Sabtu, 25 Disember 2010

SELAGI





Selagi itu kau senyum sendiri
selagi itu kau berkerut dahi
selagi itu jiwa kau merintis
selagi itu otak kau terganggu
mengurut misai dan janggut
berat mata memandang
rasa ada yang tak lengkap
rasa ada tak sempurna
rasa yang dicari tak jumpa
bibir bagaikan berbisik sesuatu
jari bagaikan melakar sesuatu
mata bagikan tercari sesuatu
fikiran entah kemana
selagi itu
puisi yang tersembunyi
seorang penyair bagaikan berduka
bagaikan bertapa dikota sunyi
bagaikan hilang dirimba berduri
luahkanlah segala
luahkanlah segala
apa yang difikir semua
berupa kiasan kalimat
bagaikan emas permata
tersimpan dalam peti harta
tersembunyi didalam bumi
alih dari pandangan mata

 
Oleh: Penyajak Istana
Bagan Serai
2ptg2009 November 25 18:31





50 ulasan:

  1. UNTUK PENGETAHUAN : CUMA PENILAIAN SAJAK TAHUN 2009 SAJA.
    BERITA: AHLI LAMA DAN BARU SINARAI TOP TEN SAJAK BLOG CR.
    penyumbang sajak cr. didapati sepanjang 2009 sajak dalam NPSCR1
    ahli sumbang sajak paling banyak.

    1.Penyair Agung 18.
    2.Penyajak istana 10.
    3.Orang lama 10.
    4.Seri Suri 8.
    5.Saizul Maizav 7
    6.puteri bunian 6
    7.legenda Pulau dan syeikh al habib 5
    8.mawar putih,ustaz muda,bulan terang 4
    9.dam catur,haji khali,Lebai Noh,Madah Pujangga
    Pak Awang,Penglipur Lara,Puisi Termashur,
    Suara Rakyat,Tengku Anita 3
    10.18orang hantar 2 sajak


    Semua kategori telah diterbitkan
    ada satu lagi ketegori sajak kanak
    kanak esok.Ada lagi kategori yang patut di kira ? Sila kemukakan ....

    BalasPadam
  2. AYUH BERGANDING BAHU

    jika aku salah
    usah salahkan aku
    tolong betulkan salahku
    jika aku terlupa
    usah lupakan aku
    tolong ingatkan segera
    jika aku zalim
    usah zalimkan aku
    tolong adilkan kembali
    jika aku bodoh
    usah bodohkan aku
    tolong pandaikan didik
    jika aku betul
    ayuh sama ikut
    pegang tangan ganding bahu
    kita tuju satu destinasi
    demi sebuah kejayaan…


    Muhamad Rabbi
    Selangor
    12malam

    BalasPadam
  3. TAKDIR KITA

    tiada daya memutar waktu
    diufuk barat terhimpun luka
    dan rindu kian menyiksa...
    senja memujuk hari yang kian kelam
    usah biar sinar itu hilang...
    kerna takdirNya begitu
    telah kita persimpangan semalam
    petandanya arah berbeza
    haluan telah nyata
    hakikat segaris luka tahu rasanya
    tapi itu hanyalah kisah
    untuk kita bercerita
    cumalah kenangan
    untuk kita kenangkan
    pastinya hari ini
    bukan lagi semalam
    usahlah dibiar sekali tenggelam
    dalam jiwa yang bernanah
    lepaskan segalanya
    demi hari esok yang menanti
    adalah sinar bahagia hakiki...


    Ashrafi Kahuwa
    penang
    3pagi

    BalasPadam
  4. AKU PERLU AKU

    Sekarang tiada apa aku nantikan
    Perhentian ini akan aku tinggalkan
    Meneruskan perjalanan
    Yang sudah aku tangguhkan
    Setelah lama kian.
    Menyusun corak-corak langkah
    Tanpa diapit siapa-siapa
    Tanpa cuba berpaling
    Berpaling dan kembali
    Menghenyak sebak sedih.
    Menapak menjejak
    Bekalan ku bawa hanya aku
    Sedalam-dalam sepekat-pekat aku
    Tiada dia, tiada kamu, tiada siapa.
    Mengapa perlu siapa-siapa
    Jika aku bisa menjejak bahagia?


