Khamis, 23 Disember 2010

ORANG MUNAFIKUN




Orang munafikun itu
mengaku dirinya Islam
di kalangan orang beriman
hatinya tidak pun ikhlas
tetapi Allah membernarkan
mereka bersama orang beriman.

Tetapi sesungguhnya
Allah amat mengetahui
isi hati orang munafikun itu
Allah sengaja membiarkan
untuk menilai kebenara mereka.

Bila Allah memerentah
orang yang beriman sujud
mereka beriman lantas sujud
bagi orang munafikun gagal
tulang belakang mereka keras
tertunduk atau pun terdongak
selama 40 tahun kira lamanya
Allah menampakkan impaknya
sewaktu kepuraan di dunia dulu
kini terimalah padah akibatnya.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan sajak lagenda
dari penceramah bebas 2009.





50 ulasan:

  1. SIRI 11.

    CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________


    Hadi terus mengambil parang panjang aruah ayahnya yang tersangkut di hujung bentul di bawah rumahnya. Dia terus mengasah dan menajamkan mata parang panjang itu, berkilat dan tajam nampaknya, biar sekali lembas berpuluh rumput selaput tunggul putus berderai jatuh ke tanah.


    “Hadi, sekarang kita tidak susah lagi. Pemerentah suruh kita tanam padi dua kali setahun. Ada diberi benis dan baja percuma. Jual padi pula ada tambahan subsiti lagi. Tak banyak sepuluh ringgit seguni. Jadilah kalau kita dapat sepuluh guni, tentu sudah dapat seratus, cukuplah,” Hadi dengar dengan teliti kata-kata ibunya.


    Hadi terbayang bagaimana dia boleh mengumpul dan menabung wang hasil jualan padinya. Malah dia juga boleh mengambil upah dari tanah sawah orang lain jika padi di sawahnya sudah selesai, tentu banyak dapat duit. Ibu tentu suka sekali.


    Bila banyak wang. Hadi bolehlah meminang anak siapa yang dia suka, ibunya akan turut sahaja. Kalau ibu pilih lebih berkat. Ibu pasti pilih menantu yang yang solehah, tidak tinggal sembahyang, dan yang taat perentah ibu bapa dan patuh akan kehendak suami, serta ada sikap bertanggungjawab terhadap pengurusan rumah tangga.


    Kalau Hadi sudah khawin, mak tentu dapat timang cucu, mak tentu boleh cium cucu, mak boleh tolong jaga cucu, menantu mak pun senang untuk memasak di dapur. Hadi rasa cukup bahagian hidup berumah tangga. Hidup sebagai orang kampong biasa sahaja. Ahh! Alangkah indahnya ada anak dan punya isteri yang taat pada perentah Aallah swt.


    Hadi senyum lagi, Bila Hadi nampak mak timang cucu, mak main cak cekur udang gamait dengan cucu, mak main cuk cuk empin dengan hujung jari mak geletek ketiak cucu mak. Cucu mak pun ketawa kerana terlalu geli. Ketawa terkekeh-kekeh, mak pun turut ketawa sama.

    Bila terlalu geli, cucu mak pun terkencing di atas riba mak. Lalu mak pun memekek
    “Ahhh! Cucu mak dah kencing….” Mak akan berkata cucu mak ini nakal selalu membasahkan kain mak. Hadi senyum mengulum,. Tanda senang hati.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. IKAN BAKAR


    * 1 ekor ikan (bawal/merah)
    * 1 serai-diketuk
    * daun limau purut-dihiris
    * air asam jawa
    * daun pisang dan aluminium foil
    * bahan2 kisar:-
    * @5 cili merah
    * @5 cili kering
    * @5 cili api
    * @5 biji bawang merah
    * @3 ulas bawang putih
    * @3 batang serai
    * @garam

    Cara-cara

    1. panaskan minyak. tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. masukkan serai, garam dan air asam.
    2. letakkan daun pisang diatas aluminium foil. letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. tutup daun pisang dan foil.
    3. bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian.
    4. hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.

