Jumaat, 31 Disember 2010

MIMPI DAN TAKWIL KITA





Ini mimpi kita,
bukan mimpi tidur lena
tapi mimpi  dari andaian sejenak
buat renungan dan tafsiran dari kaca matahati.

Betapa kehadiran insan di muka bumi ini
Semuanya bergelut dengan masa dan kebendaan
Mengisi jiwa dengan kemewahan yang tidak berkesudahan
Mempertuhankan hawa nafsu mengumpul harta benda dan kekayaan .

Ini takwil kita
Bukan takwil dari pirasad
Tapi takwil dari nur jiwa nan kudus
Buat gerakkan rasa hati bisikan deria yang berkata.

Betapa kelahiran insan di muka bumi ini
Hampir-hampir terlupa pada masa jalan penamat
Hidup cuma mengisi kekosongan jiwa dengan kepuasan nafsu
Iman adalah kebendaan kekayaan kemewahan dan kenekmatan dikecapi.

Di antara mimpi dan takwil ini
percayalah di akhir pejalanan hidup ini nanti
rasa bagai mengumpul bahan kayu bakar diri sendiri
menuang minyak pada kayu bakar ungul api yang menjulang
lalu mencampakan diri kerana kita gagal menghitung zakat harta kekayaan.


 
Oleh; Nurimanja,
Tanjung Nipis, Perak.
20/12/1972.malam jumaat.





50 ulasan:

  1. KISAH PUDAK PONDOK
    BERSAMBUNG. Bab 2/ siri 3 Oleh Nurimanja PK..2002
    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


    Dari cerita keturunan ini lah yang mebuat hati aku ingin menuntut ilmu keagamaan memang darah dari sebelah mak kuat pegangan agama , Mak selalu ceritakan tentang Tuk Nyang Nina membelanya, menjaga seperti menatang minyak yang penuh, Aruah Tuk Yah dengan Tuk Din sudah bercerai, sejak umur mak dua bulan ,
    Tuk Yah mememang tidak berkenan dengan Tuk Din , maklumlah Tuk Din seorang anak Jeragan yang menyelam di dalam laut untuk mengikat tali jeremai buat tempat ikan -ikan berteduh, matanya pula merah,berjegel dalam air laut masin, kulitnya pun hitam dibakar matahari, siapa yang mahu dan berkenan, sedangkan Tuk Yah putih melepak macam telur dikupas.

    Sedangkan Tuk Yah pula anak orang bukit, ada dusun buahan, manggis , durian dan rambutannya luas, Haj Patah seorang beketurunan jawanis, kuat berkebun membuka tanah hutan, tentulah di hujung hayat hidupnya menjadi senang, malah haji Patah tidak mempunyai ramai anak tiga perempuan, seorang lelaki.

    Bila sudah besar panjang semuanya habis berkahwin,tingallah anak lelaki ini,bernama Mat Zin, malah yang lelaki itu pun tidak berapa pantas untuk membilang dua kali lima sepuluh.

    Masa mak umur dua bulan Tuk Yah sangup masukkan Mak ke dalam lesung tumbuk padi, jika lambat Tuk Nyang Nina datang pasti Mak dah lumat di dalam lesung padi itu, itulah darah keturunan jawanis agaknya.

    Tuk Yah bila lepas pantang Tuk Yah hendak balik ke kampung Nenas Bandar Baru Kedah, Tuk Din pula sengaja melewat-lewatkan kehendak Tuk Yah pulang, maklumlah seorang Jeragan , musim ikan tengiri tengah banyak pula dilaut .inilah peluang menangkap ikan yang sukar dilapaskannya.

    Lalu berlaku sadikit perang suami isteri, pertenlingkahan ini tidak
    diduga sehingga membawa pada cetus percerian. (Berhenti dulu cerita Tun Din)


    Tetapi Tuk Din tetap sabar seperti Pak Su Mat anak bungsunya yang aku lihat hari ini, sabar walaupun isterinya yang bernama Saodah meninggal dunia waktu melahirkan anak sulungnya.


