Isnin, 10 Januari 2011

ANDAI KAU KENALI AKU



kategori sajak negara jiran 2009.


Andai kau kenali aku
kau temui kehampaan
dalam setiap langkahku
andai kau kenali aku
kau terpaksa jelajahi
setiap ruang sepi hatiku
andai kau kenali aku
kau temui penyesalan
dalam setiap denyut nadiku
andai kau kenali aku
kau memperjudikan rasa
bagi menyingkap tabir rahsiaku
andai kau kenali aku
kau kenali kecewa
kerna aku tak punya apa

 
OLEH: EMILY BAYAN.
Nagara Singapore
23.11.2009
     



50 ulasan:

  1. SETAPAK

    Setapak aku melangkah
    Terhenti diam bisik tentang kamu
    tentang dulu jadi
    mustahil tidak menoleh
    Serba terburu meluah tangis.
    Tapi sekarang aku sudah gagah.
    dalam langit ligat bersembunyi
    warna warna pelangi indah
    menanti isyarat bait-bait tersusun
    membias di langit
    buat tatapan makhluk segala di bumi
    sambil bulan di balik bumi
    menanti senja berlabuh
    mengikat sauh malam
    bersambut sorak pekik
    burung - burung pulang ke sarang
    esok selepas hujan ia kembali..


    Ustaz kamarudin
    sajak simbolik utk di pertandingkan

    BalasPadam
  2. DALAM

    Dalam cinta bunga bersemi
    Dalam sakit bunga mengadu
    Dalam suka bunga alpa
    Dalam duka bunga berlindung
    Dalam satu dekap bunga berbintang
    Dalam satu harap bunga meminta
    Dalam satu ikat bunga menyatu
    Dalam kesendirian kumbang
    Dalam berharap bunga tak hilang
    Dalam Mimpi kumbang dalam pusara
    Dalam Catatan kumbang air mata
    Dalam kumbang bersua cinta bunga
    Dalam kumbang berharap bunga


    Nur Atikah
    3pagi
    8.1.2011

    BalasPadam
  3. TAK DI SANGKA

    muncul tak disangka!
    terjelopok kau kerana bodohku
    atas dasar kecewa atas dasar amarah
    atas dasar bosan
    rasaku kau sempurna
    dari atas hingga bawah
    tiada penghalang lagi kali ini
    muka ada poket ada body ada.
    cukup sempurna!
    tapi kau pergi.pergi.pergi.
    aku sendri lagi
    Kalau aku baca sebutir perkataan.
    Bernama sajak tentang sesuatu
    yang aku kau luluh hati
    ke lantai berderai tangis nurani
    airnya berjurai merembes kelam
    cinta terlerai rangkanya musnah
    tapaknya terbengkalai reput.
    tinggalnya cuma bangkai


    Nasir Hamdi
    percubaan sajak pertama untuk sayembra

    BalasPadam
  4. MENGANTUK

    Pernah aku bagi puisi.
    Seindah irama menjadi seni.
    Petik gitar seumpama bumi.
    Diam bising gemersik sekali.
    Gunung Sarawak beruntung.
    Muncul matahari,seindah pagi.
    Lagu bunyi tidak berhenti.
    singgah dengan rasa yang ingin
    meluah kata-kata tapi buntu
    macam mana aku hilang idea
    sia-sia aku singgah
    rasa tercangah-cangah
    pagi menjelang
    Yang gelap tadi,biar kan.
    Seluruh warga membuka segala derita
    Biarlah ianya indah juga.
    Kerana sudah pasti.
    Hari ini akan cerah
    cuma bulan tetap malap
    selamat tinggal aku pun mengantuk


    Muhamad Zafri
    percubaan sajak sy tak pandai menulis sajak sekadar mencuba nak masuk pertandingan

