Jumaat, 28 Januari 2011

BAGUNAN ITU BURUK.



perhatian, ada keanihan berlaku pada gambar surau ini, waktu saya kelik ia merupakan sebuah surau sangat indah tak dapat saya bayangkan,apabila saya kelik lagi cuma tinggal gamabar ini

Bangunan itu buruk,
sangat buruk rupanya,
zahir luarnya dari jauh rupanya
seakan macam rumah hantu,
macam neraka sahaja,
macam nak hancur sahaja.
orang luar kata itu cacat
tengah bandar rumah paling buruk
tapi bila masuk batin sangat indah,
aman nyaman anggun kata mereka,
bila lihat dalamnya sangat cantik
isinya kandungan sangat sempurna.
tapi tak macam syurga kerana syurga lagi indah..
jadi bila masuk dalam dulu
kau hayati baru kau berkata


OLEH: PAK KASSIM
Teluk Kumbar
7malam/2010 Oktober 2 20:56
terbitkan semua 28hb/01/2011.






50 ulasan:

  1. PUSINGAN PERTAMA

    1.GELETEK MALAM
    2.PUAN ROSNAH
    3.SAIZUL MAIZAV
    4.ENCIK QALIFATULLAH
    5.MISS KIM CHEUNG
    6.USTAZ MAJUSI
    7.USTAZ KAMARUDIN
    8.ABANG
    9.USTAZ ZAIDI
    10.RAJA MUDA
    11PENYAIR AGUNG
    12.EN SANUSI ROSTAM
    13 SAUFI NGADIMAN
    14 INSPEKTOR HALIM
    15 KEMBARA BUDIMAN
    16 HAJI MASQUR
    17.MUHAMAD TAJOL
    18.MEI LING
    19 ADBULLAH GADAFI
    20 ZAIN ISSAC



    PUSINGAN KEDUA

    1 SATRIA JURAGAN
    2 MUMTAZ QAYYUM
    3 PAK NGAH BUT
    4 RAJA YASSIR
    5 TEKSI MANAF
    6 NUR WAZIRAH
    7 AH CHONG
    8 MUHAMAD RABBI
    9 AHMAD HASNOL
    10 TINTA BAYU
    11 GELORA MAYA
    12 SUBHI SOOD
    13 LEE YAP HUI
    14 HUSNI KOLA
    15 PEJUANG ISLAM
    16 MAT YAAKOP
    17 NAJWA TAMRUN
    18 PUAN ZAINAB
    19 SUSILA WANI
    20 SERULING KELANA


    PUSINGAN KETIGA

    peraturan baru ahli dan penjaga blog yg kalah boleh masuk lagi sekali bertandingan lagi utk 10 tempat lagi sebab aku nak kumpul 50 pemenang sebelum bulan febuari ni..

    BalasPadam
  2. BULAN OH BULAN

    subuh demi subuh
    menyatu dinginnya.
    jernih air berkaca wajahnya.
    ke sisi pantai
    aku melihat batuan.
    terpukul ombak memutih
    hatiku ini terpukul sama.
    rindu yang panjang
    menyulitkan tiduran
    bulan oh bulan
    aku merinduinya.
    aku sama seperti selalu
    terharu sendirian
    membawa harapan.
    jangan terusan menyeksa begini
    janganlah sumpah diukur di bibir.


    dam catur
    sajak cincai je ni sbb x sempat nk buat btol harap qalam terima

    BalasPadam
  3. SEPASANG TUMIT KAKI

    sulit mendengarkan
    bunyi jari ganjil ini
    di ke daerah peranginan sepimu.
    hampir kikis jarak kesetiaan ini
    ditutupi taman mawar jingga
    harus apakah lagi aku ini
    memaknakan segenap keganjilan
    malam keresahan beranjangkan rasa
    zat mentari membakari
    kesungguhan yang ku bendung.
    tunjukkan hujung kaki langitmu
    biar pecah tumit sepasang ini
    lututku tetap bersendikan segala.
    harus apakah lagi aku ini
    mendongakkan kepala ke langit lepas
    sedang kaki tetap di gersang tanah

    Jalil Janggut
    sajak simbolik sikit ni qalam

    BalasPadam
  4. PERUNGGUT

    kita perunggut setia
    lihat segala serba tak kena
    kita keluh bila penat
    kita keluh bila berat
    segalanya dimata itu lah kita semua
    termasuk yang menulis ini juga
    kurang bersyukur pada yang esa.
    kisah kini punya irama
    kisarnya waktu dan kata
    tergolak menjadi nyata
    dari debu yang sama
    kronologi revolusi bangkitkan rasa
    hatinya gentar luluhkan jiwa
    walau rintangan setia melintas..
    satukan harapan junjungkan janji
    sungguh perit hati ini
    berjuta kau sepi
    khabarkan duka pada aku ini
    berpuluh musim aku menanti..