    Pak Su Mat terus membujang puluhan tahun juga lamanya, sehingga dia bertemu jodoh dengan Mak Su Nah anak Pak Cu Yan, walaupun tidak seberapa cantik seperti Mak Su Saodah, tapi Pak Su Mat tetap sabar, kini Allah kurniakan mereka lima orang anak, malah kesemuanya pula perempaun, tidak seorang pun dapat membantunya pergi ke laut.

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  2. JUMPA KAWAN LAMA

    jumpa kawan lama
    seronok tiada terkata
    selak kisah lama
    saat ketawa bersama
    diari lama dibuka
    lembaran suka duka
    semua jeling mata
    lihat kita ketawa
    kamu cerita penuh bangga
    jaya tawan satu dunia
    aku dengar buntang mata
    semangat lama surut tiada
    bila terjah kisah keluarga
    kamu tunduk mata berkaca
    walau tinggi di puncak jaya
    sayang tiada rasa bahagia
    akibat mata nampak kerjaya
    keluarga jadi porak peranda
    dengan lembut aku berkata
    bahagia ada di mana sahaja
    tepuk dada tanya selera
    lantas kita kembali ketawa…

    Ghulam Rasul
    ketika berjumpa kawan lama direstoran nasi kandar pelita

    BalasPadam
  3. PENUMBUK

    penumbuk sudah tergenggam
    darah sudah menggelegak
    kekuda sudah terpasak
    sendi mula menggeletar
    hati tak henti berbisik
    sabar…sabar…sabar
    ikutkan rasa binasa
    ikutkan hati mati
    mereka masih hijau
    usah diikut jejak
    mereka masih buta
    usah meraba bersama
    sarungkan kembali kerismu
    cukuplah dengan lidah
    lidah bijak penuh hikmah
    moga terkesan hati mereka

    Nasruq Haqq
    apa peselisihan faham sikit

    BalasPadam
  4. PENYAIR AGUNG berkata...

    SEBELUMKU PERGI
    KU INTAI MIMPI SEMALAM
    HARUM MEWANGI MENYELINAP RINDU
    SESEGAR MAWAR KUTABUR BUNGA IMPIAN
    SEGENAP DERAP KENANGAN
    HIDANGAN RINDU BERTANDANG
    MEMBASUH BERIBU KESEDIHAN
    SEBELUMKU PERGI
    KU TADAH BEKAS KELUKAAN
    MENGUMPUL CALAR PERASAAN
    DI SETIAP RUANG
    MERAH PEKAT KEHITAMAN
    SEBELUM KU PERGI
    INGINKU MILIKI SEMUA
    SEORANG INSAN
    HARAP DAPAT KUHIRUP
    PEMBERIAN KEMAAFAN
    MELABUH TIRAI
    SATU PERHUBUNGAN
    INGINKU TERUS MENYAYANGI
    ABADIMU SENTIASA DI HATI


    PENYAIR AGUNG
    sebelum menutup tirai 2010

    BalasPadam
  5. HAI HELLO ASSALAMUALAIKUM

    hai…hello
    kamu sungguh baik
    menyapa penuh sopan
    memikat senyum manis
    rasa mesra bertamu
    tapi aku lebih suka
    adat kita sesama kita
    adat kita sesama agama
    cuma tukar sahaja
    hai jadi salam
    hello jadi assalamualaikum
    nampak kecil sahaja
    nampak sungguh mudah
    berat nak luahkan
    tiada salahnya kan
    kamu dapat pahala
    aku pun sama dapat
    salam assalamualaikum
    waalaikummussalam…

    Ustaz Rahman
    ketika selesai solat jumaat ada org menegur

    BalasPadam
  6. BIARKAN ANAK ITU BERLARI

    lari anak itu cari hujung pelangi
    konon ada bahgia yang di cari
    anak itu ada mata tapi buta
    anak itu ada telinga tapi pekak
    buta pada yang menghina
    pekak pada yang mengata
    wahai anak awas kamu deras berlari
    kuat kamu lawan lelah graviti
    wahai pelangi katakan
    pada anak itu dia bukan bermimpi
    pimpin tangan anak itu
    bantu dia berlari
    kamu kunci dengki dalam jeriji besi
    semat hina kamu dalam jiwa mati
    sudah-sudahlah
    biarkan anak itu berlari
    berlari dan terus berlari


