Khamis, 20 Januari 2011

BICARA GAMBARAN QIAMAT





 

Ingatlah di Yaumahsyar,
(hari perhimpunan di padang mahsyar)
ada manusia berjalan dengan mukanya
mengikut kelakuan hidupnya  di dunia dulu.

Setiap umat akan berlutut,
(tersembuh duduk mengadap Allah swt)
diarah setiap seorang akan mengadap Allah
lalu di mahkamah agong merekaakan dibicarakan.

Allah itu pengasih penyang,
(sedia mengampun akan dosa hambanya)
cuma bagi mereka  benar insaf dan menyesal,
tetapi bagi yang ingkar azabnya amatlah pedih.

Rahmat Allah itu amat luas,
( itupun jika kamu tahu rahsia kelebihanya)
jika kamu tahu rahmat, tidak perlu ingat syurga
cukuplah  sekadar terlepas dari seksaan api neraka.

Begitu juga bagi orang kapir,
(mereka  orang yang bukan beragama islam)
jikalau mereka tahu rahmat Allah tidak putus asa
nescaya mereka akan cari rasa nekmat Allah swt ini.


Oleh: Nurimanja,
catatan lama maseh segar,
untuk dihidupkan kemabli dlm suasana.
tarikh: 20 /01/2011. selamat hari thaipusam.







50 ulasan:

  1. BAB 8 siri 4 BUDAK PONDOK OLEH: NURIMANJA PERAK (B).

    Selain itu aku juga kerja punggut telor ayam seminggu dapat dua tiga puluh biji aku himpun, pada hari selasa, ayah akan jual di pekan hari, dekat simpang tiga.balik ayah beli tulang sup, apun balik, kacang rebus, buah durian atau nenas seringgit lima biji.aku tidak pernah ambil duit, asal dapat beli makanan sudah cukupdan seronok.

    Selain itu aku juga kumpul buah nyoir (kelapa) tua yang gugur, himpun dua tiga bulan sekali ada orang datang ambil , aku jual, yang ini memang aku kebas semua duit kelapa, waktu aku kecil lagi aku dah pandai simpan duit, bila aku nak ke sekolah agama aku sudah ada duit nak beli sebuah basikal sport.abang jali abang ipar aku tolong beli dengan harganya tujuh puluh ringgit sahaja.

    Dapat basikal langkah panjanglah aku kawal kambing dengan basikal, semacam koboi naik kuda, Ada pula satu topi koboi warna hitam ayah beli, bukan main suka lagi aku pakai, satu hari aku pakai bawa ke sekolah dalam kelas kena warning dengan guru besar,dia kata” Masuk dewan atau kelas tak payah pakai topi, tapi dua tiga orang aku dan termasuk ustaz zazi, dia tak kata kata apa pun pakai songkok hitam dan kopiah putih.

    Aku nak kata apa, terima sajalah, sebab aku suka yang berlain dari orang lain, kebetulan yang pakai topi itu aku, kena batang hidung, ramai kawan-kawan tengok muka, aku tunduk diam saja buat muka sadin.Sebenarnya guru besar tak tahu aku tak boleh kena cuasa panas atau hujan sikit, mula selsema bersin macam kambing aku juga, dan mudah sakit kepala

    Esok aku tak bawa lagi topi koboi warna hitam ada tali ikat dileher, lagi bagus, kalau aku bawa pun, ramai kawan aku, mereka semua pakat hendak cuba pakai pula, habis kemek remek topi kesayangan ak itu.nanti koyah, boleh aku pergi jaga kambing, langsung tak payah. Nanti semua keluarga kambing peliharaan aku tidak kenal aku lagi.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. JARI YANG KAKU

    jari yang kaku membuka kembali
    lembaran semalam
    mengunkap kembali kisah hitam
    tapi sayang ingatan telah padam.
    jari yang kaku
    terkapai mencari arah
    terketar memegang tongkat usia
    darahnya mengalir laju
    selaju air mengalir kelopak matanya
    jari yang kaku
    membulat harapan tangan di tadah
    mengait seribu simpati
    meronta ronta di dalam hati
    kerana hidupnya bagaikan
    di hujung tanduk
    jari yang kaku
    dulunya putih lembut dan gebu.
    kini dingin sejuk membeku
    terlukis seribu garis kenangan
    tersimpan sejuta parut kepedihan
    jari jari yang kaku
    pasti engkau mampu tersenyum
    segala perit dan kesusahanmu
    akan di balas satu persatu
    hidup si sana pasti tak jemu