    Mona
    sabah
    4ptg

    BalasPadam
  5. HATI ADALAH ISTANA PUSAKA

    Jika hati adalah istana
    Cinta adalah singgasana
    Ketulusan ialah mahkota
    Kesetiaan ialah piala terindah
    Senyum seorang kekasih adalah tahta
    Serta kejujuran kepercayaan pusaka
    Hati beralun lembut menoktah luka
    Membisikkan di telinga sendiri
    Bawalah hati pilu pergi jiwa lara
    Kerana dihujung sana ada penentunya
    Bermula sepi takkan pernah mengerti
    kini setelah dapati diri kamu
    ragu dan bingung mengisi hati
    apa terjadi tak mampu saya sedari
    biarlah semua nampak bererti.
    maafkan diri memberi perih di hati
    namun di balik semua yang terjadi
    aku takkan pergi untuk berlari
    aku akan selalu di sini
    mengisi hari ada di antara kita.


    Sharifah
    labuan
    23.12.2010

    BalasPadam
  6. Sajak Muhamad Rabbi bertajuk; AYUH BERGANDING BAHU. Biasa penucapannya,Minta maaf harap maklum begitulah cara kita orang melayu, kalau tersalah minta pertunjuk secara berhemah dan kita yakin tidak akan siapa pun marah,( melaikan orang ada angina semuntal panas baran) tetapi bagi yang benar beriman percaya hari akhirat dengan penuh hikmat mereka akan menerima dan sedia bekerjasama. Kesilapan dan kesalahan adalah terlalu biasa buat manusia, cuma orang ramai yang sepatutnya pandai menelai kenapa ada kesalahan berlaku?. Sengaja, tidak sengaja atau terpengaruh dengan keadaan atau bujukan pihak tertentu untuk kepentingan sesuatu. Terpulanglah. Setiap yang baik dan benar kita tetap terima. Insyaallah, Amin.

    BalasPadam
  7. Pengucapan sajak sdra Ashrafi kahuwa nampak ganyanya bagai memujuk kawan dan sahabat baik agak samanya yang dulu sama berjuang. Kini ingin membawa perjuangannya yang tersendiri, raju agaknya. Memudahkan bicara sdra Ashrafi kahuwa mengambil jalan yang mudah dengan berkata; Inilah TAKDIR KITA .Sebagai seorang yang matang tak perlu bersedeh. Kita sekadar cuba untuk berikhtiar, jika dia mahu mendengar, jika sudah tidak mahu memperbetulkan rasa kesilapan. Itupun juka dia mahu mendengarnya , jika tidak terpulang kepada dirinya, Sebagi Isalm kita Cuma dapt nasihat dan berpesan kepada jalan kebenaran. Yang lain Cuma tinggal kenangan. Amin

    BalasPadam
  8. AKU PERLU AKU sajak Mona nampaknya sebagai ingin memabawa hati dan menyatakan semangat juang yang dulu mungkin terlalu berlembut sehingga ada orang Cuma mengambil kesempatan dan mempermainkan rasa hati dan kehdupan si penulis. Akhirnya apa yang dia harapan kesemuanya musnah dan punah ranah. Kini si penulis bangkit mungkin dengan semangat
    Maal hijrah untuk lebih meyakinkan diri sendiri daripada bergantung harap pada orang lain. Kerana apa yang telah berlaku sebagai satu pengajaran dan ujian tuhan . Amin

    BalasPadam
  9. HATI ADALAH ISTANA PUSAKA tajuk sajak Sdri, Sharifah Labuan. Pengucapanya ingin membicarakan tentan istilah HATI pada tangapannya peribadinya. Terasa hati bagai mengumpul segala macam punya maklumat. Hati juga sring mengharapkan sesuatu yang baik dan ikhlas dan telus. Tetapi kekadang berlaku juga perkara yang tidak diingini. Menyebabkan hati jadi luka dan kecewa, pedeh bagai dihires. Kini cuma tinggal kenangan yang memelukan. Manusia sekadar dapat merangcang, yang menentukan hanya Allah swt . semoga mengerti . Amin.