    Jalal Rafzee
    sajak atuk aku dia nk cabar qalam simbolik sikit ni.. hehe

    BalasPadam
  7. KEMBALI SEBENTAR

    Aku bangkit,aku diam
    Aku tenung ke hadapan
    Renungkan masa hadapan sejenak
    Aku fakir Fikir…
    Dan aku buntu.
    Lalu aku suapkan manisan
    Hilangkan lapar
    Hilangkan bosan
    Bila letih menguasai diri
    Aku kembali ke kamarku
    Bila aku lelap,aku mimpi.
    Dan itulah rutin harian
    aku ketika ini
    Adakalanya,aku rasa…
    Mimpi itulah realiti
    Di dalam mimpi,
    Aku dapat berlari dengan bebas
    Tidak dibelengu masalah
    atau diganggu perkara remeh
    Aku dapat jadi aku
    Tidak seperti di dunia nyata
    terperangkap,terkongkong,terhalang.
    Bila agaknya akan ku rasai merdeka?


    Atuk
    sajak simbolik sebelum penutup 2010

    BalasPadam
  8. Ghulam Rasul sesekali balik ke penang JUMPA KAWAN LAMA. Mengisahkan berjumpa kawan di sebuah restran. Pastilah menyeronokkan. Malah banyak cerita yang hendak dikhabarkan, malah ingin tahu pula berita dari sahabat handai. mungkin sesekali ada ketawa bila ada yang berjaya, dan sesekali ternyata nampa diam pula seketika bila ada cerita kesedihan menimpa. Begitulah kehidupan kita, suka dan duka telah pun menjadi asam garam seharian dalam kerjaya kita. Semoga banyak yang sukses. Amin.

    BalasPadam
  9. Nasruq Haqq dengan mahu melepaskan PENUMBUK apabila marahnya sudah rasa lebih limit mencabar kesabarannya. Begitulah tugas seorang guru, memang banyak masallah dengan anak-anak didik yang masih mentah dan nakal yang sukur untuk diberi nasihat dan tunjuk ajar. Tetapi Bagi seorang yang mungkin sudah banyak pengelaman , hurut dada, tanya kesabaran kita, tarik nafas lepas pelahan-lahan, atau jangan tunggu ditempat itu , beridar seketika,segera ambil uduk, berastaagfar, nescaya darah akan turun. Amin

    BalasPadam
  10. Penyair Agung mengingatkan kembali sepanjang tahun 2010 dengan apa yang berlaku.dan berapa banyak kejayaan atau prastasi yang meningkat? SEBELUMKU PERGI , cuba menyemaknya dan menganalisiskan kembali , jika kurang tahun baru ini perlulah dipertingkatkan, agar tahun baru ini lebih baik dari tahun tahun yang selepasnya. Amin.

    BalasPadam
  11. Ustaz Raman mengajak orang Islam dengan menyeru cuma tukarkan saja cara Islamic bila anda berjumpa kawan dan taulan ada baiknya memberi salam sesame kita agar mendapat pahala, kerana mendoakan diantara satu sama lain. Daripada kita berjumpa menyebut hai hello. Itu sesuai budaya untuk sahabat bukan beragama islam, malah mereka pun ada caranya yang tersendiri, semoga dapat diamalkan,. HAI HELLO kepada ASSALAMUALAIKUM. Amin

    BalasPadam
  12. Jalal Rafzee. Hai berapa ramai atuk jalal ini? Sajak sebelum meninggal ke? Mungkin kisah anak muda dinihari, yang kehidupan mereka berbeza dengan zaman atuk dulu, maka hanya Atuk yang faham, lalu atuk pun berkata; BIARKAN ANAK ITU BERLARI, untuk menentukan masa depan mereka sendiri, contohnya seperti jalal, tunang minta tangguh sambung pelajaran dia sudah menangis, tak sabar nak khawin. Harapan Atuk somoga tidak halang dengan gaya dan cara kehidupan anak muda dewasa ini. Amin.

