Ahad, 30 Januari 2011

ADAKAH KAUKAH ITU?





Adakah kaukah itu?
mengentai di sudut jendela
bagai mencatat tiap langkahku
menjadikan aku termanggu dan terharu .

Adakah kaukah itu?
bagai berada di atas kepala
membuatkan aku berat berfikir
untuk menilai segala amal ibadatku.

Adakah kaukah itu?
rasa berdiri di sebalik takbir
lalu menghitung dosa dan pahala
bagai hendak mencampakan kemana.

Adakah kaukah itu?
semacam membilang usiaku
dalam kembara hidup di dunia ini
menjadikan  aku terasa kerdil dan lemah.

Adakah kaukah itu?
berada di mana-mana sahaja
membuat aku jadi takut dan gentar
mendustasi sesiapa sahaja di dunia fana.


Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda tahun 2009
catatan sejenak di hujumg malam hari.








50 ulasan:

  1. CERITA ALAM MISTERI : CATATAN KISAH LAGENDA DULU KALA : SUSUNAN SEMULA CARA BEBAS NURIMANJA.
    Ditaip semula oleh Tinta Azimat BERTAJUK: LANGSUWER/ LANGSUIR siri 7

    Adi cana mengeluarkan mengeluarkan mangkok bara api lalu
    menghidupankan dengan menungkan minyak kayu tamar ke atas beberapa ketul arang kecil, kemudian dihidupannya api dengan geselan batu keatas daun kering. Ifrafanul haq membaca serabah jampi,berkumat kamit mulut menyembur ke kiri dan ke kanan, sambila matanya liar memerhati ke arah teratak Ali canon. Dengan Malik Wijaya masih juga dengan parang terhunung menunggu apa saja yang melintas ke
    arahnya akan dilebasnya.

    Mereka berjalan serentak, mata mereka liar menjegah ke dalam pintu teratak Ali canon , Irafanul Haq mengarah Adi cana meletakan keminyan habsi dan cabai kering ke dalam bekas bara api, bila mereka ternampak wajah Ali cacon sedang yang terbaring bagaikan orang tidak sedarkan diri. Mereka berdua tunggu di luar, hanya irafanul Haq masuk dalam teratak itu.

    Bau asap keminyan habsi berkepoi naik dan menguasai sekitar teratak Ali canon. Seketika kemudian Irafanul haq berdiri lutut, lagak seperti orang mahu bersilat, bekas keminyan dihulurkan ke arah Ali canon, bau asap keminyan habsi berkeboi naik ditambah pula dengan bakaran cabai kering, menyebabkan sebahagian asapnya yang medehkan mata dan hidung,terus menyerbu masuk ke dalam lubang hidung Ali canon.

    Malik Wijaya bersama Adi cana telah pun bersiap sedia untuk bertindak dengan seberkas pintalan tali sabut yang diperbuat
    khat untuk mengikat Ali canon, jika dia bertindak ganas, atau dirasuk hantu hutan rimba. Seketika mereka terdengar Ali
    canon terbatuk dan tersedak, kemudian tangannya bergerak menekup lubang hidung. mungkin lubang hidung pedih diserang
    asap cabai kering agaknya.

    Sebentar kemudian Ali canon bangun duduk, alangkah terkejutnya dia, bila dia melihat tiga orang mengelilinginya dengan muka dan kepala ditutup dengan kain hitam. Belum pun sempat Ali canon bangun mereka telah menyerbunya dan mengikat kedua tangannya yang memang sudah tidak bermaya selama ini. sangkaan mereka melesek, Ali canon tidak melawan, dia tidak bertenaga. badannya lemah dan leteh, bagai orang tidak makan nampaknya.


    SAMBUNGAN.

    BalasPadam
  2. BERLARI,BERJALAN DAN DUDUK

    Aku berlari ke kiri…
    Aku berlari ke kanan..
    Aku melompat melambai..
    menantikan sesuatu.sunyi…
    aku berhenti dan duduk…
    menunduk kerana tak pasti…
    tapi tak apa-apa,
    nanti aku akan faham…
    Kini kuberjalan tidak berlari..
    sampai waktu aku kan
    berhenti lalu duduk…
    saat itu aku benar-benar penat,
    tak mampu meneruskan pejalanan ini…
    duduk diam di situ,
    merenung tongkat usang di tangan….
    makin lama langkahku kian perlahan…
    rasa letih menyelubungi…
    ingin benar rasanya
    kuberhenti dan berpatah balik…
    penat mengejar cita-cita
    letih dan bosan terus berlari…


    Jalal Rafzee
    sajak simbolik di harap qalam yg ulas sbb sajak ni susah... hehe

