Rabu, 15 Disember 2010

MELIHAT DENYUT NADI KOTA




Kisah hidup hamba Allah
dibayar keringat dengan rezeki
menyara enam anak bersama isteri
sekadar untuk hidup jangan kelaparan
bekerja dari jam 4 pagi hingga ke 11 malam.

Jam 4 pagi sapu sanpah
7 pagi upah potong kepala ikan
9 pagi  kerja jual akhbar di tepi jalan
12 - 4  petang kerja hantar alat perabut
8 - 11 malam bantu niaga warung kedai kopi.

Pendapatan cuma  seribu
cukupkah nafkah anak dan isteri
untuk bergelut hidup dicelah kesesakkan
di tengah kota mutiara penuh  mencabar ini.

Saya ini orang pendatang
sudah lama tidak mahu pulang
sana negeri lagi susah mahu cari makan
sini mari sikit-sikit boleh hidup tara apa tuan.

Oleh ; Nurimanja,
waktu ke pejabat agama,
berbual dengan hamba Allah.
penghujung di  bulan September, 2010.





50 ulasan:

  1. SIRI 4.

    CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________


    “Hadi! Kalau kau hendak kerja ikut aku di Bandar, di sana kerja banyak, tak payah pakai sijil, asalkan kau ada tenaga tulang empat kerat, sudah cukup, tambah pula dengan semangat yang rajin, Buat saja apa yang disuruh, gaji boleh tahan” Kata madian kawan baiknya yang baru sehari dua balik ke kampong hilir sebelah matahari naik. Waktu itu merekaberjumpa di kedai kopi Haji kawi.


    Telopong mulut dan terbeliak mata Hadi mendengarnya, Hati mudanya terasa bagaikan melonjak-lonjak hendak keluar, jiwanya juga terasa inginkan perubahan dan ingin keluar dari kampong yang tidak punya pekerjaan yang tetap ini. Dalam hatinya
    Hadi bertekat untuk berhijrah. Dia ingin mengubah nasibnya dari seorang anak muka kampong, meneroka kehidupan di Bandar.


    “Apa kerja yang aku boleh buatdi Bandar tu Mandi?” Tanya Hadi Nampak macam bersungguh dan beriya-iya sangat.

    “Ahh! Kau ikut saja aku, esok aku nak balik, Lagi pun kau duduk di kampong ini tak ada satu apa yang kau boleh buat, ke swah saja setiap hari, senang tak juga, alhirnya sampai ke tualah lu, tak merasa hidup di Bandar Kuching.” Kata madian sambil tersenyum lebar, seolah-olah telah merasa kebahagian.

    Kata-kata inilah yang menjadikan Hadi terperangkap dengan bujukan Madian, kawan sekampungnya yang telah tinga bulan yang telah tinggal dan bekerja di Bandar Kuching itu.

    Sesekali Hadi mengutuk dan menghina sikap kedegilannya itu. dia masih ingat lagi , betapa terlukanya hati ibunya di malam penghijrahan itu. Bila satu pertengkaran kecil telah berlaku diantara dia dengan ibunya.

    Hadi sepatutnya tidak boleh bertindak begitu . Hati orang tua patut dijaga. Tetapi perkara sudah berlaku. Memang selama ini dia tidak pernah mengalah, sejak dari kecil lagi, setiap pertengkaran berlaku dengan ibunya, kemenangan pasti menyebelahinya.

    “Hadi! Tak usahlah kau pergi, aku ini sudah tua, siapalah hendak mengerjakan tanah sawah peninggalan aruah ayah kau itu?” Begitu bunyi kata ibu hadi, bagai merayu bunyinya.

    “Ahh! Saya nak cuba mak! Bagaimana tinggal di Bandar kuching itu,” jawab hadi bagai tidak ada tolak ansur lagi.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KITA SEPERTI BURUNG

    malam makin hitam makin kelam.
    aku bimbang kau jauh
    bisa hati aku hitam kembali
    tak mahu aku hitamkan
    hati yang putih ini.
    cuba aku bertahan untuk diri kau,
    macam kau tahan sama diri aku.
    aku kau kita. macam burung
    burung yang menari atas awan
    sambil menyanyi lagu Tuhan.
    aku harap nyanyi mendayu asyik.
    sampai waktu semua putih kapas


