Isnin, 31 Januari 2011

APALAH ADA PADA BICARA.



 sajak pilihan ahli CR.


Apalah ada pada kata
selain bicara penyampai makna
terkadang tersasar dari erti
bukan kerana dibuai mimpi
tetapi kerana tersalah mengerti

biarpun gambar tidak bicara
namun memberi beribu makna
hanya sekali dan sekala
kita tersalah membuat tafsiran
bahawa yang berenang itu
bukan semuanya ikan.

 

OLEH: KARIM GHANI
Teluk Kumbar
Kampong nelayan/2010 Jun 27 02:32

 




50 ulasan:

  1. FAJAR SADIQ

    kala terbitnya fajar sadiq
    kami kehilanganmu
    tongkat peneguh qiamku
    tulang belakang jayaku
    pasrah dalam redha
    bersama juraian air mata
    setiap hidup pasti kan pergi jua
    di suatu saat yang pasti
    takkan terlewat walau sedetik
    titip kasihmu kugenggam
    ajar didikmu kupadukan
    teguh di dada sanubari
    buatku terus berlayar
    kemudikan bahtera keluarga
    dan di setiap fajar sadiq
    doa kudusku sentiasa bersamamu…


    Karim Ghani
    sajak ketika hari terakhir mengajar sebelum cuti panjang

    BalasPadam
  2. DI ATAS SEJADAH DIAM

    jalan lurus telah tertulis antara
    alif dan ya kita hanya manusia
    mendiami usia yang terlebur.
    saat tidur terakhir
    ada antara kita menangis
    di atas sejadah yang diam.
    dingin cuaca menggigit lagi
    langit suram bersulam tangisan
    rentak hidup tertahankan waktu
    lesu dibaluti hati-hati resah
    musim ini berkunjung kembali
    Laut China Selatan
    merobek segala isinya
    perahu nelayan ketakutan
    dalam tangan hari
    anak-anak masih bermain hujan
    seorang ayah kukuh
    membilang nasibnya
    tirai tahun makin ke penghujung
    tapi jalan dahulu tetap begitu
    dari jendela hujan membias
    basah di muka basah di hati.


    Ustaz Muda
    sajak sebelum penutup 2010

    BalasPadam
  3. ROH

    roh pun dijemput ke langit
    meninggalkan apa-apa dikehendaki
    di sini bukankah ini perjanjian.
    kita pun penuh rela
    menghantarkan manusia-manusia
    yang dikasihi barangkali.
    antara kita tunduk simpati
    melepaskan manusia disayangi,
    barangkali juga.
    tanah merah menghadiahkan
    sebuah kematian antara kita
    terjemput ke dunia baru
    sudah dikhabarkan bukan.
    sesudah esak tangis terakhir
    cukup cuma tahlil dan doa panjang.
    antara sedar kita pun
    berlonjak lagi tenggelam
    ke lompok-lompok dosa !.


    Jeffry
    pertama kali buat sajak sendiri tanpa bantuan ayahanda..

    BalasPadam
  4. LUAS

    kesunyian seperti ini
    menebarkan benih kasih
    tumbuh tanpa ruang
    sempadan luas semakin luas
    ingin kubunuh segala sifat
    tanpa rasa berdosa
    berteleku dan berdoa
    menjadikan aku kerdil
    di setiap malam bening
    menggantung harap di dada
    langit tiada berbulan.
    dedaun hari tertolak ke belakang
    waktu tersimpul kemas dan padu
    kukuh sebagai kenangan.
    sesekali hebat dibukai semula.

    Ustaz Zulkainaan
    sajak simbolik harap qalam dapat menangkapnya

    BalasPadam
  5. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Keempat sajak layak diterima sajak Terutama ataupun (TU) Kerana en jalal perlukan seorang terpaksalah kami membuat undian, akhirnya jatuh kepasa ustaz muda, harap maklum!

    Sajak bagai menenang sesaorang yang pergi bersama fajar safiq. Mungkin seoarang yang selama ini jadi edola atau yang banyak menunjukan ajar, tetapi ketentuan Allah telah menjemputnya kembali. Lalu kini Cuma tinggal kenangan bila tiba fajar sidiq. Dan airmata yang jatuh, sebagai air mata keredhaan dan pasrah. Dan segala tunjuk ajarmu. Mungkin menjadi panduan buat si penulis. > Cuma andain. Al fatihah! Amin
    (TU) – (U)

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Keempat sajak layak diterima sajak Terutama ataupun (TU) Kerana en jalal perlukan seorang terpaksalah kami membuat undian, akhirnya jatuh kepasa ustaz muda, harap maklum!

