena Strok, dan mempuntai tiga orang anak angkat kesemuanya lelaki yang tinggal ditingkat atas, tapi sayang ,walaupun mereka semua menghormati aku , tetapi mereka tidaknampak mengerjakan solat lima waktu.

    Setiap pagi aku terpasa melintasi mereka yang tidur bergelempangan di depan pintu, rumah kosrendah berdinding papan tahun lapan puluhan untuk pera nelayang Telok Bahang, di bilik bawah ada dua orang perempuan yang lama menyewa bilik tambahan yang dibuat atau ubah suai oleh cikgu Zaharah. seorang Ustazah Maria dan kerani sekolah Norizan keduanya dari sekolah tempat aku mengajar.

    Tidak lama aku tinggal di situ lebeh kurang satu bulan aku belah kerana dapat duduk bilik kouoters Cikgu Bakar berdekatan dengan sekolah, selamat aku tak payanh lagi berjalan kaki setiap pagi, masa itu aku tida kbergaji dekat empat bulan, Guru besar Abang Galau, rajang Serawak buat silap hantar semak gaji akhir aku tidak pula di tanda tangain , terpaksa hantar balik ke Serawak, aku sabar , tinggal di bilik koters ini sewa cuma RMI0.00 sebulan.

    Cikgu Bakar sewa kuaters guru dekat JKR pun RM10.00 sebulan , cuma api dan air saja dia bayang , masa itu tidak berapa duit dua tiga ringgit sahaja , itu pun cikgu Bakar tak boleh bayar , pernah air kena potong. Aku hairan dengan cikgu Bakar, hari-hari dia jalan kaki, cikgu lain ada juga kereta buruk, motorsikal cabuk, atau basikal tua. Dia cuma naik buas, teksi jalan kaki.tuompang orang. Betul-betul sengkek waktu itu siapa jadi guru, termasuk aku.

    Gaji mati RM750.00 sebulan, belum lagi potong utang yang lain. seksa kawan.guru besar pun pakai kereta
    tangan kedua. aku pun jalan kaki.
    nasib. tapi tak ada utang.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SEMOGA DIREDHAI

    gendang gendut tali kecapi
    kenyang perut suka hati
    perut dah berhenti menyanyi
    terasa sendat penuh terisi
    mata pula sibuk nak menari
    pejam celik minta dikasihani
    duduk bersandar di anjung sepi
    sambil berteman secawan kopi
    tenang sekali malam ini
    rasa nikmat tidak terperi
    kurniaan dari rabbul izzati
    kupanjat syukur sepenuh hati
    agar kekal ia begini
    namun apa yang pasti
    nikmat ini bukan hakiki
    sekadar pinjaman dari ilahi
    tunggu masa diambil kembali
    sudah tertulis sejak azali
    bila nyawa direnggut nanti
    tiada yang tinggal walau seinci
    cuma yang kekal hakiki
    hanya amalan penyelamat diri
    semoga diredhai…


    Encik Qalafatullah
    sajak utk sayembara

    BalasPadam
  3. SAPA YANG BODOH?

    aku mungkin bodoh
    sebab ikut kau buat jahat
    sebab ikut kau buat fitnah
    aku mungkin bodoh
    sebab sokong kau main menipu
    sebab sokong kau lagakan orang
    aku memang bodoh
    sebab terikut kata-kata kau
    sebab terikut pejuangan palsu kau
    aku memang bodoh
    sebab tak ikut puak en sanusi
    sebab tak ikut puak en nuri
    ok! aku bodoh engkaulah pandai
    teruskan kepandaianmu itu
    agar engkau beroleh bahagia dunia
    tapi aku lebih suka
    bahagia di akhirat
    tapi aku lebih suka
    jika engkau fikir aku bodoh tapi biar orang lain menilai
    siapakah yang bodoh sebenarnya?


    Haju Majid
    menyahut cabaran miss kim harap en nuri terima saya

    BalasPadam
  4. BUNGA ANGKASA

    terlihat jauh di sana
    sekumpulan bintang di angkasa
    berkelipan di pandangan mata
    bertaburan tak terkira
    ada satu di sudut sana
    makin pudar sinar cahaya
    mungkin itu tandanya
    tempoh hayatmu yang lama
    hinggalah satu masa
    saat yang di janjikan tiba
    menjadi debu yang tersisa
    mawar merah yang istimewa
    tapi tak mengapa
    itu kitaran biasa
    begitu juga manusia
    pasti hancur akhirnya
    benarlah apa yang di kata
    kalam indah lagi mulia
    tapi ramai yang tak percaya
    sehinggalah ada yang melihatnya


    Tuna Tatiati
    sajak utk di pertandingkan

    BalasPadam
  5. BOLEH TAK?