    Wan Azril
    kuala terengganu
    10.12.2010

    BalasPadam
  3. TIBA-TIBA SEMUA LAYU KERANA AKU

    aku pagi itu kosong
    ku buka jendela bilik
    kuning oren bersama hitam
    jadi gelap murung kusam
    si awan pun tukar kulit
    dari putih gebu jadi kelabu
    rupanya langit tidak ketawa bersama aku ku atur langkah lesu
    cuba cari sinar p taman bunga
    lihat sekelompok pokok bunga itu
    mereka tidak ceria bila lihat aku
    kenapa pokok bunga itu
    tunduk melayukan tangkai?
    tidak mahu berbual dengan aku?
    lihat kawan-kawan ikan di kolam
    kolam tidak bergelombang,
    mana kawan-kawan ku
    selalu melompat menjengah aku?
    kenapa tiada lompatan
    riang pagi itu menyorok mana?
    nampak sini tengok bayang-bayang
    bayang wajah manusia pada kolam itu
    kenapa tiada senyuman
    wajah yang sayu, tampak sedih
    kenapa bayang wajah ini tidak ceria
    mana senyum ceria selama ini?
    milik siapa bayang ini?
    aku… aku yang berdiri di tepi kolam
    aku yang tidak ceria……


    Sarah
    selangor
    1.12.2010

    BalasPadam
  4. BERFIKIR SEJENAK

    Malam ini aku ingin,
    mengubat segala bernoktah hati,
    Sedih pilu dalam diri aku bersatu,
    Bersatu mencari tersiratnya
    Apa duka dalam diri,
    Tanpa satu titik pandangan terlihat
    Apakah engkau yang melihat?
    Mana mungkin ianya dilihat,
    Kerana semuanya terlipat kemas,
    Dalam setiap inci lipatan hatiku.
    Walaupun adanya kau bersama aku,
    Aku sentiasa bersendirian
    mendongak ke masa depanku,
    aku tidak bisa merasa kehadiranmu,
    Kerana aku tahu fikiranmu
    tiada di sudut aku…

    Bintang Kejora
    Kedah
    2ptg

    BalasPadam
  5. TERIAK

    teriak kuat-kuat tengah malam
    biar terburai isi terjelir lidah
    laung saja apa yang kau rasa
    kau ada ingin untuk lakukan
    kau mampu dan kau boleh.
    masa tiba kau teriak di hadapan
    jangan selamanya kau bersuara
    tegas dan lantang di belakang
    biar terjuih bibir kau
    di pentas sana
    biar diperkatakan orang
    biar jadi bahan
    janji kau rasakan
    apa yang kau tak pernah rasa.
    selau kau lihat orang atas pentas
    kau kata kau juga
    boleh buat macam dia
    malah kau kata kau boleh lebih baik
    sampai bila mau sorok? sampai bila?
    arus perdana kau bila lagi?
    sudah tersedia peluang
    terhidang depan mata
    pergilah jamah peluang itu
    biar orang lain turut terhibur
    seperti aku terhibur bait bicara aluan tarian jarimu
    petik gitar mahu kongsi orang lain
    biar sama-sama rasa
    apa yang patut kau rasa
    kerna aku dah rasa
    apa yang patut kau rasa ini.


    Busur Berduri
    ketika berada di dalam surau

    BalasPadam
  6. AYAM MASAK MERAH


    Bahan-bahan ( 4 orang )

    * 1/2 ekor ayam
    * sedikit garam kunyit
    * ## Bahan-bahan kisar ##
    * 4-5 biji cili kering
    * 1 cm halia
    * 2 ulas bawang putih
    * 1 labu bawang besar
    * 1 biji tomato-potong dadu
    * 1/2 cawan sos tomato
    * ## Bahan Hias ##
    * 1/2 biji bawang besar- potong bulat
    * kacang hijau secukupnya

    Cara-cara

    1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
    2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
    3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
    4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

    BalasPadam
  7. Sajak Wan Azril dengan tajuknya KITA SEPERTI BURUNG. Pengucapan secara sembolik dan puitis pada alam semula jadi dan kehidupan alam ungas. Malam itu biasanya sering menjadikan kita cemas dengan kehitamannya rasa berbagai andain jua boleh berlaku, kecurigaan hati biarlah tidak seperti hitam malam. Dan kekadang rasa macam sepasang beburung terbang bebas diantara keduanyaenari dan menyanyi dan berkejaran di awan, semoga kesucian hati yang mengingati tuhan menjadikan kedua hati persis seputih awan. Amin.