    Pendidikan agama yang diterima begitu menyakinkan hatinya, segala kepahitan hidup biasa diselesaikan di atas sejadah, segala tangis dan pilunya dalam diam. Hidup perlu
    Diteruskan walaupun dalam resah gelisah. Bersandarkan rasa keimanan di hati si penulis akan terus berlari menilai kembali cerita laut cina selatan, yng mungkin akan merobek Segala kehidupan anak nelayan. Naun kekental hati seorang ayah akan terus berjuang Mencari secebis rezeki untuk keluarga, namun keadaannya tetap begitu dan terperam Segala cita Cuma di hatinya. Amin (TU) – (U) undian (TU)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Keempat sajak layak diterima sajak Terutama ataupun (TU) Kerana en jalal perlukan seorang terpaksalah kami membuat undian, akhirnya jatuh kepasa ustaz muda, harap maklum!

    Sajak roh lebih kurang sama denagn fajar sadiq membicarakan tentang satu kematian. Bagaimana Susana kematian itu berlaku, kesayuan bagai bergayut dimana-mana, pada
    Keluarga dunia bagai tidak berguna gelap rasa segalanya, orang yang datang menunjukan muka sempati begitu juga sehingga sampai ke liang lahat dan takqin dibaca, sehingga kembali ke rumah dan kenduri membaca doa aruah atau tahlil. Tetapi setelah masa berlalu hari berganti, cerita lama berulang kembali. Kesedihan dan simpati bagai tiada lagi, namun diisi dengan hari-hari yang penuh dosa (TU)-(U)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Keempat sajak layak diterima sajak Terutama ataupun (TU) Kerana en jalal perlukan seorang terpaksalah kami membuat undian, akhirnya jatuh kepasa ustaz muda, harap maklum!

    Kekadang ada baiknya juga kita bersendiri dari bercerita dan berkata yang kekadang boleh menambahkan dosa. Berfikir di hujung sunyi atau sepi lebih dikira satu ibadah. Atau cuba menghindar rasa kemungkaran cara benci dan diam juga dikira ibadah, dan apatah lagi jika kita dapat mengubahkannya dengan cara jihat dan diredhai Allah. Kerana hidup kita ini perlu mencorak zaman, menyangkal segala yang mungkar, biar pun tersendiri dan asing. Mati berjuang kerana kebenaran. Amin (TU)-(U)

    BalasPadam
  9. ni aku ada sikit jampi serapah saja utk kongsi bersama aku tak galakan korang cuba!!




    =JAMPI Halau Pelesit=

    Hei pelesit
    Aku tahu asal usulmu
    Keluar dari sak uri, tembuni, ketuban buta
    Mu keluar drpd darah sambang
    Kemang namamu
    Jikalau mu lenggok ke langit muntah darah
    Tunduk ke bumi muntah tahi
    Demi ALLAH
    Demi Rasulullah
    Berkat La Illah Ila Allah
    Muhammad Rasulullah


    =JAMPI Pengasih=

    Hei mu lang puteh
    Engkaulah sahabat aku
    marilah engkau
    pergi ambil roh semangat XXXX itu
    Jikalau tidur, engkau gerakkan jaga
    Jikalau jaga, engkau gerakkan bangun
    Jikalau bagun, engkau pagut dgn paruh
    Kibas dgn sayap, sapu dgn ekor
    Pegang dgn kaki
    Engkau bawa kemari kpd aku
    kasih syg kepada aku
    Cinta rasa kpd aku
    Rindu dendam kpd aku
    Sidi guru sidilah aku
    sidi berkat
    Kaseh syg kpd aku

    BalasPadam
  10. mana isu politik xde ker?

    BalasPadam
  11. xde politik x best la....

    BalasPadam
  12. eh! kenapa ruang ni kosong plak?

    BalasPadam
  13. eh! politik xde plak ke kali ni?

    BalasPadam
  14. xkn kosong je politik xde ker?

    BalasPadam
  15. eh! kenapa kosong plak ruangan ni en nuri?

    BalasPadam
  16. ni msti viger lupa letak pasal politik ni

    BalasPadam
  17. mana isu politik en nuri?

    BalasPadam
  18. isu politik xde ker kali ni?

    BalasPadam
  19. eh! xkn xde apa nak didedahkan lagi ke kat sini psl politik??? hehe

    BalasPadam
  20. sajak karim ghani ni pasal apa plak ni?

    BalasPadam
  21. sajak karim ghani ni xphm la

    BalasPadam
  22. sajak pasal apa plak karim ghani ni?

    BalasPadam
  23. sajak simbolik yg susah nak tangkap sajak karim ghani

    BalasPadam
  24. sajak pasal menginsafi kesalahan lalu ke karim ghani?

