Rabu, 29 Disember 2010

RASA GEMENTAR




Bila disebut namaMu
satu peringatan yang terang
lagi benar dan juga nyata.

Hati pun rasa gementar
bagai luluh sendi dan tulang
sehalus dedebu yang terbang.

itulah dosa-dosaku dulu
yang kini jatuh dari tubuh
bila diserami air sembahyang.

Suara azan dan iqamah
perlu dititis ke dalam kalbu
ditiup di telinga anak-anakmu.
agar terpahat rasa kebesaranMu.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan ceramah bebas,
akhir 2009. sajak lagenda.





50 ulasan:

  1. BUDAK PONDOK / BAB 1- siri 3
    Oleh Nurimanja PK..2002


    Aku mula tertarik dengan pakaian baju kurung buat uniform mereka berbaju putih dan kain biru tua, Aku pun berfikir-fikir di dalam benak hati, bolehkah aku masuk belajar bersama –sama, aku rasa umurku sudah melewati empat belas tahun, aku bercadang balik nanti hendak bertanya hal itu kepada ayah, semoga ayah dapat membantnya.


    Kata ayah sekolah Agama Rakyat itu tidak jauh, di Simpang Tiga, kira- kira setengah jam kayuh basikal. Aku mula berfikir dalam kepala, aku Ini tahi penyakit, suka semput, bolehkah aku kayuh basikal? Berbagai benak pertanyaan bermain dalam Kotak kepalaku, kerana tekat aku bulat aku berani mengatakan kepada ayah aku mampu.


    Esok aku dengan baju kemeja putih lengan panjang,berkain pelekat dengan tiga orang kawanku Ismail, Mat nor dan Din kadir kami pergi mendaftar nama di sekolah Agama Rakyat di Simpang Tiga. Aku dan kawan-kanku dibawa oleh ayahku. Kami diberi senarai buku teks yang patut dibeli oleh kami, Ayah telah membeli semuanya itu untuk aku, aku rasa cukup gembira.


    Lusa kami mula belajar bahasa Arab, akulah yang paling tua sekali di antara tiga orang kawan, tetapi disebabkan aku selalu semput, makan banyak semput, kena hujan semput, kena panas sikit pun semput, kerja lebih sikit semput, tolang ayah pun semput, maka aku digelar oleh keluargaku, kain sutera tidak boleh buat pelanyak kuat sidikit, akan koyak.


    Hampir seminggu aku belajar di situ, minggu depan kata guru besar ustaz mat noor ada ujian pertengahan tahun. Aku jadi bengung. Siang malam, pagi petang aku menghafal aku belajar, mujurlah ustaz Yusof, sangat baik dia mengajar mudah faham. Aku menghafal semua tasrif dan nahu bahasa Arab kelas Aftidai Awal



    Waktu aku baru belajar dua hari ,ustaz Yusof bagi tahu aku “sadjada wajada”Sesiapa yang bersungguh dia akan berjaya, aku pun pulun belajar sungguh-sungguh, siamg malam duk menghafal, faham tak begitu berapa, hentam menghafal. Macam burung kaka tua, jumpa orang salam mualaikum. Tak kira siapa, pencuri masuk pun salam juga.

    Lepas ujian pertengahan tahun aku dapat numbor “Asarah” bukan main syok lagi aku .Bagi tahu dekat mak dan ayah, “ada kemampuan,” kata ayah, mak pun tersenyum.

    Ujian akhir tahun aku dapat nombor Wahid salah seorang kawan aku Khairuddin Mat Noor budak batu 14, naik 'hot'(tukang kebun di taman sri kurau) ,selama ini dia saja numbor satu kini dia ditempat ke dua , Mat Nasir mohtar tempat ketiga yang lain budak perempuan, tiga orang lagi kawan aku mereka duduk tempat belas dan puluh sahaja..