    BalasPadam
  5. qulbai Laghe tok serupo denge suroh
    Hok comey bakpo pakat kato hudoh
    Saye sohh doh laeng denge beci,
    Jerok mamey tok supo jerok celagi
    Takot ado keno denge ketar gegar,
    Supo dahago ado sabit denge lapar,
    Ngiga sebenarnyo sabit denge kemama
    Selok tak dok bezo denge tok kaba.
    Sapo kato buluh tu galoh,
    Sapo kato tekeng tu tok bekekoh,
    Naka laeng sikit denge jahat,
    Dawa pun oghe duk pangge krawak.
    Kalu tunggo tok serupo turuh pagar,
    Sengoti tolo tok srupo denge panda,
    Lagu mana gadoh jugoklah lorat,
    Toksohlah wak loloq tok kena hok mano dakak Hok mano krabak.
    Demey tok keboh bezo denge leloh,
    Senyung semeweh
    tok serupo denge sengeh
    Baling tu laen denge kipah angin,
    Bereng abe sikit jah pado kerah
    Kito tok leh wak tok tetu kalu,
    Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu,
    Kito duk rberembah badi cah keting,
    Oghe laeng gi seruh-serah..
    Kito duk pakat reboh teguling.
    Ulat kekek jange wi tuka
    denge ulat belucah,
    Jale bejeket jange kato srupo denge hungga derah,
    Kalu karak buleh lagi kito peteri,
    Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi?
    Payoh sengoti bekecek nok bekiro
    Culah lagu laeng tok supo celiko
    Payoh jugk nok bezo
    mano lakoney mano sandiwaro
    Hok sengotinyo, manih leting tu belung tetu ibu gulo!



    Bulan Terang ni bukan sajak tapi sindiran utk qulbai hahaha

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    MENGANTUK tajuk sajak daripada PB sdra. Muhamad Zafri belum buat sajak telah dicalun ke sayembara puisi. Macam cerita raja lawak pula. Apa pun ada kemahuan ingin mencoba. Pengucapannya maseh teraba-raba mencari kekuatan.pertama kalinya.
    Tidak mengapa, lama kelamaan anda akan berjaya. Rengkasnya, ada isi dan ada maksudnya yang tersendiri. Semboliknya penceritaan pada situasi keadaan semasa. Perjalanan hidup yang dilalui si penulis terasa getil pada mulanya, kini mungkin agaknya, sudah terlepas bebas, bersama sinar cahaya matari pagi untuk meraikan kegembiraan hari depan. Semoga sukses! Amin (B)

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    TIDAK DISANGKA sajak PB baru sdra. Nasir Hamdi pengucapannya boleh terima.Walaupun buat kali pertama, telah dicalum dalam sayembara puisi, angaplah pekara ini bagai langkah pertama untuk langkah seterusnya. Isi maksud sajak si penulis ini menceritakan sesaorang yang tidak perlu dinilai dengan lagak gaya dan cara ataupun kedudukkan. Terasa si penulis ingin melepaskan paku buah keras. pastinya akan rasa lulus hati nuranimu, terlerai segala keangkuhanmu, segala ungapan ini, kehidupanmu menjadi relai, terbengkalai dan menjadi bangkai. Ada kemampuan jika anda susun dengan baik. Isi dan maksudnya. Usaha lagi Amin (TB)

    BalasPadam
  8. Ustaz kamarudin dengan sajaknya bertajuk SETAPAK kaki melangkah. Terasa isi pengucapannya bagai menyatakan perjalanan hidup yang ada berbagai kepincangan dan hiruk pikuk jadinya . Kini telah dapat meluluskan diri terasa bagai bebas dan lepas dari rasa kesebakkan kekalutan didada, bagai tidak mahu lagi hidup dalam rasa kemarahan dan kebencian, sesame kita, ingin bebas sebagaimana burung –burung yang bebas pulang ke sarang menekmati kehidupan dini hari. Amin. anda ada rasa kemampuan mengeloh sajak lebih baik lagi. Semoga sukses. Kali tiada yang baik lagi,diberi kedudukkan sajak Terutama.

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011


    Nur Atikah sering bermain dengan jiwa-jiwanya.Dengan sajaknya bertajuk DALAM Ada penceritaannya yang tersendiri, di antara sang bunga dengan sang kumbang ada
    kemahuan dan kehendaknya yang tersendiri, sajak perbandingan dalam bentuk kiasan makhluk alam,
    pada bunga dan juga kumbang ini berkait rapat dengan lumrah kehidupan manusia sejagat. Begitulah seorang pendatang baru PB yang rajin mencari, menilai dan meneliti puisi ilhamnya yang sesekali ingin meluahkan untuk keluar dari denyutan citrarasa hati dan nuraninya. Harap perlu lagi cari kekuatan dalam usaha pengucapannya.Amin. (U)

    BalasPadam
  10. saya sekarang sudah keluar puak tuan ghamidi? en nuri menerima lagikah org??? saya rasa bersalah bila baca tentang sjak serapah Allah sbb menyokong kuat tuan ghamidi

    BalasPadam
  11. sajak ketuhanan plak kali ni? hehe

    BalasPadam
  12. btol tu mengapa manusia enggan sujud?

