Jumaat, 24 Disember 2010

NILAINYA SEDENYUT NADI





Terbuka kembali kedua kelopak mata
terasa sendenyut nadi belum berhenti
segala puji bagi Allah yang menghidup
  mematikan segala makhluk di dunia ini,
mendenyutkan  jantung  kami berdegup
hidung  masih  lagi mengedut  udaramu
mengerti  kami tubuh masih bernyawa.
kalau masih  hidup ada tanggungjawab
Alhamdulilah syukurlah pada Allah swt.
Bila terdengar suara azan bekumandang
jawab, solat itu lebih baik daripada tidur,
perlulah segera dan bingkas ambil wuduk
jawab suara azan yang mendayu menyeru
tunaikan solat ferdu subuh dua rakaat itu
Allah maha besar! Tiada tuhan disembah
melaikan kau Ya  Allah yang maha Agung
Engkau masih lagi menghidupkan diri kami
 setelah kami bangkit dari pada mati kecil
sebenarnya hanya Engkaulah  yang telah
menhidupkan kami dan mematikan kami
kepadamulah Ya Allah kami akan kembali.


Oleh ; Nurimanja, 
Simpang Tiga,Kuala Kurau, Perak.
16hb, November, 1972.



50 ulasan:

  1. SIRI 12.

    CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________


    KALAU di sebelah petang jika Hadi tidak turun ke sawah , Hadi akan duduk di rumah
    bermain bersama cucu mak. Kekadang bila Hadi melihat isterinya di dapur dia segera membantu apa saja yang patut.


    Mak gemar makan cucur udang waktu petang. Senang saja, ambil tepung gandum sewan dua, taruh bawang besar, taugel dan daun sadri atau dengan daun bawang, letak udang kering atau basah, jika tiada masuk saja ikan bilis yang ditumbuk lumat. Potong cabai muda, bubuh telur ayam sebiji, garam secup rasa, masuk air, gaul sekejap. Isteri akan goring.


    Bila masak Hadi akan bawa air kopi dan sepering cucuk udang panas cicik dengan cili sos, duduk bawah pokok ceri di depan rumah, tempat mak buat buai cucu dan satu bangku panjang, mak duduk minum dan makan cucuk udang sambil menghayun buai cucu mak yang sedang tidur itu, bersama angin petang yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu, mak nampak tenang dan senyum memanjang.


    Kekadang bila malam lepas solat maghrib dan issyak menantu mak akan hiding makanan malam, biasanya nasi yang dimasak tengah hari tadi, mak minta menantu mak perangat kembali di atas dapur kayu. Kekadang mak tolong juga, tetapi menantu mak berkeras kata, mak jangan buat, biar cik yang buat, mak duduk saja. Mak mengalah.


    Selepas makan malam , mak ada masa ikut sama tenguk Tv tonton drama melayu bersama menantu dan cucu. Tetapi jarangnya mak tonton sampai habis, separuh jalan, cerita belum tamat, mak lari masuk tidur, mak akan kata, Emm Aku dah mengantuk, nak idturlah..

    Kekadang bila malam jumaat mak macam faham pula, tengah malam mak minta cucu untuk tidur besamanya, pelahan-lahan mak angkat cucu bawa masuk ke dalam kelambu mak. Kemudian mak baringkan cucu di sisi mak, mak tepuk-tepuk sambil mak menyanyi atau mendodol cucu mak, cucu mak pun tidur lena.

    Mak semacam hendak beri kedamaian malam dalam rumah itu untuk Hadi dan isterinya bermesra dan bergurau senda tanpa ganguan dari sesiapa. Pagi esok mak senyum tengok hadi dan menantu keduanya madi rambut basah, sebelum solat subuh. Mak raga lega, semoga tambahlah lagi seorang cucu. Amin.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. NANAH

    wahai ombak yang melangit,
    redalah dengan telunjukku,
    wahai angin yang mengoncang,
    hilanglah dengan jelingku,
    wahai hati yang lara,
    sembuhlah dengan senyumku.
    Melarikan minda
    dari memikirkan kisah luka
    bukannya lemah itu cara halus
    mengelak hati dari terus busuk
    nanah luka pernah terhiris
    dihiris tajam suatu ketika dulu
    keluar lagi nanah yang busuk
    melemahkan minda yang aktif