    Nabil Quldi
    sajak dgn pertolongan pak cik saya harap qalam x kisah

    BalasPadam
  5. KIBLAT

    bila diktator dunia
    lebih sakti dari karya syurga
    kau hampir lumat.
    diasak setiap segenap.
    menghirup nikmat yang padat.
    bisikkan pada diri;
    hisablah mungkin kau sedikit
    terpesong dari arah kiblat
    manis dunia tak akan
    mungkin habis kau jilat
    semalam aku menjadi berani
    menyampaikan rasa hati
    tentang cinta hati pada umum
    sesuatu yang tidak pernah
    akan ku buat sebelum ini.


    Abul Hassan
    sajak dgn bantuan rakan-rakan

    BalasPadam
  6. Maksud tidak dapat ditangkap penceritaannya lemah untuk diterjemah. Cuma pada baris yang bawah selepas; Bulan Oh bulan; Cuma andain saja Hari demi hari keadaan bagai terpukul, hati rasa sayu dicengkam rindu memanjang, sehingga menganggu tidur malam. bulah oh bulan nampak bagai mengharap sesuatu. agar keresahan yang dialami kembali mereda dan semoga rasa ketenangan kembali bersama, usah pula diserapah keadaan sengsara, nanti akan lebih parah dan menderita. (TB)

    BalasPadam
  7. Sajak agak sukar ditangkap maksudnya, kerana tiap bait tidak berkait dengan apa yang hendak diceritakan. Mungkin ayat-ayatnya lompat bagaikan tergantung. Menjadikan tiap pembaca pasti gagal memahami maksud isi cerita yang ingin disampaikan. Jauh sekali untuk dihayati bagi mengambil iktibar atau pengajaran darinya.. (B) maaf tidak dapat mencari maksudnya. Hantu Raya.

    BalasPadam
  8. Hidup ini penuh dengan kenekmatan. Tetapi manusia yang bernama manusia ini, hati
    nalorinya terasa serba tidak mencukupi. Sering saja merunggut, bagai tidak sempurna sebanyak mana dan sebaik mana pun rezeki pemberian Allah swt.selalu saja rasa tidak sempurna dan merunngut. Begitu juga dengan hal yang lain, tentang kehidupan, kasih, cinta dan sayang, Bila hati dan nafsu bergelodak buas, semuanya umpama laut yang sukar dikambus. (U)

    BalasPadam
  9. Rasa tamak halobak sebenarnya pengaruh dari bisikan syaitan. Menjadikan seorang itu tidak lagi keharuan, kekadang boleh jadi gila, mabuk untuk mendapatkan sesuatu yang dicitanya. Malah memungkinkan niat dan muslihat jahat, boleh terpesong dari arah kiblat . kemewahan tidak kekal selamanya.. Sanggupkah kita memperbetulkan untuk umum agar jangan sama turut terpesung. Lakukan apa saja demi kebaikan jika kita dapatmelaksanakannya.(TU)

    BalasPadam
  10. sajak pasal perempuan plak? thnkz!

    BalasPadam
  11. terima kasih en nuri buat sajak utk wanita kali ni

    BalasPadam
  12. sajak yg menarik! terima kasih en nuri!

    BalasPadam
  13. terima kasih buat sajak utk perempuan kali ni!

    BalasPadam
  14. sajak utk wanita kali ni amat menarik!

    BalasPadam
  15. sajak utk lelaki plak xde ke en nuri?

    BalasPadam
  16. sajak membela nasib wanita ke en nuri?

    BalasPadam
  17. rasa bangga ada jgk sajak pasal wanita

    BalasPadam
  18. gmbr tu nmpk mcm biasa je en nuri apa yg aneh?

    BalasPadam
  19. rumah dalam sajak pak kassim tu berpunggu agaknya

    BalasPadam
  20. eh! rumah dalam sajak ni ke yg ali canon tinggak en nuri?

    BalasPadam
  21. rasanya mngkin hantu tu x bagi kot en nuri ambik rumah dia

    BalasPadam
  22. selalunya mmg rumah2 yg usang ni ambik gmbr pun jd lain

    BalasPadam
  23. eh! rumah ni tgk pun dh seram

    BalasPadam
  24. rumah ni rumah hantu agaknya en nuri?

    BalasPadam
  25. sajak simbolik pak kassim menarik jgk

    BalasPadam
  26. eh! sajak simbolik pak kaasim senang phm....