    BalasPadam
  3. HITAM ITU MENAWAN

    jika kau tanya padaku
    apa aku suka tentang kamu
    pasti kujawab setulus hati
    aku suka mata bundarmu
    jauh menikam ke lubuk hatiku
    buat lena malamku terganggu
    aku suka licin kulitmu
    tanpa kedut tanpa calar
    senang ku usap sepanjang waktu
    aku suka hitam warnamu
    walau hitam manisnya terserlah
    tiada jemu daku menatap
    aku suka suaramu merdu
    buat daku sentiasa merindu
    tiada jemu daku bertemu
    aku suka gayamu menawan
    buat daku tiada puas
    memicit butangmu saban waktu
    engkaulah kesayanganku laptopku...

    Raja Muda
    sajak utk laptop saya

    BalasPadam
  4. MIRA

    Senyum bersamaku
    Satu memori berterusan
    Mira,Jangan pergi dulu
    Tunggu aku di pohonmu
    Seperti dalam mimpimu
    Yang mana daunnya biru
    Dan bunganya palsu
    Kau khabarkan padaku
    ‘Tika langit berpecah
    ‘Tika awan berlaga-laga
    ‘Tika hujan turun berdarah
    ‘Tika kita semua lupa
    Mengapa kita masih disini lagi?
    ‘Tika saat sudahpun berhenti
    ‘Tika saat rebah, gugur mati


    Tinta Bayu
    sajak utk kekasih sy.. hehe

    BalasPadam
  5. SERI WAJAH

    manis wajahmu
    berseri bagai purnama
    apa rahsia agaknya
    tolong khabarkan segera
    apa petua kau amalkan
    apa ubat kau gunakan
    tenang wajahmu
    setenang air di kali
    sejuk mata memandang
    tiada jemu mata menatap
    indah wajahmu
    terpancar nur suci
    buat hati terdetik kagum
    buat hati ingin berdamping
    senang hati bila disamping
    apa rahsiamu wahai teman
    dalam bisik halus
    buat aku terpaku
    jaga wudukmu tanpa putus...

    Che Mazuki
    Tanjung Piandang
    19.12.2010

    BalasPadam
  6. TELEKUNG BURUK

    telekung buruk belakang pintu
    tampak semakin lusuh
    telah pudar warnanya
    telekung peninggalan nenek
    terbiar di situ sekian lama
    apa agaknya maksud tersirat
    pasti ada sesuatu di situ
    telekung buruk kucapai
    masih ada bau nenek
    rindu tiba menerjah di benak
    sayu ingatkan saat silam
    segera kisah lama terpapar
    saat sama meniti hari
    saat suka duka kehidupan
    antara aku, nenek dan adik
    adik kini semakin meranum
    sudah dibangku sekolah
    aku terlupa pesan nenek
    segera telekung kulipat kemas
    kuletak atas bantal adik
    moga dia faham
    maksud hatiku
    maksud hati nenek...


    Farah Hani
    Penang
    2ptg

    BalasPadam
  7. Raja Muda dengan sajak laptopnya HITAM ITU MENWAN. Pada mulanya pengucapannya agak mengelirukan juga, tangkap pertama mungkin gadis hitam manis, kemudian mungkin kereta barudipasarkan. Nah akhir sekali tenyata sebuat laptop baru yang dipunyai oleh si penulis, Lebih menyakinkan lagi si penulis pun telah menyatakan sendiri, akan kebenaranya. Ini mungkin laptop yang cangih keluaran baru dan terkini agaknya? .

    BalasPadam
  8. Tinta Bayu sajak buat kekasihnya bernama MIRA mungkin satu memori yang masih kental bersemadi hingga kini. Tetapi mungkin keadaan telah menentukan perpisahan akan berlaku.
    Bila berjauhan mungkin berbagai andain akan berlaku dan berbagai khabar cerita pula mula menceritakan. Pastikan janji boleh sedia? Kini mungkin semuanya akan terhenti, rebah dan Gugur mati. Cumna andaian sekadar andaian saja. Semoga tidak begitu. Amin.

    BalasPadam
  9. Che Mazuki barangkali sedang mengikuti seminar agaknya dan mungkinmelihat ada tokoh yang mungkin dilihat bercahaya muka kerana ketokohannya atau mempunya aura keikhlasannya yang terpancar keluar. Biasanya seorang yang hidup dalam kekalutan dan kekejian atau pun melakukan kejahatan, wajahnya sering berada dalam kebimbangan, terutama orang berutang. Siang jadi ketakutan kalau bertemu dengan orang dipinjam utang, malam menjadi kebimbangan dan igauan, bagaimana cara nak bayar utang. Orang begini cahya muka atau aura seri wajah agak susah untuk menyinarkan cahayanya. Contoh mana ada muka perompak, lanum, penjahat muka berseri wajah. Semoga kita tidak begitu. Amin.