    Kopi Susu
    di ruang tamu
    9malam

    BalasPadam
  3. BANGANG

    Bangang mengapa kau
    Harus bangangkan diri
    membiarkan mereka
    gelarkan dirimu bangang
    ataupun kau sememangnya
    terlalu bangang
    apa guna tuhan beri otak
    serta akal fikir waras
    kau langsung tak gunakan
    apa guna tuhan beri ilmu
    serta cerdik bijak pandai
    kau langsung tak amalkan
    apa guna tuhan beri pancaindera
    serta mata hati tulus lurus
    kau langsung tak pedulikan
    yang lebih kau puja
    yang lebih kau guna
    nafsu serakah menggila
    serta si tanduk puaka!


    Ali Conan
    Perlis
    2pagi

    BalasPadam
  4. LUPAKAN ROHANI

    menginjak ke usia dewasa
    masih ada kekurangan
    dalam hidangan kehidupan
    masih terasa tawar
    masih terasa pahit
    hidangan enak belum terhasil
    masih bercampur aduk
    antara realiti dan fantasi
    antara hak dan batil
    antara qada’ dan qadar
    namun masih bisa ditelan
    masih bisa kenyang mengenyangkan
    kenyangkan perut
    kenyangkan hati
    kenyangkah rohani ?
    masih belum lagi
    jiwa tetap kelaparan
    sentiasa nantikan suapan
    bagai anak burung kelaparan
    menganga berdecit mencicit
    akibat lalai kenyangkan jasmani
    rohani terbiar sepi kelaparan…


    Ai Kutubudin
    Penang
    3pagi

    BalasPadam
  5. AKU BERJAYA

    aku sudah berjaya
    ini semua kerana aku
    hasil usaha aku
    penat lelah aku
    tanpa bantuan orang
    tanpa pertolongan sesiapa
    titik peluh aku
    usaha siang malam
    lihatlah dunia
    lihatlah semua
    tunggu sekejap
    aku lupa sesuatu
    aku lupa doa ibu ayah
    aku lupa restu guru
    aku lupa kasih teman
    dan aku juga lupa
    ini anugerah dari-Mu…

    Ali Omar
    Kedah
    18.12.2010

    BalasPadam
  6. NANAK sajak Kopi Susu biasanya kalau anda menulis mesti pekena kopi susu dulu. Jika tidak nanah kian membengkak. Ada apa yang kurang menyenangkan hati Kopi Susu. Jangan ambil hati tentang kegagalan. Angaplah saja sebagai perkara biasa. Sekali gagal bukan bererti selamanya kita perlu kecewa. Kerja yang berulang lambat laun akan dapat dilaksanakannya dengan sempurna. Insyah Allah, sesuatu yang dijadikan atau tentukan itu, mesti ada hikmahnya, Amin.

    BalasPadam
  7. BENGANG sajak bertajuk: Ali Conan nampak sekali rasa amarahnya si penulis akan situasi dini hari. Pada sikap sesaorang yang bagai orang sakit jiwa atau gila yang tidak menentu lagi dimana pertimbangan pemikirannya. Bagai hidup tiada bertuhan, ilmu yang ada bagai tidak berguna. Otak diberi letak di kaki. Apa yang perlu dipenuhi ikut hawa nafsu mengila, dirasuk syaitan bertanduk puaka, menjadikan anda melupai segala yang berkuasa. Malah boleh melanggar perentah Allah swt pula . Semoga mereka kembali sedar dan bertaubat jika sudah benar mambuk kuasa . Insaflah segera .Amin.