    BalasPadam
  3. DIA BAGAI LALANG

    bagaikan lalang
    hanya menurut aksi si angin
    tiada arah sendiri
    hidup didunia pancaroba
    yang putih katakan putih
    yang hitam tetapkan legam
    yang benar katakan setulusnya
    yang salah usah ditegakkan
    jasadmu kamu kuasa
    akalmu kamu kuasa
    pandaimu pandu tuju
    imanmu pandu azam
    betulmu kamu teruskan
    salahmu kamu betulkan
    jalanmu kamu pilih
    kamu bukan lalang melata
    pilihan tetap pada kamu tentukan…

    Jupri Halim
    sajak utk qulbai sebenarnya.. hehe

    BalasPadam
  4. HORMATLAH AKU

    kamu memang pandai
    kamu memang bijak
    cemerlang semua bidang
    itu sudah terbukti
    tak disangkal lagi
    aku tumpang bangga
    anak bangsa sudah berjaya
    tapi aku lagi bangga
    jika kamu hormat orang tua
    jika kamu hormat siapa sahaja
    tak kira apa bangsa
    tak kira apa darjat
    tak kira apa usia
    jika kamu tiada itu semua
    nyah kamu dari sini
    aku tak perlukan kamu lagi
    kerana aku pasti
    kau pasti tikamku nanti
    dari sudut penuh sembunyi
    ingatlah si bijak pandai
    tolong hormatkan mereka
    tolong hormatkan aku…

    Haji Hamdan
    apabila di tengking oleh qulbai kerana letak kereta di hadapan keretanya

    BalasPadam
  5. KITA SATU RUMPUN

    satu bulan yang lepas
    saudara-saudaraku serumpun
    kalian ingin menyapu rumpunmu ini
    dari tanah Republik
    belum tutup seluruh sakit
    terbawakan di jalan
    bertongkatkan runcing buluh dililitkan kain putih
    merah satu hari pada semalam hari
    gegar demi gegar alam berkonfrontasi di Republik
    mengganyang batu simen
    mengganyang nyawa rumpun sekita
    pecah lagi jalan
    bertangisan anak-anak tiada dosa
    maka haruskah kita saling musuh


    Asyar Mujid
    sajak tentang isu semasa

    BalasPadam
  6. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sebab Qalam dah baca dia letak satu dua tiga, minta aku sambung ulas. Esok Satu Feb. 2011 Dia mula bertugas, Nampak letih pi kat Tenang kut? Apa pun BN menang.
    Syabas! Setiap yang benar itu, Allah tetap merestuinya. Amin

    Kisah jalal ini menceritakan perjalanan hidup dia dalam tugas seharian, kekadang dia menjadi keliru, baru sajak pak penakan dan atuk meninggal, dia dia dirasuk saka, dia tersalah tepsirkan pula dengan pertunangan, bergaduh pula bilamana ada musuh yang cuba mengasut, pernah digantung tugas, kemudian berkeja balik, sesekali terasa bila kita sudah tua dan letih, mestilah kita pohon berhenti, tercapaikah cita-cita? Di sini si penulis sedang membuat perhitungan masa depan yang lebih terjamin. Atau terus berlari letih dalam kebosanan. Semoga Allah menentukan satu perjalanan yang ter baik. Amin (TU).

    BalasPadam
  7. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Sebab Qalam dah baca dia letak satu dua tiga, minta aku sambung ulas. Esok Satu Feb. 2011 Dia mula bertugas, Nampak letih pi kat Tenang kut? Apa pun BN menang.
    Syabas! Setiap yang benar itu, Allah tetap merestuinya. Amin

    Jupri sajaknya mengingatkan kita yang hidup ini perlu ada keyakinan dan penderian tetap sebagaimana iman kita yang tetap kepada Allah swt, bukan bagai lalang ditiup angina. Katakana sesuatu dengan benar dan telus jika mahu diri dihormati. Islam ini Mengajar kita buat yang makaaruf (baik) jauhkan nahi mungkar ( yang dilarang ) Itu
    Pesanan si penulis yang telah pun mendapat hidayah daripada Allah, nampaknya kini Sudah terbalik. Orang bergelar saudara baru lebih kuat iman dari mereka yang sudah lama memeluk islam, malah berketurunan Islam. Allah bukan milik sesiapa. Jangan bertopingkan dengan pegangan Islam. Allah hanya untuk orang beriman. Tidak kira sdra baru atau lama . Amin! (U)

    BalasPadam
  8. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Barangkali begitulah cara yang diajar oleh tuk guru mereka, kalau orang muda meningking orang yang lebih tua. Ingat bila dia tua allah akan menghatar 10 orang muda akan meningking dirinya pula bila sudah tua. Oleh sebab itu jangan cuba mengamalkan budak bukan daripada ajaran Islam ini. Angaplah orang tua yang lain juga seperti mak bapak kita. kami bukan penuntuk keluar Mesir tetapi kami cuma bersekolah belajar memerhati dan berfikir apa yang diperkatakan dalam Islam. Akhir kata pada Pak haji Hamdan, Iman tidak boleh dijual beli, untuk mendapatkannya cuma banyak bersabar di dalam hati. kalau x sabar lihat sajalah contoh apa telah jadi kepada tuan haji ghamidi. Semoga kita kembali tenang sebagai mana tenang yang menang. Amin (TB) Sajak x menang x mengapa , luah hati yang penting untuk CR.

