Ahad, 9 Januari 2011

AKAN KU



kategori orang di awan 2009


Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu
akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu
akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.


OLEH: PILOT BAHRIN
2009 November 6
17:35




50 ulasan:

  1. MUSANG JADIAN

    dari jauh aku lihat matanya
    seakan menangkap pergerakan sesuatu
    kelibat gayanya sudah sangat akrab
    mata dipisat-pisat biar lebih jelas
    biar mudah nampak lalu hatinya mula bertanya siapa perlahan
    lembaga itu akan dekati dan terkam.
    tapi kita masih samar-samar.
    dia sedang menghidu bau
    ia rasa bau itu sangat dikenali.
    sangat disenangi bau menenangkan
    ketika itu aku sudah perasan.
    wajahnya semakin jelas.
    tapi bila dia hampiri dekat
    kenapa wajahnya jadi menakutkan musang itu menyeringai
    darah merah pekat dicelahan giginya
    ada taring yang sangat tajam.
    dia merenung tajam aku
    mungkin untuk bersiap menerkam. saat itu aku tahu
    sudah masanya aku bersiap sedia meninggalkan dia dari di apa-apakan


    Pak Bostamam
    sajak simbolik utk masuk pertandingan

    BalasPadam
  2. HABIS LEBUR

    dari seluruh langit yang hitam
    awan paling berkepul
    serunai berdendang merdu
    harimau putih menerkam
    tak berbelas kulit tersiat,
    daging bersepai
    seolah dunia paling akhirat
    tompokan-tompokan hanyir
    mewarna setiap inci ruang
    terpaling lah wajah
    dari semua kebencian
    serabutlah akal dari segala logika
    getar nadi tak bersimpan makna
    mantik tak tertaakulan
    separuh sedar dan tidak
    semuanya habis kabur habis lebur


    Mat Noh
    sajak sy akan pertaruhkan

    BalasPadam
  3. KAYANGAN DAN BUNIAN

    sembilan fajar dibiar menyinsing
    telah ditinggal segala gering
    ratusan batu pergi berlari
    terbit menganan terbenam mengiri
    segala puncak habis didaki
    asalnya bukan disini
    rentak bayu tak pernah beralun
    jeritan jiwa tak pernah diadun
    di sini hanya untuk si halus
    memanjat kayanganmmelungsur bunian
    untuk mimpi bertemu khayalan
    cuba singgah di dinding bisu
    melepas lelah hati yang lesu
    diconteng warna pelbagai rasa
    sehingga tinggal tidak bersisa
    membawa diri meriuhkan sepi
    mengapa bernyawa terasa mati
    kembali dipanjat alam kayangan
    kembali dilungsur ruang bunian
    semua kerana sini mula asalnya aman


    Raja Muda
    sajak utk qalam sayembara

    BalasPadam
  4. PERLUKAN MASA

    terima kasih untuk waktu.
    rasa dan tempat.
    hidup didalam hati kamu.
    biarpun sempit.
    besar maknanya untuk aku.
    terus hidup. hari ini dan esok.
    kadang-kadang kita perlu masa
    untuk buktikan kita berbeza
    kadang-kadang kita perlu sabar
    pada bahasa gila tak bersuara
    yang meluah tak beradab
    yang biadap dan biadab.


    Nabil Quldi
    sajak sy bru buat tadi utk pertandingan ambik cabaran penyiar agung

    BalasPadam
  5. Sajak baik.
    Nabil Guldi dengan sajaknya PERLUKAN MASA membicarakan tentang waktu yang berdenyut yang lebih lambat dari semut, tetapi punya masa untuk cuba mengenal hari ini dan esok, bagi mendewasakan kita. agar kita tidak menjadi manusia yang berkata tanpa adap sebelum menjadi manusia yang beradap. Barulah dapat menjelaskan kedudukan kita yang mungkin berbeza. Amin

    BalasPadam
  6. Sajak terbaik
    HABIS LEBUR sajak sdra Mat Noh dengan pengucapannya yang agak mencabar rasa
    kemarahannya pada urat dan nadi, lihat ucapannya klangit menjadi hitam, dunia akan
    menjadi kiamat,bau hanyir mewarnai setiap ruang, terasa kerana kebencian sesaorang menjadikan akal pun hilang pada pegangan lojiknya bagai tidak terdaya menilai erti kebaikkan yang ada dan sebenar , bagai semuanya telah habis hancur dan lebur, itulah bahayanyabila hati mula membenci. Semoga keadaan dapat diselesaikan. Amin

    BalasPadam
  7. Sajak utama.
    MUSANG JADIAN oleh Pak Bostaman dengan perbandingannya atau sembolik yang ingin disampaikan membicarakan bagaimana saekor musang yang kyalayak telah mengetahui suka makan ayam kekadang dia juga boleh menyerupai ayam. Disebut musang berbulu ayam. Ada sesuatu helah yang ingin dilaksanakan dalam situasi pergaulan, malah jika kita terlupa dia akan membinassakan keadaan kita. oleh itu berwaspadalah dengan manusia merupai musang jadian ini, kerana jika tersilap langkah kita jadi mangsanya.Perlu berhati-hati Amin

