Sabtu, 11 Disember 2010

SEORANG LELAKI TUA




Seorang lelaki tua
tiba-tiba merasakan
kehilangan sebuah sungai
tempat dulu petang-petang begini
bermain dengan teman-teman.

Seorang lelaki tua
tiba-tiba merasakan
kehilangan sebuah halaman
tempat dulu sewaktu kecil
mendengar ibu bercerita tentang sekian dongengan.

Seorang lelaki tua
tiba-tiba bagaikan terjaga
berdiri di antara bangunan-bangunan tinggi
asing dan menyepikan
di kelilingi asap dan debu
kering dan melemaskan.


Syeikh Al-habib  (5)n1
selepas melihat seorang tua daif
di masjid





50 ulasan:

  1. ANAK LUAR NIKAH

    Pada pukul lima pagi
    aku bangun terpacul
    Sahibul hikayat sebuah kisah cinta
    di menara gading terjumpa tamat
    setelah gering diterpa hakikat
    kau ingin bertukar nikmat
    ku jadi gawat gamat
    kerana kecamuk aku amuk!
    aku remuk kubermimpi,
    Kau kandung bayi,
    kau lahir zuriat
    Ternganga mata-mata,
    ahmad abang dan siti kakak,
    serta emak-emak di kejiranan enam
    sambut anak haram.
    Aku Jalin cinta-cinta palsu baru
    Dengan pelbagai individu
    Hasil bantuan Pelbagai kuala mimpi
    Kubermimpi bahagia dan kuberdoa
    Kau pun begitu jua. Alangkah!


    Hadi Hamzah
    Penang
    2.12.2010

    BalasPadam
  2. SINIS

    malas menyangkal aku senang begitu
    terkadang bicara ku tajam
    kerana itu adalah aku
    muak menatang perasaan mereka
    bukan semua tapi segelintir cuma
    harus diajar dengan bicara
    biar halus mampu menyentap dijiwa
    supaya tersedar dari lena
    itu bahan yang aku guna
    terserah kamu menimbang tara
    tentang diri yang hina
    niat hanya ingin berkata
    tanpa sebarang dusta
    kerna disekeliling kita
    banyak penipunya
    kalian bilang irama ku sumbang
    tidak mengapa
    kalian berhak melontar kata
    berkongsi segala rasa
    cuma aku lebih gemar begini
    dan ingin terus begin
    memainkan lagu tak ingin didengari


    Pak Kassim
    Perak
    9.12.2010

    BalasPadam
  3. SARI MADU BERACUN

    di dataran cemerlang ini
    hati sayu melihat
    watak kecil yang jahil
    senantiasa menganga
    minta disuapkan mulut mereka
    senantiasa dahaga kehausan
    setitik ilmu buat bekalan
    watak kecil masih keliru
    mencari arah mana satu
    masih meraba dalam terang
    keliru dengan provokasi palsu
    dakyah sosialisme penuh madu
    makin dijilat makin kehausan
    kemanisan yang tak pernah kurang
    malah semakin bertambah
    makin diteguk makin melupakan
    lupakan hak kebenaran
    sari madu beracun
    ciptaan arus kemodenan insan
    walau sesudah 53 tahun
    masih terjajah rupanya dalam diam


    Ustaz Zulkainaan
    sungai batu
    8.12.2010

    BalasPadam
  4. OPERA TERMPURUNG

    Opera tempurung
    Engkau terdiam nampak bingung
    Meraja mimpi telah menggunung
    Tapi hatimu nampak pilu
    Ketika engkau percaya
    Hari esok akan tiba
    Mungkin senyum engkau tak meraba
    Percayalah hati yang suci akan tiba
    Walau dengan seribu satu dosa
    Jikalau bersedih tetaplah tertawa
    Jika engkau sakit
    tetaplah berjalan padanya
    Kalau engkau enggan berada di dunia
    Aku sarankan kau tak hidup terpaksa
    Tuhanpun aku katakan maha agung
    Tapi kenapa engkau tetap bingung
    Aku sarankan kau tak bingung
    Ingatlah ketika bunda mengandung


    Hatta Zaidee
    Kluang
    30.11.2010

    BalasPadam
  5. PUDING ROTI

    Bahan-bahan:

    2 cawan susu
    1/4 cawan mentega
    2/3 cawan gula (gula pasir atau gula merah, terpulang pada pilihan anda)
    3 biji telur
    2 sudu teh serbuk kayu manis
    1/4 serbuk buah pala
    1 sudu teh ekstrak vanila
    3 cawan roti, potong kecil/kiub
    1/2 cawan kismis (pilihan)


    Cara penyediaan:

    Masukkan susu dalam periuk dan panaskan atas api sederhana. Masukkan mentega dan kacau sehingga mentega cair sepenuhnya. Tutup api dan biarkan menjadi suam.