    Boleh tak aku nak
    dapatkan semua yang aku ada dulu?
    Boleh tak aku nak
    ada dengan manusia sayangkan aku?
    Boleh tak aku nak
    tidur tanpa berteman air mata?
    Boleh tak aku nak
    bangun tanpa risau tak menentu?
    Boleh tak aku nak
    kejar segala cita-cita aku?
    Boleh tak aku nak
    belajar segala aku perlu?
    Boleh tak aku nak
    curah sayang orang yang aku mahu?
    Boleh tak aku nak
    rang berdamping dengan aku?
    Boleh tak aku nak
    hidup dalam cinta tak berpenjuru?
    Boleh tak aku nak
    bertutur bicara tanpa kelu?
    Boleh tak aku nak
    bahagia selalu?
    Boleh tak aku nak
    selalu dirindu?
    Boleh tak beri peluang untuk membuat sajak mengasah bakatku?


    Dewi Sageeta
    percubaan buat sajak dgn bantuan rakan utk pertandingan harap qalam x kisah menerima sajak dari orang india

    BalasPadam
  6. Encik Qalafatullah dengan sajaknya bertajuk SEMOGA DIREDHAI. Ternyata ada Rasa kesyukuran pada apa yang ada dan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Inilah sikap orang yang beriman, dalam kehidupan yang sementara ini, bersama nekmat rezeki yang diberi dan kebahagian yang dipinjamkan Cuma sementara ,cukup tenang bagi seorang yang beriman, malah meredhai akan segalanya. Kata tuhan, wahai orang yang berjiwa teang, kembalilah denagn keredhaanku , masuklah ke dalam golongan yang beribadah, dan masuklah ke dalam syurgaku. Amin. (TU)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Tuan Haji Majid dengan sajaknya yang kembali ke jalan yang lurus dengan sajaknya SIAPA YANG BODOH? Pengucapannya ternyata ingin bertanya dan terus terang untuk minta penjelasan. Siapakah yang agak terbodoh? Kalau ramai sudah mengatakan salah mengapa mesti menegak benang yang basah? Cukup cerita di dunia, jangan diheret ke akhirat pula.. Biarlah dalam sejarah hidup kita tercatat sejarah yang manis untuk renungan anak cucu kemudian hari, bukan seperti Abu jahal yang menentang nabi. Dan banyak lagi watak-watak jahat yang tidak perlu kita sebut
    di sini. Syabas! Haji Majid tuhan masih sayangkan anda. Biar mereka kata bodoh, asalkan diri dan hati anda rasa tenang di sisi Allah, di dunia dan di akhirat juga. Amin (U)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak sdri Tuna Tatiati bertajuk: BUNGA ANGKASA Penceritaan dan pengucapanya bagai menyentuh rasa kehidupan manusia jagat. Kerana dalam kelompok kehidupan manusia ini diibaratkan bagai bintang yang bersinar di angkasa raya. Diantara seribu bintang ada yang kian lemah dan pudar cahayanya. Itulah juga buat manusia, ada yang telah bertemu jodoh punya anak dan sebagainya, tetapi ada juga yang masih membujang,terasa cemas dimamah usia, tetapi itulah taqdir tuhan yang mengarah mewngikut putarannya, kalau Islam kena terima akan taqdir Allah swt. Tetapi disebaliknya pasti ada hikmah dan ganjarannya. (TB)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011
    Sajak dari sdri Dewi Sageeta bertajuk: BOLEH TAK ? Bagaikan pertanyaan yang tersangkut untuk mendapatkan apa saja keperluan yang dihajati oleh seorang digelar manusia dalam kehidupan ini. Sebenarnya begitulah keadaannya. Kekadang kita cuba minta satu, dapat dua. Malah ada yang tidak minta pun boleh dapat. Apa yang Menyedehkan. Minta macam-macam, satu pun tidak dikabulkan atau diberi tuhan. Dalam Islam mungkin juga ada hikmah dan pengajarannya. (maksud hikmah kalaulah kita minta kaya, tuhan bagi, tapi kita pula lupa diri, orang dan adik beradik semua benci. Ada baiknya jangan jadi kaya) begitu juga sebaliknya yang kaya tak boleh jadi meskin dia kan maki tuhan. Bunuh diri. Semoga sukses! (B)

    BalasPadam
  10. eh! en nuri dah pnh mimpi dulu ker?