    BalasPadam
  10. TELEKUNG BURUK sajak daripada Farah Hani menceritakan kain telekung buruk yang masih tersangkut di sebalik pintu, entah berapa lama. Sehingga adiknya pun telah bersekolah. Ternyata ada pengajarannya buat si kakak yang melihat tetang kelalaian adiknya mengerjakan solat lima waktu. Semoga dengan mengenang kaian telekung buruk neneknya yang ditinggalkan agar adiknya yang melihat pula di atas bantal akan sedar nanti dan diharap tergerak hati untuk sujud pada pada kebesaran Illahi. Amin.

    BalasPadam
  11. wah! ada lagi cerpen hadi ni

    BalasPadam
  12. rasanya sampai siri 20 cerpen hadi ni

    BalasPadam
  13. eh! cerpen ni kenapa cerita pasal lain plak?

    BalasPadam
  14. mmg kretif cerpen en nuri ni ada imbas ke belakang dan imbas ke depan??

    BalasPadam
  15. mcm mana hadi ada bini plak?

    BalasPadam
  16. semalam hadi sakit skrg dh sihat siap ada bini plak?

    BalasPadam
  17. en nuri msti terlangkau cerpen ni

    BalasPadam
  18. bukan ke dulu hadi keje sebagai buruh kasar ker?

    BalasPadam
  19. hadi ni sebenarnya keje petani ke buruh kasar?

    BalasPadam
  20. eh! selama ni xpnh pun cerita pasal bini hadi

    BalasPadam
  21. dulu cerita hadi xde bini skrg mcm mana ada bini plak?

    BalasPadam
  22. eh! semalam cerpen ni sedih skrg ada gembira plak?

    BalasPadam
  23. cerpen ni aku dah mula pening

    BalasPadam
  24. en nuri silap terbit cerpen ker?

    BalasPadam
  25. kenapa jd cerita lain plak?

    BalasPadam
  26. eh! dulu hadi mana ada bini skrg ada plak?

    BalasPadam
  27. mana datang plak bini hadi ni?

    BalasPadam
  28. semalam dia tinggal dgn madian skrg ada bini plak?

    BalasPadam
  29. eh! hadi ni keje pertanian ker?

    BalasPadam
  30. hadi setahu aku dia miskin mcm mana dia dapat duit beli biji benih?

    BalasPadam
  31. cerita ni dia imbas ke dpan ker?

    BalasPadam
  32. hadi terkenang masa hadapan plak?

    BalasPadam
  33. hadi ni mana 1 btol? dia keje sebagai buruh kasar ke keje kat petani?????

    BalasPadam
  34. hadi twligt zone ker ni?

    BalasPadam
  35. hadi ni bermimpi ker?

    BalasPadam
  36. panjang lagi ke cerpen hadi ni?

    BalasPadam
  37. hadi ni umur brapa? dia tua ke muda?

    BalasPadam
  38. cerpen ni mcm ada x kena jer...

    BalasPadam
  39. ni mak dia ada semalam mak dia kat kmpung????

    BalasPadam
  40. mmg misteri la cerpen hadi ni

    BalasPadam
  41. penyair agung bagi ikan bakar plak? wah!

    BalasPadam
  42. esok makan ikan bakar plak la nampaknya aku ni

    BalasPadam
  43. huh! mcm sedapo je ikan bakar penyair agung bagi ni

    BalasPadam
  44. bila baca menu penyair agung teringat plak ikan bakar kat belakang seagate tu

    BalasPadam
  45. teringin plak nak makan ikan bakar? hehe

    BalasPadam
  46. esok beli kat pasar malam la ikan bakar nanti.. hehe

    BalasPadam
  47. ikan bakar je air asam mana penyair agung????

    BalasPadam
  48. huh! ikan bakar ni resepi turun temurun ker?

    BalasPadam
  49. ikan bakar mmg favourite aku ni

    BalasPadam
  50. ikan bakar? mcm sedap je msti cuba ni

    BalasPadam