    BalasPadam
  2. BERANI KERANA BENAR

    walau gagah dan lengkapnya
    jasad ini kau nampak
    belum tentu kau betul
    bila bicara tentang apa yang kurasa
    aku lemah bila berbicara
    kerna aku takut hati akan di sakiti
    kerna itu aku takut berkata-kata
    hanya mahu jaga hati sama rata
    bila fikir dalam-dalam
    biar puas hati sebahagian manusia
    lain marah bengang tak tenteram
    sebab aku yang bisa memilih
    pada siapa mahu berpihak
    mana satu lebih berhak
    aku rasa aku mesti bersuara
    biar berkecamuk punah hati kamu
    biar deras mengalir air mata
    biar aku disumpah seranah
    aku tetap suarakan
    apa yang patut aku suarakan
    agar kau tahu tiada
    lain selain kebenaran
    walaupun kau rasa perit benar itu
    kamu jangan risau aku bukan kejam
    benar itu penting juga kan?


    Farooq Dawood
    saya pun penjaga blog salam perkenalan qalam

    BalasPadam
  3. KAU PUTUSKAN SENDIRI

    Selisih empat mata
    dua jasad di sini canggung.
    Mungkin jauh hati
    Mungkin rasa sepi.
    Ruang jadi kelat
    Rasa jadi sendat.
    Kita delima atau dilema,
    kau putuskan kalaulah
    dilahirkan semula
    takkan aku minta hidup lain
    kerana hidup aku sudah cukup bagus
    walau tidak sempurna tapi aku puas
    Kamu serabutkan hidup resah itu
    kelibut ini jika itu kalau begini
    hati kamu dan hati sendiri
    tidak jadi biar keliru
    hari-hari haru biru Itu kamu!


    Roslinda Selamat
    harap qalam menerima sajak2 dari penjaga blog

    BalasPadam
  4. TUDUH MENUDUH

    kau tuduh aku,
    aku tuduh kau,
    entah bila nak habis.
    entah bila mahu henti.
    bila aku tuduh kau,
    kau tuduh semula.
    tak penat lelah mahu tuduh-tuduh.
    tuduh lama lama nanti kau penat.
    aku lelah bila habis penat.
    kau tuduh lagi
    aku mcm kau tuduh aku dulu.
    aku apalagi tuduh kau
    untuk sekian kali kau tuduh aku.
    asyik tuduh tuduh bila nak habis?
    Asyik tuduh menuduh negara utuh
    Lama-lama boleh runtuh


    Tuan Haji Abkram
    saya penjaga blog di department lain tp seronok mengikuti blog ni hrp qalam terima sajak sy

    BalasPadam
  5. BANYAK PERSOALAN

    Persoalan demi persoalan
    Diri ini terus dihambat
    Dengan persoalan mengikut aku
    Elok dibiarkan sahaja
    persoalan Terus menyoal
    Elok dibiarkan sahaja
    diri ini Terus disoal
    Kerna jika yang dicari itu jawapan
    Yang seterusnya nanti
    Membawa kepada satu lagi
    Persoalan lebih baik dikumpul
    Segala persoalan lalu disusun
    Dicorak seterusnya direkod
    Disimpan disisip elok-elok
    Dalam ingatan pasti hidup aku nanti
    Lebih sempurna aku percaya.


    Syarul Bariah
    saya perempuan takut qalam keliru saja penjaga blog jgk

    BalasPadam
  6. KERETA KE SURGA

    Di dalam saat memerlukan kosong
    Dan di saat kita memerlukan perit
    Sebakul menjadi satu.
    Segunung menjadi debu harapan.
    Sikit-sikit,perlahan-lahan.
    Bila kita mula bertepuk tangan.
    Berhenti dan dalam diam
    Mula berbasi-basi pergilah pergi.
    Kereta itu singgah. mahu ke mana
    Ke mana saja. Aku.. tak keruan!
    Di dalam kereta Kita mahu ke mana?
    Aku jawab Kita ke syurga.
    Di luar. Langit menangis
    menumpahkan air mata
    Berjurai melimpahi segala.
    Seketika kedengaran
    Kebisingan luar biasa.
    Jadi jom kita naik kereta
    Terus ke jambatan untuk ke surga