    BalasPadam
  27. simbolik yg terang snang dh thu mksudnya

    BalasPadam
  28. ape2pun x boleh menilai dari luaran sahaja

    BalasPadam
  29. tahniah pak kassim sajak yg mcm ni la menarik!

    BalasPadam
  30. simbolik jgk sajak pak kassim ni

    BalasPadam
  31. sajak pak kassim ni hebat jgk ingatkan pak kassin ni thu melawak saja

    BalasPadam
  32. eh! pusingan ketiga pun ada jgk?

    BalasPadam
  33. eh! sampai pusingan ke tiga pun ada? ada peluang lagi nampaknya

    BalasPadam
  34. org yg kalah boleh msuk lagi ke jalal?

    BalasPadam
  35. nampaknya yg kalah boleh masuk lagi? ada peluang ni

    BalasPadam
  36. nnt aku nk try hantar sajak simbolik plak harap2 boleh menang

    BalasPadam
  37. pusingan ketiga pun ada? mcm2 la jalal ni

    BalasPadam
  38. jalan nak cari 50 org ke?

    BalasPadam
  39. kiranya bulan 1 ni nak cari 50 pemenang ke?

    BalasPadam
  40. xkn sampai bayk sgt pemenang ko nak cari jalal? sampai 50?

    BalasPadam
  41. eh! kalau kalah boleh masuk lagi ke? wah!

    BalasPadam
  42. nampaknya lps ni kena buat sajak menarik2 sikit

    BalasPadam
  43. eh! pertandingan sayembara ni pekerja en nuri x join sekali ker?

    BalasPadam
  44. politik xde ke en nuri?

    BalasPadam
  45. byk jgk perserta kali ni

    BalasPadam
  46. bila nak mula pusingan seterusnya? aku x sabar nk hntr sajak ni

    BalasPadam
  47. wah! nak cari 50 lagi rupanya

    BalasPadam
  48. rumah ali conan ni rumah berhantu ker?

    BalasPadam
  49. semalam ada kucing putih kali ni plak ada org bertapa? aneh btol rumah dia ni

    BalasPadam
  50. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.(en nuri)
    Hari sy diberi kebenaran menjawab.


    - Mee Ling x tahu. teratak itu: pondok,dangau,rumah kecil seperti tempat perhentian, atau tempat orang tunggu durian gugur/jatuh
    tali semuntal, kain yang berbelit diputal/atau dibelit-belit diikat dikepala,macam budak sekarang ikat sapu tangan dekat kepala. Ini semua pakaian zaman purba. contoh filem Lang-Lang buana. sanario

    - Cerita misteri ini zaman agama tak begitu kuat, mereka lebih percayakan kuasa tahayul, puja memuja, bomoh dukun, dan ilmu itam.
    kekadang ada juga yang tak masuk akal dan , misteri jadi tanda tanya, betul ke ini? semacam berada di illusi atau deminsi yang ke 5.
    ada orang kata semacam mimpi bila sedar, tetapi orang lain melihat bagai benar, seperti histeria, kerasuk iblis, dipukau makhluk halus. gangguan atau syeher. dlln.

    - Perhatian: Kita boleh buat sajak simbolik, tetapi tidak ramai khalayak/atau orang ramai boleh faham atau tangkap maksud yang hendak disampaikan, tidak guna messej yang hendak disampaikan tidak diketahui,cuma kita sendiri. Sebaiknya; guna lambang atau perkataan yang orang ramai sudah faham: contoh: kambing hitam, usia dihujung senja, burung hantu, sesumpah, kelkatu, kupu-kupu, kumbang, bunga, Ini semua lambang sembolik yang difhami khalayak. contoh sajak en nuri (kita pun bagai dedaun) Apa pun terima kasih pada Penyair Agung kerna dapat menangkap maksud sajak jalil janggut. yang pelik jalil pun x tahu. tulis sajak kena luhur.baru
    ada nilai semacam ISMIL HUSIN intelok, cuma perkataan perlu dijaga.


    - Terima kasih jalal, kerana rajin himpun semua nama pemenang, hingga 50 orang, kalau nak buat antologi, kena lebih 70 atau 100 buah sajak
    baru boleh terbit, itu pun kalau yakin boleh dijual, kecuali kalau wajib ahli beli. kita bukan persatuan, cuma biasa sahaja, tetapi berjaya ada hampier lebih 1000 buah puisi, Persatuan penulis perak, sudah tiga empat tahun, nak terbit SUARA KITA, sampai hari ini tak dengar berita, en nuri pun ada hantar sajak sebagai anak perak.

    BalasPadam