    BalasPadam
  13. Atuk dengan sajak penutup tahun 2010 memperkatakan kekadang hidup di alam mimpi lebih baik realitinya dan bebas dari di alam nyata ini. Begitulah setelah lama Atuk hidup menyedut udara.dan makan rezeki tuhan. Analisis hidup ini Atuk telah membuat kesimpulan KEMBALI SEBENTAR. Di dunia mimpi Atuk boleh buat apa sahaja, bebas dan merdeka, tiada siapa menghukumnya. Tetapi ternyata di dunia ini jika tersilap laku ternyata dosa sudah ada, hukuman di dunia pula lagi perlu diterima. Semoga Atuk lebih banyak berehat dan tidurlah dalam dunia kebebasan Atuk sendiri. Tidak menganggu sesiapa ada hikmahnya tuhan menjadikan mimpi. Amin.

    BalasPadam
  14. apa bnda jeragan tu en nuri?

    BalasPadam
  15. tok din x smart dapat tok yah cantik? hehe

    BalasPadam
  16. hina sunggu tok din sampai mcm tu sekali dia kutuk? hehe

    BalasPadam
  17. smlm cerita en nuri skrg cerita lain plak?

    BalasPadam
  18. mana cerita en nuri smlm?? dh hbis ke? kenapa cerita lain plak?

    BalasPadam
  19. mat zin ni sapa plak?

    BalasPadam
  20. byk jgk salasilah keluarga kat sini

    BalasPadam
  21. kat episod ni dh mula pening plak?

    BalasPadam
  22. sepatutnya cerita ni xpyh cerita sbb x pnting cerita en nuri ok la...

    BalasPadam
  23. en nuri msti sengaja cerita pasal ni sbb nk bagi panjang kan??

    BalasPadam
  24. cerita apa plak ni? mana kisah en nuri?

    BalasPadam
  25. tok din dan tok yah ni sapa?

    BalasPadam
  26. en nuri ada jgk ke bau2 bacang dgn dorg ni?

    BalasPadam
  27. eh! xde pun cerita en nuri dalam episod kali ni

    BalasPadam
  28. alamak! pening la kat sini

    BalasPadam
  29. cerita pasal apa plak ni? mana en nuri?

    BalasPadam
  30. ni kisah en nuri ke tok din dan tok yah ni????

    BalasPadam
  31. alamak! pening la salasilah ni

    BalasPadam
  32. bab2 salasilah yg aku pening nak baca ni

    BalasPadam
  33. tok yah dan tok din ni atuk en nuri ker/

    BalasPadam
  34. mana cerita en nuri ni?

    BalasPadam
  35. tiba2 ada cerita tok yah dan tok din plak?

    BalasPadam
  36. alamak! en nuri langkau ke sbb ni dah masuk tok yah dgn tok din plak?

    BalasPadam
  37. mat zin tu sapa plak? abg en nuri ker?

    BalasPadam
  38. pak su mat sapa plak?

    BalasPadam
  39. pak cu yan ni sapa?? mak su nah?

    BalasPadam
  40. semua org dlm ni tinggak kat sungai dungun ke nibung hangus?

    BalasPadam
  41. mcm2 karekter masuk aku dh mula keliru

    BalasPadam
  42. ramai karekter yg tumpang toi plak?

    BalasPadam
  43. semua ni atuk dgn moyang en nuri ker?

    BalasPadam
  44. apa bnda takwil tu?

    BalasPadam
  45. xphm la sajak kali ni

    BalasPadam
  46. takwil ni bnda apa plak? pelik je bunyi

    BalasPadam
  47. takwil ni nama org ker?

    BalasPadam
  48. xphm plak sajak ni tinggi jgk maksudnya

    BalasPadam
  49. sajak ketuhanan ke kehidupan ni?

    BalasPadam
  50. susah nak tangkap la maksud sajak ni

    BalasPadam