    Teksi Manaf
    sajak simbolik utk sayembara

    BalasPadam
  3. MENGEJAR CINTA

    makin hari kumakin keliru..
    erti hidupku sebenar
    untuk kebahgiaan diriku?
    atau keluarga?
    atau tuk orang lain..
    keliru perlukah aku mengejar cinta?
    atau menerima cinta mengejar ku?
    apa yg perlu kulakukan…
    ku tak pasti setiap hari…
    ku sepi di sini mengintai cintaku,
    untuk memastikan sesuatu…
    relevenkah aku dihatinya…?
    sebab kuinginkan suatu kepastian…
    kuingin cintaku lebih hargai diriku
    lebih dari cinta mengejarku…
    namun kadangkala makin kuintai,
    kumakin takut makin keliru…
    entahlah mungkin aku mahu dikejar?
    mahu cintaku mengejarku jua?


    Nurse Lisa
    sajak utk pertandingan

    BalasPadam
  4. MAHU KAMU SAYANG AKU

    aku mahu kamu
    berlegar diruangan fikiran
    bergayut disisi kehidupan
    ketenangan pasti terasa
    melihat manis senyuman
    kongsi hubungan hati insan
    walau jauh berbatu
    rasa dekat disisi
    aku mahu kamu
    selam ke dasar hatiku
    sana pasti ketemu
    namamu indah terukir
    semadi di mahligai indah
    bertatah permata berkilau
    jadi tugu megah
    teguh sepanjang masa
    aku mahu kamu
    terus rindu aku
    terus sayang aku
    sampai akhir waktu sahabat…


    Latif Bomba
    sajak utk pertandingan ini

    BalasPadam
  5. LEBUH RAYA (pilot bahrin)

    di tengah perjalanan ini
    lebuhraya lurus kulalui
    berteman sahabat sejati
    sebuah kesepian pasti
    berkelana sendiri
    tuju sebuah destinasi
    cari sejalur cahaya suci
    buat penyuluh hidup ini
    warna-warna indah pelangi
    bersama keasyikan duniawi
    jauh kutinggalkan pergi
    segalanya kutinggalkan kini
    cuma yang tinggal disisi
    sebuah kotak baldu wangi
    isinya sehelai selendang suci
    hasil tenun pandai bistari
    buat tautan kasih murni
    moga ibu lembut hati
    terima daku pulang kembali pasti

    Pilot Bahrin
    sajak utk sayembara puisi

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak nukilan Teksi Manaf yang bertajuk: JARI YANG KAKU.Bunyi pengucapannya bagai ada sesuatu yang ingin diceritakan oleh sdra. Teksi Manaf.Mungkin kisah hidup seorang ibu yang pernah bekorban , kini mungkin dalam keadaan tenat sakit menderita sehingga membawa kurang bergerakannya. Mungkin dulu kuat berfikir sehingga kena strok akibat tekanan darah menahan sabar menghadapi kerenah kehidupan diri ataupun keluarga sehariannya. Kalau dahulu dialah yang melakukan semuanya,kini apakan dayaketentuan telah diterima. Semoga ada hikmah dan kebaikan disana nanti. Amin. (TU)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sajak MENGEJAR CINTA oleh sdri Nurse Lisa selamat bertugas dengan penuh kesabaran, ganjarannya bukan gaji tetapi keikhlasan hatimu pada tuhan. Pengucapanya terasa diri si penulis dalam kekeliruan, dan bertanya pada diri, dimana tuhan jadikan aku ini adakah untuk keperluan orang lain, keluarga, atau untuk dicinta, atau sebaliknya, hanya aku sahaja yang kena melayan perasaan orang. Sehingga aku jadi kering kontang. Sesungguhnya tiap pekerjaan kamu itu satu ibadat dikira ada ganjaran pahala disisi Allah swt, amin. (B)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    Latif Bomba kini berjinak kembali dengan puisi, dulu lama tidak menjenguk muka di blog CR ini. Sesekali kita pun terasa tekanan hidup ini yang sedeh gaji askar dan Polis sahaja diambil kira, bomba dan postmen kurang pula untuk diperkata. Sepupu saya juga ampak menderita di pejabat pos lumut, kini mungkin ada nampak sadikit. ceria. Pengucapan sdra Latif Bomba dengan sajak bertajuk MAHU KAMU SAYANG AKU. begitulah keadaannya bersahabat kerana Allah adalah berakah, dimana pun kita
    berada, akan terasa keindahannya, doa mendoa, sesame dapat pahala. semoga panjang umur dan murah rezeki. Amin (TB)

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Pilot Bahrin dengan nukilan sajaknya yang bertajuk: LEBUH RAYA . Ternyata rasa penceritaanya bagai menanggung perasaan dalam menjalani kehidupan dalam tugas seharian. Kesepian sering menemaninya, mungkin diankasaraya, dari satu distinasi ke distinasi yang lain. Semua memory boleh ditinggal pergi, tetapi rasa kesayuan hati amat sukar untuk diubati, lebih parah dan resah bila ibu yang ditinggal pergi, ciumlah tangan ibumu sebelum anda berangkat pergi. Kerana doa dan pemohonannya akan mudah diberkati allah. Amin (U)

    BalasPadam
  10. wah! upah makan je duit xde plak?

