Ahad, 26 Disember 2010

SEKOLAHKU



kategori sajak kanak-kanak

sekolahu
Indah sungguh sekolahku,
Dengan padang yang menghijau,
Bangunan yang tersergam indah,
Guru dedibkasi murid berdisiplin.

Sekolahku,
Tempatku menimba ilmu,
Tempatku mencurah bakat,
Tempatku belajar apa itu kehidupan,
tempatku mendisiplinkan diri.

Gurunya,
Sentiasa berdedikasi,
Mengajar dengan tekun,
Supaya murid-muridnya berjaya.
Muridnya pula,
Sentiasa berdisiplin,
Hormat akan guru,
Sentiasa berusaha untuk masa depan.
Aku sayang sekolahku,
Sekolahku telah maju,
Segala-galanya ada untuk kemudahan muridnya,
Aku bangga dengan sekolahku.

OLEH : MOHAMAD AKMAL
12.10.2009
kt sekolah dlm kelas




50 ulasan:

  1. Selain isu janji dan retorik, perkara paling memualkan ialah kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Barisan Nasional (BN) mempergunakan agama, bangsa dan raja-raja Melayu. Awang melihat ia merupakan strategi beliau untuk mengalih banyak isu kelemahan dan kepincangan pembangkang khususnya pentadbiran DAP di Pulau Pinang. Apa pun kenyataan itu suatu lagi penghinaan DAP ke atas Islam dan Melayu. Pelajar sekolah pun tahu bahawa BN yang diterajui oleh UMNO, adalah parti politik paling komited dalam menjunjung Perlembagaan termasuk mempertahankan kepentingan agama dan bangsa. Maka apabila Guan Eng membuat tuduhan sedemikian, ia menampakkan bahawa beliau mempunyai muslihat jahat. Mengaitkan raja sebagai pihak yang dipergunakan adalah amat tidak wajar. Raja-raja Melayu bukan golongan yang boleh dipergunakan. Peringatan tegas raja-raja Melayu kebelakangan ini agar dipertahankan Perlembagaan dibuat atas keprihatinan dan kebimbangan baginda sekalian, bukannya dipengaruhi oleh BN dan UMNO. Sedangkan bukan rahsia lagi, yang sedang mengasak untuk merobek Perlembagaan adalah DAP dan PKR.

    Begitu juga dengan dakwaan beliau bahawa pemimpin BN dan para pembaca serta penyokong Utusan Malaysia bukan rakyat Malaysia yang sebenar. Kenapa Utusan diserang sedangkan ia mendokong Perlembagaan sejak merdeka lagi? Apakah hanya kerana tidak mengikut aspirasi DAP lalu pihak lain sewenang-wenang dipersoalkan status kerakyatan. Sepatutnya soalan itu ditujukan kepada Guan Eng. Apakah beliau rakyat Malaysia yang sebenar dan manakah kiblatnya, di dalam atau luar negara?

    Awang mencabar Guan Eng supaya berikrar secara peribadi untuk menjunjung sepenuhnya Perlembagaan negara. Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama sejak awal pembabitannya dalam politik telah berikrar mempertahankan Perlembagaan dan tidak pernah tergelincir daripada landasan itu. Ramai lagi pemimpin minoriti yang diangkat menjadi pemimpin negara, berikrar pertahan perlembagaan. Di Thailand misalnya Thaksin Sinawatra, Chuan Leek Pai, Samak Sundaravej dan Abhisit Vejjajiva walaupun berketurunan Cina tetapi meletakkan kepentingan negara mengatasi kaum. Apakah beliau warga negara sebenar, yang sedia berbuat demikian?(Petekan akhbar UM)

    Kenapa mereka marah sangat akhbar UM? Sebab banyak sangat rahsia dan tembelang mereka telah didedah oleh akhbar tersebut,terbalik BN x mengharamkan akhbar mereka. Biar mereka tulis sama ada bohong atau meraka, rakyat sudah pun faham, dengar boleh percaya jangan .....

    BalasPadam
  2. NAMA SAJA MANUSIA

    nama sahaja manusia
    konon makhluk hebat
    punya akal hebat
    punya kuasa hebat
    ciptaan terhebat
    mampu tadbir bumi
    mampu redah samudera
    mampu belah angkasa
    cipta tamaddun dunia
    sayang sejuta sayang
    jejak langkah Qabil jadi ikutan
    penuh dengki dan dendam
    sanggup putuskan nyawa
    sanggup putuskan saudara
    sanggup pukul curi
    sanggup tikam belakang
    sanggup makan daging saudara
    sanggup apa sahaja
    asal puas kehendak
    puas nafsu terdampar....