    Asyar Mujid
    sy dari penjaga blog bersama rakan-rakan yg lain

    BalasPadam
  7. PB sdra Farooq Dawood barangkali berketurunan India muslim dengan sajaknya BERANI KERANA BENAR. Mengucapannya bagai mempertikaikan sesuatu yang tentang kewibawaan
    Sesaorang yang diangapnya bagai benar dan terinanya. Tetapi bila sudah lama menilai dan memerhati ternyata ada kesalahan yang cuba untuk ditegaknyanya. Lalu hati menjadi tawar.jiwa pula meminta untuk memperkatakan yang benar tetap benar. Si penulis tidak dapat
    Menytakan dalam perkataan sekadar menentukan masa pemelihan untuk satu suara.Demi untuk menegak kebenaran. Amin.

    BalasPadam
  8. PB sdri. Roslinda Selamat dengan sajaknya KAU PUTUSKAN SENDIRI. Menyetuh rasa
    pengucapannya berbau persionaliti atau jiwa-jiwa sadikit. Biasanya begitulah jika ada sesuatu perselisihan atau ketidak kesefahaman akan berlaku ketegangan, enggan berkata, rasa mahu putus atau mati sahaja bila tidak tahan dihempit delima. Tetapi si penulis terasa bagai biasa tidaklah begitu menghiraukannya, namun si dia nampanya banyak kerenah yang bagaikan tidak kena. Sebaiknya carilah sedikit masa untuk tenang dan tunggu masa yang agak sesuai untuk berbicara semula. Insyaallah keadaan akan sempurna. Amin.

    BalasPadam
  9. PB Tuan Haji Abkram dengan sajaknya bertajuk: TUDUH MENUDUH. Penceritaanya bagai menyentuh isu semasa yang melanda keadaan negara (P) tanah air kita. Selagi ledah lembut dan suara masih ada sesiapa pun bebas bersuara. Lalu berlakulah tuduh menuduh, dahsatnya pula sampai saman menyaman. Di dunia engkau lepas bebas. Di akhirat tidak takutkah akan rasa terkandas. Bertambah malangnya janji buat janji kerja satu apa pun tak jadi. Siapa yang rugi. Dalam rasa kecelaruan minda ini rakyat yang patut menilainya jangan memberi suara membabi buta. Dulu kita yang pangkah, kita yang pilih hari ini, mengapa gelabah , mengapa pula bersedeh? Itulah akibatnya kemenangan undi protis. Tuhan lebih mengetahu segalanya. Amin.

    BalasPadam
  10. PB sdri Syarul Bariah, sajaknya bertajuk; BANYAK PERSOALAN. Terasa pengucapannya agak memeningkan kepala , tiap kali dicari persoalan semangkin bertambah pula persoalan yang datang. Ada orang ada berbagai cara untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang sering timpa menimpa datang. Jika peribadiminta nasihat kawan yang boleh dipercayai, bersolat malam bermunajat minta pertunjuk. Ada yang jumpa khidmat pakar mutivasi dlln. Yang parahnya diam begitu saja. Tetapi si penulis agak ganjil sadikit menghimpunnya semua sekali dalam hati,kemudian dinilai pula untuk jadi pengajaran di kemudian hari. Semoga sukses. Amin

    BalasPadam
  11. PB sdra Asyar Mujid seorang pencinta agama dengan sajaknya KERETA KE SYURGA sajak berbentuk simbolik sadikit. Keberangkalian si penulis mengambarkan kehidupan ini ada satu perjalanan yang sepatutnya kita buang segala yang remeh temeh untuk jangan diambil kira. Biarkan hati ini kosong melaikan cuma pilih dan isi yang boleh membawa ketenangan jiwa. Pergilah segala kekalutan, berdiam diri sahaja adalah lebih baik , kerana jiwa yang berseh tidak akan berasa cemas dan takut, ayuh kemana saja. Sehingga ke syurga, masuklah wahai jiwa yang tenang. Dengan keredhaanku ke pintu syurga. Hanya orang zuhud dipelawa Allah swt. Amin.