    BalasPadam
  11. en nuri dh dpt alamat dari mimpi rupanya?

    BalasPadam
  12. inilah org kata mimpi jd kenyataan

    BalasPadam
  13. RUPANYA MIMPI BUKAN SAJA MAINAN TIDO TAPI KDG2 ADA MAKNA TERSEMBUNYI

    BalasPadam
  14. nampaknya ke berhati2 dgn mimpi kita?

    BalasPadam
  15. eh! x sangka plak mimpi jd btol?

    BalasPadam
  16. nampaknya tuhan dan bagi Klu en nuri nak ke mana nanti?

    BalasPadam
  17. tuhan maha adil dia bagi kita mimpi dulu tmpt yg kita akan pergi supaya nnt x kekok

    BalasPadam
  18. mcm mana en nuri pnh mimpi sebelum ke sarawak? aneh?

    BalasPadam
  19. en nuir x mabuk laut ke naik bot? klu aku la sah muntah2...

    BalasPadam
  20. eh! en nuri dah pnh mimpi sebelum ke penang?

    BalasPadam
  21. kenapa en nuri sggup tunggu sampai 5th bru nk minta tukar?

    BalasPadam
  22. 5thn en nuri sok sarawak? lama jgk tu

    BalasPadam
  23. wah! seronoknya mimpi jd kenyataan!!

    BalasPadam
  24. susah org nk dpt mimpi jadi kenyataan

    BalasPadam
  25. penang dah pesat membangun ke masa tu? sy ingatkan bru je penang nk membangun

    BalasPadam
  26. mcm mana en nuri boleh kenal cikgu pencen tu?

    BalasPadam
  27. eh! dorg hormat dgn en nuri tp x hormat dgn tuhan? aduh

    BalasPadam
  28. dorg 3 org sorg pun xpnh solat ker?

    BalasPadam
  29. xkn dorg xpnh solat? mngkin en nuri xnmpk kot?

    BalasPadam
  30. dorg baik plak dgn en nuri? sebab kalau dalam tv selalunya msti org bru kena dera

    BalasPadam
  31. eh! 1 rumah ada laki dn perempuan?? mcm mana plak tu?

    BalasPadam
  32. ni sewa bilik ke sewa rumah en nuri?

    BalasPadam
  33. murah giler! 10 ringgt je sebulan?

    BalasPadam
  34. apesal murah sgt en nuri? rm 10 jer?

    BalasPadam
  35. RM10 murah sangat! kalau sy bagi 50 pun boleh.. hehe

    BalasPadam
  36. cikgu bakar ni sapa plak? mcm mana en nuri kenal dia?

    BalasPadam
  37. en nuri ni kat mana2 pergi senang je dapat kwn? kalau sy la ambik masa jgk nk suaikan diri

    BalasPadam
  38. huh! miskin sgt cikgu msa tu yer?

    BalasPadam
  39. dulu cikgu mmg susah tp skrg ni cikgu smua pakat kereta merayap! wlpn hanya cikgu sandaran

    BalasPadam
  40. xkn langsung xde motor cikgu bakar tu?

    BalasPadam
  41. gaji cikgu masa tu berapa sebulan?

    BalasPadam
  42. kereta tangan kedua tu apa en nuri?

    BalasPadam
  43. biar btol en nuri? cikgu dulu sengkek? cikgu skrg ni nampak lain jer...

    BalasPadam
  44. dulu cikgu mmg susah skrg cikgu gaji starting pun beribu

    BalasPadam
  45. btol tu en nuri cikgu dulu susah sy sampai ke pencen gaji x naik2 selamat la pencen naik sikit klu x berak tahi kapur la jawabnya

    BalasPadam
  46. xkn miskin sgt cikgu msa tu en nuri???

    BalasPadam
  47. msti ramai yg lari dari jd cikgu msa tu

    BalasPadam
  48. mcm mana en nuri boleh tahan jd cikgu? sy pun pnh jd cikgu tp sy bersara awal sbb masa tu gaji kecil tp skrg bru menyesal

    BalasPadam
  49. cikgu ingatkan loaded rupanya sengkek jer?

    BalasPadam
  50. skrg jd cikgu gaji pun beribu yela byk cikgu graduit

    BalasPadam