    BalasPadam
  11. untung ayah en nuri sbb en nuri x ambik upah duit? ambik upah makanan jer..

    BalasPadam
  12. eh! semalam xde pun cerita pasal ayam hari ni ada telur ayam?

    BalasPadam
  13. seminggu dapat 20biji! banyak jgk tu

    BalasPadam
  14. telur ayam je itik xde?

    BalasPadam
  15. jual telur pun boleh beli mcm2..

    BalasPadam
  16. murahnya basikal sport hanya rm70 jer?

    BalasPadam
  17. kcik2 lagi en nuri dh pandai menabung

    BalasPadam
  18. abang jali?? mcm knal je dia suami kenapa kak sabi kan?

    BalasPadam
  19. hahahha pegi skola pakai topi koboi plak? hahahaha

    BalasPadam
  20. xpnh buat dek org en nuri pegi sekola pakai topi koboi plka? hehe

    BalasPadam
  21. klu sy pakai topi koboi zaman skrg pegi skola msti kena gelak.. hehe

    BalasPadam
  22. mcm mana en nuri terpakai topi koboi pegi sekola plak? hehe

    BalasPadam
  23. wah! dpt basikal lagi rajin en nuri kawal kambing2 tu

    BalasPadam
  24. takut plak baca gambaran hari kiamat ni

    BalasPadam
  25. seram la sajak hari kiamat ni...

    BalasPadam
  26. harap2 kiamat lambat lagi takut baca sajak ni

    BalasPadam
  27. sy disini ingin memohon maaf dulu sy selalu jgk memburukan blog ni masa tuan ghamidi masih ada skrg tuan ghamidi dah koma sy terpikir semula berdosa main2 fitnah2 ni jd sy ingin bersama2 dia bawah puak en nuri kalau en nuri x keberatan

    BalasPadam
  28. gambaran hari kiamat ni amat mengeletarkan badan sy bila baca jd sy harap en nuri sudi terima saya di blog ini sy sy kluar puak haji ghamidi

    BalasPadam
  29. seram plak baca sajak gambaran hari kiamat ni

    BalasPadam
  30. amat mengerikan tentang hari kiamat ni

    BalasPadam
  31. Yaumahsyar,apa bnda ni en nuri?

    BalasPadam
  32. gerun plak sy dapat bayangkan mcm mana hari kiamat nnt seram la...

    BalasPadam
  33. heheh sian en nuri kenapa pakai topi koboi msa msuk kelas?

    BalasPadam
  34. insaf baca sajak gambaran hari kiamat ni

    BalasPadam
  35. oh..mcm ni rupa hari kiamat ni?

    BalasPadam
  36. mna en nuri thu mcm ni rupa gambaran hari kiamat? sapa bagithu en nuri?

    BalasPadam
  37. eh! hari kiamat org islam sama org india sama ke lain?

    BalasPadam
  38. sayang sungguh en nuri dgn topi koboi tu...

    BalasPadam
  39. berapa RM topi koboi msa tu en nuri?

    BalasPadam
  40. kat mana plak en nuri beli topi koboi tu?

    BalasPadam
  41. topi koboi? mahal x? mana en nuri dpaat?

    BalasPadam
  42. sajak pasal perhimpuan haram ke suara rakyat?

    BalasPadam
  43. sajak simbolik jgk suara rakyat ni

    BalasPadam
  44. sajak ni suara rakyat hentam sesumpah ker?

    BalasPadam
  45. menarik jgk sajak suara bebas ni...

    BalasPadam
  46. ada sinis jgk sajak suara bebas ni tuju kpd siapa? sesumpah ke? hehe

    BalasPadam
  47. sajak pasal pehimpunan haram yg repomasi dulu ke suara rakyat?

    BalasPadam
  48. sajak simbolik sgt susah nak phm la suara bebas...

    BalasPadam
  49. eh! suara bebas ni sajak politik berkenaan pasal apa?

    BalasPadam
  50. kenapa byk nama haiwan dlm sajak suara bebas ni

    BalasPadam