    BalasPadam
  8. LUPAKAH ROHANI sajak Ai Kutubudin menceritakan maksudnya bahawa manusia jangan terlalu asyik pentingkan jasmani kehendak luaran sahaja yang kita lihat pada zahirnya. Semuanya berupa kebendaan yang kadangkala boleh asyik dan melupakan akan hari kemudian atau kematian Sesekali perlu disetabilkan akan kehendak jiwa kita ini, jangan dibiarkan kosong, perlu diisi dengan santapan rohani agar ada rasa keseimbangannya. Sebaiknya seperti apa yang digalakan dan disarankan oleh agama kita Islam . Amin

    BalasPadam
  9. AKU BERJAYA sajak Ali Omar ternyata bagaikan dapatkan sesuatu kejayaan besar,mungkin SPM yang baru sahaja diumumkan keputusannya. Ramai juga yang Berjaya. Perlulah bersyukur dan berterima kasih kepada yang pernah berjasa sehingga anda Berjaya. Ingat kata Tongkat Waras. Siapalah kita kalau tidak guru mendidiknya. Jangan sekali derhaka kepada guru dan ibu bapa. Kerana mereka kita dapat ilmu dan melihat bulan dan mentari. Akhir sekali dengan izin Allah swt Buat seorang itu Berjaya. Tetapi ingat akan ada satu ujiannya nanti. Amin

    BalasPadam
  10. huh! mcm mana hadi ada anak plak?

    BalasPadam
  11. ni cerita mana plak ni???

    BalasPadam
  12. ni episod1 ke en nuri???

    BalasPadam
  13. eh! ni cerita mana plak ni?

    BalasPadam
  14. kenapa ada keluarga hadi plak?

    BalasPadam
  15. hadi sudah masuk dimensi ke-6 dah nampaknya

    BalasPadam
  16. hadi flashback balik apa yg dia dh buat ker?

    BalasPadam
  17. hadi dalam keadaan komen ke ni???

    BalasPadam
  18. HADI NI MSTI TGH BUAT MINDA BAWAH SEDAR NI

    BalasPadam
  19. mana dtg plak anak bini hadi ni?

    BalasPadam
  20. selalu dgr pasal flashback je skrg flsh forward plak?

    BalasPadam
  21. jauh berkhayal hadi ni nampaknya

    BalasPadam
  22. mana cerita hadi masa sakit dulu????

    BalasPadam
  23. hadi ni mengigau agaknya

    BalasPadam
  24. rasanya hadi ni msti di ambang maut sbb tu dia nampak masa silam dia

    BalasPadam
  25. cerpen ni nampaknya jd semakin menarik sbb ada 2 plot plak?

    BalasPadam
  26. walaupun nama sy hadi sy sndiri pun dh pening cerpen ni

    BalasPadam
  27. guest door susun mcm mana cerpen ni?????

    BalasPadam
  28. jd x tentu arah plak cerpen kali ni

    BalasPadam
  29. ni cerita hadi yg sakit atau org lain???

    BalasPadam
  30. ni cerita kembar hadi pplak ke?

    BalasPadam
  31. jarang cerpen ada imbas ke depan

    BalasPadam
  32. jarang cerpen ada imbas ke depan

    BalasPadam
  33. inilah kelainan yg ada dalam cerpen ni sbb imbas ke depan

    BalasPadam
  34. dulu imbas ke belakang skrg imbas ke depan plak?

    BalasPadam
  35. dulu imbas ke belakang skrg imbas ke depan plak?

    BalasPadam
  36. mmg agak mengelirukan la cerpen kali ni

    BalasPadam
  37. agak mengelirukan la cerpen kali ni

    BalasPadam
  38. ni msti guest door yg tulis cerpen ni....

    BalasPadam
  39. seram plak baca sajak kali ni

    BalasPadam
  40. denyut nadi plak? kretif

    BalasPadam
  41. sajak yg agak menarik

    BalasPadam
  42. terasa besar kebesaran Allah bila baca sajak ni

    BalasPadam
  43. sajak yg terbaik! tjuk dia best

    BalasPadam
  44. tahniah sajak best! esok aku buat lagu jgk sajak ni

    BalasPadam
  45. sajak yg indah kata-katanya

    BalasPadam
  46. sajak lama ke sajak bru denyut nadi ni?

