Jumaat, 24 Disember 2010

WAKIL RAKYAT


kategori sajak kumpulan ramai

 
Cinta paling suci ,
cinta pada Illahi .
Perjuagan paling suci ,
perjuagan menegakan hukum Ilahi .
Jika kamu berjuang kerana Tuhan mu
Teruskan lah perjuagan mu itu
padamkan dalam kamus perjuangan mu perkataan berhenti .

Teruskan .....
Andai di ADUN dan PARLIMEN kamu tidak menang ,
itu cabaran ...
itu ujian ...
kamu belum tewas kalau kamu tidak berhenti..................
cuma kamu belum berjaya .......
Katakan terus berjuang ......

Andai berjaya di ADUN dan PARLIMEN ,
ucaplah tahniah sesama pejuang ,
cakap lah pada ayah bonda mu kau di kurniakan kemenagan oleh Illahi ,
cakap lah pada anak isteri atau suami mu kau di kurniakan kemenangan oleh Illahi ,
Syukur lah pada Tuhan.........

lihat lah kehadapan ,
banyak lagi medan pertandingan yang perlu di menangi .........
Berjanji lah .......
Hidup dan mati kerana Allah Yang Maha Suci .

 

Oleh: Geng Pang Enam
dalam asrama
5 petang





50 ulasan:

  1. IBRAHIM ALI BERKATA: (Petekan Akhbar UM)


    Keputusan untuk terus kekal sebagai Menteri Besar itu juga dibuat kerana permintaan orang Pas
    sendiri yang masih memerlukan beliau untuk kekal memegang jawatan tersebut. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Abdul Aziz hanya mencipta pelbagai alasan untuk terus menjadi Menteri Besar kerana sudah merasa 'seronok' dengan kuasa yang dimilikinya.

    Katanya, beliau tidak akan memohon maaf atas desakan tersebut dan merasa amat kesal dengan tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak mengakui perjuangan Melayu biarpun ia untuk umat Islam.

    "Saya tahu ramai orang akan marah tetapi saya bersikap tegas dan tidak memohon maaf kerana ini
    adalah kebenaran biarpun ia amat menyakitkan," katanya. Tambah beliau, terlalu banyak masalah
    yang tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pas Kelantan tetapi mereka menggunakan Islam untuk
    menutup kegagalan itu.

    "Contohnya, pagi ini saya menerima kunjungan daripada guru-guru agama Yayasan Islam Kelantan (YIK), di negeri terdapat kira-kira 2,000 orang guru di sekolah YIK.

    "Masalah yang dihadapi mereka berkhidmat 20 sehingga 30 tahun tetapi tidak disahkan jawatan,
    syarat sah jawatan untuk mendapatkan pencen adalah 25 tahun, bila disahkan jawatan pada umur 50 tahun mereka akan menerima pencen hanya sekitar RM33 sehingga RM120, apa nak buat dengan banyak ini, makanan kucing pun lagi mahal dari itu," katanya.

    BalasPadam
  2. MANUSIA DAN LALAT

    mengapa kau datang
    pergi segera
    nyah kau dari sini
    haiwan kecil tak guna
    pergi kau lalat
    jangan takbur wahai manusia
    aku ini makhluk tuhan
    ciptaan tuhan ada gunanya
    walau kecil besar jasaku
    kau tahu apa itu pereputan
    kau kenal anak-anakku
    itu dia anak-anakku
    ulat-ulat yang kau jijik
    ulat-ulat yang kau cela
    cuba kau bayangkan
    jika tiada anak-anakku
    pasti rumahmu sarat sampah
    pasti berlonggok sisa makanmu
    pasti tak terbasuh
    pinggan mangkukmu
    pasti dunia penuh bangkai
    semua tak terurai
    engkau pula siapa
    apa pula gunanya engkau
    wahai manusia bergunakah kita…