    BalasPadam
  25. sajak en nuri simbolik sajak akrim ghani pun simbolik dua2 susah xpdt tangkap

    BalasPadam
  26. sajak kali ni susah jgk nak tangkap

    BalasPadam
  27. huh! jeffry ni gila agaknya? bahaya jampi ni

    BalasPadam
  28. eh! ni jampi jgn sembarangan guna bahaya ni jeffry

    BalasPadam
  29. jampi halau pelesit? btol ke ni jeffry?

    BalasPadam
  30. takut plak akau nak baca jampi jeffry bagi ni

    BalasPadam
  31. alamak! selamat aku xbaca jampi serapah jeffry bagi ni... apa la jeffry bahaya bg ni

    BalasPadam
  32. boleh percaya ke jefry?

    BalasPadam
  33. malam ni aku nak try jampi jeffry ni...

    BalasPadam
  34. jampi pengasih tu mcm menarik jer...

    BalasPadam
  35. peselit tu bnda apa jeffry?

    BalasPadam
  36. x syirik ke guna jampi anda ni jeffry?

    BalasPadam
  37. was2 jgk pasal jampi anda ni...

    BalasPadam
  38. huh! jampi2 ni baik jgn amalkan bahaya

    BalasPadam
  39. khurafat la jeffry jampi ni

    BalasPadam
  40. huh! gila punya jeffry seram bulu tengkuk aku baca jampi ko ni

    BalasPadam
  41. harap2 hantu x dtg rumah aku sbb baca jampi serapah jeffry ni

    BalasPadam
  42. jampi halau hantu ada x jeffry?

    BalasPadam
  43. jefry ni bela hantu raya ker?

    BalasPadam
  44. apa la tahyul jempi2 ni jeffry

    BalasPadam
  45. tak mahu la aku guna takut amalam aku x diterima plak nnt

    BalasPadam
  46. jampi2 ni syirik la disisi agama jeffry

    BalasPadam
  47. eh! jampi ni bolerh guna ker?

    BalasPadam
  48. x berdosa ke guna jampi mcm ni?

    BalasPadam
  49. jeffry ni bomoh siam ker?

    BalasPadam
  50. JAWAPAN PILIHAN RENGKAS SECARA RAMBANG SAHAJA.

    - Bila ingat jampi serapah ini saya pun teringat ada dua cerita benar nanti saya buat dua siri satu pasal abang saya kena bahadi burung murai gila. satu lagi kisah andartu ludah seorang foreman tracktor dengan kata lain pekerja bengkel memperbaiki kereta bajak tanah. Insyalah , tolong ingat kalau saya lupa....

    - Kebanyakan jampi kalau tak ada kalimah la ila haillah. kata tuk wan dollah x boleh nak pakai, untuk sesuatu yang baik ada mamfaatnya mungkin boleh, seperti halau histeria, buang saka dan lain. kira sesuatu yang baik pada masyarakat setempat. Macam baru ini di estate mana rumah pekerja ada kena baling batu, tidak kira siang malam , anih itu....

    - jeffry ini, saya ingat cucu kepada seorang bomoh terkenal juga sedikit masa dulu di parit kedai dua Bomoh Mastor ke?. tempat seorang alim juga, pak haji masdar dia ini bukan bomoh tuk guru boleh dikatakan masa itu. duk datang mengajar dekat kampung saya lepas solat jumaat, yang sedeh depa bayar seorang sekupang, bubuh dalam sapu tangan, adalah dua tiga
    renggit. penat orang tua itu. tapi yang syok dia suka selit cerita prono, orang gelak tak kering gusi.


    - Politik kerja hantu raya amabil alih, dia tak cari bahan, tunggu nanti geletek pagi ambil alih. bahan ada dia tak taip ke dalam blog CR. macamana Tinta dan Viger nak terbit.

    - Bok kuli dengan Julia dapat tangkap sajak saya, betulah itu, tuhan memerhati kita dimana saja, sebab dia bersifat al basar ertinga melihat. juga buat Viji, raju, jessica. kau itu Tuhan. sebab itu rasa takut hendak
    buat jahat, tuhan nampak takut dosa. Tapi ada juga yang buat itu orang yang tak kuat iman. Iblis goda dapat dekat dia buat jahat atau maksiat.

    - Sajak cikgu karim ghani ini ada dua tangapan,pada perbicaraan satu mungkin percakapan yang kadangkala tersalah makna dan tafsirannya, jika tersalah dengar atau makna berbeza di satu daerahnya. kedua tafsiran pada gambar lukisan yang mana setiap orang mungkin ada pandangan yang berbagai andaian dan tafsirannya. lebih lagi gambar lukisan abstrak.

    jika ada soalan terlepas pandang, harap maaf.

    BalasPadam