    Nuri jaguh
    seberang prai
    2ptg

    BalasPadam
  3. ANTARA ILMU AMAL DAN IMAN

    pujangga lama ada berkata
    ilmu penyuluh hidup kita
    memang tepat apa dikata
    tanpa ilmu kita binasa
    jadi kewajipan dari Yang Kuasa
    jadi suruhan rasul kita
    walau di mana kita berada
    ilmu jadi taruhan segala
    dengan ilmu kita Berjaya
    dengan ilmu pasti bahagia
    dengan ilmu tinggi martabatnya
    dengan ilmu cerah segala
    setiap waktu setiap ketika
    sampai kita menutup mata
    ilmu pasti tiada putusnya
    carilah ilmu di mana sahaja
    walau meredah hutan belantara
    walau dari pengemis buta
    walau dari perompak durjana
    walau dari kaki-kaki lima
    apatah lagi di puncak menara
    ada ilmu adalah amalnya
    tanpa amal ilmu binasa
    tanpa amal ilmu dipersia
    tanpa amal tidak ke mana
    tanpa amal tiada imannya
    tanpa iman siapalah kita…


    Haji Hasbullah
    melaka
    12malam

    BalasPadam
  4. SERAGAMKU

    dulu kau lihat aku
    sentiasa dalam seragam ini
    kehulu kehilir kemegahan dimiliki
    sama-sama aku melepasi
    sepak onak liku penuh duri
    tapi itu dulu cerita episod
    pak pandir dan mak mandir
    sekarang zaman baru
    hilang zaman batu tapi tetap aku
    seragam ini tetap jiwa aku
    kata-kata semalam tetap aku lafaz
    aku laungkan demi semangat ini
    tapi cuma peralihan masa berlaku
    tapi aku jangan risau aku tetap aku
    kau tetap bersamaku
    seragam itu kita gengam
    biar hilang di mata
    jangan terpadam di dada
    aku sampaikan kata-kata ini
    kerana aku tau aku tetap aku
    bukan seperti mana yang kau tahu


    Nurse lisa
    di kantin di hospital

    BalasPadam
  5. CARI PASAL

    banyak orang suka cari pasal
    sebab mereka tak punya hal lain.
    pasal mereka kosong,
    jadi mereka nak pasal yang berangka
    apalah punya jalan mereka bawak ni,
    jalan mati kau itu jalan pasal.
    jadi persilalah cari pasal
    dengan sesiapa kau ingin cari pasal
    tak guna punya kau
    baik pergi mati sahaja
    buang masa aku

    Lebai Noh
    apabila selesai membaca surat khabar

    BalasPadam
  6. Sajak Nuri jaguh bertajuk NAMA SAJA MANUSIA pengucapannya mudah bahasa utara dan Penyunya sendiran yang tajam dan tepat buat mereka yang mengerti, kata orang utara berleter. Rupa, gaya, lagak semua dah ada, tapi perangai macam syaitan, cakap tak serupa bikin, janji pula banyak putar dan belit. Hampa duk menipu kerja. Depa ni tak takut mati kut? Buat apa saja yang depa suka, apa yang kena dekat depa. Hang nak telungkup ke, hang nak terbalik ke. Hampa punya Pasal. Aku tujuan lain tak ada, nak balas dendam saja. Dendam kesumat belum lumat. Kecuali hampa sumbat aku dalam penjara, baru aku tamat. Nak amin pun berat rasa.

    BalasPadam
  7. Tiga perkara inilah yang sering menilai akan keperibadian kehidupan seorang bernama muslim. Begitulah sajak yang ditulis oleh sdra. Haji Hasbullah bertajuk ANTARA ILMU AMAL DAN IMAN. Penyataannya menerangkan Ilmulah perlu dicari dahulu sebelum kita boleh beramal dan bila ada keduanya kita dapat mengenal Allah dan menambahkan kuat keyakinan dan keimanan kita kepada ketetapan Allah swt. Apa pun kitiga ini saling menghubung kait diantara satu sama lian. Amin.

    BalasPadam
  8. Sajak Nurse Lisa bertajuk SERAGAMKU mungkin pengucapannya menceritakan waktu lampau bersama kawan, agaknya semasa di bangku sekolah, mungkin berminat dengan pertolongan cemas atau berpakain seragam sebagainya. Kini bila sudah bekerja mungkin kena berpakaian seragam juga. Jadi hari ini sampai ketualah atau bersara dengan pakaian berseragam. Mungkin inilah cita-cita yang mungkin diminati dahulu.. Amin!

    BalasPadam
  9. CARI PASAL sajak Lebai Noh pengucapannya mengenang jenis manusia yang suka cari pasal
    Sama dengan lagu wahasal balik asil , itu pasal tak hasil. Tak ada kerja cari kerja, ada kerja rasa
    Tercongang-congang. Sedang menempah nama atau menjatuhkan nama, kalau dah digelar dengan
    Label yang menjijikan , ini bermakana sedang menjatuhkan nama. Tuhan bagi kita naik dan tuhan
    Juga akan menjadikan kita jatuh , kalau kita sudah lupa kedudukan kita. Kini ramai pula orang
    Sudah mula menyumpah sranah, lambat laun tak lama akan jatuh ke tanah. Begitu jugalah hukum karma buat bukan beragama Islam, elok jugalah bila hokum Islam sendiri tidak mahu diamalkan.
    Kita nak amin pun rasa berat.