    BalasPadam
  47. sempoi sajak ni best! hehe

    BalasPadam
  48. sajak yg agak indah susunan kata2 dan baitnya

    BalasPadam
  49. Dari Ibn Mas’ud dari Rasulullah SAW bersabda:

    Sesiapa membaca sepuluh ayat;
    * empat ayat dari awal surah Al Baqarah (1-4)
    * dan Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya (255-257)
    * dan penutup surah Al Baqarah (284-286)
    nescaya Syaithan tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi.

    KESAN AWAL DARI AYAT2 PAGAR AL-BAQARAH:

    Dalam satu kes pesakit di Melaka, pesakit merasakan mendapat terlalu banyak
    mimpi akibat gangguan/sihir. Saya syor beliau menggunakan ayat2 tersebut.
    Sebelum itu, pesakit memang selalu membaca ayat Al-Baqarah 255 dan 285-286,
    tetapi masih tidak cukup ayat 10 tersebut.

    Satu malam, sebelum maghrib, pesakit baca ayat 10 tersebut. Dalam waktu tengah
    malam, 4 jam selepas bacaan, beliau dan pasangannya di rumah tiba2 mendengar
    dentuman kuat 2 kali:

    1. Bunyi dentum kuat di sudut bilik solat
    2. Bunyi dentuk kuat di siling di bilik ruang tamu
    3. Bunyi bising2 di atas siling / atap

    TANDA-TANDA AYAT2 PAGAR LAIN BOCOR:

    Saya dapati adakala perawat lain mendakwa pagar yang menggunakan ayat2 Quran
    (bukan al-Baqarah) bocor kerana:
    * pesakit "melihat" berapa ekor jin masuk ke rumahnya
    * pesakit terasa ada benda2 bergerak dan berbunyi dalam rumah
    * pesakit dan suami tidak dapat rasa tenang tidur dalam rumah walaupun ngantuk

    Apabila ditanya, pesakit baru faham bahawa pagarnya yang bocor tidak menggunakan
    ayat 10 tersebut.

    Selain itu, pengalaman saya sendiri apabila terlupa baca 10 ayat tersebut pada
    waktu pagi. Masa itu saya selepas subuh berjemaah dengan isteri terus ke kedai
    membeli roti canai. Pada malam sebelumnya saya sudah bacakan ayat2 tersebut
    kerana merawat kes sihir pengasih (yang di syakki melibatkan ifrit).

    Semasa saya balik dari kedai roti canai (bungkus bawa balik), dalam pukul 7 pagi
    lebih, saya terasakan meremang ketika membuka pintu pagar untuk masukkan kereta.
    Tiba2 saya terdengar bunyi siulan tajam (suara ifrit) yang dapat masuk ke rumah
    kerana pagar (ayat Quran) terbuka. Ini kerana pada Subuh itu, saya terlupa baca
    ayat2 pagar. Embarrassed...

    Dari pengalaman saya yang terhad ini, saya jangka pagar Al-Baqarah yang di baca
    pada malam, akan terbuka pada sekitar 7:30-8:00 pagi sekiranya kita lupa baca
    lagi selepas Subuh.

    PERBEZAAN DENGAN AYAT PAGAR / DINDING DIRI:

    Selagi pesakit dan keluarga berada dalam rumah, ayat pagar rumah memadai untuk
    keselamatan keluarga. Tetapi sekiranya pesakit perlu keluar rumah, maka ia perlu
    membuat amalan lain untuk memagar dirinya:

    * Ayat Qursi,

    ATAU

    * 3 QUL, satu QUL 3x,

    ATAU

    * Zikir berikut 100x pagi dan 100x petang :dari: http://www.alhawi.net/ratib_al.htm

    . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


    Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang satu dan tiada sekutu bagi- Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan, dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia sangat berkuasa atas segala sesuatu


    Dari Bukhari, Muslim dan Malik, diriwayatkan daripada Abu Hurairah; Rasulullah
    s.a.w berkata,

    “Sesiapa membaca ayat ini seratus kali sehari, pahalanya seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, Seratus kebajikan dituliskan untuknya dan seratus keburukan dibuang darinya, dan menjadi benteng dari gangguan syaitan sepanjang hari.”

    Sama2lah kita amalkan...

    Wallahu'alam...

    BalasPadam