    Satukan gula, telur, serbuk kayu manis, serbuk buah pala, dan vanila. Pukul dengan pemutar elektrik pada kelajuan sederhana selama seminit. Perlahan-lahan tuangkan campuran susu suam tadi.

    Masukkan roti ke dalam pinggan casserole yang telah digris dengan mentega. Taburkan kismis jika suka. Tuangkan adunan susu ke menutupi roti.

    Bakar pada suhu 350F sehingga masak anggaran selama 45 minit.


    Jika anda gemar puding roti bersama sos, kurangkan separuh kandungan gula dalam resepi puding roti.

    BalasPadam
  6. Hadi Hamzah sajaknya ANAK LUAR NIKAH Pengucapannya hal kisah masyarakat anak muda dini hari, Iblis tidak pernah lupa dengan tugas hasutannya, Dia mengoda
    dan menhancurkan umat manusia, itulah sumpah mereka. Jadi yang kurang rasa tebal keimanannya mudah terjerumus di kancah keruntuhan akhlak ini. Hal ini berlaku tidak dikira siapa, orang kampong, anak muda, dewasa dan orang tua, termasuk mereka yang duduk dimenara gading tidak berkecuali juga. Bila telah berlaku yang malu keluarga, dihebuh pula dengan jiran tertangga,lagi gamat jadinya. Hendak bercinta boleh, tetapi elaklah daripada sentuh dan berpegangan. Itu nasihat aruah pak aji masdar kedai dua sewaktu saya masih muda dan belajar lagi. Amin.

    BalasPadam
  7. Pak Kassim dengan sajak bersahaja sahaja bertajuk SINIS.
    Pengucapannya agak biasa saja. Kerana itu gaya Pak kassim, untuk melontar gata, dalam gelak ketawa ada sinis yang bermakna. Mungkin kekadang orang suka, tetapi ada juga yang namapk tak senang rasa, tetapi itu kata ikhlas yang perlu dilontarkan untuk semua, mahu dengarsilakan, tak mahu dengar tak menjadi masallah buat Pak Kassim , cerita disini habis disini, untuk senang tidur lena.daripa menipu dan memutar belikkan fakta, seperti ada segelinter YB. Kalau nak kira dosa Pak kassim kata dia memang sudah banyak dosa tetapi dengan tuhan dia yakin akan dapat pengampunananya. Kecuali dengan manusia yang agak susuh untuk buat kira bicara. Semoga ada yang tak ambil hati. Amin.

    BalasPadam
  8. Ustaz Zulkainaan dengan sajaknya bertajuk: SARI MADU BERACUN. Untuk mencari masud tersirat perlu memprosakan sajak ini dahulu. Pengucapannya ada berkaitan dengan dunia pendidikan, kebarangkalian di waktu perhimpunan.Dari renungan dan firasat ternya anak-anak kecil ini dahagakan segala dalam arus dunia kemordenanan ini. Sebelum meningkat remaja berbagai sari madu yang dihidangkan dan dilaluinya,pengaruh serba mencabar,
    sesekali rasa sememangnya kehadapan dan serba cangis, tetapi jika tidak ada benting pertahanan yang kukuh dari luar dan dalaman , pasti mereka ini akan hanyut dan menjadi pak turut, dalam arus kecelaruan minda, walaupun hamper lebih Negara 53 merdeka. Semoga tugas pendidik harus dapat melaksanakannya.Cegah sebelum parah , Amin!