    BalasPadam
  8. Sajak Terutama
    KAYANGAN DAN BUNYIAN nakilan cintarasa dari Raja Muda agak sukar untuk menankap akan segala berbicaraannya. Walauapa pun kita dapat merasakan Pengucapannya ada satu pencarian yang belum selesai untuk ditemui. Sehingga melewati alam fantasi dengan memanjat alam kayangan dan melunsur ke bumi bunian , lalu menyelinap di alam mimpi dan melangkah pula ke alam kyahalan, demi untuk mencari sesuatu yang lain dan berbeza, tetapi ternyata semuannya bagai tiada berjumpa malah tidak ada satu yang berharga, sebaiknya kembalilah semula ke alam yang nyata. Kerana disini mula asalnya kita tercampak ke dunia bumi yang nyata. Sajak untuk renung kita khalayak ramai agar dalam hidup ini jangan terlalu memburu dan mengikut kehendak hawa nafsu, jaga dan peliharalah apa yang sedia ada diberi tuhan di bumi ini . Amin

    BalasPadam
  9. apa bnda plak serapah ni en nuri?

    BalasPadam
  10. sajak ni mcm bencana alam jer?

    BalasPadam
  11. sajak pasal hari kiamat ker?

    BalasPadam
  12. sajak pasal apa plak ni?

    BalasPadam
  13. sajak mcm en nuri tgh marah er ni

    BalasPadam
  14. sajak ketuhanan ke pejuangan ni?

    BalasPadam
  15. sajak kali ni agak menarik!

    BalasPadam
  16. sajak peringatan ke ni?

    BalasPadam
  17. sajak sy masuk plak! terima kasih kerana x melupakan sy maaf lama x singgah sbb sibuk sikit biasalah sy bawak kapal terbang

    BalasPadam
  18. alamak! sajak sapa plak ni en nuri? xknal pun?

    BalasPadam
  19. eh! ni sajak bos sy ni en nuri

    BalasPadam
  20. sajak pasal penerbangan ke bahrin ni?

    BalasPadam
  21. sajak ahli x terkenal la en nuri? en nuri letak sajak dia ni msti dia pun xthu mcm sebelum ni byk sajak ahli x terkenal pun langsung dorg x dtg

    BalasPadam
  22. sajak pasal apa plak ni?

    BalasPadam
  23. sajak kali ni susah nk tangkap la

    BalasPadam
  24. sajak agak puitis jgk pilot bahrin ni

    BalasPadam
  25. kenapa en nuri letak lama2 pnya? ahli ni pun entah ada ke xde?

    BalasPadam
  26. sajak agak simbolik jgk ni

    BalasPadam
  27. sajak apa plak ni? susah jgk maksudnya

    BalasPadam
  28. sajak apa plak ni? susah jgk maksudnya

    BalasPadam
  29. EASANYA EN NURI LETAK SAJAK AHLI TAK AKTIF SUPAYA MEREKA DATANG KEMBALI NI KAN?

    BalasPadam
  30. sajak en nuri dan pilot ni xphm la tinggi sgt

    BalasPadam
  31. FACEBOOK AKAN DI PADAM PADA 15 MAC!!!

    ini kerana pemiliknya berasa bersalah kerana sebab facebook dah jadi penomena merbahaya semua orang dah gila facebook jadi pengasas facebook Mark Zuckerberg nak mansuh kan facebook pada 15 mac walaupun facebook tu sumber pendapatan dia tapi dia tak kisahkan duit sekarang ni sapa yanga da facebook baik selamatkan gambar-gambar korang dalam tu.....

    BalasPadam
  32. facebook akan dpadamkan?? biar btol!!

    BalasPadam
  33. kenapa la bangang sangat facebook best kenapa nk buang plak?

    BalasPadam
  34. sepatutnya dia buang friendster bukan facebook

    BalasPadam
  35. kat tempat aku ni pun dah heboh facebook bakal di mansuhkan

    BalasPadam
  36. selamat dorg mansuhkan facebook kalau blog! habis la...

    BalasPadam
  37. berita mana ko dapat ni damien?

    BalasPadam
  38. aku dgr jgk berita pasal ni tp xde kluar tv pun?

    BalasPadam
  39. kenapalah dia nak buang facebook?

    BalasPadam
  40. dia dah jutawan agaknya sbb tu dia nak buang facebook

    BalasPadam
  41. setahu aku mark dia skrg jutawan di omputih

    BalasPadam
  42. selamat facebook je xde blog masih ada.....

    BalasPadam
  43. kalau xde facebook boring jgk

    BalasPadam
  44. nnt org boleh bunuh dia sbb buang facebook

    BalasPadam
  45. berapa juta org kat dunia ni ada facebook? kenapa dia nak buang plak?

    BalasPadam
  46. kalau xde facebook boring giler la nanti

    BalasPadam
  47. facebook ni bdk2 muda minat la

    BalasPadam
  48. msti rang muda kecewa kami rang tua tak ada apa sbb kami langsung x thu facebook ni

    BalasPadam
  49. Mark Zuckenberg ke pengasas facebook? kalau x salah aku di org israel kan?

    BalasPadam
  50. nampaknya msti ada org buat mogok ni sbb pengasas dia nak mansuhkan facebook

    BalasPadam