    Bulp Omen
    Kuala Lumpur
    21.12.2010

    BalasPadam
  3. TERKILAN

    suatu ketika aku pernah punya cinta
    cinta ku kira abadi
    cinta ku kira bahgia
    tiba saat kau berpaling aku kecewa
    betapa merana mengapa kau tegar
    meninggalkan aku sedemikian rupa
    engkau manusia durjana
    memberi harapan
    engkau hancurkan aku tidak terkila
    andai kasih hanya beralih arah
    namun sanggup kau permain hatiku
    apa kau kira ku tak punya perasaan
    merasai penderitaan kau anugerahkan
    pada suatu ketika…


    Laila Mellisa
    terkenang kenangan lama

    BalasPadam
  4. KOPI

    malam ini sekali lagi
    merpati dua sejoli
    terbang tak tinggi
    sekalian makhluk telah pulang
    hanya aku dan kamu seorang
    melayan jiwa berteman raga
    bersama helaian-helaian nota
    sedia bekalan untuk berperang.
    aku masih kamu temankan
    sedari kehangatan hingga kedinginan
    demi menghalang aku lemah
    menahan kelopak yang mahu rebah
    terima kasih aku ucapkan
    setia pada kamu aku akan
    berpaling dari kamu aku tak akan
    asal kamu tahu bukan mudah
    bukan mudah berpatah arah
    setia aku satu hanya pada kamu
    kasih aku satu hanya untuk kamu
    oh kopi betul betul kaw

    Cikgu ZUki
    7pagi
    sebelum ke sekolah

    BalasPadam
  5. PEJAM MATA

    pejam mata malam ini
    mengharapkan hari tidak berulang.
    pejam mata malam ini
    mengharapkan yang resah hilang.
    Mentari tugas kau esok
    pastikan aku umat manusia ceria.
    fikiran terbangkan kita jauh
    ke awan biru fikiran nyaman
    dihembus angin langit
    jika awan biru lesap
    maka beralih awan itu jadi hitam
    dan ingatlah aku tetap terbang
    sama kau untuk kita bahagia


    Hatta Zaidee
    penang
    23.12.2010

    BalasPadam
  6. MANUSIA DAN LALAT sajak daripa sdra. Bulp Omen. Pengucapannya mengisahkan Berbezaan di antara lalat dan manusia dalam dialog kehidupan seharian. Manusia biasanya membuat sampah dan menghina lalat sebagai makhluk membawa dan menyebar penyakit . Lalat mempertahankan dirinya dari ejekan manusia mengatakan dia lebeh berhaga kerana Berjaya melakukan pereputan sampah dan lalat ini juga boleh menyembuhkan penyakit kencing manis yang kaki bernanah boleh disedut oleh berengga lalat atau ulat ini. Sebenarnya keduanya ada baik dan buruknya. Amin.

    BalasPadam
  7. TERKILAN sajak jiwa-jiwa daripa Laila mellisa . Pengucapannya mudah dan senang saja ditangkap masudnya. Terlalu biasa hati anak muda mudah diratah cinta, kerana terlalu mudah sangat menyerah dan terlalu mudah pula di patahkannya. Si kumbang ini hatinya mudah berubah jika dia bertemu bunga yang lebih menawan. Justeruitu perlu berhati-hati jangan mudah terperdaya dengan bujukan dan rayuan si kumbang jalan ini. Nanti anda yang makan hati. Semoga berhati-hati buat kali kedua . Amin

    BalasPadam
  8. Cikgu Zuki dengan sajak ajaibnya secangkir KOPI . Pengucapannya agak melucukan. Biasanya kebanyakannya orang bermesra dengan kekasih atau berbicara dengan sesaorang. Tetapi berlanian pula dengan Cikgu Zuki. Dia boleh hidup dan dapat sokongan dari mengantuk atau kesejukan malam bila bertemanakan kopi panas. Ada juga orang mengatakan kopi boleh menghilangkan mengatuk. Mungkin ada sadikit dadah atau mofin yang diluluskan agaknya. Amin.