    BalasPadam
  10. Mee Udang


    Bahan-bahan ( 10 orang )

    * 2 paket mee kuning - di celur
    * 1/2 kilo udang - asingkan kulit & kepala
    * 1/2 ekor ayam
    * Bahan2 Utk Dikisar
    * 2 biji bawang besar
    * 4 ulas bawang merah
    * 4 ulas bawang putih
    * 1 inci halia
    * 8 - 10 tangkai cili kering

    Cara-cara

    1. Rebus ayam dengan 10 cawan air selama 30min. Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu.
    2. Kulit & kepala udang digoreng hingga kekuningan/caramelised. Masukkan dalam air rebusan ayam & rebus utk 15 min atau lebih.
    3. Keluarkan kulit & kepala udang dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus. Kulit & kepada udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan.
    4. Guna minyak yg goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan2 yang dikisar. Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan.
    5. Masukkan udang yg dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam & gula/perasa. Jika nak sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung. Tambah air jika perlu.
    6. Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yg dicelur, tauhu goreng, telor rebus, daun sup & daun bawang, cili potong & bawang goreng.

    BalasPadam
  11. mee kolok ni bnda apa plak richard sirosa?????

    BalasPadam
  12. bunyi mcm pelik je mee kolok ni? iban pnya makanan ker?

    BalasPadam
  13. mee kolok ni apa? xpnh aku dgr pun

    BalasPadam
  14. mee katak? cait!!! pengotor la richard sirosa haram islam makan katak!!!!!

    BalasPadam
  15. mee kolok ni apa? jawa punya makanan ker?

    BalasPadam
  16. mee colok? alamak loya tekak aku dgr

    BalasPadam
  17. mee kolok ni apa bnda ni? makana org mana cina ker?

    BalasPadam
  18. mee kolok??? makanan org negeri mana ni?

    BalasPadam
  19. makanan org siam ke ko bagi ni richard sirosa?????

    BalasPadam
  20. makanan pelik2 plak richard sirosa bagi ni

    BalasPadam
  21. di mana silap ku sajak apa ni?

    BalasPadam
  22. sajak mcm en nuri dalam di lema jer?

    BalasPadam
  23. sajak politik ke ni en nuri????

    BalasPadam
  24. sajak susah nak paham la....

    BalasPadam
  25. sajak kanak2 ni mcm sajak budak sekola rendah jer? hahahahhahaha

    BalasPadam
  26. sajak bdk2 pun ada gk disiarkan?

    BalasPadam
  27. ingatkan en nuri terima sajak org dewasa saja...

    BalasPadam
  28. sajak yg snang paham akmal ni... hehhee

    BalasPadam
  29. sajak nk kata best? boleh la tahan

    BalasPadam
  30. sajak bdk2 pun ada dalam citra rasa???

    BalasPadam
  31. sajak ni paling snang paham sekali

    BalasPadam
  32. ringkas je sajak akmal ni... hehehe

    BalasPadam
  33. sajak en nuri simbolik jgk

    BalasPadam
  34. sajak ni berkenaan pasal apa en nuri?

    BalasPadam
  35. sajak muhamad akmal ni pun xbest... hehehe

    BalasPadam
  36. mee udang plak salam ni? ko anak ayu mee udang ker? hahahha

    BalasPadam
  37. aku pun thu buat mee udang ni... hehhe

    BalasPadam
  38. mee udang plak? ni msti dok teluk kumbar ni

    BalasPadam
  39. mee udang plak kali ni? mana dapat rsepi ni?

    BalasPadam
  40. sajak esok sapa plak?

    BalasPadam
  41. harap esok sajak bukan ahli plak? hehe

    BalasPadam
  42. mee udang plak nak buat?? nnt kena cuba ni

    BalasPadam
  43. wah! eh! mee udang ni rasa apa?

    BalasPadam
  44. mee udang teringat plak pak ngah... hahaha

    BalasPadam
  45. esok aku cuba mee udang la...

    BalasPadam
  46. sajak kanak2 plak kali ni? sy xde ke en nuri?

    BalasPadam
  47. mee udang nmpk mcm snang je nak buat

    BalasPadam
  48. mee udang ni kalau nak beli mahal ni

    BalasPadam
  49. macam2 resepi anda! boleh jd chef segera ni

    BalasPadam
  50. Esok tak ada cerpen , berhenti dulu,
    buat seketika.


    Terima kasih buat mereka yang ingin mengikuti cerpen sepenuhnya, lihat
    NPSCR 1 CERPEN Penghijrah Yang Pulang.

    Rumah topangan sewa Hadi dan Madian
    tak bernombur mungkin, setingan di pingger bandar.

    Esok sajak empat sahabat ustaz berkumpulan.selepas pang6,Amin

    BalasPadam