    BalasPadam
  8. Sarah dengan sajaknya kali ini bertajuk: TIBA-tIBA SEMUANYA LAYUKERANA AKU; Pengucapanya yang difahamkan terasa ada sesuatu cerita yang kurang menyenangkan sadikit hat,i di kalangan rakan dan persahabatan. Sehingga mereka membuat andaian yang rasa kurang menyenangkan hati. Malah ada yang tidak mahu menegur siapa. Menjadikan si penulis terasa sepi dan bersendiri. Eloklah anda berkawan dengan orang yang selalu senyum, semoga pahala sedekahnya tempias bersama. Amin.

    BalasPadam
  9. Terasa pengucapannya dalam delima dan banyak persoalan dan tanda tanya. Jika kau berkawan bagai tiada kemesraan, jika berkasih tiada pula banyangan cinta dan rasa
    kasih sayangnya? Jika si penulis terasa bagai sepi dan jika ada orangnya, masih terasa
    Tiada kehadirannya. Ternyata cuma bertepuk disebelah tangan, hidung rasa bagaikan Tidak macung , pipi pula paksa disurung. Fikirlah dua kali, kerana hati seorang tidak boleh dipaksa untuk bermesra. Amin.

    BalasPadam
  10. Sajak Busur Berduri bertajuk TERIAK adik beradik juga dengan memekek, terpekek dan melolong, Pengucapannya bagai menyedir tingkah laku atau gelagat anak muda masa kini agaknya. Kini sudah menjadi budaya gila nama atau gelemor, sehingga anak kecil juga sudah pandai cari nama dalam kesenian yang tidak sepatutnya umur setahun jagong. Kalau di kampong atau taman perumahan, jiran sebelah menjadi mangsa dengan riuh rendah teriakan dan petekan gitar demi untuk jadi seorang penghibur, Semoga apa yang diakukan biarlah cara bersopan dan diredhai Allah. Amin.

    BalasPadam
  11. ayam masak merah ni mcm resepi mak sy je ni ha! taib ambik x minta izin

    BalasPadam
  12. ayam masak merah taib! perghh!!!

    BalasPadam
  13. ayam masak merah plak! kena cuba jgk

    BalasPadam
  14. ayam masak merah slalu aku beli jer...

    BalasPadam
  15. ayam masak merah? teringat nasi beriyani plak...

    BalasPadam
  16. ayam masak merah! sedap makan dgn nasi minyak

    BalasPadam
  17. nasi tomato dgn ayam masak merah! terangkat tu...

    BalasPadam
  18. ayam masak merah ni yg aku suka ni

    BalasPadam
  19. ayam masak merah! sedapjgk mcm daging masak merah

    BalasPadam
  20. ayam masak merah kalau diganti dgn udang masak merah ok x?

    BalasPadam
  21. ayam masak merah ni macam sambal jgk ke?

    BalasPadam
  22. siri 4 bukan en nuri dh terbit ke semalam?

    BalasPadam
  23. selamat membuat bubur asyura

    BalasPadam
  24. aku buat td 1 kawah! sory xpdt nk bagi kat korg semua

    BalasPadam
  25. nanti kepada semua penjaga blog tunggu aku balik aku kirim korg sorg 1...

    BalasPadam
  26. cerpen kali ni terbit dua kali ke?

    BalasPadam
  27. silap2 keje kampung lagi dapat pendapatan lumayan...

    BalasPadam
  28. hari ni smua pakat masak bubur la nampaknya

    BalasPadam
  29. kami semua skrg tgh tunggu bubur dari jalal je la... hehe

    BalasPadam
  30. ayam masak merah! wah!

    BalasPadam
  31. nmpk mcm sedap je ayam merah ni

    BalasPadam
  32. eh! makanan tradisional dh habis ke?

    BalasPadam
  33. lps ni msti ada buat buku byk resepi dah ada....

    BalasPadam
  34. siri 4 bukan semalam dh terbit ker?

    BalasPadam
  35. wah! sajak bru plak kali ni

    BalasPadam
  36. sajak terkini ni yg best ni

    BalasPadam
  37. ni bru ada sajak bru kalau x en nuri asyik letak sajak lama2 jer...

    BalasPadam
  38. siri 4? en nuri terbit dua kali la nampaknya

    BalasPadam
  39. ergergterfewdaesdsdsqre3qwr

    BalasPadam
  40. Denyut nadi kota plak?

    BalasPadam
  41. sajak pasal perjalanan kehidupan plak

    BalasPadam
  42. sajak utk org indon ke ni en nuri?

    BalasPadam
  43. depan pejabat agama pun ada org indon niaga ke en nuri?

    BalasPadam
  44. sajak kali ni agak menarik sedih pun ada...

    BalasPadam
  45. sajak utk pendatang pun ada en nuri tulis?

    BalasPadam