    BalasPadam
  12. punya byk plak sajak kali ni?

    BalasPadam
  13. sian en nuri nak sambut hari jadi dpat plak sjak byk? hehe

    BalasPadam
  14. sian qalam xdpt makan kek hari jd rumah en nuri sbb kena ulas sajak byk? hahaha

    BalasPadam
  15. korg xptutlah bagi sajak pnya byk

    BalasPadam
  16. slamat bukan hari jadi qalam hari jad en nuri...

    BalasPadam
  17. ni bru hari jd en nuri jalal dah bagi 10 sajak kalau hari jd qalam 20 plak agaknya? hahaha

    BalasPadam
  18. sampai 10 sajak plak kali ni!

    BalasPadam
  19. aku rasa msti patah jari qalam ulas sajak ni... hehe

    BalasPadam
  20. esok harap2 normal mcm biasa klu 10 sajak sehari kesian qalam

    BalasPadam
  21. esok jgn bagi 10 sajak lagi kat qalam jalal..

    BalasPadam
  22. msti x tido qalam asyik ulas sajak jer...

    BalasPadam
  23. sepatutnya bagi la hadiah hari jd utk en nuri jalal ni bgi 10 sajak plak?

    BalasPadam
  24. semua sajak penjaga blog ke?

    BalasPadam
  25. huh! mana sajak dari ahli jalal?

    BalasPadam
  26. eh! lama en nuri x skola kenapa?

    BalasPadam
  27. ni msti masalah kesempitan hidup en nuri x skola

    BalasPadam
  28. en nuri ke paling tua kat situ?

    BalasPadam
  29. en nuri mmg bdk ajaib la...

    BalasPadam
  30. en nuri mkn apa dtg2 trus no 1??

    BalasPadam
  31. en nuri dpt no 1 ni harap2 x guna org dalam hehe

    BalasPadam
  32. mmg en nuri misteri sekejab je dh pandai

    BalasPadam
  33. sian kwn2 en nuri sekejab je en nuri pintas dorg...

    BalasPadam
  34. en nuri ni mcm kanak2 genius plak?

    BalasPadam
  35. en nuri belajar macam mana???

    BalasPadam
  36. en nuri bela toyol apa ni? hehee

    BalasPadam
  37. en nuri mmg hebat! susah org nk pandai dlm masa yg singkat

    BalasPadam
  38. dari kecik lagi en nuri ada keistimewaan

    BalasPadam
  39. en nuri msti selalu makan ubat tok guru agaknya hehehe

    BalasPadam
  40. en nuri makan apa etiap pagi sebelum ke skola? sbb en nuri cepat tangkap

    BalasPadam
  41. wah! msti smua cemburu kat en nuri msa ni

    BalasPadam
  42. en nuri belajar macam mana? ada tips x?

    BalasPadam
  43. nampaknya en nuri ni ada ilmu laduni

    BalasPadam
  44. haiya! en nuli manyak hebat lor

    BalasPadam
  45. en nuri kanak2 pintar ke masa kecik?

    BalasPadam
  46. en nuri mcm adi putra plak..

    BalasPadam
  47. ni msti mak atau ayah en nuri org kuat agama ni sbb tu en nuri belajar pun cpt dpt

    BalasPadam
  48. en nuri belajar guna formula apa???

    BalasPadam
  49. pelik en nuri bru sampai dah pandai????

    BalasPadam
  50. misteri btol en nuri msa kecik bdk yg bijak...

    BalasPadam