    BalasPadam
  13. sajak yg bila baca rasa rendah diri

    BalasPadam
  14. sajak yg menarik utk di kongsi bersama

    BalasPadam
  15. sajak tentang kehidupan ke?

    BalasPadam
  16. langsung xphm 1 pun sajak en nuri ni.. maaf

    BalasPadam
  17. agak pening baca sajak en nuri sapa quran? sapa adam dan hawa?

    BalasPadam
  18. kenapa Nya huruf besar plak?

    BalasPadam
  19. hehehehe terima kasih en nuri!! ni sajak lama sy pun dh lupa...

    BalasPadam
  20. sajak jiwa2 la emily ni

    BalasPadam
  21. sajak emily jiwa nampaknya?

    BalasPadam
  22. sajak utk boyfriend ke emily? hahaha

    BalasPadam
  23. jiwa2 sungguh sajak emily ni

    BalasPadam
  24. banyak khayalan dunia remaja emily ni

    BalasPadam
  25. apa bahasa ko tulis ni bulan terang?

    BalasPadam
  26. bulan terang jgn la loklaq aku xpham la...

    BalasPadam
  27. aku rasa bulan terang ni tulis dia saja yg paham... hahhaa

    BalasPadam
  28. en nuri patutnya jangan siar sbb xphm langsung bahasa bulan terang ni

    BalasPadam
  29. terima kasih en nuri sbb siar! ni bhasa kelatan hulu punya... hehe

    BalasPadam
  30. nak komen apa pun x thu kat bulan terang ni

    BalasPadam
  31. baik en nuri letak pasal politik lagi bgus dari bulan terang tulis ni kangsung xphm

    BalasPadam
  32. lama xde isu pasal politik?

    BalasPadam
  33. selalunya suara bebas hantar isu semasa skrg xde plak?

    BalasPadam
  34. x best la bulan terang ni xphm

    BalasPadam
  35. baik sy hntr resepi lagi baik dari bulan terang ni langsung xphm

    BalasPadam
  36. en nuri buang pun xpa bulan terang ni sbb langsung xphm bahasa kelatan

    BalasPadam
  37. rasa mcam jadi org kelantan plak bila baca bulan terang tulis ni

    BalasPadam
  38. aku xphm apa yg bulan terang tulis ni tapi aku sokong dia sbb dia kata kutuk qulbai...

    BalasPadam
  39. nnt letak smula isu semasa bulan terang ni xphm!!

    BalasPadam
  40. apalah punya bulan terang tulis je bahasa melayu

    BalasPadam
  41. terbelit lidah baca bulan terang tulis ni

    BalasPadam
  42. apa benda yg di bebelkan oleh bulan terang ni

    BalasPadam
  43. sajak en nuri kali ni kretif jgk

    BalasPadam
  44. sajak en nuri lagi menarik

    BalasPadam
  45. esok sajak siapa plak?

    BalasPadam
  46. harap2 esok sajak aku! hehe

    BalasPadam
  47. sajak2 anak didik en nuri xnk siarkan ker?

    BalasPadam
  48. sajak yg agak ringkas tapi menarik

    BalasPadam
  49. JAWABAN RENGKAS SAHAJA

    -Bulan terang punya bahasa ulu dia, saya pun faham sikit-sikit
    saja. minta dia terjemah ke dalam Bm yang sempurna. susah juga nak tulis ini.

    -Quran kitab suci yang dibawa oleh nabi muhamad saw. sama juga nabi isa, musa, daut, bawa kitab injil , zabul, taurat, utuk fahaman agama masing-masing. buat Rossa

    -Nya huruf besar pada akhir ayat itu menyatakan ganti nama
    pada Tuhan (Allah). buat Raju

    -umur saya lebih setengah abad, boleh panggil pak cik tak lama
    lagi orang tua atau Apek

    -Di Serawak, masih muda, masih terang tang- tang kata orang

    -Boleh lihat biodata di atas blog Citra Rasa ini.

    -Cikgu Kana lelaki hamper pencen waktu itu. budak tidak tahu
    peraturan barang kali, dia langkar saja peraturan majlis perhimpunan.

    -Kuaters ini sebuah macam banglo zaman dulu, mungkin peninggalan
    penjajah, 3 bilik 2 ruang tamu, ada veranda tinggi, ada tangga dan
    tiang batu, di bawah rumah tiada siapa duduk lembu tumpang tidur

    -capricorn banyak duit dalam sms cosmo selalu saja nama naik rajin
    melaporkan berita, mai buat ulasan dalam blog ini, percuma sahaja.

    BalasPadam