    BalasPadam
  9. SAYEMBARA PUISI SAHABAT CITRASA BUAT KITA SESAMA KITA 2011

    Asyar Mujid menilai kebenaran dalam cita rasa hatinya pada Negara jiran tetangga kita. Mengapa mesti diikut kata hasutan Bendera dan Pkr bagai sama ada agenda pakatan tersembunyi. kerana gerakan pembangkan diseluruh dunia telah Berjaya melaksanakannya.Jadi mereka lebih ghairan untuk menumbangkan pemerentah dari berfikir untuk kebaikan cerita bangsa serumpun. Durian yang sudah berbuah lebih 53 tahun pun hendak ditebang. Memujuk rakyat untuk menanam baru pastinya belum tentu boleh makan, atau baik buruk isi durian itu pun belum tahu, kerana jika benisnya dari rasa hasat dan dengki, pasti pokok dan buahnya tidak akan bertahan lama rakyat juga akan tahu bau dan rasanya. Bukan benis durian jati, biasanya pasti cepat mati. (B) Simpati pada anda kerana orang lain anda jadi mangsa. Itulah ujian keimanan Syabas! amin

    BalasPadam
  10. cerpen ni seram la plak

    BalasPadam
  11. eh! mana en nuri thu cara tangkap pontianak ni?

    BalasPadam
  12. eh! biar btol mcm ni ke cara tangkap pontianak?

    BalasPadam
  13. kayu tamar boleh buat tangkap langsuir ker?

    BalasPadam
  14. jampi serapah apa yg dia baca plak ni?

    BalasPadam
  15. eh! malik wariya bawak parang kenapa plak??? hantu mana boleh bunuh

    BalasPadam
  16. eh! en nuri ni thu ke cara tangkap hantu sbb mmg btol cara mcam ni kalau nak tangkap hantu sbb sy pnh buat

    BalasPadam
  17. berani dorg bertiga ni nak tangkp hantu plak?

    BalasPadam
  18. naik bulu roma la baca cerpen ni malam2...

    BalasPadam
  19. kemenyan habsi ni bnda apa plak?

    BalasPadam
  20. eh! cabai kering pun boleh guna ker?

    BalasPadam
  21. eh! cabai kering pun boleh guna ke? ajaib

    BalasPadam
  22. alamak! cabai kering ni klu letak kat kemenyan pun boleh ker? menarik

    BalasPadam
  23. siap sedia berlutut plak ifanurhaq ni

    BalasPadam
  24. eh! ali canon x melawan plak?

    BalasPadam
  25. mcm mana boleh jd mcm tu plak? ali conan lemah?

    BalasPadam
  26. mcm mana dia boleh hidup sedangkan dia xmakan?

    BalasPadam
  27. eh! ali conan ni lemah rupanya ingatkan dia kuat sgt

    BalasPadam
  28. eh! dorg ni mcm nak menculik je gayanya... hehe

    BalasPadam
  29. sian ali canon dorg seksa dia plak?

    BalasPadam
  30. hantu mana plak? ali canon saja yg tinggal

    BalasPadam
  31. hantu tu x dtg plak kali ni

    BalasPadam
  32. hantu tu x dtg ke nak selamatkan ali canon?

    BalasPadam
  33. ali conan ni xkn x melawan langsung? sian plak

    BalasPadam
  34. ingatkan ali canon bangun terus bersilat dgn dorg

    BalasPadam
  35. buat penat je dorg buat mcm2 padahal ali canon x melawan pun

    BalasPadam
  36. eh! ali conan ni umur dalam berapa puluhan?

    BalasPadam
  37. kemenyan dan cabai kering? aneh jgk

    BalasPadam
  38. kucing tu xde plak masa dorg dtg ni?

    BalasPadam
  39. rasanya kalau hantu thu la apa dorg buat kat ali conan habis la dorg bertiga ni

    BalasPadam
  40. eh! sajak en nuri ni psl apa misteri la

    BalasPadam
  41. adakah kau ni sajak pasal hantu ke en nuri?

    BalasPadam
  42. sapa kau dalam sajak en nuri ni?

    BalasPadam
  43. sajak tentang tuhan ke ni?

    BalasPadam
  44. adakah kau? kau ni sapa? tuhan ker?

    BalasPadam
  45. sajak yg menarik walaupun simbolik

    BalasPadam
  46. sajak ni pasal apa x berapa phm la..

    BalasPadam
  47. sajak kali ni kalau x salah pasal khidupan kan?

    BalasPadam
  48. sajak en nuri ni susah nk tangkap la...

    BalasPadam
  49. sajak berkenaan pasal apa ni en nuri?

    BalasPadam