    BalasPadam
  9. PEJAM MATA sajak lucu juga kali ini daripada sdra. Hatta Zaidee mungkin pengucapannya
    Menceritakan waktu tidur malam. Si penulis penuh harap agar bila pejam mata sahaja semua
    Kesesahan dan kekalutan dalam hatinya akan hilang apa yang berlaku tidak lagi berulang.Dan mengharap hari esok semoga ada keceriaan. Tetapi rasa fantasi sering saja menganggu sehinga
    Kadangkala membawa perasaan jauh melayang hingga keawan biru mengharap kebahagian di dalam mimpi. Semoga segalanya berjalan lancer. Menjadi kenyataan .Amin

    BalasPadam
  10. pang enam ni sapa plak?

    BalasPadam
  11. pang 6??? ni nama ahli ke?

    BalasPadam
  12. ada ke ahli yg bernama pag 6????

    BalasPadam
  13. sajak wakil rakyat plak ke?

    BalasPadam
  14. sajak yg agak menarik tp pang 6 x kenal

    BalasPadam
  15. sajak wakil rakyat pun ada ker?

    BalasPadam
  16. x kna saman ke buat sajak mcm ni?

    BalasPadam
  17. sajak yg agak sinis jgk ni

    BalasPadam
  18. sajak ni mcm hentam YB jer? hehe

    BalasPadam
  19. sajak politik pun ada?

    BalasPadam
  20. menarik perkongsian yg diberi oleh ustaz rahman ni

    BalasPadam
  21. doa pendinding plak? wa!

    BalasPadam
  22. resepi xde plak ke kali ni?

    BalasPadam
  23. byk jgk pasal politik kali ni

    BalasPadam
  24. sajak kalau x salah geng aku dulu ni

    BalasPadam
  25. yang inilah sajak pang 6 sebelum berpecah

    BalasPadam
  26. sajak yg agak sinis jgk yer...

    BalasPadam
  27. ingatkan sajak en nuri rupanya pang 6 pnya

    BalasPadam
  28. doa pendinding rumah usta rahman?

    BalasPadam
  29. doa ni aku nka cari ni sbb aku bru pindah rumah baru ni

    BalasPadam
  30. boleh percaya ke doa peniding ni?

    BalasPadam
  31. apa bnda plak doa yg ustaz rahman bagi ni?

    BalasPadam
  32. org bukan islam boleh amal x?

    BalasPadam
  33. hebat jgk ustaz rahman ni

    BalasPadam
  34. terima kasih ustaz rahman!

    BalasPadam
  35. mmg perkongsian maklumat yg amat berguna

    BalasPadam
  36. info yg berguna utk semua

    BalasPadam
  37. sajak yg best! wlpn agak sinis

    BalasPadam
  38. berani jgk pang 6 buat sajak mcm ni

    BalasPadam
  39. sajak hentam WR ker ni? hehe

    BalasPadam
  40. terima ksih ustaz rahman krn memberitahu pasal ni

    BalasPadam
  41. org yg bru pindah boleh la cuba cara ustaz rahman ni

    BalasPadam
  42. aku selama ni xpnh pagar plak rumah

    BalasPadam
  43. lps ni kena pagar la rumah nampaknya

    BalasPadam
  44. terima ksih ustaz rahman! kena ikut petua ni

    BalasPadam
  45. mmg x kedekut ilmu ustaz rahman ni

    BalasPadam
  46. apa bnda ustaz rahman tulis ni?

    BalasPadam
  47. nampaknya x dpt tangkap la apa ustaz rahman sampaikan ni

    BalasPadam
  48. sajak kami bila plak en nuri? penjaga blog?

    BalasPadam
  49. pasal politik aku x thu nk ulas apa takut kena saman... hehehe

    BalasPadam
  50. - Terima kasih buat ahli CR yang menyumbang info dalam blog ini.Tuhan akan menambah ilmu seorang yang tidak lokek ilmunya Amin.Dan malaikat
    juga berdoa tidak akan menelangkumkan
    tangannya mengatakan Ya Allah orang ini jangan ditambah ilmunya kerana kedekut. atau tahu hidung masim...

    - Hanya beberapa orang saja dapat
    menagkap tentang istilah ingatan kebelakang dan ingatan ke hadapan.
    ataupun flash back and flash forward. Syabas Pak Kassim!

    BalasPadam