    BalasPadam
  10. BUBUR LAMBUK

    Bahan-bahan ( satu periuk untuk 4-5 orang )

    * 1 cawan beras
    * 3 cawan air
    * 4-5 ulas bawang merah
    * 2 ulas bawang putih
    * sedikit halia
    * 2-3 sudu besar rempah kurma
    * sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
    * 1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)
    * 1/2 cawan santan
    * minyak untuk menumis
    * daun ketumbar (hiasan)
    * bawang goreng (hiasan)
    * garam & gula secukup rasa

    Cara-cara

    1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.
    2. Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
    3. Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
    4. Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
    5. Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar.

    BalasPadam
  11. laksam?? pelik la nama makanan ni

    BalasPadam
  12. laksam tu rasa mcm mana?

    BalasPadam
  13. laksam dgn laksa sama ke lain?????

    BalasPadam
  14. sajak politik ni yg takut nk ulas ni takut silap ulas kena sue...

    BalasPadam
  15. sajak ni agak sinis msti ditujukan kpd tok guru atau sesumpah ni

    BalasPadam
  16. patutlah aku xde rupanya sajak 2009 ker?

    BalasPadam
  17. 2010 pnya bila plak en nuri???

    BalasPadam
  18. sajak ahli lama rupanya patutlah ahli bru xde...

    BalasPadam
  19. bila plak nak buat senarai tahun 2010 plak en nuri?

    BalasPadam
  20. rasanya kalau 2010 pnya senarai keluar pun penyair agung dpt lagi

    BalasPadam
  21. nampaknya semakin susah nk nak atasi penyair agung

    BalasPadam
  22. ahli bru pnya thn dpn ke en nuri siar????

    BalasPadam
  23. ada katogori??? mcm dalam TV plak? hehhee

    BalasPadam
  24. dapat hadiah x kalau disiarkan dalam ni en nuri???

    BalasPadam
  25. la..ada jgk bdk2 kt blog ni? ingatkan semua org dewasa...

    BalasPadam
  26. x sabar rasanya nak tunggu katogori penjaga blog pnya sajak

    BalasPadam
  27. mana penyair agung ni dpt idea? byk sgt sajak dia

    BalasPadam
  28. mcm2 katogori ada! wah!

    BalasPadam
  29. mmg menarik sbb smua sajak terbahagi dalam katogori?

    BalasPadam
  30. wah! byknya jgk org hntr sajak thn 2009

    BalasPadam
  31. lps ni kena rajin hntr sajak la...

    BalasPadam
  32. bumi hijau bg bubur lambuk! teringat bulan puasa plak? hehe

    BalasPadam
  33. bubur lambuk?? puasa dh lps la bumi hijau

    BalasPadam
  34. bubur lambuk plak kali ni... hehhe

    BalasPadam
  35. blog ni mmg kaya dgn resepi la

    BalasPadam
  36. esok aku cadang nak sumbang resepi jgk la...

    BalasPadam
  37. bubur lambuk?? bubur kacang dgn bubur cha cha xde?

    BalasPadam
  38. bubur2 ni kesukaan aku ni

    BalasPadam
  39. bubur lambuk?? bukan musim bubur ni la bumi hijau

    BalasPadam
  40. bubur lambuk plak? adoiyai.... hahaha

    BalasPadam
  41. sajak penyajak istana lagi????

    BalasPadam
  42. sajak jiwa2 ke?? xphm la sajak ni

    BalasPadam
  43. menarik jgk sajak penyajak istana ni

    BalasPadam
  44. huh! agak puitis jgk sajak ni

    BalasPadam
  45. huh! agak puitis jgk sajak ni

    BalasPadam
  46. nampaknya smua sajak bgus2...

    BalasPadam
  47. hebat2 jgk ahli lama pnya sajak

    BalasPadam
  48. mcm mana la guest door pilih? x best pun sajak penyajak istana ni

    BalasPadam
  49. harap2 lps ni pilih sajak yg berkualiti sikit guest door

    BalasPadam
  50. Guest Door dan Suara bebas26 Disember 2010 pada 5:07 PG

    -kereta api laju dengan komuter adik beradik lah tu. Bahasa orang kampung macam itulah . Sekarang mana ada orang pakai kayu arang lagi untuk kereta api bergerak...

    -Terima kasih buat Atan yahoo, kerana dulu en nuri minat laksa. bila dia jumpa laksam , laksa dah jatuh number dua.

    -Ketegori Sajak penjaga blok minta
    Jalal letak katogeri, siapa sajak terbanyak dan bukan ahli?

    BalasPadam