    BalasPadam
  9. OPERA TEMPURUNG oleh Hatta Zaidee, kluang, Johor. Penceritaannya ada rasa bersimbolik juga tajuknya. Berunsur politik juga, Pengucapanya tentang ada wayang kosong kebarangkalian atau derama gah,Cuma indah khabar dari rupa. Setelah khyalayak ramai dapat menontot dan menilainya ternyata banyak ceritanya memutar belitkan fakta semasa. Kini ramai yang mengeloh dan rasa kecewa. Malah beberapa orang kuat pelakun pembantunya ada yang lari , tauke datang kian susah hati, mungkinkah opera temburung ini di tutup atau ingin diteruskan lagi? Ingat si penulis pada tuan punya panggung opera tempurung ini, eloklah sadar dan muhasabah diri, sebelum tuhan menjemput anda kembali. Amin

    BalasPadam
  10. puding roti mozaire??? lemak la makanan tu...

    BalasPadam
  11. patutlah ko gemuk ko kuat makan puding roti yer?

    BalasPadam
  12. puding roti??? nmpk mcm sedap jer...

    BalasPadam
  13. ada jgk ke puding roti??

    BalasPadam
  14. puding roti ni xpnh di jual di mana2 ke???

    BalasPadam
  15. puding roti?? xpnh dgr pun...

    BalasPadam
  16. pusing roti??? kenapa ko x jual????

    BalasPadam
  17. pusing roti??? aku pnh dgr puding biasa jer...

    BalasPadam
  18. aku pnh makan puding jagung jer...

    BalasPadam
  19. ada jual kat kedai x puding roti ni??

    BalasPadam
  20. ko cipta sendiri ke puding roti ni mozaire?

    BalasPadam
  21. aku cadang nak sumbang nasi beriyani la...

    BalasPadam
  22. puding plak? pusing kasrad xde mozaire?

    BalasPadam
  23. pusing biasa pnh cuba ni puding roti blum pnh makan lagi kena wajib cuba ni....

    BalasPadam
  24. budak pondok plak cerpen kali ni???

    BalasPadam
  25. bdk pondok ni bkn cerpen dh tp novel sbb kalau x salah panjang cerita ni...

    BalasPadam
  26. best jgk cerita bdk pondok ni teruskan lagi en nuri...

    BalasPadam
  27. budak pondok??? mcm menarik je cte ni...

    BalasPadam
  28. cerita lama kalau x salah sy tp ok jgk cerpen ni...

    BalasPadam
  29. bdk pondok ni buat buku msti laris ni.. cerpen lama kan?

    BalasPadam
  30. budak pondok??? msti cerpen pasal skola agama ni...

    BalasPadam
  31. cerpen bdk pondok??? bru pnye ke?

    BalasPadam
  32. en nuri pun bdk pondok rupanya?? msti en nuri dulu bulan ni...

    BalasPadam
  33. bdk pondok plak??? best2 sambung lagi...

    BalasPadam
  34. enjoy jgk cerpen ni sambung en nuri!!!

    BalasPadam
  35. eh! cepen lama lagi??? tp ok jer....

    BalasPadam
  36. cerpen ni klu x salah tahun lps pnya kan?

    BalasPadam
  37. best dan menarik! x sabar nk tunggu sambungan...

    BalasPadam
  38. cerpen kali ni lain dari yg lain sikit...

    BalasPadam
  39. ni cerpen ke? kisah perjalanan en nuri?

    BalasPadam
  40. cerpen bru xde en nuri?

    BalasPadam
  41. ni novel bkn cerpen sbb klu x salah panjang cerita bdk pondok ni...

    BalasPadam
  42. sdih plak sajak sheikh al habib ni...

    BalasPadam
  43. cerpen kali ni mmg layak sbb menarik...

    BalasPadam
  44. sajak sorang org tua ni bru la lain dari yg lain...

    BalasPadam
  45. sajak yg best dari ahli citra rasa!

    BalasPadam
  46. klu x dulu semu sajak jiwa2 je skrg bru la sajak yg simbolik dari habib ni...

    BalasPadam
  47. menarik dan misteri sajak sheikh al habib ni..

    BalasPadam
  48. tahniah habib sajak anda kali ni mmg manrik!

    BalasPadam
  49. bru la ada kelainan sikit sajak kali ni...

    BalasPadam
  50. sdih dan sayu baca sajak sheikh al habib ni...

    BalasPadam